photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Bab 7 - Operasi Ijtihad

Tidak masuk akal agaknya bagi seseorang yang bukan ahli teologi, ahli politik atau seorang diplomat (dalam erti kata perkataan ini, mempunyai keberanian untuk memberi komen tentang apa yang boleh dilakukan untuk mereformasikan Islam. Ada kalanya, aku berasa yang diri ini terlalu berani semata-mata kerana aku memikirkan tentangnya – tetapi cuma kadang-kadang sahaja. Aku tidak memutuskan untuk tidak peduli supaya aku dapat "mengetahui kedudukan aku." Perubahan perlu datang tidak kira dari mana. Kenapa tidak datang daripada seorang wanita Muslim muda yang tidak ada kepentingan samada secara teori ataupun tidak, untuk membela 'status quo'?

 Inilah yang aku dapati setakat ini. Umat Islam sentiasa mempamerkan kecenderungan untuk merendah-rendahkan kaum wanita dan golongan minoriti agama. Mampukah kedua-dua masalah ini ditangani serentak? Aku telahpun mencuba sedaya-upaya  memerah segala harapan daripada Quran, dan juga sejarah, untuk meyakini kemungkinan perubahan. Umpamanya, umat Islam mempunyai hubungan cinta berkurun lamanya dengan perdagangan. Pertama, perdagangan membantu memupuk hubungan baik di kalangan umat-umat Islam, Yahudi dan Kristian. Kedua, tidak ada larangan di dalam Quran terhadap wanita yang ingin menjadi usahawan. Kesimpulan tentatif aku: Kapitalisme yang ingat-kepada-Tuhan dan dijana-wanita mungkin adalah pemangkin reformasi liberal Islam. Tetapi aku tertanya-tanya samada orang lain juga bersependapat bahawa idea ini dapat dilaksanakan?

 Pada suatu petang, pada bulan Oktober 2002, aku tertonton satu episod " The Oprah Winfrey Show" tentang kedaifan wanita Islam seluruh dunia. Oprah memberi ruang udara kepada seorang wanita yang menghadapi hukuman direjam batu sehingga maut, seorang yang cact rupa paras dan muka akibat seimbahan asid, dan kepada wanita ketiga yang mengatakan di dalam masyarakatnya, nilai dirinya adalah setara seperti sebuah kasut- tidak lebih dan tidak kurang. "Apa boleh kita lakukan?" Oprah mengaju soalan buntu ini ke arah kamera?

 Pengarah rancangan kemudiannya mengalih perhatian kepada Zainab Salbi, salah seorang tamu Oprah. "Ada seorang wanita memberitahu aku dengan $100 dia boleh memulakan satu perniagaan yang dapat menjana-pendapatan..." Salbi, ketua kumpulan advokasi global bagi wanita, merayu kepada audiens TV sambil bercakap mengenai usahanita Afghan tadi. "Bantulah dia belajar membaca dan menulis agar dia tidak menandatangai kertas-kertas" untuk melepaskan hak penjagaan anak-anaknya. "Bantulah dia untuk mengetahui hak-haknya, agar dia boleh memberitahu suaminya  atau ketu sukunya (ketua tribalnya): "Tidak boleh, engkau tak boleh berbuat begitu terhadap aku! Bantulah dia untuk memimpin perjuangannya!  Salbi mencadangkan agar wanita-wanita di Barat melabur dalam kemahiran perniagaan yang dimiliki oleh kaum wanita dunia Islam. Apabila wanita-wanita mula memiliki wang hasil pencarian sendiri, maka menurut Salbi, mereka lebih berkemungkinan untuk menyoal dan bersuara.

 Bagi aku, rancangan " talk-show" melaungkan laungan bantuan-diri, tetapi ia juga berkenaan maruah – dan, penting sekali perubahan keagamaan. Apabila wanita Islam mula menyoal, mereka akan bertukar daripada sekadar menjadi lencana-lencana "kehormatan" keluarga kepada para insan yang terhormat. "Kehormatan" memerlukan pengorbanan individualiti untuk mengekalkan reputasi, status dan prospek si-suami, si-bapa, dan saudara-saudara lelaki. Tetapi menyoal kewujudan ini menunjukkan bahawa anda bukanlah hak-milik komunal semata-mata. Anda adalah diri anda, bertindak atas nama sendiri, meluahkan fikiran pendapat sendiri dan menghubungkan terus melalui suara sendiri. Anda mempunyai maruah. Yang indahnya, itulah yang dikehendaki Nabi Muhammad bagi umat Islam. Sekiranya kita melepasi puak-puak dan suku kaum , dengan pemandangan ke dalamnya, impuls-impuls neurotik yang mudah berjangkit, impuls-impuls yang menjadi Arabia kurun ketujuh padang jarak ketidak-setaraan, permusuhan, dan keagamaan. Dengan membebaskan bakat-bakat keusahawanan wanita-wanita Muslim, kita pada kurun ke dua-puluh-satu dapat membantu mengubah kehormatan kepada maruah lantas mengubah cara Islam diamalkan.

 Mendokong usahawan-usahawan wanita adalah matlamat nombor satu Operasi Ijtihad, satu kempen untuk mewujudkan kemungkinan perubahan dalam Islam.

 Aku tidak menganggap diriku sebagai ketua kempen yang masih belum-dilahirkan ini. Sebenarnya, aku berpendapat kita memerlukan lebih daripada seorang pemimpin. Memecahkan rantai yang mengongkong dunia Islam ialah satu usaha yang tidak mudah dan memerlukan banyak sekutu, orang Barat di antaranya, satu paduan tenaga mustahak untuk memalu tribalisme. Ia memerlukan wawasan merentas kebudayaan. 11 September ialah peringatan penting tentang apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak mengendahkan masalah-masalah "orang-lain", satu pengajaran yang mengingatkan kita tentang kewargaan global baik mempunyai faedah besar bagi keselamatan domestik. Tidak kira samada orang Barat mahu menerima fakta ini, orang Barat tetap harus menerimanya.

 Dan kita perlu menerimanya sekarang kerana Arab Muslim mengalami kadar kelahiran yang pesat. Lebih kurang 60 peratus penduduk di negara-negara Arab adalah di bawah dua-puluh tahun, berbanding dengan 29 peratus di Amerika.  Ramai Arab Muslim mempunyai ijazah kolej, tetapi tidak mempunyai prospek kerja. Anda tahu yang ini sudah tentunya bukan berita baik. Pengganas, sering tertarik ke arah pertubuhan radikal yang menjanjikan makanan percuma, aktiviti yang bermatlamat, dan injap pelepas kemarahan. Satu generasi lagi dan angka Arab Muslim dianggar akan meningkat pada kadar 40 peratus – daripada 300 juta hari ini kepada 430 juta pada 2020.  Barang siapa yang menafikan penyertaan ekonomi dan sivik kepada anak-anak  ini akan mengakibatkan kekacauan yang akan memberi kesan buruk kepada sebahagian besar planet kita. Kadar kelahiran tinggi di kalangan bangsa Arab ialah masalah bersama Barat dan Timur Tengah.

 Separuh daripada kesemua belia Arab yang ditemuramah oleh PBB pada 2001 meluahkan hasrat untuk berhijrah, dan mereka beria-ia memandang ke Barat.  Begitu beria-ia sehingga pada tahun 2000, Australia melaksanakan kempen di Timur Tengah untuk memberi amaran kepada pendatang haram tentang buaya, ular, dan serangga yang akan ditemui apabila tiba di Australia.  Tetapi, Barat tidak dapat maju tanpa golongan pendatang. Populasi Kesatuan Eropah, Amerika, Jepun, Kanada, dan Australia semakin tua dan tidak beberapa subur. Rantau-rantau ini memerlukan pekerja-pekerja untuk memastikan konsumerisme berada di tahap yang baik, masuknya bayaran cukai, dan perkhidmatan sosial dibayar – terutamanya bagi kaum tua. Ringkasnya, Barat memerlukan umat Islam.

 Barat tidak memerlukan lebih ramai 'Mohamed Atta'. Pelajar Hamburg dan perampas 11 September ini mengambil bulat-bulat Quran seperti apa yang dilakukannya dalam kursus Pemprograman Komputer. Walaupun dibesarkan secara sekular dan sederhana, ijazah Mesirnya dalam jurusan kejuruteraan, dan mempunyai pendidikan pasca-graduan di Jerman, Atta nampaknya tidak mampu (atau tidak berminat) terhadap pentafsir-pentafsir autokratis Islam. Namun Barat memerlukan orang Islam yang dapat mengajukan soalan-soalan yang mencabar, dan melancar Operasi Ijtihad di luar negeri adalah amat penting untuk matlamat ini. Kenapa harus tunggu sehingga berjuta-juta umat Islam muncul di pusat-pusat pemeriksaan Australia, Jerman, dan Amerika Utara? Bukankah ia perihal keselamatan yang asas bahawa umat Islam yang menuju ke tempat-tempat ini sudah mengetahui bahawa Islam boleh diamalkan dengan cara-cara melengkapi pluralisme dan tidak merimaskannya? Bagaimana kita menyemai perubahan di Dunia Islam – tanpa menjadi penjajah kebudayaan?

OPERASI IJTIHAD BERMULA DENGAN MEMBERI KUASA LEBIH RAMAI WANITA ISLAM untuk menjadi usahawan. Sejak 1980-an, Muhammad Yunus membuktikan bahawa dunia Islam, sememangnya dapat menghasilkan usahawan-usahawan wanita dengan memberi mereka akses kepada adana permulaan yang minimum. Sebagai seorang ahli ekonomi Bangladesh, Yunus menubuhkan Grameen Bank. Grameen bermakna "kampung" dalam bahasa Bengali dan bank ini memberi pinjaman kewangan kecil kepada orang-orang yang dianggap oleh peminjam-peminjam biasa sebagai tidak layak – lebih-lebih lagi yang tidak bertanah, yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Menurut "No-Nonsense Guide to International Development," tiga puluh satu juta orang, tiga suku daripadanya wanita dan dua pertiga daripanya dikalsifikasikan sebagai "rakyat termiskin, telahpun menerima pinjaman mikro di lebih empat puluh negara," semenjak pembukaan Bank Grameen.  Ia telah menyediakan kewangan kepada aneka bisnes yang membuat segala-galanya dari barangan kosmetik dan lilin hingga roti, payung, kelambu nyamuk, termasuk telefon mudah-alih. Dan kadar pembayaran balik pinjamannya? 98 peratus, kerana tekanan masyarakat yang wujud di perkampungan untuk menjaga nama-baik komuniti. Ini sudah tentu cara yang lebih sihat untuk menyalurkan impuls kesukuan daripada apa yang sudah menjadi kebiasaan kepada kebanyakan wanita Islam. Bandingkan dengan kadar pembayaran balik sebanyak 10 peratus yang dicanang-canang oleh Bangladesh Industrial Development  Bank, yang hanya melayan mereka yang memiliki harta.  Jauh sekali bezanya!

 Maka inilah konsepnya untuk melancar Operasi Ijtihad. Bayangkan sekiranya A.S., Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, Jepun, dan sekutu-sekutu kaya yang lain memperuntukkan sedikit daripada bajet keselamatan nasional dan menyalurkan dana kepada program-program keusahawanan-mikro bagi wanita di segenapa pelosok Dunia Islam.

 Ia tidak boleh disamakan dengan imperialisme. Pinjaman-pinjaman ini tidak dipaksakan ke atas sesiap pun, ia diberi secara sukarela kepada para wanita yang melihat keperluan yang tidak dapat dicapai di dalam komuniti-komuniti mereka dan percaya nereka boleh memenuhi keperluan itu melalui daya usaha mereka. Umpamanya, ambil contoh seorang penduduk kampung yang mengilhamkan Yunus untuk mencipta Bank Grameen. Seorang penganyam kerusi bangku buluh, dia memberitahu Yunus bahawa untuk membeli bahan mentahnya, dia terpaksa meminjam daripada saudagar yang membeli produk siapnya. Kerana dia bergantung dengan pinjamnnya, saudagar tersebut boleh menentukan harga kerusi bangkunya, akhirnya dia hanya memperolehi dua sen sehari. Apa yang bersifat imperialistik di dalam memberikan wanita sumber untuk mengakhiri perhambaannya? Ingat juga tradisi Islam penuh dengan kata-kata hikmah yang berkisar dengan bidang perdagangan.  Satu pepatah lama berbunyi begini, "Semoga ibadat haji kamu diterima, dosa-dosamu diampuni, dan barangan daganganmu tiada yang tidak terjual." Perdaganagan dan agama begitu erat hubungannya sehinggakan terdapat satu teori yang didasarkan kepada Quran yang menetapkan bila peminjam-peminjam boleh datang memungut bayaran – yakni, hanya selepas orang-orang yang mereka laburi itu dapat mewujudkan kekayaan baru, tetapi tidak sebelum itu.

 Mujurlah pinjaman-mikro mempunyai sejarah yang dapat membuktikan keupayaan pembayaran balik pinjaman, dan Amerika, paling tidak, mengetahui akan perkara ini. Setiap tahun untuk beberapa tahun semasa presidensi Bill Clinton, A.S. menyediakan dua juta pinjaman-pinjaman seumpamannya kepada negara-negara yang memerlukannya. Clinton menulis di dalam " New Perspectives Quarterly" keluaran 2002, "Dua juta kan meningkat kepada lima puluh juta"  di seluruh dunia. Dia yakin dengan keberkesanan pinjaman-mikro kerana dia telah menyaksikan sendiri kesannya ke atas jurusolek-jurusolek lurabandar di Arkansas dan penternak lembu Afrika. Pada pertengahan 1980-an, Clinton merekrut Yunus untuk menghasilkan 'Good Faith Fund' ala-Grameen untuk penduduk Pine Bluffs, Arkansas. Beberapa tahun kemudian, dan bersandarkan ratusan kisah kejayaan maka terbitlah sebuah buku yang berjudul 'Give Us Credit: How Muhammad Yunus' Micro-Lending Revolution Is Empowering Women from Bangladesh to Chicago.'

 Ah, ada tidak negara-negara Islam mahukan ini, atau Clinton telah membuat terlalu banyak andaian? Nampaknya dia telah berbicara dengan Hernando de Soto, ahli ekonomi yang dicalonkan untuk Hadiah Nobel yang menarik perhatian Indonesia, Palestin, Algeria dan Mesir.  Kerajaan-kerajaan ini tertawan dengan keistimewaan de Soto-menghidup kembali "kapital mati" dalam ekonomi-ekonomi yang nazak. Dua contoh kapital mati adalah perniagaan pasaran gelap, yang beroperasi tanpa buku kira-kira dan percukaian, dan tanah-tanah yang dihuni setinggan yang tidak mempunyai surat ikatan hak-milik. Dalam setiap kes, kita berbicara tentang aset-aset yang mampu didaftar secara sah oleh golongan miskin keranan terlalu banyak keperluan dokumentasi dari pihak pemerintah, masa dan bayaran. Ketepikan pita merah, de Soto membuktikan, maka kapital kelas bawahan boleh meletus bertukar menjadi sesuatu yang benar-benar konstruktif. Penghuni setinggan boleh mendapat kolateral untuk memperolehi pinjaman rumah dan membina hidup yang lebih merdeka. Bisnes-bisnes tunai boleh berkembang menjadi syarikat-syarikat sahih dan bertambah-nilai. Kerajaan-kerajaan boleh memperolehi pendapatan bercukai. Semua pihak menang, lebih-lebih lagi wanita dan kanak-kanak. Merekalah yang menghuni rumah supaya dapat menjaga tanah yang tidak mempunyai surat ikatan. Kaum lelaki pula, sudah semestinya bekerja. Apabila harta didokumentasikan, golongan wanita boleh meninggalkan premis-premis tersebut untuk menjual barangan di pasaran, sebagai contoh, dan kanak-kanak pula boleh bersekolah. Selepas Peru melaksanakan idea-idea de Soto, kehadiran sekolah meningkat 26 peratus.  Tidak hairanlah segelintir kerajaan dari kalangan negara-negara Islam mengundang de Soto untuk berkongsi dengan mereka seperkara-dua, dan seribu hadirin lelaki datang untuk mendengarnya berucap di Dubai. Tetapi gemaan mesej dia melangkaui pihak-pihak berkuasa.

 Pada musim panas 2002, PBB mengeluarkan Arab Human Development Report buat kali pertama. Diselidik dan ditulis oleh kaum Arab sendiri, ia mempersoal kerajan-kerajaan Timur Tengah kerana mengabaikan tenaga separuh daripada penduduknya: kaum wanita. Didapati " pemberikuasaan wanita"* adalah di antara tiga defisit yang didedahkan oleh laporan tersebut, yang selebihnya ialah " ilmu pengetahuan" dan " kebebasan". Menerbalikkan defisit pertama boleh meningkatkan pengetahuan dan kebebasan. Membantu kaum wanita mencapai kebebasan kewangan secara 'en masse' boleh membantu usaha-usaha bawah tanah untuk menjadi celik huruf yang sedang berlaku. Mereka tidak perlu percaya kepada kata-kata kaum lelaki sekiranya mereka sendiri dapat membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang terkandung dalam Quran. Bagaimanakah aku tahu yang wanita mempunyai minat untuk mentafsir untuk diri mereka sendiri? Wanita Afghan tua, ada di antaranya pelarian, sekarang menghadiri sekolah-sekolah yang digerakkan oleh wanita yang lebih muda, dan ia dijalankan secara rahsia semasa zaman Taliban. "Aku ingin tahu samada apa yang diperkatakan oleh Mullah tentang apa yang terkandung dalam Quran itu benar,"  ujar seorang wanita tua kepada seorang pelawat Amerika berkenaan mengapa dia belajar membaca.

 Agaknya sebagai seorang usahawan wanita ini mempunyai aset untuk dipelihara. Maka dia mempunyai lebih sebab untuk belajar membaca. Di dalam sebuah petikam yang jelan yang jarang dihebohkan oleh para imam kepada golongan pertengahan dan bawahan, Quran mengizinkan wanita untuk merundingkan kontrak pernikahan yang memenuhi keadaan-keadaan peribadi mereka. "Sekiranya seseorang wanita bimbang akan layanan buruk daripada suaminya," menurut sepotong ayat dalam Quran, "...manusia menurut tabiatnya kikir."  Hari ini, syarat-syarat peribadi seorang wanita mungkin boleh termasuk: "Suami aku tidak boleh mengasari aku atau menyentuh nafkah pencarian aku. Sekiranya dia berbuat demikian, aku akan menganggapnya sebagai 'layanan-buruk' dan aku berhak untuk menceraikannya." Begitu besar insentifnya untuk menukar keushawanan-mikro kepada kejayaan yang seribu. Barang siapa yang cuba untuk merampasnya akan berdepan dengan hujah Quran yang perlu dijawab dan perjanjian pra-pernikahan yang tidak boleh diketepikan oleh para hakim Syariah.

 Kaum lelaki akan turut sama-sama menikmati faedah daripada Operasi Ijtihad, kerana keusahawanan yang tersebar luasa akan mendorong pelaburan asing. Kemasukan danan luar dalam usaha-usaha temapatan dudah tentu dapat mengurangkan kebergantungan ke atas tentera, pasukan keselamatan dan birokrasi kerajaan-tiga ghetto pekerjaan dikerumuni lelaki Islam. Richard Hass, pengarah dasar Department Negara Amerika Syarikat, sedar bagaimana nasib kaum lelaki berkait dengan nasib kaum wanita. Pada Disember 2002, Hass memberitahu satu kumpulan di Washington bahawa "dalam masyarakat [p]atriarkal di mana wanita memainkan peranan subservien kepada lelaki dan lelaki memainkan peranan subservien kepada kaum lelaki."  Gloria Steinem menerangkannya dengan lebih jelas lagi. Melabur di dalam saudagar-saudagar wanita mungkin merupakan peluang terbaik bagi setiap orang untuk menumpaskan monopoli-monopoli institusional yang memperkaya golongan ulama dan pembiaya-pembiaya mereka sedangkan orang kebiasaan terus terpinggir.

 Sebagai satu pendekatan untuk meliberalisasikan Islam, Operasi Ijtihad nampaknya menjanjikan harapan. Tetapi janji ini boleh jatuh dan akhirnya terbantut selagi kod-kod "hak-hak asasi" Islam menaruh lelaki sebagai pencari nafkah bagi keluarganya, melarang wanita daripada mencari nafkah. Dan pada masa yang sama, aku harus percaya bahawa kemakmuran, atau prospek untuk kemakmuran, dapat menggoncang pendapat yang diterima umum bahawa lelakilah yang perlu membawa makanan balik ke rumah masing-masing. Izinkan aku menggambarkan bagaimana keperluan untuk mencari nafkah dapat memberi motivasi untuk pemikiran baru.

 Aku akan bermula dengan nota nada murung. Pada 1997, Islam menyapu bersih lima-puluh lapam pelancong di Luxor, Mesir Atas. Pembunuhan ini berlaku setelah kejadian pembunuhan skala rendah yang kerap berlaku selama bertahun-tahun lamanya – mensasar para pelancong British, Jerman seorang-dua dari Taiwan, Luxor mematahkan tulang belakang unta kerana sektor pelancongan Mesir kerugian sehingga $ 2 bilion akaibat pembunuhan ini. Itulah masanya pendapat awam Mesir menentang pengganas dan menyokong Undang-undang Darurat yang berusia enam-belas tahun, yang diperkenalkan untuk memerhati dan merisik kumpulan militan agama. Sungguh memalukan Undang-undang Darurat ini digunakan oleh golongan pemborong-kuasa politik, tapi apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah semenjak terrorisme mengancam ekonomi, rakyat Mesir mengancam para pengganas.

 Apabila peluang untuk kehidupan ditawarkan melalui keusahawanan wanita, prioriti rakyatnya boleh diubah. Daripada tribalisme kepada perdagangan, daripada kehormatan para suami sebagai pencari nafkah tunggal kepada maruah martabat saling melengkapi antara lelaki dan wanita. Agaknya aku ini terlalu optimis, tetapi perdaganagan pelancongan boleh menjelaskan kenapa kita boleh nampak kesalingan antara rakyat Israel dan Mesir di Semenanjung Sinai. Rakyat Israel bercuti di Sinai. Orang Mesir menghargai urusniaga. Umat Islam dan Yahudi mempunyai hubungan yang agak baik di sana, satu bukti, perdagangan dapat membentuk kontrak-kontrak sosial yang lebih lancar.

 Aku masih tidak memandang ringan kuasa manipulatif mereka yang menyembah Islam padang pasir. Ini bermakna foundamentalis mengatur langkah untuk menggerakkan hati-hati digariskan dalam laman web Women Living Under Muslim Laws, satu rangkaian aktivis hak-hak asasi. Menurut laman web ini, para foundamentalis, "menggunakan teknologi komunikasi dengan amat berkesan. Kaset-kaset audio yang senang dan murah yang mengandungi ceramah-ceramah menyelar wanita dan nilai-nilai kesamarataan barat dan otonomi, dan yang menyeru orang untuk melakukan keganasan dan dalam kes-kes ekstrem membunuh lawan, telah membanjiri jalanan dan pasaran banyak komuniti Islam. Ianya disiarkan di dalam bas-bas awam, pembesar-pembesar suara, masjid; dan di radio."

 Di TV yang mudah diakses, juga, seperti saluran Al-Manar Lubnan, yang dikaitkan dengan Hezbollah dan diberi lesen oleh kerajaan Lubnan semenjak 1997. Manadat Al-Manar – "mempertingkatkan peranan bertamadun komuniti Arab dan Islam" rupa-rupanya menyokong pemulauan Yahudi sebagai satu taktik pilihan. Laman web setes ini menyangkan satu program yang bertajuk Inqilab al-Soura, diterjemah secara kasar sebagai "Konversi Imej." Ia adalah mengenai literasi media, atau begitulah nampaknaya sehingga anda memerhati deskripsi rancangan ini: " Inqilab al-Soura memerhati semua audiovisual media dan akhbar Zionis yang berbahasa Ibrani, untuk mendedahkan status dan fakta-fakta terselindung peperangan ketenteraan Zionis,"  Program ini dihasilkan dan dihoskan oleh bekas tahanan penjara-penjara Israel." Hei, setidak-tidaknya masih ada kehidupan setelah penyeksaan Zionis. Kali terakhir aku melihatnya, laman web itu menjanjikan untuk menambah seksyen membeli-belah. Nyata sekali, perdagangan bukan satu-satunya yang ada di dalam menentang golongan foundamentalis.

 Media akan mempunyai satu lagi intisari berita Operasi Ijtihad. Di sebalik menceritakan "kisah Amerika" dengan lebih baik, yang terbukti hangat dengan  vaniti dan ketiadaan relevans, apa kata Barat membiayai otlet-outlet media yang menyiarkan kepada audiens Muslim kisah-kisah usahawan wanita mereka? David Hoffman ialah presiden Internews Network, sebuah pertubuhan non-profit yang membantu media bebas di bekas Kesatuan Soviet. "Semua diberitahu, lebih daripada 1600 penyiar dan 30, 000 wartawan dan para profesional media yang telah diberi manfaat daripada latihan dan bantuan teknikal yang dikelola oleh A.S. Hoffman memerhati pada keluarab majalah Foreign Affairs Mac 2002. "Lebih daripada sedozen rangkaian televisyen muncul daripada usaha-usaha ini, menjangkau lebih daripada 100 juta penonton. Keputusannya, warga setiap kota bekas Kesayuan Soviet sekarang mempunyai aneka saluran televisyen untuk dipilih."

  Apa kata gabungan Barat yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam membantu wanita di dunia Islam untuk memiliki dan mengurus stesen televisyen tempatan? Apa kata Oprah Winfrey mengepalai gabungan ini? Oprah tahu, apa perasaannya sebagai orang luar, tidak membenarkan 'victimology' mencacatkannya dan paling utama, amat prihatin terhadap pendidikan wanita dan kanak-kanak. Kehadiran Oprah sendiri menghantar isyarat amaran kepada kaum lelaki membolot semua yang berharga di negara-negara Islam. Apa yang dilakukan oleh media percetakan untuk reformasi Protestan melonggarkan kawalan ketat ke atas pengetahuan – apa yang dibuat oleh sakuran TV indie demi Islam.

 Apa yang bermula secara sederhana, melalui kaedah-kaedah penyiaran radio yang sudah dicuba dan diuji. Seperkara lagi, radio akan dapat melindungi identiti-identiti pada tahun-tahun awal kritikal Operasi Ijtihad. Tidak semua yang mahu dikenali sebagai orang yang meluahkan kononnya Nabi Muhammad pernah mengisytiharkan golongan wanita ialah rakan-kongsi lelaki dan bukannya orang bawahan lelaki. Sesetengah orang Islam tidak ingin dikenali sebagai berkongsi cerita tentang Khadijah, isteri Nabi pertama yang dikasihi baginda – lima belas tahun lebih tua daripada baginda yang juga merupakan seorang saudagar kaya yang masuk meminang baginda. Dikatakan walaupun selepas berserah kepada Tuhan, itupun setelah menerima nasihat Khadijah, Muhammad terus menerima nasihat daripada Khadijah. Kisah-kisah ini mungkin tidak benar, lebih merupakan hasil legenda atau konjektur daripada sejarah. Tetapi aku pasti yang aku bukan satu-satunya Muslim yang amat ingin mendengar para  pemikir bebas memperdebat kebenaran dan pertikaian mereka di ruang udara. Dr. Ayesha Imam, seorang pejuang hak asasi manusia di Nigeria berkata ia amat penting untuk mempopularkan diskusi-diskusi sebegini "agar orang-orang yang tidak selesa dengan sifat konservatif akta-akta Syariah baru mempunyai asas kukuh untuk mengkritik secara sah, dan tidak merasakan mereka tidak cukup pengetahuan untuk bersuara."  Dalam erti kata lain, mengekplorasi was-was boleh memupuk keyakinan, termasuk ushawan-usahawan wanita. Mengekpresi was-was menunjukkan wujudnya kemungkinan yang seseorang boleh melawan sesebuah suku itu. Sekiranya sebarang inisiatif "reformasi" mengelak daripada memperkenal was-was, ia akan mengesahkan Islam agama bagi mereka yang berhati keras tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai keberanian untuk menyoal, atau outlet untuk berbuat demikian.

 KENAPA MERAYU KEPADA ISLAM? Ia satu SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH TASLIMA Nasrin, yang amat yakin bahawa reform akan muncul sekiranya agama mengundur diri. Sepanjang pengetahuan dia, umat Islam perlu menggantikan perunfdangan agama dengan yang sivil, memisahkan sepenuhnya masjid daripada negara. Tetapi perlukah negara-negara Islam meniru negara-negara Yahudi-Kristian supaya dapat menjadi berperikemanusiaan? Aku kurang pasti. Mereka yang berkata ya terpaksa berdepan dengan cabaran kedua: Pada realitinya Islam adalah tiang identiti untuk jutaan wanita. Buat masa ini, mengeluarkan agama daripada ruang awam mungkin tidak berapa realistik; dan berkemungkinan tidak beberapa produktif juga.

 Riffat Hassan, seorang professor pengajian agama di University of Louiseville, mempunyai pengalaman langsung di sini. Dia menerangkan, "Sekiranya anda tanya seorang wanita Afghan, " Adakah kamu percaya dalam hak asasi manusia sejagat?, dia akan memandang anda terpinga-pinga . Sekiranya anda tanya dia,"Kamu percaya akan Tuhan? dia akan berkata, 'Ya.' Sekiranya anda tanya, 'Kamu percaya Tuhan yang adil, masih pengasih dan maha pemurah?' dia akan berkata, 'Ya.' Sekiranya anda tanya dia, 'Kamu percaya Tuhan ini menghendaki kamu dipukul, dizalimi? dia akan pantas memahaminya dan berkata. 'Tidak.'"  Jadi, marilah kita bersikap praktis. Mahukah kita melihat wanita Islam berdiri untuk sekurang-kurangnya sebahagian daripada hak-hak asasi mereka atau, mahukah kita melihat mereka tersisih di bawah perundangan yang tidak berteraskan agama? Tertindas? Dikhianati?

 Golongan wanita terpelajar pun tidak semestinya berpegang kepada sekularisme dogmatis Nasrin. Baru-baru ini, aku bertemu dengan seorang wanita Islam muda di persidangan perlembagaan di Ottawa. Dia ialah seorang peguam di Department Keadilan, dia berhijrah ke Barat supaya dapat mengamalkan agamanya dengan lebih bermakna. Baginya, ini bermakna memakai hijab – satu pilihan yang direstui di Amerika Utara tetapi tidak di tanah kelahirannya Tunisia, yang mana telah mengharamkan tudung kepala di tempat awam sebagai sebahagian daripada usaha "pemodenan.'

 Pertemuan aku dengan peguam ini membuat aku memikirkan keseimbangan yang diperlukan di dalam mendemokrasikan dunia Islam. Ia hampir-hampir bercanggah dengan naluri minda sekular, jadi ikutilah dengan cermat. Mengundi  dengan kepalanya dan tidak sekadar kakinya, peguam ini membuktikan walaupun di kalangan golongan muda, golongan Muslim terpelajar, kebebasan untuk menluahkan keimanan secara terbuka adalah antara perkara yang utama yang diharap-harapkan dalam sebuah demokrasi. Menindas Islam demi "kemajuan" menyerupai kekejaman. Negara-negara seperti Tunisia dan Turki mendirikan dinding-dinding yang memisahkan kehidupan rohani dan alam material, mereka memberi nama yang kurang demokratis kepada demokrasi.  Maka para foundamentalis boleh memprotes bahawa agenda politik sebenaranya bukan kerterbukaan, tetapi Pembaratan. Dan di situlah masalahnya: Para foundamentalis mengeksploitasi kekecewaan rakyat dengan penuh licik, rakyat yang dikejutkan oleh rejim-rejim yang menyekularkan. Mengadakan piliharaya-piliharaya di dalam iklim-iklim sebegini selalunya menyebabkan lebih banyak perwakialan kuasa-kuasa Islam padang pasir. Selamat tinggal demokrasi.

 Sebelum demokrasi dapat bertapak di negara-negara Arab Islam, negara-negara ini perlu didedahkan kepada persaingan idea-idea. Seperti hujah yang dibentangkan aku, tafsiran-tafsiran Islam yang alternatif dapat membendung kemaraan padang pasir, malah pada peringkat simbolik yang begitu penting sekali. Itu sekiranya kita dapat menyebarkan, memperdebat, mengudarakan, mengudarakan semula dan mempopularkan tafsiran-tafsiran alternatif.

 Aku memahami kenapa Taslima Nasrin hanya menaruh harapan kepada sekularisasi sebagai harapan tunggal. Dia tidak memikirkan bahawa anda dapat mengesahkan nilai Islam tanpa mengukuhkan keangkuhannya. Aku memahaminya. Intulah sebabnya kenapa aku berjumpa dengan para ahli antropologi, ahli sosiologi, ahli psikologi, ahli teologi, dan – termasuklah – para ateis tentang bagaimana manusia boleh membendung kecenderungan untuk mencapai kemenangan di sebalik ko-eksistens. Pada awal 2002, aku mencuba satu ujikaji. Di dalam sebuah memo olok-olok yang ditujukan kepada Yasser Arafat, disiarkan oleh sebuah suratkhabar nasional, aku mengemukakan cadangan, satu pendekatan untuk berkongsi tanah yang akan membenarkan rakyat Palestin Muslim untuk mengembalikan maruah, identiti, dan integriti. Aku menunjukkaan bahawa di dalam hijrah, perpindahan terkenal Nabi Muhammad dari kota Makkah ke Madinah, diterjemahkan kepada "mencari perlindungan dengan bermastautin di tempat selain daripada tempat asal-usul seseorang itu."  Suku-suku kaum Yahudi telahpun lama menghuni kota Madinah, namun kebanyakan daripada mereka berkongsi alam sekitar dengan Nabi dan umatnya. Yasser, seru aku, ambillah pengajaran daripada sejarah. Tidakkah ia sama untuk berkongsi Palestin dengan Yahudi, yang mana, seperti umat Islam awal, berhijrah mencari perlindungan daripada ancaman pembunuhan? Aku ingat cadangan aku ini satu permulaan di dalam pencarian penyelesaiaan.

 Keesokan harinya, sepucuk surat disiarkan di dalam Toronto Muslim yang terkenal. Dia menulis, "Hijrah bermaksud mencari perlindungan dengan bermastautin di tempat selain daripada tempat asal-usul seseorang itu, di atas undangan penduduk tempat baru, bukan secara paksa. Cik Manji menggugurkan syarat terakhir untuk menyampaikan hujahnya."  Dia menunjuk bahawa ada beberapa suku kaum Madinah yang mengundang Nabi untuk mengadili pertikaian-pertikaian mereka, menjadikan Madinah tempat yang mudah bagi baginda apabila melarikan diri dari penindasan di Makkah. Lebih halus lagi, dia cuba mengatakan bahawa kaum Arab tidak mengundang Yahudi untuk menghuni bumi Palestin, maka analogi hijrah tidak boleh digunapakai.

 Sehari selepas itu, seorang Yahudi membalas penulis Muslim tadi. Dia menyokong dalil hujah aku, kemudian mengalih pandangannya terhadap Palestin. "[B]agi golongan Muslim yang mendakwa mereka berada di kawasan itu sebelum Yahudi, aku perlu mengingatkan mereka bahawa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tinggal di Hebron apabila Siti Sarah meninggal lama sebelum wujudnya Nabi Muhammad."  Secara tidak langsung, kita semua betul, tidakkah begitu? Aku menggolongkan diri dalam golongan itu.

 Tetapi sekiranya anda betul, mestikah aku salah?
 
 Aku mengaju soalan kepada David Hartmann, salah seorang rabbi Israel yang paling autoritatif. Dia menjawab dengan soalan lain. "Adakah keceriaan, kehidupan aku , ancaman kepada kehidupan anda?" Sebelum aku mendapat respons, Rabbi Hartman telahpun menjawabnya sendiri, "Maksud aku, aku gemar mendengar umat Islam bersembahayang. Ia membangunkan aku pada pukul empat pagi, tetapi demi pluralisme, aku akan mengenepikan tidur aku. Pada hari Ahad, loceng-loceng gereja berbunyi. Aku kata,'Baiklah. Teruskan.'"

 Dan ia benar-benar mengena diri ini- agama adalah satu sebab Israel terus wujud sebagai satu demokrasi pelbagai agama di tengah-tengah demagognya sendiri dan dinasti-dinasti Arab yang kacau-bilau. Agama Yahudi, tidak seperti Islam dan Agama Kristian, bukanlah agama mubaligh. Ia tidak mendakwa kesejagatan. Menurut undang-undangnya, ia tidak boleh disebar, "Itu kerana umat Yahudi adalah 'bangsa terpilih,'" kata-kata yang sering dilafaz oleh para penganut Islam. "Bangsa terpilih tidak perlu membuktikan diri. Neraka atau banjir bah besar, keselamatan mereka terjamin." Aku berpendapat ini ialah salah faham yang tragis. Umat Yahudi percaya mereka bangsa terpilih, tetapi tidak sekadar untuk kismis di syurga. Mereka dipilih untuk memikul beban dunia, dan bagi pihak semua insan. Keupayaan untuk Yahudi membuktikan kemampuan diri mereka menangani beban-beban tersebut secara bertanggungjawablah yang akan menentukan samada mereka berhak diselamatkan. Jauh sekali daripada "terjamin selamat", keselamatan bergantung atas keupayaan untuk bertanggungjawab. Tetapi apa yang dimaksudkan ini? Aku hanya boleh menyampaikan konsensus Yahudi aliran utama: Bertanggungjawab bermaksud menahan daripada keangkuhan kesukuan (tribal).

 Sebagai manusia, umat Yahudi kadang-kadang menjadikan keangkuhan itu satu seni tinggi – atau setidak-tidaknya yang bersifat gauche. Aku teringat orang-orang gila di Tebing Barat yang menerangi penempatan-penempatan atas bukit mereka dengan Bintang-bintang Nabi Daud yang berlampu neon. Aku sakit hati dengan keengganan kerajaan Sharon untuk menahan para penjenayah yang mendirikan penempatan-penempatan haram. Aku tidak berpura-pura mempertahan orang-orang Yahudi yang membakar dahan-dahan pohon-pohon zaitun yang ditanam oleh para petani Arab selam beberap dekad lamanya, yang menyendiri di yeshiva-yeshiva yang melarang pengajian disiplin-disiplin, dari astronomi hingga falsafah, yang menggerakkan Maimonides. Ingat, walaupun mereka tidaklah begitu penting dalam Agama Yahudi kotemporari. Mereka ialah golongan yang marah dan bilangan mereka meningkat, tetapi masih tidak begitu ramai.

 Yahudi aliran utama, walaupun terkenal, kadang-kadang jauh lebih bertanggungjawab – walaupun kita sebagai umat Islam enggan memperakuinya. Dalam sebuah reli pro-Israel pada April 2002, Paul Wolfowitz, timbalan setiausaha pertahanan Amerika, menyampaikan satu dahan zaitun metaforikal kepada rakyat Palestin. Wolfowitz mengaku bahawa rakyat Palestin yang tidak bersalah menderita dan mati dalam bilangan yang ramai." Mereka yang hadir mencemuh. Tetapi apa yang dilakukan Edgar M. Bronfman, presiden Kongres Yahudi Sedunia? Dia menulis kepada New York Times dengan penuh rendah diri. "Mereka yang menge'boo' perlu malu terhadap diri sendiri dan perlu ingat kisah yang disebut dalam Haggadah [Kisah Paskah]...Tuhan memberi amaran kepada para malaikat kerana bersorak sementara rakyat Mesir lemas semesa mengejar Bani Israel yang telah melintas Laut Merah. Tuhan berfirman kepada mereka, Ini adalah orang-orang aku, juga. Rakyat Palestin yang terkorban kian meningkat dalam peperangan di Timur Tengah. Simpati-simpati sudah tentu untuk Israel dan rakyatnya, tetapi kita mesti sedar bahawa bangsa Palestin adalah manusia juga."

 Perjanjian sama untuk mengiktiraf "orang lain" membenarkan ketua rabbi Ortodoks Britain, Jonathan Sacks, untuk menulis tentang 'maruah' perbezaan." Adakah aku menyebut tentang menulis tentangnya? Lebih mirip kepada menulis sebuah buku tentangnya. Dalam penulisan Sacks, "Tuhan mencipta perbezaan, maka kita berjumpa Tuhan di dalam seseorang-yang-berbeza."  Bagi Rabbi Sacks,"[c]abaran keagamaan tertinggi ialah melihat imej Tuhan di dalam seseorang yang tidak menyerupai imej kita."  Aku akan mengaku Sacks mengambil daripada  para rabbi ultra-ortodoks, tertutamanya untuk hujahnya yang agama Yahudi tidak mempunyai kata-kata muktamad tentang Kebenaran. Di bawah tekanan, Sacks terpaksa menyemak semula beberapa sentimen. Tidak sukar melihat bagaimana bagasi kebudayaan bangsa Arab padang pasir - dinding-dinding kesukuan sedemikian, akan diketengahkan sebagai Islam yang sebenar. Tidak sukar juga untuk membayangkan bagaimana Islam yang mudah akan menjadi Islam yang taat – kurang taat kepada Tuhan berbanding para pahlawan-pahlawanNya. Tidak yang berkenaan kesucian perbezaan. Untuk beberapa tahun lamanya, Rabbi Sacks mempromosikan tanggungjawab Yahudi terhadap " yang lain," sementara menduduki tempat sebagai kepala Yahudi Ortodoks Britain.

 Kenapa aku begitu persisten dengan kemanusiaan dibolehkan oleh agama Yahudi? Sebab walaupun aku mejangka yang Operasi Ijtihad boleh menjadi pemangkin perbualan di kalangan tiga Ahli Kitab ini, "trialog-trialog" ini hanya akan membuahkan hasil sekiranya ia digerakkan  kertebukaan ala-talmud. Aku tidak maksudkan Talmud itu sendiri; aku merujuk kepada sikapnya, disuarakan dengan begitu anggun sekali oleh Rabbi Hartman, bahawa Tuhan Ibrahim adalah sama dengan "Tuhan yang penuh kejutan dan novelti." Tuhan yang kehendakNya tidak dapat diramalkan.

 Fikiran yang terlalu tidak munasabah untuk kebanyakan negara Arab Islam? Perdana Menteri Malaysia mencadangkan bahawa ia begitu. Pada perhimpunan Muslim antarabangsa yang berlangsung pada tahun 2002 di Kuala Lumpur, Mahathir Mohamad secara tidak langsung mengatakan kepimpinan Islam tidak lagi hanya datang dari golongan Arab kerana, rata-ratanya mereka tidak tahu berbicara dengan golongan bukan Islam.  Dia mengimplikasikan bahawa umat Islam Asia tahu berbuat demikian. Ironisnya, Mahathir secara tidak langsung mendedahkan kelemahannya terhadap pengaruh-pengaruh Arab dengan menyalahkan bangsa Yahudi di dalam krisis kewangan Malaysia dan tidak berbuat apa-apa sambil membiarkan perundangan Syariah tersebar di negaranya. Berita baiknya: Malaysia bukan Mahthir. Begitu juga negara jiran Indonesia, negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling ramai di dunia, di mana jutaan telah mengecam pengeboman kelab malam Bali oleh para Islamis. Pada hakikatnya, penduduk Asia Tenggara sentiasa mengamalkan Islam di sebuah entrepot yang pelbagai kaum etnik (Cina, India, Melayu) dan pelbagai agama (Buddha, Kristian, Hindu, Islam).

 Demikian juga halnya dengan penduduk-penduduk Asia Tengah. Di Kazakhstan, sebuah negara bermajoriti-Muslim bekas Kesatuan Soviet, terdapat hampir seratus kumpulan etnik hidup bersama-sama. Di sana, sekularisme hidup dan golongan Sufi yang toleran sihat walafiat. Di sana, umat Yahudi berhimpun untuk sebuah persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan – satu persidangan yang diakhiri dengan seruan bersama Yahudi-Muslim untuk keamanan. Di sana, suratkhabar rasmi berbahasa Inggeris memaparkan ucapan tahniah kepada pasangan-pasangan pada Hari Valentine.  Kita tidak lagi berada di padang pasir Saudi. Sekiranya hati Islam lebih kuat daripada sistem nilai Arabia padang pasir, dan mampu bertahan, umat Islam Asia mempunyai satu peluang untuk membuktikannya melalui perbualan berterusan dengan "Tuhan yang penuh kejutan dan novelti."

 Aku mempunyai kaveat kedua tentang perbualan antara agama. Sesiapa yang menyertainya, ia mungkin dipenuhi dengan fraud. Pertimbangkan kes Muhammad Sayyid Tantawi, sheikh Masjid Al-Azhar. Tidak ada yang lebih prestij daripada Al-Azhar. Fareed Zakaria menyifatkannya sebagai "pusat Islam aliran utama yang terpenting di dunia Arab."  Selain menjadi pegawai rasmi agama tertinggi Islam aliran utama, Sheikh Tantawi ialah seorang patron Three Faiths Forum* yang berpangkalan di UK, sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk membantu uamat-umat Kristian, Yahudi dan Islam mencapai kefahaman bersama. Sedap di telinga, tetapi mari kita menanggal retorik dengan bagas pasir dan menggerudi untuk melihat apa yang tertimbus di bawahnya. Di dalam satu khutbah yang diterjemah oleh Middle East Media Research Institute pada April 2002, Sheikh Tantawi menyifatkan bangsa Yahudi sebagai "musuh-musuh Allah, anak-anak khinzir dan kera."  Di persidangan 1999 berkenaan strategi nuklear di Mesir, sheikh ini menyeru umat Islam untuk "memperolehi senjata-senjata nuklear di dalam menghadapi ancaman Israel" dan menjanjikan bahawa "[s]ekiranya Israel mempunyai senjata-senjata nuklear ia akan ditewaskan terlebih dahulu kerana ia hidup di kalangan dunia yang tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap kematian."
 
 Kenyataan-kenyataan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja sebagai salakan-salakan tidak merbahaya oleh seseorang yang bertambah teruk akibat daripada kekalutan Palestin. Walau apabila proses damai mula menunjukkan tanda harapan, dia membuat komentar-komentar yang serupa. Pada Januari 1998, sheikh ini memberi wawancara kepada Al-Jazeera. Dia baru menemui ketua rabbi Israel, pertemuan di Kaherah yang menggelisahkan pihak akhbar Mesir. "Ada apa-apa faedah daripada pertemuan-pertemuan sebegini?" tanya seorang penyampai Al-Jazeera.

 "Sudah tentu," balas Sheikh Tantawi. "Di peringkat peribadi, aku menyerangnya dan membuktikan bahawa Islam ialah agama kebenaran...Aku berpendapat sesiapa yang enggan bertemu dengan musuh supaya dapat menampar mukanya ialah seorang pengecut, selagi pertemuan tersebut memberi faedah kepada Islam."

 Inikah pandangan sheikh terhadap Three Faiths Forum? Sebagai satu peluang untuk menyerang lebih ramaiYahudi? Ataupun pendirian ini ditujukan kepada para pendengar Arab sahaja? Aku kurang pasti. Setelah menjawab soalan awalan daripada aku, Three Faiths Forum memutuskan komunikasi apabila aku menyoal kenapa Tantawi yang berlidah-bisa boleh menjadi seorang patron yang boleh diterima.  Tidak kiralah, tuhannya bukan Tuhan kebaharuani tetapi Tuhan kependuaan. Aku, pula, tidak cukup Kristian untuk "mengalih pipi sebelah." Para reformer Islam perlu memerangi kependuaan supaya dapat mencapai sesuatu. Ini memerlukan usaha lanjut daripada sekadar dialog antara agama sahaja.

AKU BOLEH MEMBAYANGKAN SATU DUNIA TINDAKAN LANSUNG ANTARA AGAMA. PERTAMA di dalam senarai tindakan, kita perlua mempunyai perdebatan terbuka mengenai Arab Saudi, satu kawah kependuaan. Perdebatan itu harus mengambil tempat di kampus-kampus universiti, di mana para pelajar dan profesor bersiap sedia untuk membedah Isreal – tetapi membiarkan pihak Saudi berlidah cabang. World Assembly of Muslim Youth (WAMY), sebuah pertubuhan yang dibiayai oleh pihak Saudi, mengedar risalah-risalah di kampus-kampus Amerika Utara merat tempat. Satu risalah, bertajuk "Human Rights in Islam," berbisik-bisik lembut tentang apa yang dibenarkan oleh sebuah kerajaan Islam, memberi implikasi hanya kerana anda boleh "mempunyai hak untuk memprotes kezaliman," anda mempunyai hak ini. Brosur ini menyanyikan pujian empat belas jenis kebebasan, seperti "perlindungan dari penjara arbritari." Tetapi jika anda disasar sebagai penganut Syiah, maka anda tidak dipenjarakan secara arbitrari, tidakkah begitu? Seperti yang telah aku tunjukkan, Arab Saudi menzalimi golongan Syiah tanpa rasa bersalah.

 Mari kita kaji satu lagi jenis kebebasan yang dipaparkan di brosur tersebut – "kesamarataan di hadapan perundangan." Walaubagaimanapun, sekiranya perundangan membenarkan diskriminasi berdasarkan kepercayaan atau biologi, maka itulah yang mendefinisikan "kesamarataan." Begitulah keadaannya di Arab Saudi, di mana undang-undangnya menghalang seseorang wanita daripada mengurus sebarang urusniaga yang dimilikinya, dan di mana wanita adalah minor – yang bermakna walaupun di Riyadh mengumumkan semua orang dewasa di Saudi boleh mengundi, hak mengundi masih lagi hak eksklusif kaum lelaki. Akhirnya, baca apa yang dikatakan WAMY mengenai wanita: "Penindasan terhadap wanita adalah dilarang....Kehormatan dan kesuciam wanita harus dihormati di dalam setiap keadaan." Tunggu sekejap. Ketaksuban dengan kehormatan itu sendiri ialah satu jenis penindasan sebenarnya. Apa yang kita baca sebenarnya ialah pencabulan maruah yang dijustifikasi-sendiri. Gerakan tangan yang lincah meresap kepada "kebebasan hati nurani dan keyakinan" dan "perlindungan sentimen-sentimen keagamaan" – dua  lagi kebebasan yang ditayang-tayangkan oleh WAMY dan dilanggar oleh Islam padang pasir. Kepada para pelajara dan profesor yang merasakan diri mereka sebagai pemikir kritikalhanya kerana boleh berhadapan dengan para Zionis, aku mempunyai cabaran untuk anda: Berdepanlah dengan lidah-lidah rasmi Saudi, tidak lain tidak bukan kecuali tuan guru logik kedap udara.

 Bagi mereka yang lebih berani dari kalangan pelajar-pelajar universiti Kristian, Yahudi, dan Islam, tindakan langsung bermakna menganjur ibadat haji Ibrahimiyyah" ke Makkah. Nabi Ibrahim bukan sahaja pelopor agama-agama ini; terutamanya, menurut Islam, baginda juga Nabi (berserta dengan puteranya Ismail) memperbaharui Kaabah – kubus hitam yang menjadi pusat tumpuan ibadat haji. Di sinilah dilaporkan Nabi Muhammad memecahkan patung-patung berhala Makkah, walaupun baginda menyelamatkan sebuah salib daripada saki-bakinya. Hanya umat Islam sahaja yang bersembahyang di Kaabah, kata anda? Oleh itu apa sebenarnya makna Muslim? Aku terdengar di dalam sebuah perbualam antara agama baru-baru ini dan menemui keterbukaan untuk soalan itu. Seorang ' chatter' bernama Aasim memberitahu seorang ' chatter' lain yang bernama Mattcabe, "Walaupun anda, sebagai seorang Yahudi, bukanlah Muslim dalam erti kata mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang formal, tidak keterlaluan aku menganggap kamu muslim dalam erti kata kamu berserah kepada Tuhan dan mempunyai keiinginan untuk mematuhi perintah-perintahNya. Jadi, boleh jadi idea aku lebih dekat dengan agama Yahudi dan kamu pula lebih dekat dengan Islam kerana kepercayaan kita di dalam Tuhan Yang Maha Esa yang diwahyukan kepada Ibrahim tidaklah keterlaluan!"  Diskusi-diskusi sedemikian, yang akan diilhamkan oleh ibadat haji Ibrahimiyyah, boleh membawa semangat sejagat ke Makkah – satu globalisme yang mengindahkan Baitulmaqdis, Rom, dan Geneva (rahim rohani Protestanisme). Jika Makkah terlalu istimewa untuk didebunga dengan kehadiran golongan bukan-Muslim, aku mempunyai hanya satu soalan: Kenapa?

 Walau bagaimana pihak Saudi bertindakbalas kepada haji Ibrahimiyyah, mereka akhirnya perlu jujur. Bersetuju dengannya sementara menangguh-nangguhkan pengeluaran visa selama-lamanya – satu gimmick yang digemari yang membenarkan kerajaan Saudi untuk menutup tirai tabirnya – tidak akan dapat diterima. Mereka akan dipersoal tentang tipu-helah mereka, berulang kali. Para pelajar universiti yang akan menyoal, melalui pengesan tipu-helah melalui perdebatan-perdebatan kampus mengenai Arab Saudi.
 
 Aku akan bergerak satu langkah yang lebih baik: Di dalam merancang ibadat haji Ibrahimiyyah, para pelajar Amerika Utara perlu berhubung dengan para pelajar Iran. Sebahagian besar pemuda-pemudi Iran adalah pemberontak-pemberontak* intelektual. Jauh daripada menjadi lautan mesaej-mesej "Runtuhlah Amerika", panji-panji mereka sering mengisytiharkan, "Runtuhlah Monopoli" (di mana mereka merujuk kepada monopoli golongan ulama di dalam moraliti). Belia Iran mendengar radio Israel untuk keseimbangan dan kadar akses Internet yang tinggi menjadikan mereka lebih peka kepada dunia luar berbanding dengan golongan Muslim yang lain.  Juga, oleh kerana mereka ialah penganut Syiah, mereka tidak merasakan mereka perlu memberi sebarang legitimasi kepada tuan-tuan Sunni Arab Saudi. Itu tidak bermakna yang para ayatollah Iran tidak membawa masa keganasan ala-Saudi. Ramai yang berbuat demikian, dan Hezbollah berterima kasih kepada mereka, aku pasti. Namun mereka ialah ayatollah-ayatollah yang ditentang melalui pemberontakan yang rata-rata aman oleh pelajar-pelajar Iran.

 Sebenarnya, seorang sahabat yang berusia dua puluh sembilan tahun di Iran yang menghantar e-mail "Surat dari Penjara Birmingham" Martin Luther King Jr. kepada aku. Aku tidak pernah membacanya sebelum ini. Sahabat aku menulis prakata dengan sentimen ini: Apabila kawan-kawanmu yang berfikiran luas di Amerika Utara teragak-agak untuk mendedahkan Arab Saudi kerana bimbang menyinggung perasaan umat Islam, ingatkan mereka terhadap para liberal Birmingham yang mahukan King menamatkan ketegangan di bandar mereka. King memberitahu mereka, "Aku mesti akui yang aku tidak gentar dengan perkataan 'ketengangan'. Aku telah berjuang habis-habisan menentang ketegangan ganas, tetapi ada sejenis ketegangan konstruktif, dan tidak ganas yang diperlukan untuk pertumbuhan. Sepertimana Socrates merasakan keperluan untuk mewujudkan ketegangan di dalam minda supaya para individu dapat bangkit daripada ikatan mitos-mitos dan separa-kebenaran ke alam analisis kreatif dan penilaian objektif yang tidak terkongkong, kita mesti nampak keperluan untuk langau-langau* pengkritik yang tidak ganas untuk mewujudkan ketegangan di dalama masyarakat yang akan membantu manusia bangkit daripada kegelapan prejudis dan rasisme kepada satu aras tingkat kefahaman dan persaudaraan yang lebih agung and gemilang."  Aku berdoa agar Operasi Ijtihad mempunyai kesan yang serupa.

 Lihatlah, beberapa "bom-bom" Operasi Ijtihad – soalan-soalan berani yang asas yang perlu diajukan secara awam:

  • Di dalam perdebatan-perdebatan pemberian kuasa kepada wanita: Dapatkah Tuhan yang diatur kedudukannya sebagai amunisi terhadap separuh penyembah-penyembahNya dicintai dan dikasihi? Pentingkah cinta kasih itu?
  • Di dalam diskusi-diskusi media: Dapatkah buku-buku membantu mengekang tuhan-tuhan kosong materialisme dan TV empuk? Kenapa, di dalam seribu tahun yang lampau, sudahkah dunia Arab menerjemah bukusebanyak sebanyak buku yang diterjemah Sepanyol setiap tahun? Adakah kerana semakin ramai tahu akan pendapat asing, mereka lebih berkemungkinan untuk menilai pendapat sendiri? Pada masa yang sama, kenapa Mesir tidak membanjiri pasaran-pasaran Barat dengan terjemahan-terjemahan Inggeris Gaber Asfour Against Fanaticsm atau karya Ali Salem A Drive to Israel, setiap satunya menunjukkan potensi untuk toleransi di kalangan umat Islam? Sudahkah setiap penerbit Barat menolak manuskrip-manuskrip ini?
  • Di dalam perbicaraan-perbicaraan dengan Arab Saudi mengenai ibadat haji Ibrahimiyyah: Kenapa pihak Saudi melarang aktiviti Kristian di bumi mereka sementara pada waktu yang sama membiayai Pusat Kefahaman Muslim-Kristian di Washington, D.C.? Siapa, sebenarnya, memerlukan "kefahaman" ini? Apakah pengajaran daripada pusat ini yang digunapakai oleh pihak Saudi di negara sendiri?

Aku tidak mengatakan yang bom-bom ini boleh meleraikan autokrasi-autokrasi serentak. Apa yang cuba aku sampaikan di sini ialah keputusan jangka panjang kumulatif. Apabila ketidakcekapan kerajaan dan perkhidmatan awam yang kurang dana dikritik oleh wanita-wanita pembayar cukai yang mengharapkan akauntabiliti untuk wangan mereka, dan apabila diskriminasi yang ditujukan terhadap wanita, penganut agama minoriti, dan aneka " orang lain" ditarik keluar ke cahaya siang hari dengan keberanian yang meningkat untuk menyoal dengan lantang, umat Islam akan lebih bersedia untuk peralihan ke demokrasi.

 Aku berdoa untuk keputusan akhir: Operasi Ijtihad akan memberi keberanian kepada komuniti antarabangsa untuk mengesan dan menghentikan asal-usul genosid – asal-usul yang mungkin ada kaitannya dengan agama.  Sehingga kita menyiasat dengan lebih lanjut lagi, kita tidak tahu sejauh mana doktrin Wahhabi sudah terpupuk untuk keganasan etnik dan sektarian di Sudan yang dijajah-Arab, tempat persembunyian Osama bin Laden sebelum ke Afghanistan. Tetapi kita mempunyai pengetahuan yang memadai untuk menyiasat. Dua juta orang telahpun dibunuh di Sudan, lapor Charles Jacobs dari American Anti-Slavery Group. "Puluhan ribu telah kehilangan tempat kediaman, dan 100, 000 ... dikebulur secara paksa."  Kenapa kepura-puraan ini berterusan? Kenapa kita membiarkan sahaja?

 Sehingga hari ini, tidak ada agensi antarabangsa dibersihkan daripada disfungsinya dan ditambah dengan kejelasan keadilan supaya jenayah-jenayah kebencian yang besar boleh dielakkan. Bangsa-bangsa Bersatu enggan menghalang genosid di Rwanda. Diberi PBB beroperasi dengan lebih mengutamakan protokol daripada prinsip, dengan rejim-rejim kejam dilayan seperti demokrasi secara moral, dapatkah PBB mengaibkan Arab Saudi dengan inkuiri mengenai Wahhabisme? Susah sekali. Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang baru ditubuhkan berperanan untuk lebih reaktif daripada proaktif. Pada musim bunga 2003, mahkamah tersebut menerima dua ratus aduan mengenai jenayah-jenayah terhadap kemanusiaan. Kenapa ia harus melantik seorang pendakwaraya untuk memeriksa Wahhabisme sedangkan kedua-dua Amerika Syarikat mahupun Arab Saudi telah bersetuju menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa?

 Buat masa sekarang, harapan terbaik kita untuk membendung pembunuhan-pembunuhan yang dimotivasikan agama terletak pada sistem keadilan di negara-negara kita. Sambil aku menulis ini, mahkamah-mahkamah jenayah Britain telahpun berjaya mendakwa seorang ulama yang dilatih di Saudi, berpangkalan di London kerana menyeru pembunuhan Yahudi, Hindu, dan rakyat Amerika.  Ia merupakan pendakwaan pertama seumpamanya di England. Ia tidak sepatutnya yang terakhir.

 Aku akui yang membuat aduan kepada pihak mahkamah kadang kala memang menyulitkan. Di Perancis, seperti yang sebut di pembuka surat ini, empat kumpulan Islam cuba untuk menyaman penulis Michel Houellebecq kerana dia memberitahu sebuah majalah kesusateraan bahawa Islam ialah agama "paling bodoh". "Apabila anda membaca Quran, anda cepat-cepat menyerah kalah. Alkitab (Bible), setidak-tidaknya, indah kerana Yahudi mempunyai bakat kesusasteraan yang halus."  Bertapa leganya kepada sesiapa yang mempunyai pendapat mengenai apa pun, akhirnya hakim menggugurkan kes ini. Wartawan Itali Oriana Fallaci juga mengalami perjuangan yang serupa untuk kebebasan bersuara selepas essay tajamnya, The Rage and the Pride dterbitkan. Di dalamnya, dia mengecam para imigran Muslim ("Mereka terlalu banyak beranak-pinak") dan tuan-tuan Eropah mereka ("orang-orang Itali tidak menghasilkan anak-anak lagi, orang bodoh").  Kes mahkamah terhadapnya tidak dapat bergerak.

 Dengan menjatuhkan dakwaan-dakwaan jenayah ke atas pihak Saudi, adakah aku hanya meniru mereka yang ingin mendiamkan Houellebecq, Fallaci, Nasrin, dan Rushdie? Oh Tuhan, harapnya tidak begitu. Mencabar pihak Saudi bukanlah semata-semata mendiamkan Islam tetapi membenarkan lebih daripada sejenis mekar di padang pasir. Dan mencabar mereka boleh menghalang satu lagi pusingan penghapusan besar-besaran sementara melindungi keselamatan negara. Bagaimana Quran dibenarkan untuk ditafsir – dan tafsiran apa yang tidak dibenarkan- telahpun menjadi urusan setiap orang.

OPERASI IJTIHAD AKAN MENGHASILKAN HASIL SAMPINGAN YANG STRATEGIS, bagi Amerika dan negara-negara Eropah yang utama. Di dalam mencapainya bersama, mereka akan menuju ke arah memulihkan jurang di antara mereka. "Katakan 'Ya' kepada ekonomi pasaran, dan tidak kepada masyarakat pasaran!" laung Lionel Jospin, bekas perdana menteri Perancis.  Operasi Ijtihad akan mengimbangi pasaran dan masyarakat. Dengan memartabatkan wanita Islam sebagai usahawan-mikro, ia akan mendokong etika kecil-itu-molek mereka yang menentang budaya korporat.Operasi Ijtihad akan memfokus kepada orang tempatan, dan bukannya gergasi industrial, maka meisahkan antara keperluan dan ketamakan. Dan ia akan memberi umat Islam satu masa depan untuk dinikmati daripada mati untuk masa silam. Tidakkah motif-motif ini mententeramkan golongan sayap kiri di kalangan Kesatuan Eropah? Hakikat yang ramai di antara mereka yang membenci kapitalisme tidak penting. Kenapa para aristokrat ideologikal perlu mencuri peluang daripada umat Islam? Tidakkah sikap pentingkan diri sama dengan neokolonialisme, mengangkat keinginan golongan elit yang jauh berbanding dengan kebajikan jutaan manusia? Sekurang-kurangnya Bank Dunia nampaknya bersetuju dengan matlamat-matlamat Operasi Ijtihad. Semasa menjadi ketua ekonomisnya, Nicholas Stern berkata, "Mempertingkat kesetaraan jantina itu penting kepada idea pembangunan sebagai kebebasan." Apabila wanita terlibat, "[b]ukti-buktinya menunjukkan bahawa pendidikan, kesihatan, produktiviti, kredit dan pentadbiran berjalan dengan lebih lancar."  Ringkasnya, rasuah berkurangan.

 Wanita di dunia Islam, kerajaan-kerajaan Barat, umat Islam, Yahudi dan Kristian berfikiran bebas yang berniat baik, golongan pelajar, golongan aktivis sosial, Bank Dunia, Oprah: Operasi Ijtihad boleh jadi pelbagai rupa. Namun ia tetap memerlukan sumber-sumber Amerika. Masuknya politik minyak.

 Ramai di antara kita begitu yakin bahawa demokrasi Amerikalah yang keberatan untuk mendedahkan kelemahannya di Dunia Arab Islam semata-mata untuk menjaga kepentingan bekalan minyaknya. Kalaupun ia benar, minyak tidak perlu menghalang sokongan A.S. kepada Operasi Ijtihad. Tidak selagi Amerika berterusan memperolehi lebih banyak sumber tenaga daripada luar rantau Timur Tengah daripada dari dalamnya, dan tidak sekiranya sumber-sumber tenaga alternatifif wujud dengan banyak. Sudah tentu, ia lebih daripada sekadar realpolitik minyak. Ia ialah dilema " Riyadh-politik."

 Apa yang aku maksudkan di sini ialah Washington diikat dua kali. Pada masa yang sama, mencekik hasil-hasil minyak Saudi secara dramatik akan mempercepatkan kuasa rajanya sebagai pemberi duit dan cenderamata lain kepada golongan ulama. Sekiranya pakatan itu jatuh dalam semalaman, para mullah yang radikal yang sudahpun membenci Barat akan diberi kemenangan yang merbahaya – dan satu alasan untuk menjadi jauh lebih radikal. Pada masa yang sama, Washington perlu menyalirkan padang pasir dengan idea-idea dan aktiviti ekonomi, walaupun ia berbuat secara beransur-ansur. Kegagalan untuk bertindak hanya akan mengancam masa sepan rakyat Amerika, termasuk yang lain-lain, apabila rizab minyak Arab Saudi kekeringan. Dan ia telahpun mula mengering: Semenjak 1980-an, pendapatan per kapita di kerajaan itu jatuh dari $23, 000 kepada $7,000. Untuk mendapat kerja mencuci pinggan mangkuk di Arab Saudi, rakyat Bangladesh yang beragama Islam membayar $2,000 kepada Riyadh (empat-perlima gaji tahun pertama),  menambah  dana kerajaan yang semakin merosot. Ramai belia Saudi enggan terlibat dalam pekerjaan manual, walaupun kemahiran-kemahiran intelektual mereka tidaklah setara dengan  orang lain kerana sekolah-sekolah  mereka dipenuhi dengan pengajian agama. Bergantung secara artifisial kepada tenaga fosil, masyarakat Arab Saudi tidak boleh difosilkan lagi. Amerika pun tidak boleh membiarkannya begitu. Setelah dilancar, Operasi Ijtihad boleh mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi supaya setiap insan dapat memperolehi maruah, keselamatan, dan kebebasan. Ini termasuklah wanita, dengan keushawanan yang amat diperlukan mampu menggoncang Islam padang pasir pada terasnya.

 Arab Saudi tidak perlu menjadi titik permulaan Operasi Ijtihad. Demi bergerak secara beransur-ansur, Iraq pasca-perang boleh menjadi tempat permulaannya. Berdasarkan sejarahnya, rakyat Iraq pernah mencapai kadar celik huruf tertinggi di Timur Tengah. Berdasarkan sejarahnya, juga, rantau ini telah menerima penyertaan wanita di dalam masyarakat. Tetapi merangka perlembagaan dan mengadakan pilihanraya tidak memadai untuk menghidupkan semula kebanggaan kebudayaan dan ekonomi. Menjana kekayaan itu penting untuk mengekalkan demokrasi baru kerana hanya kelas perniagaan yang dicukai oleh kerajaan boleh memaksa kerajaan untuk membangunkan institusi-institusi yang respon kepada rakyat.

 Harus diingat: Gejala Nazi tersebar, pada mulanya, melalui pilihanraya bebas. Adolf Hitler memainkan perasaan hina diri Jerman, dikukuhkan oleh kerosakan ekonomi pasca-perang. Kita tidak boleh membiarkan Iraq sampai ke situ. Ia boleh sampai ke situ dengan mudah. Tak perlu hirau Parti Baath yang mengambil Parti Nazi sebagai modelnya; aku lebih dihantui dengan sekeping foto yang muncul di muka depan DAWN, suratkhabar Pakistan, semasa saat-saat menuju ke Operation Iraqi Freedom.* Foto itu menunjukkan sekumpulan wanita yang senyum mencarik-carikkan seekor arnab putih sebagai sebahagian daripada latihan mereka untuk mempertahan Iraq dan Islam, darah di tangan mereka.  Apa yang boleh dicapai wanita sudah tentunya jauh lebih konstruktif sekiranya Operasi Ijtihad dapat melihat cahaya hari.

 Sementara itu, satu lagi kumpulan yang boleh menunjukkan kemungkinan mereform Islam: umat Islam di Barat. Kita mempunyai kemewahan untuk mengamalkan kebebasan sivil, terutamanya kebebasan bersuara, untuk mengubah kecenderungan-kecenderungan kesukuan. Adakah kita menaruh harapan terhadap kebebasan itu? Sudah cukup ramaikah golongan bukan-Muslim mencabar kita untuk berbuat demikian?


NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)

BAB 7: Operasi Ijtihad (Chapter 7 Notes)

1"Bantulah dia untuk memimpin perjuangannya!." Sumber: Zainab Salbi, "Oprah," 7 Oktober, 2002. Pertubuhan Salbi, Women for Women International, boleh ditemui di www.womenforwomen.org.

2" Lebih kurang 60 peratus penduduk di negara-negara Arab adalah di bawah dua-puluh tahun, berbanding dengan 29 peratus di Amerika." Sumber: Eric Boehlert, "The Arab baby boom," www.salon.com, 18 Oktober, 2001.

3"...daripada 300 juta hari ini kepada 430 juta pada 2020." Sumber: United Nations Arab Human Development Report 2002 (New York: UNDP/RBAS, 2002), ms. 37.

* "Baby boom" diterjemah dengan menggunakan kaedah pengaturan frasa dan diterjemah sebagai ‘kadar kelahiran yang tinggi’.

4"...dan mereka beria-ia memandang ke Barat." Sumber: Ibid., "The Arab World: Let the Numbers Speak1" p.3.

5"... buaya, ular, dan serangga yang akan ditemui apabila tiba di Australia." Sumber: Peter Stalker, The No-Nonsense Guide to International Migration (Toronto: Between the Lines, 2001), ms. 38.

6"'... telahpun menerima pinjaman mikro di lebih empat puluh negara," semenjak pembukaan Bank Grameen." Sumber: Maggie Black, The No-Nonsense Guide to International Development (Toronto: Between the Lines, 2002), ms. 66.

7"... Bandingkan dengan kadar pembayaran balik sebanyak 10 peratus yang dicanang-canang oleh Bangladesh Industrial Development  Bank, yang hanya melayan mereka yang memiliki harta." Sumber: Maggie Black, Ibid., ms. 65.

8"...Ingat juga tradisi Islam penuh dengan kata-kata hikmah yang berkisar dengan bidang perdagangan." Nota: Walaupun seorang berfahaman Marxis, Tariq Ali memperakui dalam The Clash of Fundamentalisms bahawa " dari awal lagi, [Islam] menganggap perdagangan sebagai satu-satunya pekerjaan yang mulia." (ms. 29) Sememangnya, Quran melindungi perdagangan dalam ayat ini, di 4:29: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu."

9"'Dua juta kan meningkat kepada lima puluh juta." Sumber: Bill Clinton, "The Struggle for the Soul of the 21st Century," New Perspectives Quarterly, Musim Bunga 2002. Muat turun di www.digitalnpq.org.

10"... ahli ekonomi yang dicalonkan untuk Hadiah Nobel yang menarik perhatian Indonesia, Palestin, Algeria dan Mesir." Nota: Untuk maklumat lanjut, baca karya Hernando de Soto The Mystery of Capital: Why Capitalism Triumphs in the West and Fails Everywhere Else (New York: Basic Books, 2000).

11" Selepas Peru melaksanakan idea-idea de Soto, kehadiran sekolah meningkat 26 peratus." Sumber: Perbualan dengan Peter Schaefer, Pengarah Eksekutif Institute for Liberty and Democracy (pejabat Washington), 12 Februari, 2003.

* Diterjemah daripada ‘empowerment of women’ dalam teks asal.

12"Saya ingin tahu samada yang diperkatakan oleh Mullah tentang apa yang terkandung dalam Quran itu benar." Sumber: Elaine Kamarck, "Freedom through Islam," Toronto Star, 15 Februari, 2002.

13"...manusia menurut tabiatnya kikir." Sumber: Quran 4:128.
14"..."dalam masyarakat di mana lelaki memainkan peranan subservien kepada kaum lelaki.'" Sumber: Richard Haass, "Towards Greater Democracy in the Muslim World" (ucapan kepada Majlis Hubungan Luar, Washington, D.C.), 4 Disember, 2002, ms. 6 helaian nota-nota.

15"'Ianya disiarkan di dalam bas-bas awam, pembesar-pembesar suara, masjid; dan di radio.'" Sumber: www.wluml.org, di bawah "Part One: The Context of Our Struggle."

16"... untuk mendedahkan status dan fakta-fakta terselindung peperangan ketenteraan Zionis.'" Sumber: manartv.com. Klik "Programs," dan kemudian "Perspektif."

17"... warga setiap kota bekas Kesayuan Soviet sekarang mempunyai aneka saluran televisyen untuk dipilih.'" Sumber: David Hoffman, "Beyond Public Diplomacy," Foreign Affairs. Mac-April 2002, Bilangan 81, Keluaran 2, ms. 5 versi online.

18"'...dan tidak merasakan mereka tidak cukup pengetahuan untuk bersuara.'" Sumber: Dr. Ayesha Imam dalam "Metro Morning," CBC Radio (Toronto), 3 Disember, 2002.

19'Kamu percaya Tuhan ini menghendaki kamu dipukul, dizalimi? dia akan pantas memahaminya dan berkata. 'Tidak.'" Sumber: Riffat Hassan sepertimana dipetik oleh Elaine Kamarck, "Freedom through Islam," Toronto Star, 15 Februari, 2002.

20"Negara-negara seperti Tunisia dan Turki mendirikan dinding-dinding yang memisahkan kehidupan rohani dan alam material, mereka memberi nama yang kurang demokratis kepada demokrasi." Nota: Di Turki, wanita Muslim mereka mengadu bahawa mereka dilarang daripada bilik-bilik kelas universiti termasuklah parlimen kerana pilihan mereka untuk memakai hijab. Untuk maklumat lanjut, baca Julie Salamon, "Seeking a Global Faith in the Details," New York Times, 9 Mei, 2002.

21"'Saya menunjukkaan bahawa di dalam hijrah, perpindahan terkenal Nabi Muhammad dari kota Makkah ke Madinah, diterjemahkan kepada "mencari perlindungan dengan bermastautin di tempat selain daripada tempat asal-usul seseorang itu.'" Nota: Saya mengambil terjemahan ini daripada Albert Hourani, A History of the Arab Peoples (New York: Warner Books, 1991) ms. 17.

Baca memo olok-olok lengkap saya kepada Arafat.

22"'Cik Manji menggugurkan syarat terakhir untuk menyampaikan hujahnya.'" Sumber: Mohamed Elmasry (Presiden Canadian Islamic Congress), "Another leaf," surat-surat Globe and Mail, 6 Februari, 2002.

23"'... Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tinggal di Hebron apabila Siti Sarah meninggal lama sebelum wujudnya Nabi Muhammad." Sumber: Sheila Dropkin, "Wake Up Arafat," surat-surat Globe and Mail , 7 Februari, 2002.

24"'Baiklah. Teruskan.'" Sumber: Temubual dengan Rabbi Hartman, Baitulmaqdis, 9 Julai 2002.

25" '...tetapi kita mesti sedar bahawa bangsa Palestin adalah manusia juga.'" Sumber: Edgar M. Bronfman, "The Boos: A Mideast Moment," surat-surat New York Times, 14 Mei, 2002.

26"'...maka kita berjumpa Tuhan di dalam seseorang-yang-berbeza." Sumber dan nota: Rabbi Jonatahan Sacks, The Dignity of Difference: How to Avoid the Clash of Civilizations (London, New York: Continuum, 2002), ms. 59.

Sacks mungkin lebih merayakan perbezaan berbanding dengan kebanyakan pemimpin Yahudi Ortodoks, tetapi beliau bukanlah satu-satunya yang membenarkan perbezaan. Datuk bandar Baitulmaqdis Uri Lupolinski, seorang Yahudi ultra-Ortodoks, bersandar atas slogan, "Live and let live." Beliau menang. Persis kata-katanya, Datuk bandar Lupolinski mempertahan perarakan gay dan lesbian (gay and lesbian pride parade) di Baitulmaqdispada 2003. "Setiap orang mempunyai perarakannya sendiri,"beliau memberi ingatan kepada para pembantah yang konservatif, menamabh saya sendiri akan berarak di dalam satu lagi perarakan," Dan itu hak mutlaknya. Lihat Mitch Potter, "Cavalcade of rainbow flags raises tension in Jerusalem," Toronto Star, 21 Jun, 2003.
27"...[c]abaran keagamaan tertinggi ialah melihat imej Tuhan di dalam seseorang yang tidak menyerupai imej kita.'" Sumber: Rabbi Jonathan Sacks, Ibid., ms. 60.

28"... kepimpinan Islam tidak lagi hanya datang dari golongan Arab kerana, rata-ratanya mereka tidak tahu berbicara dengan golongan bukan Islam." Sumber: Dilaporkan kepada saya oleh Tarek Fath, peserta persidangan dari Toronto di persidangan Kuala Lumpur.

29" Di sana, suratkhabar rasmi berbahasa Inggeris memaparkan ucapan tahniah kepada pasangan-pasangan pada Hari Valentine." Sumber: Lily Galili, "Liberal Islam in Asiatic dress, " Ha'retzdaily.com, 23 Februari, 2003.

30"...'pusat Islam aliran utama yang terpenting di dunia Arab.'" Sumber: Fareed Zakaria, The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad (New York: W.W. Norton, 2003), p.136.

* Three Faiths Forum diterjemah secara verbatim kerana penterjemah berpendapat ia adalah nama khas. Maka ada baiknya sekiranya nama asal forum ini dalam bahasa Inggeris dikekalkan.

31"... sebagai "musuh-musuh Allah, anak-anak khinzir dan kera." Sumber dan nota: "MEMRI Special Report – Arab Antisemitism," No. 9, 1 November, 2002. Saya mendapatkan bantuan penutur bahasa Arab klasik untuk menyemak terjemahan MEMRI dengan yang asli.

MEMRI memerhati pada Mac 2003, Institut Bagi Penyelidikan Islam Universiti Al-Azhar mengeluarkan satu rekomendasi untuk tidak menyifatkan Yahudi kontemporari sebagai 'kera dan khinzir'. Rekomendasi ini dirangka dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh ulama tertinggi Islam Ahli Sunnah wal Jamaah, sheikh al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi," Perhatikan, walaubagaimanapun rekomendasi ini hanya melarang penggunaan gelaran ini – bukannya satu dekri menentangnya. Ke mana perginya fatwa apabila ia diperlukan? Untuk maklumat lanjut, lihat Yigal Carmon, "Harbingers of Change in the Antisemitic Discourse in the Arab World," MEMRI Inquiry and Analysis Series – No. 135. Muat turun di www.memri.org.

32"... ia akan ditewaskan terlebih dahulu kerana ia hidup di kalangan dunia yang tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap kematian." Sumber: MEMRI Special Dispatch Series – No. 59, 19 November, 1999. Saya mendapatkan bantuan penutur bahasa Arab klasik untuk menyemak terjemahan MEMRI dengan yang asli.

33"'Saya berpendapat sesiapa yang enggan bertemu dengan musuh supaya dapat menampar mukanya ialah seorang pengecut, selagi pertemuan tersebut memberi faedah kepada Islam." Sumber: Laporan Khas MEMRI – No. 2, 8 Februari, 1998.

34"... Three Faiths Forum memutuskan komunikasi apabila saya menyoal kenapa Tantawi yang berlidah-bisa boleh menjadi seorang patron yang boleh diterima." Nota: Saya menghantar e-mel kepada forum ini pada 22 Februari, 2003. E-mel kedua yang masih belum dibalas – dihantar pada 24 Februari.

Dalam e-mel tersebut, saya menulis yang berikut kepada Sidney Shipton, koordinator Three Faiths Forum: "Saya akui yang saya tidak faham kenapa nama Sheikh Tantawi tertera sebagai seorang patron. Menurut Middle East Media Research Institute ( MEMRI – Institut Penyelidikan Media Timur Tengah – selitan penterjemah), sheikh tersebut telah meluahkan kenyataan-kenyataan yang berapi-api mengenai bangsa Yahudi (tidak hanya Israel) untuk sekian lama –semasa proses perdamaian [Oslo] dan selepas itu. Baru-baru ini pada April lepas [2002], dia dipetik mengatakan bahawa bangsa Yahudi itu 'musuh-musuh Allah, anak-anak khinzir dan kera.' Memandangkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Three Faiths Forum, kenapa forum ini menerima seseoranga yang mempunyai pandangan sedemikian sebagai seorang patron? Saya tanya dalam semangat keterbukaan dan berharap menerima balasan daripada anda." Saya masih belum menerima balasannya.

35" Jadi, boleh jadi idea saya lebih dekat dengan agama Yahudi dan kamu pula lebih dekat dengan Islam kerana kepercayaan kita di dalam Tuhan Yang Maha Esa yang diwahyukan kepada Ibrahim tidaklah keterlaluan!" Sumber: Sumbangan di Middle East Abrahamic Forum, 11 September 2002. [Lawatilah forum ini.]

* renegades is translated to 'pemberontak-pemberontak' which actually means rebels in Malay. Malay dictionary translation for 'renegade' includes 'orang yang murtad' which means 'apostate' and 'penjahat' which means 'outlaws'. In my opinion, these meanings do not capture the idea of 'spiritual renegade' sufficiently hence my choice.

36"... dan kadar akses Internet yang tinggi menjadikan mereka lebih peka kepada dunia luar berbanding dengan golongan Muslim yang lain." Nota: Sememangnya, letusan pengguna web-log Iran, atau "bloggers", selalu dipetik sebagai sebab protes-protes pro-demokrasi kian berpengaruh.

* langau-langau diterjemah daripada perkataan ' gadflies' yang terdapat dalam teks asal bahasa Inggeris.

37"'...akan membantu manusia bangkit daripada kegelapan prejudis dan rasisme kepada satu aras tingkat kefahaman dan persaudaraan yang lebih agung and gemilang.'" Sumber: Martin Luther King Jr. "Letter from Birmingham Jail," 16 April, 1963. Muat turun di www.nobelprizes.com.

38"... Operasi Ijtihad akan memberi keberanian kepada komuniti antarabangsa untuk mengesan dan menghentikan asal-usul genosid – asal-usul yang mungkin ada kaitannya dengan agama." Nota: Untuk maklumat lanjutan tentang ini, lihat Anthony W. Marx, Faith in Nation: Exclusionary Origins of Nationalism (London and New York: Oxford University Press, 2003). Mukadimah (primer) yang baik diberi oleh Alexander Stille, "Historians Trace an Unholy Alliance: Religion and Nationalism," New York Times, 31 Mei, 2003.

39"'Puluhan ribu telah kehilangan tempat kediaman, dan 100, 000 ... dikebulur secara paksa.'" Sumber: Charles Jacobs, "Why Israel and not Sudan, is singled out," Boston Globe, 5 Oktober, 2002.

40"...mahkamah-mahkamah jenayah Britain telahpun berjaya mendakwa seorang ulama yang dilatih di Saudi, berpangkalan di London kerana menyeru pembunuhan Yahudi, Hindu, dan rakyat Amerika." Nota: Ulama tersebut ialah Abdullah El-Faisal.

41"Alkitab (Bible), setidak-tidaknya, indah kerana Yahudi mempunyai bakat kesusasteraan yang halus." Sumber: Michel Houellebecq, Lire, September 2001, ms. 4 transkrip online. Muat turun di www.lire.fr.

42"'Mereka terlalu banyak beranak-pinak" ...orang-orang Itali tidak menghasilkan anak-anak lagi, orang bodoh'" Sumber: Oriana Fallaci, The Rage and the Pride (New York: Rizzoli, 2001) ms. 137.

43"Katakan 'Ya' kepada ekonomi pasaran, dan tidak kepada masyarakat pasaran!" Sumber: Lionel Jospin (ucapan kepada Foreign Policy Centre), London, 23 Julai, 1998.

44"'[b]ukti-buktinya menunjukkan bahawa pendidikan, kesihatan, produktiviti, kredit dan pentadbiran berjalan dengan lebih lancar.'" Sumber: Women Key to Effective Development," World Bank issues press backgrounder, 6 Disember, 2001. Lihat juga Engendering Development 2001, World Bank Research Report.

45"... rakyat Bangladesh yang beragama Islam membayar $2,000 kepada Riyadh (empat-perlima gaji tahun pertama)..." Sumber: Peter Stalker, The No-Nonsense Guide to International Migration, ms. 50.

46"... kerana hanya kelas perniagaan yang dicukai oleh kerajaan boleh memaksa kerajaan untuk membangunkan institusi-institusi yang respon kepada rakyat." Nota: Pengarang -pengarang UN Arab Human Development Report 2002 bersetuju. Dalam bab yang bertajuk, "Arab Governance: Citizens Getting Organized to Bargain," mereka menulis: "Banyak kerajaan terdahulu menawarkan jaminan pekerjaan, subsidi dan lain-lain dorongan. Hari ini, tekanan ekonomi telah mengurangkan keupayaan untuk menawarkan faedah-faedah tersebut. Kerajaan-kerajaan semakin perlu bergantung kepada hasil-hasil percukaian untuk berfungsi, dan ini memberi rakyat lebih kuasa untuk bersuara dalam kerajaan.

* Operation Iraqi Freedom – Operasi Kebebasan Iraq.

47"...mencarik-carikkan seekor arnab putih sebagai sebahagian daripada latihan mereka untuk mempertahan Iraq dan Islam, darah di tangan mereka." Sumber: DAWN, 21 Disember, 2002. [Lihat gambar foto.]