photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Bab 9 - Mujurlah ada Barat

Petang Jumaat di University of Toronto. Pelajar Islam muda keluar beramai-ramai dari bilik perdebatan di Hart House, pusat pelajar ala- Gothic. Mereka baru selesai sembahyang berjemaah di tempat para perdana menteri memperhalusi hujah-hujah dan bertukar-tukar sindiran. Gambar-gambar berbingkai pelawat-pelawat yang dikenali-dunia menghiasi dinding-dindingnya. Tetapi kalian tidak akan nampak foto-foto tersebut hampir setiap petang Jumaat kerana ianya dilitupi oleh kain-kain kasa yang dikait kemas. Hart House telah menyediakan pengait-pengait dinding yang teguh di kedua-dua belah setiap potret supaya kanvas tersebut boleh digantung di atas muka-muka tersebut – satu tindakan tanda menghormati mereka yang ingin menyembah Tuhan, bukannya makhluk-makhluk Tuhan.  Aku tertanya-tanya samada pihak Taliban pernah membuat pertimbangan untuk menyelimuti patung-patung Buddha bersejarah daripada meletupkannya.  Aku tertanya-tanya samada pelajar Muslim ini tahu betapa bertuahnya diri mereka di sini.

 Dengan " di sini", aku tidak merujuk kepada Toronto yang bertekstur sahaja. Ambil contoh Halifax. Aku hanya mengharapkan untuk mengimbas sepintas lalu dua jenis cara berpakaian di sana: kain tartan yang dipakai oleh para staf lelaki di hotel-hotel pelancong dan fatig ketenteran askar-askar yang distesenkan di pangkalan yang berhampiran. Semasa berada di Halifax pada suatu Jumaat yang hujan renyai-renyai, aku ternampak seorang lelaki berpakain seperti Arab padang pasir: jubah putih labuh, kain kepala, capal, kayu bengkok sebagai tongkat. Sudah lewat untuk sembahyang " Sabbath"*nya, dia sedang menahan teksi sementara bercakap melalui telefon bimbitnya. Aku mencelahnya untuk menyoal sesuatu yang sudah ternyata. Ibrahim (ya, seorang lagi) memberitahu aku dia memakai pakaian Islamiyyahnya setiap Jumaat. Sudah sepuluh tahun dia mengamalkannya. "Ada gangguan?" tanya aku. Sekali pun tidak. Berlainan pula ceritanya: Di Dalhousie University, di mana Ibrahim menjual hot dog, mereka memanggilnya Dogfather* secara mesra.

 Kemudian, di lapangan terbang Halifax, seorang wanita Islam duduk bertentangan aku di ruang istirahat. Dia memakai pakaian serba hitam, sehinggakan sarung tangannya pun berwarna hitam. Walaupun dia sibuk, ruang istirahat tidak sibuk. Orang ramai meluangkan masa untuk merasai kopi mereka sebelum menelannya. Namun begitu, hanya aku sahaja yang memerhatikan wanita ini. Bukan kerana orang tidak kelihatan menceroboh. Cuma orang tidak merasa dicerobohinya. Sebelum menuju ke pintu berlepas, dia berdiri, aku ternampak beberapa kepala terangkat, dan mereka kembali menyelesaikan teka silang-kata mereka.

 Kisah-kisah sebegini seolah-olah tidak kena dengan reaksi-reaksi yang kurang baik terhadap umat Islam yang sentiasa digembar-gemburkan. Aku tidak menafikan semenjak 11 September, kemarahan yang tidak diprovokasikan telah meletus membuak-buak terhadap orang-orang yang "mirip Arab" (antaranya, Yahudi Israel).  Dan golongan yang mengalami lontaran kata-kata kesat kepada diri mereka harus bersuara. Aku pernah menghubungi media semasa Perang Teluk 1991, apabila seorang pengawal keselamatan mengeluarkan aku daripada sebuah bangunan kerajaan tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tetapi apa yang terlalu jarang diaudit, dikira, dan dibesar-besarkan ialah lawan " Islamfobia" – letusan kesopanan yang tidak diundang terhadap umat Islam.

 Di Amerika Utara, kesopanan telah meletus di luar jangkaan. Dengan serta-merta selepas 11 September, ulama Kristian dan Yahudi menghubungi para pemimpin Islam. Mereka mengatur upacara-upacara multifaith,*sidang-sidang akhbar, dan merancang pengutipan derma untuk bil-bil guaman yang mungkin terpaksa ditanggung oleh umat Islam mempertahankan diri daripada pihak berkuasa yang sedang beria-ia menahan orang. Pada malam serangan pengganas, apabila kejutan hebat membisukan kita semua, aku menerima panggilan telefon daripada salah seorang menteri Toronto yang ulung. Dia ingin tahu samada aku selamat dan bagaimana dia dapat membantu untuk membendung kebencian yang mungkin akan aku hadapi. Di dalam tiga hari seterusnya, lebih banyak luahan kasih datang daripada sahabat-sahabat Yahudi aku berbanding orang lain. Perbualan-perbualan peribadi dengan belia Islam mendedahkan perkara yang sama: guru-guru, jiran-jiran, rakan sekerja dan pengguna chatroom* berusaha bersungguh-sungguh untuk meneutralkan mana-mana minda yang sempit.

 Aku cuba melaporkan insiden-insiden kesopanan ini kepada pihak polis, kepada pertubuhan antirasisme, kepada pihak statistik, dan kepada sebuah badan penyiaran nasional. Tiga golongan yang pertama tidak mempunyai sebarang idea apa yang boleh dilakukan dengan khabar berita baik aku. Penyiar pula? Kenalan aku sana – seorang lelaki berkulit putih, kalau nak tahu-menjawab bahawa menamakan kesopan boleh dilihat sebagai penafian rasis ke atas perkara buruk yang dialami oleh ramai penganut Islam. Dia bertanya, "Apa yang patut kita kata?" Cubalah ini: Jika nuansa-nuansa Islam layak diiktiraf, begitu juga nuansa-nuansa Barat.

 Kita tidak saling eksklusif, umat Islam dan Barat, malahan Amerika pun memberi jaminan kepada kita tentang perkara ini. Georgetown, sebuah universiti Jesuit* ternama di Washington, D.C., mempunyai seorang imam. Angkatan bersenjata Amerika Syarikat mempunyai ramai imam. Pada Oktober 2002, Perkhidmatan Pos  A.S. mengeluarkan semula setem kelas-pertama untuk mengingati Eid*, hari perayaan terbesar dalam kalendar Islam. "Ini ialah saat yang membanggakan untuk Perkhidmatan Pos, komuniti Islam, dan rakyat Amerika pada umumnya,"  Arab News memetik kata-kata Azeezaly Jaffer. Jaffer ialah naib-presiden hubungan awam dan komunikasi bagi Perkhidmatan Pos. Setem Eid boleh jadi simbolisme palsu semata-mata, tetapi kehadiran seorang eksekutif Muslim di institusi terhormat Amerika sudah pasti bukan.

 Islamic Society of North America ialah bukti mobiliti yang dinikmati oleh umat Islam di bahagian dunia ini. "Rakyat Amerika yang beragama Islam mempunyai akses kepada pelbagai peluang pendidikan dan pekerjaan," iklan ISNA. "Peluang-peluang ini terdiri daripada perlantikan-perlantikan politik oleh Presiden Amerika Syarikat sehinggalah pekerjaan-pekerjaan awam dan internship dan fellowship* di Rumah Putih* dan Department Negara."  Najeeb Halaby, bapa Ratu Noor Jordan, mengepalai Federal Aviation Administration (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) di bawah Presiden Kennedy. Di dalam memoir-memoirnya, Ratu Noor memaklumkan Presiden Kennedy merayu secara peribadi supaya Halaby menerima jawatan tersebut.  Berbeza sekali dengan cara Arab Saudi melayani " orang-orang asing"nya.

 Bagaimana pemberontak-pemberontak Islam padang pasir, apabila diusir daripada negara asal, mencari nafkah kehidupan? Banyak di antara orang buangan ini mengajar dan berkarya bebas di kolej-kolej Amerika. "Susah sangatkah menjadi penganut Islam di Amerika pada hari ini?" Aku tanya ibu saudara aku. Dia tinggal di negeri asal George W. Bush, Texas.

 "Tidak," katanya. "Tidak sekiranya kalian membuat sedikit keyakinan. Cuma jangan berselindung sahaja." Pada 11 September, dia sedang mengajar di sebuah sekolah Islam di Houston. Aku tanya tentang reaksi komuniti yang dihadapi oleh sekolahnya. Dia memberitahu aku surat-surat muhibbah, panggilan-panggilan, kad-kad, dan bunga-bungaan dihantar oleh penduduk jelata Texas. Rekoleksinya serupa dengan apa yang didengari oleh Los Angeles Times daripada Islamic Center California Selatan. "Kami berasa begitu syahdu," kata pengarah keagamaannya  – dan dia merujuk kepada kehangatan yang datang melimpah-limpah. Selepas 11 September, seorang rakan wartawan aku mengunjungi pekan-pekan perladangan dan mendapati mereka juga mengambil berat tentang penganut Islam. "Satu hari nanti," tulisnya kemudian kepada aku, "Aku berharap seseorang akan merakam gelombang keterbukaan dan kasih yang agung ini dan kebijaksanaan yang muncul di Amerika selama dua bulan selepas serangan-serangan tersebut."  Sahabat ini mempunyai simpati-simpati sayap-kiri, namun seperti aku, dia tidak memahami kenapa di atas bumi Tuhan yang hijau ini mengiktiraf siviliti itu boleh disifatkan sebagai rasis.

 Sifat yang paling aku gemari ialah semangat ingin tahu. "Aku ialah seorang yang tidak mudah percaya," kata seorang pelobi Islam Sarah Eltantawi kepada Los Angeles Times. "Tetapi aku gembira dengan kesungguhan dan keikhlasan orang yang ingin belajar tentang Islam."  Ekoran 11 September, tiga edisi Quran menjadi buku-buku terlaris jualan di amazon.com. University of North Carolina mewajibkan pelajar-pelajar baru membaca buku tentang Quran. Walaupun disusuli tindakan mahkamah, tetapi ia tidak berjaya, satu lagi kisah yang sama pentingnya tentang masyarakat Amerika datang dari presiden badan pelajar UNC yang berusia dua puluh satu tahun. Kata Jennifer Daum, "Pada hemat aku sekiranya kalian tidak bersedia untuk membaca idea-idea orang lain yang bermungkinan bercanggah dengan idea-idea kalian, kalian tidak patut berada di institusi pengajian tinggi."

 Semangat eksplorasi inilah oksigen yang membuatkan aku bersyukur sangat kepada Amerika Utara. Di kebanyakan dunia Islam, sekiranya kalian lebih daripada apa yang ditugaskan kepada kalian, kalian dianggap kurang. Rata-rata di Amerika Utara, umat Islam mempunyai kebebasan untuk menjadi pelbagai-dimensi. Semua orang mempunyai kebebasan ini. Salah seorang yang terkorban di New York pada 11 September ialah Paderi Mychal Judge, seorang pendeta Katolik gay yang dikabungi oleh para ahli bomba di bawah jagaannya untuk beberapa tahun lamanya. Pluralisme orang, pluralisme idea-idea – lihatlah hubung-kaitannya. Aku nampak, dan hubungkaitannya menyelamatkan keimanan aku dalam Islam.

 Jika aku membesar di sebuah negara Islam, agaknya aku sudah menjadi ateis di hati aku. Oleh kerana aku tinggal di sudut dunia ini, di mana aku boleh berfikir, mempertikai, dan memperdalami mana-mana topik, aku memahami kenapa aku belum boleh mengabaikan Islam lagi.

 Setelah begitu banyak menyelidik, tafsiran peribadi Quran aku membawa aku ke tiga mesej yang sering berulang. Pertama, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui segala kebenaran tentang apa sekalipun. Keduanya, hanya Tuhan sahaja boleh menghukum mereka yang enggan mempercayai, sejajar dengan mesej hanya Tuhan sahaja mengetahui apa itu kepercayaan sebenar. (Dan pertimbangkan aneka ragam nada yang terdapat dalam Quran, hanya Yang Mahakuasa yang mampu mengetahui bagaimana ianya dapat wujud bersama.) Manusia mesti memberi amaran kepada amaran-amaran yang korup, tetapi itu sahaja yang dapat kita lakukan untuk memupuk kewarakan. Ketiga, rasa rendah diri yang terhasil membebaskan kita semua untuk memikirkan tentang kehendak Tuhan – tanpa sebarang paksaan, "Tidak ada paksaan dalam agama,"  menurut surah 2 Quran. "Untukmu agamamu, Untukku agamaku,"  gema satu lagi ayat dalam surah 109. Di antara kedua-duanya, ada ini:"Kalau Allah menghendakinya, nescaya kamu dijadikanNya satu umat. Tetapi Allah menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu..."  Tidakkah ini semua kebenaran.

 Tafsiran aku menjelaskan kenapa aku, sebagai seorang Muslim, tidak boleh duduk diam berkenaan para supremasis Islam, samada mereka ekstrem seperti Osama bin Laden atau aliran utama seperti guru madrasah aku, Encik Khaki. Setelah mencapai kesimpulan mereka "tanpa paksaan," mereka beralih dan menghalang orang lain daripada melakukan perkara yang sama. Pada ketika itu, tanggungjawab memberi "amaran" yang dianjurkan oleh Quran tentang amalan-amalan mencuba iman bertukar menjadi kebenaran untuk mengintimidasi yang dinafikan oleh Quran. Melalui pembacaan aku, kita tidak patut hanya kebebasan untuk menyelidik, kita perlu memastikan kebebasan in i wujud untuk setiap orang. Apa-apa sahaja yang kurang seolah-olah mempertikai kewibawaan jurisdiksi Tuhan sebagai hakim dan juri agung. Pemikiran individu sebegini, bebas itu logik, mempunyai potensi yang baik, dan secocok dengan ideal-ideal yang dipegang aku sebagai seorang Barat.

 Aku merujuk kepada pluralisme, bukannya konsumerisme. Sekiranya kalian fikir ideal-ideal barat hanya menjadikan kita hantu-hantu benda-benda baru yang malas, beritahu aku kenapa aku belum lagi membeli .......Gratifikasi serta-merta tidak mungkin memuaskan aku apabila bos aku bertanya bagaiman aku dapat merukunkan iman aku sebagai seorang Islam dengan pemulualn seorang perempuan muda yang dirogol di Nigeria. Sebagai seorang yang menghargai kebebasan fikiran, aku menerima haknya untuk menyoal. Tidakkah kalian? Ataupun aada akan memfailkan tuntutan mahkamah di atas gangguan yang dilakukannya? Adakah dia mendiamkan aku atau memberi tanda isyarat keyakinannya di dalam kemampuan aku untuk memikirkannya? Di dalam menyahut cabarannya, adakah aku seorang kripto-imperialis* yang membenci diri atau pun ahli parti kehidupan yang dinilai? Sebagai seorang Muslim, bagaimanalah aku dapat mendewasakan diri ini jika aku berkeras terhadap "hak" aku untuk bebas daripada refleksi?

 Beralih kepada satu soalan untuk para humanis sekular di kalangan kalian. Aku menghormati pilihan kalian untuk melompat ke dalam faith-nontheism kalian sendiri-tetapi apa yang dapat aku perolehi dengan tergopoh-gapah membuang pilihan aku? Agama telah membekalkan aku dengan nilai-nilai (seperti disiplin) yang bersaing dengan materialime kehidupan di amerika Utara. Aku menemui insentif di dalam persaingan ini untuk terus berfikir. Ketegangan di antara agama dan sekularisme membawa aku menyiasat kebenaran-kebenaran alternatif dan mengelak daripada hanyut di dalam fundamentalisme diri – baik ianya fundamentalisme feminis, fundamentalisme nasionalis, atau fundamentalisme multikulturisme. Agama memaksa aku untuk tidak tunduk kepada sesiapa kecuali Tuhan yang sentiasa menghuni hati nurani aku, satu kemahiram yang bernilai di dalam era yang mengelirukan. Lebih baik lagi, agama mengajar aku untuk tidak terkeliru di antara autoritarianisme dengan autoriti*. Kalian mungkin akan mendengar lebih banyak mengenai ini, kerana mereka yang memburuk-burukkan semua agama sebagai "tidak rasional" kadangkala terlupa bahawa rasionaliti itu boleh menjadi ortodoksi kepada dirinya.

 Taslima Nasrin, seorang doktor perubatan pada masa yang sama seorang feminis, memberitahu aku bahawa "kehidupan akhirat tidak wujud. Jika kalian mati, kalian matilah. Habis. Selesai."

 "Dari sudut persepektif saintifik semata-mata, benar," balas aku.

 "Tetapi siapa kata persepektif saintifik lebih superior daripada perspektif lain?"
 "Kerana ia benar."
 "Tidakkah kalian menentang ortodoksi?"
 "Aku berjuang demi kebenaran. Wanita-wanita yang tewas dan lemah mencari perlindungan dalam agama dan agama bertujuan untuk itu. Ia adalah untuk orang-orang yang lemah, mudah terdedah kepada bahaya, orang-orang jahil, orang-orang bodoh. Tetapi kenapa kita harus lemah dan mudah terdedah kepada bahaya dahulu?"
 "Kamu tahu, Taslima, pengkritik-pengkritik kamu boleh kata yang kamu jatuh ke dalam lubang sama seperti mereka."
 Dia ketawa."Aku bukannya supremasis saintifik. Aku untuk kebenaran. Bukan untuk Kebenaran, ialah Kebenaran yang dimiliki Tuhan, tetapi kebenaran kecil."
 "Tetapi kamu tidak percaya kepada Tuhan."
Selepas beberapa pusingan, Kebenarannya terbocor. "Aku mahu menghapuskan agama hanya kerana agama bertentangan dengan kemanusiaan, Sekiranya agama tidak bercanggah dengan kemanusiaan, aku tidak mempunyai sebarang masalah dengannya." Baiklah, ia cukup munasabah.

 Andaian agama semestinya sentiasa "bercanggah dengan kemanusiaan" kurang munasabah. Michael Moore, pencadang kuasa rakyat yang paling sinis dan lantang, belajar tentang keadilan di lutut agama Katolik, kata seorang sahabat rapatnya, Jeffe Gibbs. Menurut Jimmy Carter, Menachem Begin Israel dan Anwar Sadat Mesir berjabat tangan  kerana nilai-nilai Yahudi dan Islam masing-masing. Seorang ahli militan Hindu mencabut nyawa Mahatma Gandhi, namun Gandhi mendasarkan penentangan secara damai, atau satygraha, daripada Hinduisme dan Jainisme. Bila memikirkannya, belum pernah lagi aku mendengar seorang humanis sekular yang komited mengecam Dalai Lama kerana berbicara tentang agama – dan inilah orangnya yang mewarisi kedudukannya berdasarkan salasilah semata-mata!

 Dalai Lama, Martin Luther King Jr., Desmond Tutu, Malcom X – mereka boleh dimaafkan keranan "mempunyai agama" sebab apa yang telah mereka lakukan dengan agama. Mereka telah menggerak diri mereka – dan orang-orangnya daripada corak-corak pemangsaan yang melemahkan. Bagi umat Islam seluruh dunia, kita di Barat boleh menjadi isyarat transformasi ini. Kita tidak dapat melakukannya semata-mata dengan mengecam Islamo-fasis tetapi dengan menolak daripada menjadi Islamo-fetisis, mereka yang menambah-nambahkan kompleks rendah diri Islam dengan membiarkan perubahan berat diangkat oleh orang lain. Kita perlu mengikis mentaliti mangsa kita.

 Ia tidaklah mudah. Aku akan gambarkan melalui satu lagi kumpulan "mangsa-mangsa" yang diberi keistimewaan, kelas pertengahan Afrika-Amerika. Pada musim panas 2001, Michelle dan aku melawat Atlanta, Georgia. Pada satu hari sabtu, kami mengunjungi Jimmy Carter Presidential Center, dinamakan bersempena seorang pemimpin yang menjadikam hak-hak sivil batu-asas agenda domestiknya. Melainkan aku dan beberapa pekerja lain, semua yang di Carter Center ialah berkulit putih. Tidak ada seorang pun pengunjung berkulit hitam muncul semasa kunjungan tiga-hari kami. Kemudian kami menuju ke kubur Martin Luther King, Jr., satu mercutanda yang dikerumuni oleh bangsa Afrika-Amerika dan beberapa kulit putih yang lain. Aku tertanya-tanya berapa ramai yang akan pergi ke Carter Center. Aku membuat pertanyaan.

 Tidak ada seorang pun yang berminat untuk mengetahui tentang Carter Center. Satu pasangan berkata,"Kenapa kami perlu membazir masa di tempat keramat seorang kulit putih?" Em, sebab memberi penghormatan kepada Reverend King kalian seharusnya merayakan disegregasi? Dan kerana ia bukan warna kulit seseorang itu tetapi kandungan perwatakannya yang paling dihargai oleh visionari ini dan kalian pula mengambil foto-foto dan menunjuk-nunjukkan gaya "akhirnya-bebas"?

 Aku memahami kekecewaan Afrika-Amerika tentang tanggapan kebebasan. Ia berasas. Semasa lawatan aku ke Atlanta, suratkhabar bandaraya itu melaporkan beberapa daerah Georgia membayar upah tetap kepada "peguam-peguam kontrak." Peguam-peguam ini tidak diwujudkan untuk membela pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin dan berkulit hitam, tetapi untuk mempercepat pendakwaan supaya angkatan tertuduh yang seterusnya boleh dilayani dengan cara yang sama. Tetapi kebanyakan yang hadir di peringatan King hari itu bukanlah dari golongan yang kekurangan. Mereka memakai kasut Nike Air Hyperflights, kamera digital terkini, dan SUV-SUV mereka. Orang-orang yang bercakap dengan aku seolah-olah tidak menhiraukan pencapaian kelas-pertengahan mereka- dan kepada presiden yang pernah membantu mereka untuk mencapai kedudukan ini. Perbualan-perbualan aku dengan mereka mendedahkan mereka memilih untuk kekal mengasihani-diri sendiri, seperti yang dilakukan oleh umat Islam di Barat.

 Umat Islam perlu lebih berwaspada terhadap sifat pasif. Sebab pergantungan dengan Tuhan yang berlebihan, kita pun meminimakan agensi peribadi. "Insyaallah," keluh kita secara semulajadi. "Sekiranya dikehendaki Tuhan," Tidak. Kita sendiri mesti mengkehendakinya. Kita perlu bersama-sama Tuhan di dalam perjalanan menuju keadilan. "Tetapi siapalah kita?" ada di kalangan kalian yang bertanya. Lagipun, kita dididik yang Tuhan itu besar agaung!-"Allahu Akbar!" Hanya setelah aku mendidik diri ini baru aku faham makna sebenar frasa ini – Tuhan lebih besar agung. Lebih besar agung daripada makhluk-makhluknya, ya, tetapi bukan satu kenyataan tentang kekecilan kita. Pada dasarnya, laungan "Allahu Akbar" ialah satu peringatan untuk mengimbangi agensi kita dengan rasa rendah diri. Aku terima yang aku tidak boleh menjadi narsisis spiritual. Boleh tidak kita memperkatakan perkara yang sama bagi mereka yang melontarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan akal? Dan ada di kalangan kita yang mempersendakan pelontar-pelontar-fatwa ini?

SEPANJANG HAYAT AKU, PARA PENGGANAS TELAH MENYEBABKAN kematian yang berjumlah ratusan, kepada ribuan, hingga kemungkinan untuk ratusan ribu. Lebih kurang pada masa yang sama, Vatikan mengugurkan anti-Semitisme dan mati syahid sementara menangani secara lebih terbuka berbanding sebelum ini tentang pencabulan seksual wanita dan kanak-kanak, kerana ada suara-suara Katolik yang menentang. Aku mengarang surat terbuka ini mengetahui kedua-dua realiti. Satu reformasi liberal Islam boleh berlaku – umat Islam tidak mempunyai paus untuk dipujuk rayu – tapi perlu dilakukan atau kita semua mati. Berdiam-diri bukanlah cara permulaannya.

 Yossi Klein Halevi, seorang wartawan Israel, yang juga merupakan seorang Yahudi yang warak, dan seorang sahabat baik, berpendapat aku ini terlalu kasar kepada kalian. "Islam adalah agama terhebat di dunia ini – ianya bukannya kata-kata semata-mata,"13 dia mengingatkan aku. Yossi telah menulis At the Entrance to the Garden of Eden, sebuah buku tentang cubaannya untuk bersembahyang dengan umat Islam dan Kristian di Tanah Suci. Daripada kesemua penganut Islam yang didekatinya, hanya golongan Sufi sahaja yang menerimanya. Sungguh merugikan bagi semua pihak memandangkan golongan Sufi "hanya di pinggiran sahaja" dalam Islam.14

 Namun, dia merayu aku agar mencari perspektif. "Agama-agama melalui zaman-zaman yang sulit dan rumit. Fikirkan tentang dua lagi agama samawi empat belas ratus tahun selepas diasaskan: Agama Kristian pada zaman inkuisisi dan pembunuhan, Agama Yahudi pada zaman primitif hakim-hakim." Tetapi kebeliaan Islam yang relatif tidak membebaskan orang-orang Muslim dewasa daripada kesalahan-kesalahan kita-terutamanya taqlid  kesalahan-kesalahan medieval. Yossi sendiri menceritakan kisah pertemuan seorang Palestin yang gembira untuk hidup bersama-sana Yahudi dengan syarat mereka hidup di bawah pemerintahan Islam –pemerintahan sedemikian ialah fitrah alam, begitulah kepercayaan si Arab yang pernah menrima pendidikan di Boston ini. Ia satu prasangka, aku yakin, yang menepukan jiwa umat Islam aliran utama.

 Yossi mengakhiri dengan nasihat seorang abang yang lebih tua dan tenang:"Naratif kamu memerlukan lebih banyak kasih dan sayang. Bukan untuk para mullah, tetapi berbilion roh sepnjang zaman yang sujud di atas sejadah yang disulam indah an mereka yang mengorbankan kehidupan yang kecil, dan penuh dengan kemurungan demi kemuliaan Tuhan." Maafkan aku kerana merosakkan saat detik ketika ini, tetapi kenapa begitu banyak jiwa perlu terus menerus "kecil" dan "kemurungan," terutamanya di bawah Tuhan yang Maha Pengasih? Dan tolonglah jangan beritahu aku perkara-perkara ini terjadi apabila agama-agama berkedudukan defensif, kerana walaupun semasa Islam memasuki zaman keemasannya, nyawa-nyawa kehidupan adalah kecil dan pembohongan berleluasa. Masih ingat khalifah al-Mamun yang meniup-niupkan serunai kehendak bebas, tetapi masih memukul orang kerana tidak bersetuju dengan tafsiran Islamnya. Belum banyak yang berubah dari sudut itu, kan?

 Jadi, aku menggoncang Islam buat kali terakhir. Samada aku meninggalkannya adalah terpulang kepada aku. Dalam erti kata lain, ia bergantung kepada kita. Apa yang perlu aku lihat ialah selera untuk reformasi – satu selera yang membolehkan kita bertindak.

  • Adakah kita akan keluar dari kepompong adat-adat resam kita dan mencetus imaginasi kita supaya dapat membebaskan umat Islam seluruh dunia daripada ketakutan, kelaparan, dan buta-huruf?
  • Dapatkah kita melangkaui kepercayaan karut kita bahawa kita tidak boleh mempertikai Quran? Dengan menyoal secara terbuka dari mana asal-usul ayat-ayatnya, bagaimana ia dapat ditafsirkan secara berbeza dan kenapa ianya bercanggah (sepertimana ayat-ayat yang terdapat di dalam setiap kitab), we bukannya mencabul apa-apa pun kecuali totalitarianisme kesukuan.
  • Sekiranya analisis aku salah, bolehkah kalian menerangkan kenapa tidak ada agama lain yang menghasilkan begitu ramai pengganas yang terselindung dan begitu banyak pencabulan hak asasi manusia di atas nama Tuhan? Dan bolehkah kalian menjelaskankan ini tanpa menuding jari ke arah setiap orang kecuali umat Islam?

Tulislah kepada aku di www.irshadmanji.com. Aku menanti-nantikan diskusi yang jujur.

        Yang Beriman ( masih lagi),
         Irshad

P.S. Ada sebuah lawak jenaka mengenai seorang pendeta Kristian, rabbi, dan seorang mullah. Mereka bertemu di sebuah persidangan mengenai agama, dan kemudian duduk bersama membincangkan tentang agama masing-masing yang berbeza. Perbualan bertukar kepada yang berkisar tentang topik berkenaan tabu:

Pendeta itu berkata kepada rabbi dan mullah, "Tak payahlah kamu berdua menafikan tidak pernah makan daging khinzir."
 "Tidak pernah," jawab rabbi.
 "Langsung tidak pernah!" mullah berkeras.
 Tetapi pendeta itu kurang yakin. "Tak mungkin sekali pun tak pernah? Mungkin semasa jiwa memberontak masa muda dulu?"
 "OK," rabbi mengaku. "Semasa muda, aku pernah sekali mengunyah bacon.*"
 "Aku mengaku juga," kata mullah itu, sambil ketawa. "Masa masih angkuh, masa muda-muda dulu, aku pernah merasa pork chop*..."
 Kemudian perbualan beralih kepada amalan keagamaan pendeta Kristian tersebut.
 "Tak payahlah kamu menafikan bahawa kamu tidak pernah mengadakan hubungan seks,"kata mullah.
 "Langsung tidak pernah!" pendeta itu membantah. "Aku telah bernazar untuk menjaga kesucian diri."
 Mullah dan rabbi membeliakkan mata-mata masing-masing. "Mungkin selepas beberapa teguk minuman keras kot? acah rabbi sambil mengusik.
 "Mungkin, pada saat godaan, iman kamu luntur?" mullah tertanya-tanya.
 "OKlah," pendeta itu mengaku. "Ada sekali, semasa aku mabuk di sekolah seminari*, aku pernah bersetubuh dengan seorang wanita."
 "Lebih hebat daripada daging khinzir, kan?" ujar rabbi dan mullah serentak.15


NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)

BAB 9: Mujurlah Ada Barat (Chapter 9 Notes)


* Sabbath ialah hari umat Yahudi sembahyang berjemaah di saumaah ( synagogue) dan ia jatuh pada hari Sabtu. Penterjemah mengekalkan penggunaan ‘Sabbath’ untuk memelihara konteks dan maksud penulis.

* Agaknya disesuaikan daripada gelaran ‘Godfather’. (Pendapat Penterjemah). Penggunaan ‘Dogfather’ dikekalkan untuk memelihara maksud dan konteks yang disampaikan oleh penulis. Satu contoh ‘code-mixing’.

1" Di Dalhousie University, di mana Ibrahim menjual hot dog, mereka memanggilnya Dogfather secara mesra." Sumber: Ibrahim, perbualan di Halifax, 27 September, 2002.

2"...kemarahan yang tidak diprovokasikan telah meletus terhadap orang-orang yang 'mirip Arab' (antaranya, Yahudi Israel)." Sumber: Josh Tyrangiel, "Israeli Jews in the Dragnet," Time Canada, 10 Disember, 2001, ms. 41.

* multifaith bermaksud – aneka atau pelbagai agama. (code-mixing).

* chatroom ialah 'bilik chat internet.' Penterjemah mengekalkan penggunaa istilah Inggeris ini kerana ia diketahui umum oleh para pengguna Internet yang bertutur dalam Bahasa Melayu.

* Jesuit adalah satu orde keagamaan Roman Katolik dan terkenal dengan keunggulan ilmiahnya.

* Di Malaysia, Brunei dan Indonesia, ia lebih dikenali sebagai Hari Raya atau Hari Lebaran.

3"'Ini ialah saat yang membanggakan untuk Perkhidmatan Pos, komuniti Islam, dan rakyat Amerika pada umumnya.'" Sumber: javid Hassan, "US to reissue Eid Stamp on Oct 10," Arab News, 17 September, 2002, ms. 1 versi online.

* 'internship' dan 'fellowship' – diterjemah secara verbatim, satu lagi contoh code-mixing. Penterjemah berpendapat lebih baik kedua-dua istilah ini dikekalkan sepertimana di dalam bahasa Inggeris agar maksud pengarang/ penulis buku lebih jelas, terutama sekali apabila kedua-dua istilah berkait dengan Rumah Putih (White House).

* White House.

4"'... internship dan fellowship* di Rumah Putih dan Department Negara.'" Sumber: www.isna.net.

5"... Ratu Noor memaklumkan Presiden Kennedy merayu secara peribadi supaya Halaby menerima jawatan tersebut." Sumber: Queen Noor, Leap of Faith: Memoirs of an Unexpected Life (New York: Miramax Books, 2003), ms. 18.

6"'Kami berasa begitu syahdu,' kata pengarah keagamaannya..." Sumber: Mahmoud Abdel-Baset sepertimana dipetik oleh Solomon Moore, "After the Attack: Expressions of Support Surprising to Muslims," Los Angeles Times, 26 September, 2001.

7"'... yang muncul di Amerika selama dua bulan selepas serangan-serangan tersebut.'" Sumber dan nota: Doug Sanders dalam e-mel, 25 Februari, 2003.
Dia memperaku bahawa "langkah-langkah yang diambil dan penangkapan beramai-ramai dan deportasi dan lain-lain yang dilakukan oleh Homeland Security mempunyai kesan menumpukan keseluruhan kebudayaan-kebudayaan etnik di A.S. dan mengkriminalisasikan mereka en masse. Yang menraiknya, aku tidak berpendapat ini telah bertukar menjadi villainisasi rakyat Amerika yang beragama Islam, seperti pemenjaraan bangsa Jepun diserati kesan buruk rasis kepada bangsa Asia dalam populasi umum. Aku rasa ini mungkin kerana sebahagiannya kerana bangsa Amerika terdiri daripada insan-insan yang amat, amat warak, dan keimanan Kristian mereka yang mendalam menjadikan amalan dan kepercayaan Islam senang diterima, begitulah keadaannya jika dibandingkan, umpanya, Eropah."
8"' Tetapi aku gembira dengan kesungguhan dan keikhlasan orang yang ingin belajar tentang Islam.'" Sumber: Sarah Eltantawi sepertimana dipetik oleh Solomon Moore, "After the Attack: Expressions of Support Surprising to Muslims," Los Angeles Times, 26 September, 2001.

9"Tidak ada paksaan dalam agama." Sumber: Quran, 2:256.

10"Untukmu agamamu, untukku agamaku." Sumber: Quran, 109:6.

11" Kalau Allah menghendakinya, nescaya kamu dijadikanNya satu umat. Tetapi Allah menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu..." Sumber: Quran, 5:48: Sepotong ayat yang berbunyi serupa boleh ditemui di 16:93, "Dan jika Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja),..."

* Diterjemah daripada ‘crypto-imperialist’ yang terdapat dalam teks asal.

* Menurut ejaan Indonesia, autoriti ialah otoritas.

12"' Jika kalian mati, kalian matilah. Habis. Selesai.'" Sumber: Temubual dengan Taslima Nasrin, Toronto, 28 Oktober , 2002. [Baca transkrip lengkap.]

13 "'Islam adalah agama terhebat di dunia ini – ianya bukannya kata-kata semata-mata.'" Sumber: Yossi Klein Halevi dalam e-mel, 26 Februari, 2003.

14 " ...golongan Sufi 'hanya di pinggiran sahaja' dalam Islam." Sumber: Yossi Klein Halevi, At the Entrance to the Garden of Eden: A Jew's Search for God with Christians and Jews in the Holy Land (New York: William Morrow, 2001), ms. 105.


* bacon adalah hasil sampingan daging khinzir. Dikekalkan tanpa terjemahan untuk memelihara maksud dan konteks. (code-mixing).

* pork chop adalah seperti lamb chop yang diperbuat dari daging kambing biri-biri, cuma dagingnya ialah daging khinzir. Dikekalkan tanpa terjemahan untuk memelihara maksud dan konteks. (code-mixing).

* seminari adalah daripada perkataan ' seminary' dalam bahasa Inggeris yang terdapat dalam teks asal. Ia adalah sebuah institusi pengajian agama untuk pendeta-pendeta Kristian terutamanya yang bermazhab Katolik atau Ortodoks.

15 "'Lebih hebat daripada daging khinzir, kan?' kata rabbi dan mullah." Sumber: Noam Cohen, komik 'stand-up' dan koordinator pertunjukan "Toronto's Funny Jews and Muslims". Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, lawatilah www.mideastoptimist.com