photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Penghargaan


Buku ini mengambil sepanjang hayat saya untuk ditulis. Mustahil saya menamakan kesemua yang telah membantu, tetapi ada beberapa konspirator yang perlu saya sebut. Michelle Douglas, Anne Collins, Paul Michaels, dan Margaret Hancock adalah insan-insan menaruh sepenuh keyakinan pada diri ini.

 Val Ross, John Pearce, dan Kendall Anderson membantu memperhalusi idea saya. Dari situ, satu platun rakan penyelidik antarabangsa – dan mereka bertukar menjadi pembantu-pembantu adalah Samra Habib, Caroline Fernandez, dan Mickey Cirak. Rick Matthews dan Samuel segev banyak membantu di dalam semakan-fakta. Juga penting untuk pendidikan saya ialah kerja yang saya lakukan dengan pelbagai media, terutamanya TVOntario, yang menitik-beratkan idea-idea hebat.

 Campurtangan-campurtangan Frank Clarke, Amanda Sussman, dan Lynsay Henderson membolehkan saya berada di pertemuan-pertemuan yang penting, sementara perbincangan diskusi yang bersemangat dengan Geraldine Sherman, Robert Fulford, Anna Porter, Anna Morgan, Amatzia Baram, Doug Sanders, Don Habibi, dan Tarek dan Nargis Fatah memberi kilasan wawasan yang penting. Saya perlu memaklumkan bahawa pasangan Fatah tidak bersetuju dengan pendapat saya tentang Palestin, yang merangkumi dakwaan penglibatan Muslim dalam Holocaust. Namun perbalahan pendapat tidak sepatutnya menghalang pemikiran lanjutan, dan saya mengharapkan kami akan dapat bertegur-sapa semula.

 Dorongan daripada sahabat-handai pada saat dan detik ketika semangat melunturlah yang paling saya hargai. Dalam soal ini, saya mesti menyebut Samantha Haywood, Adriana Salvia, Andrew Fedosov, Michel Lamoureux, Michael Savage, dan geng dari Boshkung Lake. Bagi mereka yang menemui nama-nama mereka dalam senarai ringkas ini, mereka boleh menuntut makan malam percuma daripada saya. (Saya hanya menyebut nama sahabat handai yang paling boros agar untuk mengelak daripada menjadi papa-kedana). Menyentuh tentang mengelak daripada menjadi papa-kedana, saya memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada Michael Levine, dan orang kanannya, Maxine Quigley.

 Akhirnya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada ibu saya di atas semangat wajanya. Walaupun ibu seorang Muslimah yang taat, ibu tidak pernah menghalang saya daripada menulis buku ini. Namun begitu, ibu mengingatkan saya supaya tidak memurkai Tuhan. Pada suatu petang, semasa kami berdua sedang menghadiri pengebumian seorang saudara, ibu memberitahu saya untuk menegur-sapa imamnya, yang diterbangkan khas untuk majlis upacara pengebumian tersebut. Saya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, dia lansung tidak acuh. Apabila saya menyoalnya, dia berkata "hukum-hukum agama". Saya mengujar bahawa bersikap berperikemanusiaan sepatutnya menjadi keutamaan daripada mentaati "hukum-hukum agama." Apabila ibu terdengar ini, ibu menahan nafasnya lalu berkata, "Ibu harap awak tidak biadab!" Ibu, samada saya biadab dalam halaman-halaman mukasaurat buku ini – dan ibu boleh menentukannya sendiri – saya memohon satu perkara daripada ibu: Jangan kelirukan di antara apa yang membuat para imam marah dengan apa yang memurkai Tuhan.