photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi

BAB 6   BAWAH PERUT ISLAM YANG TERSEMBUNYI

Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku menyampaikan satu perbentangan yang bertajuk ‘Tuhan dan golongan gay’.  Tajuk pembentangan aku adalah dari sudut perspektif ekumenikal, bermula dengan agama Kristian dan bergerak ke arah agama Yahudi dan Islam. Penganut-penganut ketiga-tiga agama ini, ketiga-tiga agama ini, dan yang tidak menganut sebarang agama, memenuhi dewan kuliah. Hanya satu kumpulan datang dengan persediaan. Persatuan Pelajar Muslim menghantar satu batalion anggota-anggotanya untuk mengelilingi bilik dewan kuliah itu. Kesemua mereka berdiri, sehingga setiap kali aku mengalih pandangan daripada nota-nota aku, apa jua arah yang aku hadapi, aku akan sentiasa nampak muka masam dan autentik Islam.

 Semasa sesi soal dan jawab, aku mengemukakan satu pertanyaan kepada audiens aku. Jika Islam ialah “jalan lurus,” kenapa ada pusingan dalam amalannya? Kenapa sahabat aku dari Timur Tengah boleh memanggil Islam satu kuasa progresif, merujuk kepada peluang untuk merekacipta hijabnya, manakala seorang lagi sahabat menghantar poskad dari Pakistan yang menunjukkan wanita yang diselimuti kain tebal dengan sedikit ruang terbuka untuk melihat atau bernafas? (“Salam dari Peshawar!” laung poskad era Taliban itu.) Maksud aku di sini ialah Islam tidaklah sejelas dalam semua perkara seperti yang selalu diberitahu kepada umat Islam.

 Perkara tersebut dikaburi dengan jerit-pekik dari dewan kuliah itu. “Mengapa ada perbezaan dari segi amalannya? Jerit salah seorang ahli Persatuan Pelajar Muslim dari belakang bilik kuliah. “Kerana orang Pakistan bukan orang Islam yang sejati. Mereka ialah mualaf. Islam diwahyukan kepada bangsa Arab.” Mendengar ujaran ini, rakan-rakan Asia Selatannya memusing kepala mereka dari aku  ke arahnya diselubungi dengan dengan rasa tidak percaya dan kelukaan. Briged anti-gay Persatuan Pelajar Muslim jatuh berderai di depan mata aku.

 Pada keesokan harinya, seorang perempuan Pakistan menulis e-mel kepada aku. Dia mahu meminta maaf kerana dia adalah salah seorang pelajar yang cuba menakut-nakutkan aku. Tidak ada musibah yang diingini berlaku, kata aku. Musibah telah berlaku, jawabnya. Disengat oleh implikasi rakan Arabnya yang dia hanyalah seorang Muslim olok-olok, dia menghabiskan malam itu merenung apa yang terjadi. “Aku berhak mencabar kaum gay,” tekan dia, “tetapi aku harus berkata yang aku tidak selesa menakut-nakutkan kamu. Dalam diri ini, aku tahu bahawa argumen harus dibalas dengan kaunter-argumen. Aku cuma tidak tahu macam mana untuk mengikari ‘perintah pusat.’ Dalam e-mel-emel seterusnya, dia menjelaskan bahawa dia maksudkan pusat Arab. Dia juga tertanya-tanya samada perkauman oleh kaum Arab di dalam kelabnya akan dibangkit dan diselesaikan.

 Aku tertanya-tanya perkara yang yang sama sepanjang aku berkhidmat di QueerTelevision. Amat ramai sekali penonton Islam mencarik-carik kredensial spiritual aku hanya atas sebab-sebab etnik semata-mata. Surat kegemaran aku daripada seorang “Arab yang bangga” menngelar aku sebagai “dyke babi yang menipu” kerana seorang “orang kampung India” seperti aku tidak mempunyai sebarang kefahaman tentang Islam. Ya, Rahim. Dia langsung tidak memahami yang hidup aku sebagai aku seorang remaja terasa amat Arab sekali sehinggakan apabila ada kanak-kanak yang melabelkan aku “ Paki,”* aku lawan balik dengan memberitahu mereka yang diri ini sebanarnya berbangsa Arab, Kepada penonton QueerTelevision yang menggelar aku babi, aku menjawab yang kita umat Islam tidak dibenarkan memakan khinzir, masuk akal tidak yang kita ini khinzir? Satu-satunya perkara yang perlu dia “luruskan” ialah cemuhan-cemuhannya.

 Pada masa itu, aku tidak nampak perkaitan dengan perkara yang lebih utama itu. Sekarang aku nampak. Ia berkenaan dengan keistimewaan pengasas. Apabila bangsa Arab menuntut keistimewaan sebagai penetap agenda Islam, mereka menunjukkan bagaimana intimidasi boleh menggantikan intelek di dalam Islam. Apabila minda Arab bercelaru, minda umat Islam lain pun turut bercelaru – seolah-olah setiap insan Muslim mesti berjalan ( atau berjalan terenjut-enjut) dengan langkah-langkah yang amat menghampiri pengikut-pengikut awal agama ini. “Kita tidak cukup pandai” adalah ungkapan yang sering diluahkan di seluruh pelosok Dunia Islam di dalam menerangkan mengapa orang Islam tidak mungkin merancang  serangan-serangan 11 September.  Bicara tentang konspirasi-konspirasi Zionis sering kedengaran di dalam perbualan mengenai siapa yang bertanggungjawab melakukan serangan-serangan tersebut. Kita tidak perlu hairan yang teori-teori ini mempunyai asal-usul dari Timur Tengah, di mana Israel ialah musuh ketat. Tetapi kepercayaan bahawa orang Yahudi yang merancang 11 September menular kuat ke Pakistan, Asia Tengah, dan di komuniti-komuniiti yang secara tradisionalnya bersifat majmuk di Asia Tenggara, di mana dendam Arab tidak mempunyai sebarang peranan di dalam mewarnai Islam. Melainkan, seperti telah aku katakan, umat Islam hari ini bukanlah sebuah komuniti antarabangsa tetapi lebih mirip sebuah suku Arab.

 Di dalam sebuah suku Arab, ahli-ahli bawahan mesti mengisytiharkan kesetiaan tidak-kritikal kepada para sheikh. Identiti seseorang, kalau tidak keselamatannya, bergantung kepada konformiti. Mungkin itulah sebabnya kenapa konflik Palestin-Israel, satu peperangan serantau secara rasionalnya, telah menjadi ujian litmus perpaduan umat Islam seluruh dunia. Penilaian waras yang mengambilkira segala fakta bukan sahaja tidak relevan, tetapi tidak disarankan. Wartawan veteran Fareed Zakaria menyokong perkara ini di dalam buku 2003-nya, The Future of Freedom. “Umat Islam Indonesia, yang tidak tahu di mana letaknya Palestin dua puluh tahun yang lampau, amat militan di dalam sokongan mereka terhadap perjuangan (Palestin) pada hari ini. Pengaruh Arab juga turut tersebar ke dalam bidang senibina. Di dalam bangunan-bangunannya, dunia Islam selalu mencampuri pengaruh-pengaruh Arab dengan yang tempatan – Hindu, Jawa, Rusia. Tetapi Kebudayaan-kebudayaan tempatan sekarang sudah tidak diambil kira di tempat-tempat seperti Indonesia dan Malaysia kerana ianya dilihat sebagai tidak cukup Islamiyyah (dalam erti kata lain Arab).”    

 Mungkin set-minda padang pasir yang menghasilkan “ dhimmitude”, penindasan sistematik Yahudi dan Kristian di tanah-tanah Islam. Kenapa, walau di puncak toleransi kita, umat Islam melayani kaum-kaum tertentu sebagai kaum-kaum yang lebih rendah darjatnya? Apa yang menyebabkan wujudnya dokumen-dokumen diskriminatori seperti Pakatan Umar? Sudah tentunya ia mesti lebih daripad Quran itu sendiri, yang membenarkan cinta kasih  terhadap orang-orang bukan Islam. Apa yang menyebabkan kita cenderung kepada bigotri? Izinkan aku memberi cadangan ini: Kesetaraan tidak wujud di padang pasir, tidak jika integriti suku harus dipelihara.

 Dari segi itu “kita memerlukan banyak kritikan-diri,” beritahu Dr. Eyad Sarraj kepada aku daripada ruang tamu rumah Gazanya yang cantik dihias pada Julai 2003. Dia ialah pengasas Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza. Dia juga seorang Palestin yang mana keberaniannya menyebabkan Yasser Arafat menahannya. Dr. Sarraj berbicara tentang ketakutan yang dibuat sendiri dan rasa bersalah yang menyebabkan orang Israel menjadi penindas, dan dia kemudiannya berkata tentang orang-orangnya: “Aku tahu bahawa kami mempunyai banyak psikopatologi. Ia adalah sebuah masyarakat yang didominasi lelaki, tidak ada peranan untuk perempuan, tidak ada kebebasan bersuara, ada satu suasana intimidasi yang berat. Ini ialah struktur kesukuan di mana keingkaran dilihat sebagai satu perbuatan khianat. Kita belum mengembangkan sebuah negara yang betata-warganegara, di dalam semua negara-negara Arab, di mana rakyatnya adalah sama-rata di hadapan undang-undang. Ini perkara yang serius.”

 Aku mempercayainya. Raja Shehadeh tidak dapat meluahkan pendapatnya di Ramallah kerana, seperti yang diakuinya, Hubung kait sosial yang rumit di dalam kebudayaan Palestin menenggelamkan seseorang individu itu. Ramai yang sering mendapati diri mereka terikat di dalam satu rantai yang mempunyai ruang yang amat terhad untuk hubung-kait yang lemah – suara yang menentang. Nyawa kalian berhadapan dengan risiko sekiranya kalian lain daripada yang lain kerana destini kalian bukan milik kalian sama sekali; melangkah keluar dari barisan mencemar maruah sanak-saudara dan seringkali jenis kalian.

 Mungkin genggaman kesukuan padang pasir yang menyebabkan pengebom berani mati Palestin bergantung kepada bantuan yang dicurahkan oleh kuasa-kuasa Arab.  Paternalisme padang pasir bermakna soal kebajikan bergantung kepada budi bicara para sheikh. Dan mungkin personaliti padang pasirlah yang menyebabkan seorang wanita Muslim dirogol sebagai balasan sebuah suku yang hilang maruah, walaupun maruah suku tersebut tidak jatuh kerana perbuatan perempuan itu tetapi oleh orang lain. Kerana seseorang perempuan itu kepunyaan keluargannya, merogolnya ialah memalukan keluarganya, menjadikan wanita itu pajakan yang sesuai untuk pergolakan berdarah di antara keluarga-keluarga yang berbalah.

 “Itu bukan Islam! Protes sesetengah daripada kalian. Amalan-amalan seluruh dunia Islam menggabungkan tradisi-tradisi kegamaaan dan bukan-keagamaan!” Baik, itulah sebabnya soalannya menjadi: Boleh tidak norma-norma padang pasir dipisahkan daripada Islam? Sekiranya tidak, kita langsung tidak mempunyai harapan untuk perubahan.

 Sementara kalian memikirkan tentangnya, aku mencabar kalian untuk menjawab ini: Kenapa begitu suasah untuk membebaskan agama daripada adat resam tempatan – adat resam kesukuan – sekiranya  Islam tidak bersifat kesukuan pada asalnya? Setiap agama mempunyai golongan insularnya. Suku-suku semangat dan mindanya. Apa yang perlu diceraikan daripada Islam ialah kesukuan padang pasirnya, yang menjadikan perpaduannya sesuatu yang tidak baik.

 Gaber Asfour ialah seorang penulis Mesir yang tidak menyenangi apa yang dia gelar sebagai “Islam padang pasir,” yang menular ke dalam tradisi meriah negaranya. Islam padang pasir, menurut dia, menentang “kehidupan pluralistik, yang disulami dengan hiruk-pikuk kemeriahan tawar menawar el-haraa – lorong-lorong pasar di bandar-bandar. Ia bersifat fanatik.”  Seperti kaum Badawi kurun ketujuh, yang sentiasa berwaspada terhadap serangan dari setiap penjuru, para Islamis yang mengambil ilham daripada padang pasir dengan serta-merta mengesyaki, malah membenci, “orang lain.” Maknanya orang Yahudi. Maknanya orang Barat. Maknanya kaum perempuan, yang mana seperti yang dikatakan oleh Asfour dianggap sebagai “punca godaan dan kejahatan.”  Dia mendakwa wang minyak Arab Saudi telah membantu penyebaran amalan-amalan kasar padang pasir.

 Taslima Nasrin, seorang penulis feminis dan doctor yang dibuang negeri dari Bangladesh, memberi aku satu contoh konkrit apa yang kita alami sebelum orang Saudi menjadi kaya-raya. “Sebagai seorang kanak-kanak,”katanya, “Aku diberitahu Allah mengetahui semuanya. Semuanya bermakna semuanya. Jadi Allah seharusnya tahu Bahasa Bengali, kan? Dia menyoal ibunya, “Kenapa aku mesti bersembahayang dalam Bahasa Arab? Apabila aku ingin berbicara dengan Allah, kenapa aku mesti menggunakan bahasa orang lain?” Ibunya tidak menawarkan sebarang penjelasan, cuma kebiasaan. “Dia menghafal daripada Quran kerana termaktub di dalam hadith apabila kita meninggal dunia, dua malaikat akan datang dan mengemuka soalan-soalan kepada roh si-mati. Jawapan-jawapannya hendaklah diberi dalam Bahasa Arab; kalau tidak, kubur kalian akan dipulas dengan kuat. Kenapa malaikat-malaikat tersebut tidak memahami Bahasa Bengali? Tuhan seolah-olah menjajah minda umat Islam.”  Akibat daripada pencabaran Nasrin kepada penjajahan keagaaman sebagai seorang dewasa, Nasrin terpaksa meninggalkan rumah kediamannya pada 1994. Dia kini hidup di sebuah lokasi rahsia di Sweden.

 Penghormatan yang diberi kepada Bahasa Arab oleh ibunya mengingatkan kita akan Mr. Khaki dan ramai lagi orang Islam. Aku tidak pernah memahaminya – penghormatan, bukan sahaja kepada Bahasa. Adakah orang Kristian membuat satu sama lain berasa kekurangan  kerana tidak mengetahui Bahasa Yunani, bahasa asli Perjanjian Baru*? Ada suatu ketika di mana upacara ibadat Kristian hanya dilangsungkan dalam Bahasa Latin, yang melindungi kuasa para pendeta Vatikan. Orang-orang Islam tidak ada Vatican. Aku, seperti Taslima Nasrin, diberitahu untuk berkomunikasi dengan Tuhan dalam satu bahasa yang diserupakan dengan bahasa Yunani oleh aku. Kenapa bahasa Arab tidak boleh diganti? Benar, perkataan pertama Allah kepada Nabi ialah “Bacalah!” dan bahasa Arablah yang dibacanya. Namun, seperti yang aku katakana sebelum ini Muhammad ialah buta hurug (Ummi). Ini bukan rahsia di kalangan orang Islam. Kebolehan membaca olenya ekoran perintah Tuhan menunjukkan mukjizat, dan bukannya ketinggian bahasa ibundanya.

 Nampaknya dalam Islam, para imperialis kebudayaan Arab bersaing dengan Tuhan untuk takhta Yang Maha Berkuasa. Quran menegaskan "Dan milik Allah timur dan Arab. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah."  Jadi, kenapa , umat Islam harus tunduk menghadap Makkah lika kali sehari? Tidakkah ia menandakan ketewasan kita terhadap Padang Pasir?

 Panggilah aku ini superfisial, tetapi kesukuan padang pasir dapat dikesan dalam apa yang umat Islam diarah untuk pakai. Jutaan perempuan Islam di luar Arabia , termasuk yang di Barat, memakai hijab. Mereka menerimanya sebagai satu perbuatan penyerahan rohaniyyah. Ia lebih dekat dengan kapitulasi rohaniyyah. Tahukah kalian di mana perempuan Iran mendapat reka bentuk chador pasca-revolusi mereka – yang tidak membenarkan sehelai rambut pun daripada terdedah? Daripada seorang mullah yang memimpin orang Syiah di Lubnan.  Ia adalah satu contoh import terus. Quran sememangnya memerintahkan agar para isteri nabi untuk memakai hijab, ia tidak pernah mengarahkan semua perempuan untuk berbuat demikian. Kenapa, perlukah ia untuk semua? Hijab melindungi para perempuan daripada debu pasir dan kepanasan – bukanlah satu keperluan di luar Arabia, Afrika Sahara, dan gurun belukar Australian. Ini bermakna aku boleh memakai ‘ turtleneck’ dan topi besbol untuk memenuhi syarat agama untuk menutup aurat. Menutupi muka aku kerana “itu yang patut aku buat”  boleh diumpamakan sebagai kejayaan jenama untuk Arab padang pasir, di mana gaya mereka menjadi lambang yang paling diyakini di dalam mempakej diri kalian sebagai seorang wanita Islam. Beritahu aku; Patutkah Allah beroperasi seperti Prada?

 Mengikut buta-buta cara berpakaian, berbahasa, atau sembahyang orang-orang padang pasir tidak boleh diserupakan sebagai menurut perintah Tuhan yang universal. Tetapi kalian tidak tahu melalui mitos-mitos yang berperanan mengembangkan Islam. Mitos-mitos ini menjadikan umat Islam yang bukan berbangsa Arab sebagai klien-klien tuan Arab mereka – para patron yang mesti membeli apa yang dijual kepada mereka di atas nama "kesedaran" Islamiyyah.

 Bagiku, mitos yang paling jelek sekali ialah jahiliyyah, kegelapan moral yang dikatakan pernah wujud sebelum kedatangan Islam. Baru-baru ini aku terlintas sebuah buku saudara-mara di Toronto. Ia merujuk kepada zaman pra-Islamiyyah sebagai Zaman Kejahilan.  Diberi, jazirah Arab kurun ketujuh  digelumang dengan maksiat dan keganasan, mencetuskan keperluan untuk satu agama yang menyatukan. Aku bersetuju. Ia meneceritakan Ismail, yang mengasas bangsa Arab, dan Ishak, yang mengasas bangsa Yahudi, adalah saudara tiri yang berbapakan Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ismail, manakala Nabi Musa dan Nabi Isa datang dari sebelah Nabi Ishak. Semuanya mempunyai pertalian darah kepada Nabi Ibrahim. Dan sekiranya ia tidak cukup untuk menyakinkan kalian, maka dengarlah apa yang didapati dalam Quran. "Kami katakan kepada Bani Israel: Diamilah tanah ini, Apabila kami berjanji tentang hari kemudian, Kami akan mengumpul kesemua daripada kamu." Aku tidak gemar untuk bersikap selektif tetapi kalau aku tidak membentang ayat ini, aku selektif juga. Tetapi Quran berbicara tentang keterbelkangan moral hanya di dalam konteks sejarah Arab sahaja. Yang tidak masuk akal ialah, bangsa Arab menganggap bangsa-bangsa bukan-Arab yang mereka takluki juga jahil moralnya. Golongan yang ditakluki diajar secara efektif bahawa kerana Quran menyebut tentang kegelapan zaman pra-Islamiyyah, kesemua ilmu pengetahuan yang mendahului Muhammad bercanggah dengan ajaran agama dan melibatakan setiap Muslim, baik yang di luar dunia Arab mahupun yang di dalam. Mitos inilah yang membuatkan ibu Taslima Nasrin seperti robot agama, menghafal bahasa Arab dengan rasa bersalah pembuat dosa.

 V. S. Naipaul, seperti Fareed Zakaria, telah menyaksikan kesan dan akibatnya pada skala yang lebih luas. Beberapa tahun dahulu, Naipaul mengisahkan pengembaraan-pengembaraannya melalui Iran, Pakistan, Malaysia, dan Indonesia. Walaupun dia memperakui pergolakan mereka dengan kuasa-kuasa penjajah Eropah, dia "menyedari dengan serta-merta bahawa tiada penjajahan yang begitu menyeluruh berbanding dengan penjajahan yang datang dengan agama Arab itu....Segala yang wujud sebelum kedatangan agama Arab [itu] adalah salah, tersalah-panduan, sesat; tiada ruang di dalam hati atau minda para penganut agama ini untuk zaman sebelum-Islam mereka,"  Aku pernah mendengar beberapa orang Islam menganggap Naipaul ini sebagai rasis. Ia ironis, kerana apa yang cuba diketengahkannya adalah untuk membantu kita menjelaskan kenapa, di madrasah aku, aku tidak pernah mendengar tentang sumber-sumber Yahudi dan Kristian dalam kebanyakan tradisi Islam. Mengakui adanya pengaruh-pengaruh ini akan memberi implikasi bahawa dunia ini tidak mengalami kejahilan total sebelum kedatangan Islam, bahawa bangsa Arab Muslim telah meminjam daripada orang-orang terdahulu, bahawa mereka adalah bangsa kacukan yang berhutang kepada orang lain dan tidak hanya terdiri daripada para revolusioner asli semata-mata. Namun, untuk berkata demikian serupa mengingkari suku dan puak itu. Perlukah kita mempunyai ini?

 Baiklah, mungkin kita boleh. Pertimbangkan soalan tabu mengenai samada Quran itu dikarang Tuhan dari awal sehingga tamat. Dalam dekad-dekad awal Islam, dengan masa yang sedikit untuk mendalami agama baru mereka, bangsa Arab mencapai kejayaan ketenteraan  di atas nama Allah. Sudah tentu masuk akal bahawa kompilasi Quran terpaksa disegerakan sejajar dengan tekanan imperial. Di dalam satu esei penyiasatan yang memecah tanah berjudul " What is the Koran?" The Atlantic Monthly mengisahkan seorang jeneral tentera yang kembali dari Azerbaijan. Jeneral tersebut memberi amaran kepada pewaris Nabi yang ketiga, Uthman, bahawa golongan mualaf mula mempertikai maksud Quran. Dia merayu kepada khalifah tersebut suntuk "mendahului orang-orangnya" sebelum mereka berpecah, seperti yang terjadi kepada umat Yahudi dan Kristian. Uthman memerintahkan tindakan mendadak ke atas Kitab Suci tersebut. Wahyu-wahyu yang dihafal akan termaktub dan pecahan-pecahan kitab yang berada di merata tempat dikumpul dan disusun, dan diedar sebagai satu versi Quran. Naskhah-naskhah yang "tidak sempurna" atau yang tidak rasmi akan dimusnahkan. Soalan: Setelah diluluskan dengan begitu serta-merta, apa kata versi "sempurna" itu sebenarnya tidak sesempurna seperti yang difikirkan?

 Kelemahan yang terdapat dalam Quran sejajar dengan pemikiran rasional. Perkembangan pembinaan empayar Arab yang mendadak ini sudah tentu akan mengekalkan keutamaan pada masa itu, membuatkan agama khadam penjajahan dan tidak sebaliknya. Mungkinkah beberapa ayat Quran dimanipulasikan demi jadual dan matlamat politikal? Apakah mungkin bahawa para perwira Arab, yang lebih biasa dengan adat-adat kuat mereka daripada agama baru mereka, memindahkan banyak amalan adat resam mereka ke atas Islam yang dieksportkan mereka? Tidak sukar melihat bagaimana bagasi kebudayaan bangsa Arab padang pasir - dinding-dinding kesukuan sedemikian, akan diketengahakan sebagai Islam yang sebenar. Tidak sukar juga untuk membayangkan bagaimana Islam yang mudah akan menjadi Islam yang taat – kurang taat kepada Tuhan berbanding para pahlawan-pahlawanNya.

 Namun cengkaman kesukuan berkurangan dalam kurun-kurun awal Islam dan ingenuiti berkembang mekar. Bagaimana kita menjelaskan zaman keemasan perdagangan, perdebatan, dan pencampuran kebudayaan? Apa yang menghasilkan saintis dan ahli falsafah yang mempunyai hati-terbuka seperti Al-Kindi, yang memberi "kesyukuran tertinggi" kepada "generasi-generasi dan bangsa asing terdahulu" kerana "sekiranya tanpa mereka, sudah tentu mustahil bagi kita, di sebalik keazaman kita, sepenjang hayat kita, untuk menyusun prinsip-prinsip kebenaran ini..."?  Ringkasnya, apa yang pernah dilakukan dengan betul? Aku tertanya-tanya samada ia adalah satu konsep masa depan.

 Dengan kejayaan-kejayaan ketenteraan yang semakin banyak bermakna bangsa Arab merasakan behawa mereka mempunyai masa depan yang penting dan terjamin. Yang juga bermakna bahawa Islam tidak perlu bersifat terlalu rigid atau sentiasa merenungi anada. Lagi baik, pada hakikatnya, Islam perlu bersifat mudah diacu aagar empayar yang pesat berkembang itu boleh dirut dan dirus. Benar bahawa kalian tidak boleh memisahkan agama daripada politik, tetapi kalian sudah tentu boleh memisahkan absolutisme daripada prestij. Kesedaran bahawa mutlak penuh tidak membawa sebarang prestij yang mendorong para amir yang bercita-cita besar untuk mengambil khidmat minda-minda terunggul pada waktu itu –  minda golonganYahudi dan Kristian, sudah tentu, tetapi juga para Muslimin yang bukan berbangsa Arab. Golongan bukan-Arablah yang menghasilkan korpus perundangan Islam yang begitu luas sehingga dan semasa zaman keemasan. 135 maktab pemikiran agama berkembang mekar pada mulanya. Moralnya ialah kaum Arab Islam mengambil jalan tengah di antara zaman silam kesukuannya dan masa depan yang majmuk.

 Apabila orang Arab Islam hilang empayar mereka, begitu jua keseimbangan antara zaman silam dan masa depan, kesukuan dan toleransi. Mereka mula memerangi kaum bukan-Arab – dari kaum Berber sehingga kaum Mongol, dari tentera Salib sehingga Turki Uthmaniyah. Kekalahan yang dialami  menimbulkan perasaan rendah diri di dalam pejuang Arab veteran. Melangkaui itu, otak-otak mereka mengalami pembelasahan, Pada kurun ketiga-belas, bangsa Mongol membuang jutaan manuskrip ke dalam Sungai Tigris dan airnya, seperti yang disampaikan oleh seorang Islam dengan penuh syahdu, "menjadi hitam untuk banyak hari kerana dakwat dan darah."  Para tentera Salib pula mengadakan unggun api besara-besaran, sisertai oleh para uskup membakar sebanyak lapan-puluh ribu jilid yang dipenuhi dengan idea-idea sekaligus. Ada satu metafora di sini untuk bagaimana bangsa Arab memandang masa depan mereka: lemas, musnah atau tertelan. Mereka memerlukan ubat salap yang memulihkan.

 Satu-satunya kegemilangan mutlak yang boleh didakwa oleh bangsa Arab padang pasir ini sekarang ialah kegemilangan detik ketika Islam ditubuhkan. Yang Quran muncul dari jiwa raga dunia Arab, di dalam bahasa dunia Arab, menandakan wahyu-wahyu "akhir" Allah akan dimiliki selama-lamanya oleh wakil-wakilnya di Arabia. Tidak ada sesiapapun akan dapat menghampirinya, samada secara geografi mahupun rohaniah. Di situlah terletaknya maruah, juga keselamatan, selepas kejatuhan yang sebegitu nyata sekali. Tetapi ubat salap ini ialah sebutir bom. Keseimbangan yang penting di antara masa silam dan masa hadapan semakin merosot ke arah preokupasi dengan zaman silam – dan terutamanya, kepada fiksasi terhadap saat penubuhan. Aku menggelarnya foundamentalisme. *

FOUNDAMENTALISME TELAH MENYEBABKAN BEBERAPA TRAGEDI. PARA ULAMA, arriviste Islam, menjadi penjaga pintu de facto Islam. Dengan tertutupnya pintu-pintu ijtihad – pemikiran bebas* - menjelang kurun kedua-belas, para mufti sudah mula berkuasa untuk meronda kebenaran. Sementara kebenaran menjadi sempit, mandat mereka bertambah, mereka lebih mirip kepada pegawai tentera daripada sarjana. Kesemua jenis bidaah menjadi perkara yang diwas-waskan dan kemudiannya diharamkan. Sebagai penjaga saat penubuhan, para ulama ini kembali ke teks "sempurna" yang asli ini, Quran dan kumpulan hadith, untuk mencari hujah bukti yang menyatakan adalah haram untuk mencari ilmu pengetahuan tambahan. Antara sabda Nabi yang mereka gemari: "Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan."  Inikah caranya untuk membina masa depan?

 Larangan terhadap bidaah sepatutnya hanya terhad kepada Arabia, sekiranya ia perlu diperkenalkan sama sekali. Sebaliknya, hukum anti-bidaah ini menjangkaui umat Islam di luar padang pasir. Pada 1579. Istanbul mempunyai sebuah observatori. Pada 1580, para ulama memusnahkannya. Di sebalik kemasyhurannya, perhati Murad Hofmann seorang sarjana Muslim, Univesiti Al-Azhar di Kaherah pun "tidak cekap dalam bidang sains." Alangkah beberzanya daripada beberapa kurun yang lampau, di mana Islam mendahului dunia dalam astronomi, ilmu matematik, perubatan, dan banayak lagi. Tanpa dijangka, peristiwa-periistiwa ini mengvindikasikan orang yang memulakan pusat percetakan Istanbul- dan dunia Islam – yang pertama pada tahun 1728. "Mustahak bagi umat Islam, yang pada silamnya mendahului Barat dalam ilmu sains, untuk tidak membiarkan diri mereka digerhanakan," kata Ibrahim Muteferrikka di dalam permohonan lesen perniagaannya. Menjelang 1745, dia terpaksa menutup kedainya. Para Mullah melarang pusat percetakan itu.

 Ia tidak bagaikan kreativiti Muslim menjadi kaku. Pada awal kurun kedua puluh umpamanya, seorang puteri Parsi mencetuskan kesedaran feminis sementara (atau setidak-tidaknya kesedaran nasionalis) yang mengubah perlembagaan negaranya.  Baginda berjaya mendapat sokongan daripada para imam. Ya, daripada kaum lelaki. Di Isfahan, Iran, di Agra, India, di Fez, Maghribi, di Sarajevo, Yugoslavia – setiap kotaraya bersifat kosmopolitan pada terasnya – seruan untuk religiositi mempunyai sedikit tarikan. Ia juga tidak masuk akal kepada beberapa golongan dalam Islam. Seperti yang ditekankan oleh Karen Armstrong, "Golongan Ismailiyyah – satu cabang Syiah – diseru untuk mencari kebenaran di mana jua ia didapati; para Sufi mempunyai cinta kasih yang mendalam terhadap Nabi Isa, dan para Faylasuf, yang diilhamkan melalui pengajian dalam Plato dan Aristotle, mencari satu bentuk keimanan yang lebih bersifat universal."  Tetapi kesemua golongan dan tempat ini wujud di pinggiran. Mereka yang jauh dari padang pasir tidak memandu arah pergerakan Islam. Arabialah pemandunya.

 Ini ialah satu daripada gambarannya. Pada pertengahan kurun kesembilan-belas, para mullah padang pasir memberi tekanan kepada Empayar Uthmaniyah untuk mengugurkan tiga isu penting dan reformasi keagamaan: menamatkan peranan Muslim dalam perdangana hamba abdi di Afrika, membebaskan wanita daripada memakai tudung, dan membenarkan orang bukan Islam untuk mendiami tanah Nabi. Ketua ulama Makkah mengeluarkan fatwa menentang perkara-perkara ini yang dikhabarkan berasal dari Istanbul. "Pengharaman amalan perhambaan adalah bercanggah dengan Hukum Syariah yang suci," dia menentang. "Lagipun ...membenarkan wanita untuk berjalan tanpa bertudung, meletakkan perceraian di tangan wanita, dan seumpamanya adalah bercanggah dengan Perundangan Suci....Dengan cadangan-cadangan sedemikian, bangsa Turki telah menjadi kafir" dan"adalah dihalalkan untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai hamba abdi."  Walaupun mereka ialah reformis, bangsa Turki akur kepada golongan ulama Arab. Mufti Besar Istanbul meemberi jaminan kepada mereka bahawa "sesetengah orang yang hanyakan gilakan keseronokan dunia ini telah mereka  pembohongan-pembohongan yang aneh dan mencipta perkara-perkara yang jelek sekali" tentang apa yang kemungkaran yang dilakukan oleh Empayar Uthmaniyah  yang mulia itu – Tuhan Mahakuasa peliharalah kami..."  Aku menekan "pelihara" kerana menakutkan Islam adalah matlamat utama para 'foundamentalis'*. Pada masa umat Islam semakin mundur di belakang bangsa Eropah di dalam martabat ketenteraan dan kebendaan, foundamentalisme semakin bertapak kukuh.

 Dan itulah tragedi pertabalan – kegilaan saat-penubuhan. "Pembaharuan" keagamaan telah menjadi satu latihan untuk memandang ke belakang secara berterusan. Aku benar-benar bermaksud berterusan di sini-sehinggalah ke kurun keempat-belas, apabila empayar Islam mula jatuh ke tangan bukan-Arab. Pembaharu rakyat yang pertama, seorang pemikir Damsyik yang dikenali sebagai Ahmed ibn Tammiya, mengecam penceroboh Mongol sebagai orang murtad. Itu adalah kerana, walaupun mereka ialah mualaf Islam, bangsa Mongol menggantikan Syariah dengan perundangan mereka sendiri. Mengikut pandangan Ibn Tammiya, garis yang memisahkan agama dan kerajaan tidak wujud pada zaman Nabi Muhammad, maka bangsa Mongol telah melakukan bidaah. Tidak boleh diterima. Ibn Tammiya memperluaskan kecamnya terhadap falsafah Islam, fahaman Sufi mistik, dan malah Islam Syiah. Setiap satuya mewakili bidaah pasca-Nabi. "Tetapi ibn Tammiya mati sebagai seorang penjenayah," ada sejawan di kalangan kalian yang berkata. Dia juga mati sebagai seorang arketaip, meninggalkan legasi untuk menginspirasi – atau mencetuskan – "reformis" akan datang. Itulah yang berlaku kemudiannya.

 Aku akan memberikan kalian rasanya. Pada tahun-tahun 1950-an dan '60-an, seorang pemberontak Mesir yang bernama Sayyid Qutb mengambil inspirasi langsung daripada ibn Tammiya. Jeneral Nasser menggantung Qutb, tapi tidak sebelum memenjarakannya selama beberapa tahun. Penulisan-penulisan penjara Qutb menyemarakkan pergerakan persaudaraan Islam moden, terutamanya Ikhwanul Muslimin* - kumpulan samseng Quran-dan-revolver yang aku sebut pada awal tadi. Baru-baru ini, Ikhwanul Muslimin ini mentadbir kesatuan jurutera yang dianggotai oleh Mohamed Atta.

 Lihat ini: saudara lelaki Sayyid Qutb dalam pelarian, Muhammad, mengajar Osama bin Laden di Arab Saudi. Apa yang dipelajari Osama? Antara lain, ibn Tammiya meningkat masyhur pada waktu pencerobohan asing dan menemui ajal disokong oleh rakyat jelata yang membenci bangsa Mongol. Tujuh kurun selepas ibn Tammiya, kita menyaksikan bin Laden menentang penceroboh-penceroboh asing di tanahair Nabi.

 Hari ini pencerobohnya adalah bangsa Amerika. Di sebalik pengumuman Pentagon pada 2003 bahawa kebanyakan anggota tentera A.S. akan dipindahkan dari Arab Saudi ke Qatar, para murid ibn Tammiya akan mendakwa bahawa menyeberangi sempadan tidak dapat membersihkan tentera-tentera Amerika daripada kolonialisme mereka – Qatar akan sentiasa menjadi sebahagian daripada jazirah Nabi. Riyadh perlu menjawab kerana membenarkan pasukan Tentera Salib ini masuk. Dan itu satu perkara lagi: Bin Laden telah menyemarakkan lagi perasaan dengan menyamakan bangsa Amerika ini sebagai Tentera Salib, walaupun dia tidak pun menghiraukan yang "Tentera Salib" telah menghormati pengharaman sebarang perayaan Kristian di Arab Saudi. Pada 1990, apabila President George H.W. Bush mengunjungi tentera A.S. yang distesenkan di Arab Saudi, dia bersetuju untuk tidak melafazkan doa selamat Thanksgiving*. Sebaliknya, presiden itu mengetuai sembahyang di atas U.S.S. Nassau  di perairan antarabangsa.

 Adakah ia satu kebetulan semata-mata bin Laden menghabiskan begitu banyak masa di gua-gua, seperti Nabi Muhammad sedang bertafakur? Nabi sudah tentu boleh menikmati kemewahan kekayaan isterinya, tetapi baginda memilih kehidupan yang mudah. Demikian juga, bin Laden memakai jubah persona kaya-ke-miskin. Muhammad berpaling tadah daripada salah satu klan untuk menyatakan utusan anti-establishment*nya. Bin Laden memutuskan hubungan dengan keluarganya yang berpengaruh. Muhammad mencabar asas moral keseluruhan sebuah ekonomi dengan melancarkan misinya di Makkah yang pelbagai bahasa, satu persimpangan perdangana, di mana para saudagar boleh menyembah man-mana dewa yang menjadi idaman hati. Bandaraya New York ialah kota Makkah pra-Islamiyah bin Laden. Baginya, orang-orang yang bekerja di World Trade Center* adalah para kombatan sedar di dalam kawad materialisme sekular, satu ideologi yang menyembah alat-perkakasan dann jenama-jenama yang dipenuhi dengan imej. Ini menjadikan mereka bersalah kerana melakukan penyembahan berhala dan sekaligus menyerang ketauhidan Tuhan. Dan ia berlipat-kali ganda untuk kaum Yahudi yang mengawal dana.

 Persamaan-persamaannya semakin ketara. Revolusi moral Muhammad berlangsung pada masa yang sama dengan revolusi teknologi, di mana pelana-pelana unta tercanggih membenarkan perjalanan yang lebih pantas, lebih banyak perdagangan, lebih sifat tamak, dan perbezaan sosial yang semakin mendalam. Dulu pelana unta, hari ini transaksi online. Muhammad menyerang kabilah-kabilah musuh untuk memelihara bala tenteranya. Peti peperangan bin Laden telah memperolehi keuntungan daripada para konsumer Amerika, yang tidak putus-putus mencium minyak dan candu.

 Muhammad mencapai kejayaan ketenteraan penting melalui taktik-taktik primitif seperti menggali parit besar mengelingi penempatannya, memerangkap musuh-mushnya, dan menrencatkan usaha peperangan mereka. Bala bin Laden menggunakan pemotong kotak untuk menyerang kuasa besar. Nabi Muhammad mendefinisikan negaranya sebagai satu komuniti yang hanya ditanda melalui keimanan dan takwa sahaja. Bin Laden telah memupuk rangkaian operatif multi-nasional yang merentasi peta-peta yang dilukis oleh empayar-empayar asing. Muhammad berjaya memperolehi kesetiaan golongan bawahan Makkah sebelum golongan elit menyedari kekuasaan baginda dan seterusnya memeluk agama Islam. Sudah pasti, perjalanan bin Laden masih jauh lagi. Pada bulan Oktober 2001, setengah juta rakyat Pakistan keluar beramai-ramai untuk moderasi. Namun demikian, satu pungutan suara umum menunjukkan 82 peratus penduduk bandar Pakistan menganggapnya sebagai seorang pejuang kebebasan.                 

 Rasionalisasi bin Laden mungkin ada persamaannya dengan orang Islam yang mengecam ketua dan pemimpin mereka yang hedonistik dan gemar membazir. Enakmen semula saat penubuhan mungkin berdaya menarik perhatian golongan umat Islam yang dahagakan pembebasan. Tetapi, sekiranya perlu dikatakan, "reformasi" bin Laden bukanlah reformasi dalam erti kata sebenarnya. Islamnya memperkukuh kitaran penindasan yang melanda umat Islam,  dengan beberapa pengecualian, semenjak zaman penaklukan Arab. Teologi kesukuannya menyamakan tauhid dengan uniformiti, memberi kuasa lebihan kepada segelintir pentafsir berbanding dengan pemikiran kendiri. Bin Laden tidak menawarkan sebarang yang menyerupai agenda anti-imperial. Apa yang ditawarkannya ialah pemerintahan diktaktor dari padang pasir.

FIKIRKAN TENTANG DARI MANA PUNCA MISI BIN LADEN: ARAB Saudi. Dia hanya berpaling kepada para pemimpinnya, dan bukannya terhadap negara itu sendiri. Ini penting kerana Arab Saudi wujud hasil daripada pakatan antara para ulama dan kepentingan politik. Pada pertengahan 1700s, seorang ketua suku bernama Muhammad ibn Saud mendekati seorang "reformer" keagamaan bernama Muhammad ibn Abd al-Wahhab untuk "marriage of convenience"*. Restui niat aku untuk menggabungkan serpihan-serpihan Jazirah Arab untuk membentuk sebuah kerajaan, cadangnya kepada al-Wahhab, dan aku akan melantik engkau pemimpin spiritual kerajaan yang baru. Sudah biasa dengan kehilangan sokongan daripada golongan elit di kota-kota, al-Wahhab pun bersetuju. Islam yang direformasinya, yang dipengaruhi oleh ibn Tammiyya, akhirnya mempengaruhi bin Laden. Ia adalah agama 'spartan' – perkembangan intelektual disekat dan tidak henti-henti terlibat dengan jihad. Justifikasi mujahid membenarkan rakan politik al-Wahhab, suku ibn Saud, untuk menyerang, menyerbu  wilayah-wilayah dan memeperluaskan kerajannya selama dua ratus tahun. Pada 1932, daripada abu Emapayar Uthmaniyyah, sebuah negara Saudi muncul secara rasminya. Pakatan dengan para mullah Wahhabi yang langsung tidak demokratis kekal teguh. Begitu juga komitmennya terhadap jihad. Melalui kedua-dua perkara ini, Arab Saudi telah berjaya menguasai seni untuk menjajah umat Islam.

 Aku mahu kalian untuk membayangkan gambar-gamabar foto ibadat haji yang keluar setiap tahun. Multikulturalisme total? Sekarang, bayangkan fakta bahawa raja Saudi berjalan megah sebagai Penjaga Dua Tempat Suci. Di dalam kapasiti terhormatnya, baginda berpura-pura mewakili umat Islam tanpa mengira warna, jantina, dan kepercayaan. Gambaran sebenarnya, tidaklah begitu indah. Bagaimana Riyadh melayan golongan Syiah, denominasi Islam kedua-besar, boleh disimpulkan dengan satu fakta: Menurut ajaran rasmi Saudi, golongan Syiah adalah konspirasi Yahudi. Kononnya, ada seorang Yahudi Yemen bersubahat dengan Yahudi lain untuk memecah-belahkan Islam dan menanam idea-idea talmudik di dalam minda umat Islam yang kekeliruan. Golongan yang terpedaya ini kemudiannya menjadi golongan Syiah.

 Sebagai cabang Yahudi, tidakkah golongan Syiah sama tarafnya dengan golongan zimmi? Secara logik, itulah sstaus mereka di Arab Saudi. Baru-baru ini, seorang Syiah Ismailiyyah memeberi keterangan kepada Kongres A.S. tentang apa yang terjadi apabila pihak Saudi mengambil alih kuasa di kampung halamannya di Najran. "Penduduk Najran tidak sahaja ditindas dari segi keagamaan," kata Ali Alyami, "tetapi punca-punca pendapatan mereka pun berkurangan secara drastik. Kebanyakan daripada tanah pertanian yang subur dirampas oleh para gabenor, amir, dan hakim Wahhabi. Tambah lagi, golongan Wahhabi mengambil secara paksa separuh daripada apa yang dihasilkan oleh ladang dan haiwan peliharaan golongan Ismailiyyah..."  Perhatikan gemaan-geman ngeri antara senario ini dan apa yang dilalui oleh golongan petani Yahudi pada zaman Nabi Muhammad. Ini semua "diharuskan" sekiranya kalian mempercayai golongan Syiah itu sebenarnya ialah Yahudi.

 Golongan Syiah tidak boleh diwakili di sebuah mahkahmah Saudi. Tidak ada sesiapa pun kecuali seorang Wahhabi boleh dilantik untuk menjadi hakim. Mari kita letak dua dan dua bersama-sama: Di Arab Saudi, golongan Syiah berdiri di hadapan para hakim yang telahpun mempercayai bahawa mereka ini ialah golongan heretik sesat.  Lihatlah Piagam hak asasi manusia Islam yang dimeterai di Kaherah pada 1990. Ia menyatakan setiap orang berhak mendapat pengadilan saksama. Agaknya semua orang, kecuali mereka yang bukan beragama Islam. Memandangan golongan Syiah ialah Yahudi..,aduh, pening kepala memikirkannya.

 Demikian juga, wanita di dalam kerajaan ini tidak boleh muncul di mahkamah walaupun mereka dituduh membunuh. Mereka "mempunyai status perundangan sebuah kereta,"  jelas Ali Al-Ahmed, pengarah eksekutif Saudi Insititute yang berpangkalan di A.S. Dan namun begitu, mereka tidak dibenarkan untuk memandu kereta. Kedua-dua realiti ini menunjukan fakta yang wanita, 57 peratus daripada populasi Arab Saudi, adalah dianggap sebagai minor abadi."Mereka dipindahkan daripada penjagaan para bapa mereka kepada para suami atau anak lelaki mereka," nyta Al-Ahmed. Muttawa, atau pegawai pencegah maksiat, mengekori minor-dewasa ini secara berterusan memastikan kepatuhan mutlak terhadap undang-undang. Ia termasuklah larangan memakai warna merah pada Hari Valentine – satu jenayah yang boleh mengundang penahanan.

 Pada Mac 2002, kepatuhan bermakna bahawa gadis muda tidak boleh melarikan diri daripada kebakaran sekolah melainkan mereka selesai mengenakan abaya mereka. Menurut laporan berita Arab Saudi sendiri, lima belas pelajar perempuan maut dan berdozen-dozen lagi tercedera apabila pegawai pencegah maksiat memaksa gadis-gadis ini kembali ke bangunan yang sedang kebakaran untuk mengambil abaya masing-masing, yang mana secara harfiah menjadi karung-karungan mayat. Seorang kenalan Saudi aku, was-was dengan kenyataan para saksi kejadian, berkata akhbar tempatan menyirakan kisah ini sengaja menimbulkan kekacauan kepada menteri pelajaran. Bagaimana sebuah akhbar yang dikawal-kerajaan boleh "menimbulkan kekacauan?" Fakta sebenranya ialah insiden yang mengerikan memaksa para wartaawan Saudi untuk mencabar status quo. Mereka mempunyai setiap sebab untuk berbuat demikian: Tidak ada negara lain di dunia ini yang mengehendaki kaum wanitanya untuk menutup muka mereka, Tidak ada negara lain di dunia ini yang berani untuk melayani warga perempuannya sebagai klon-klon isteri-isteri Nabi Muhammad – satu-satunya golongan wanita yang diwajibkan Quran untuk memakai tudung.

 Mencari banyak cara lain di mana kontrak sosial Arab Saudi berbau tribalime basi? Kuasa terletak di kalangan puter-putera raja senior. Merekalah yang membuat dasar dan memberi keistimewaan dan kelebihan kepada sekumpulan mafia yang terdiri daripada para mullah yang mana kesetiaan mereka harus dipelihara untuk mengelak pemberontakan total. Jadi, perlukah kita terperanjat apabila laman-laman web outlet-outlet berita Barat disekat secara rutin, tetapi situs-situs yang menyatakan kebencian, keganasan, dan terrorisme boleh diakses dengan mudah dari tanahair Nabi? Adakah kita perlu hairan, sehinggalah chaya media menjadi terlampau terang untuk tidak dipedulikan, Riyadh tidak akan mengaudit badan-badan kebajikan Islam yang beroperasi dari bumi Saudi? Tidakkah kita sedikitpun tidak rasa terganggu  yang golongan Saudi meusnahkan bangunan-bangunan bersejarah, seperti  masjid-masjid yang digunakan oleh umat Islam awal, kerana tarikan-tarikan ini bermungkinan menjadi dewa-dewa palsu – seperti menara kembar World Trade Center? Dan adakah ia kerana para ulama lebih dilindungi daripada rakyat jelata sehinggakan Arab Saudi tidak pernah menerima Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Hak Asasi Manusia? Pada 1948, hanya blok Timur dan Afrika Selatan yang diperintah-minoriti enggan menandatangai Deklarasi tersebut, Semenjak itu komunisme telah jatuh. Afrika Selatan telah mengalami perubahan. Sementara itu, Arab Saudi menyebarkan Islam kontang, mutlak secara besar-besaran di peringkat global.

 Hasilnya boleh disaksikan di Sudan dan Pakistan, di mana terdapat terlalu banyak madrasah yang hanya mengajarkan teks Quran semata-mata. Kalian telahpun mengetahui tentang pembunuhan beramai-ramai di Sudan dan perhambaan golongan Islam bukan-Arab, dan juga yang bukan Islam. Apabila melihat kesukuan ala-Badawi di Pakistan, kalian tidak boleh mengabaikan ini: Ada golongan bukan-Muslim sana menghadapi hukuman maut kerana berani mengucapkan ucapan standard Islam - assalamuaalaikum, atau " sejahtera kepada kalian."  Satu lagi tawaran perdamaian ditolak begitu sahaja.

 Menuju ke arah timur, Islam pandang pasir memesongkan Afghanistan dalam imej teokratik Arab Saudi. Di bawah Taliban, Emiriyah Islam Afghanistan meniru model jabatan pencegah maksiat Saudi, pendekatan Saudi di dalam menindas wanita dan golongan Syiah, dan amalan Saudi membinasakan tempat-tempat suci agama yang ikonik untuk membanteras pemujaan berhala kononnya. Di Bangladesh, patung-patung Kristian, Hindu, dan Buddha dikenalpasti untuk dihancurkan. Bangladesh ialah sebuah demokrasi – hanya di atas kertas sahaja. Mari kita belajar daripada Buddha-Buddha  Lembah Bamiyan: Duduk bersila dalam keadaan bertapa, berdoa untuk keamanan, tidak cukup untuk memerangi Islam padang pasir.

 Wisata dunia Wahhabi telahpun tiba di Amerika Utara. Ingat peperangan aku untuk mengakses perpustakaan kecil masjid aku di Richmond, British Columbia? Pelajar perempuan mengalami sekatan yang sama di sebuah sekolah Islam utama yang terletak di Amerika Syarikat dan dibiayai oleh pihak Saudi. Berkenaan dengan larangan bersahabat dengan mereka yang berbangsa Yahudi nampaknya bukan aku sahaja yang diajar begitu. Di sini sebuah petikan langsung daripada sebuah buku teks berbahasa Arab yang diedar oleh pihak Saudi kepada murid-murid Islam di Amerika: "Golongan kafir, musyrikin dan lain-lain seperti mereka mesti dibenci dan diperangi...Kita mesti menjauhkan diri daripada mereka dan mendirikan benteng di antara kita dan mereka."

 Islam Padang Pasir juga sedang mencerobohi Asia Tenggara. Islam sampai di sana melalui jalan perdagangan, bukannya melalui penaklukan ketenteraan. Mungkin itulah sebabnya umat Islam Asia Tenggara pada lazimnya hidup bersama-sama dengan penganut Buddha, Taoisme, Kristian, Sikhisme, Hinduisme, Konfusianisme – dan kaum wanita. Tetapi dana Timur Tengah mengubah lebih daripada sekadar lanskap Malaysia dan Indonesia. Perundangan dan kebebasan juga mula berubah, Pada 1996, umpamanya, pihak polis menahan tiga peserta Islam dalam pertandingan Miss Malaysia Petite. Pihak keluarga gadis-gadis ini tidak pernah pun mendengar tentang fatwa melarang penyertaan penganut Islam dalam pertandingan ratu cantik. Apabila mereka mendapat tahu, mereka tidak hampir-hampir tidak dapat mempercayainya kerana larangan sedemikian tidak selari dengan sebuah negara yang mengamalkan toleransi.     

 Semenjak pertengahan 1990-an, kebanyakan negeri-negeri di Malaysia telahpun melaksanakan perundangan Syariah yang menjadikan perbuatan mempertikai sebarang fatwa sebagai satu jenayah. Sekiranya mereka tidak menahan kalian kerana sifat pelampau, mereka akan akan memerangi kalian dengan timidity. "[T]idak ramai orang Islam yang mempunyai keberanian untuk menyoal, mancabar atau membincang tentang Islam terang-terangan," tulis Zainah Anwar, seorang ahli rangkaian feminis Malaysia Sister in Islam. "Mereka telah disosialisasikan untuk menerima  bahawa pihak berkuasa agama tahu segala-galanya."  Dia, pada masa yang sama, ingin "menjadi wanita, seorang Muslim yang baik dan mendengar B-52-B-52 dengan bunyi yang kuat. Aku tidak nampak sebarang percanggahan di dalam hal ini."

 Versi Islam Zainah Anwar tidak harus dipersalahkan apabila pertandingan Ratu Cantik Dunia dialihkan dari Nigeria pada 2002. Fiasko, walaupun mudah ditertawakan, merebak kepada pembakaran beberapa buah gereja dan mengakibatkan lebih daripada kematian. Aku tanya diri ini samada Islam padang pasir sudah tersebar jauh sebegini. Adakah obsesi dengan saat penubuhan yang menjana kekacauan-kekacauan anti-pertandingan ratu cantik itu? Lagi pun, Miss Nigeria telah memenangi pertandingan tahun sebelum itu, memberi negaranya hak menjadi tuan rumah kepada pertandingan yang seterusnya. Umat Islam Nigeria tahu akan semua ini. Kekacauan bermula hanya apabila seorang wartawan memberi implikasi bahawa Nabi Muhammad akan turut menikmati pertandingan ratu cantik ini dan akan menjadikan pemenangnya sebagai isteri baginda. Satu komentar yang tidak senonoh, agaknya, tetapi suatu yang perlu disulami dengan pembunuhan dan keganasan? Apabila orang terindoktrinasikan untuk mempercayai setiap aspek saat penubuhan itu suci, maka agama akan menjadi statik, rapuh, tidak berperikemanusiaan. Dalam kes ini, begitu tidak berperikemanusiaan sehinggakan akhbar yang terlibat memohon maaf tiga kali, pemprotes-pemprotes Muslim membakar pejabat-pejabatnya. Seperkara lagi: Kolumnis yang mengeluarkan kenyataan tentang Nabi Muhammad tadi, juga memarahi umat Kristian dan menyebut nama Nabi Isa ( Kristus) beberapa minggu sebelum insiden ini. Tiada yang terkorban.

 Foundamentalisme sedang mengorbankan kita – dan ramai lagi. Para pembaca, siapa peduli samada kita dapat meniru saat penubuhan sehampir yang mungkin? Untuk ditelan habis-habisan oleh ini – tidak, malah mengerlip mata terhadap ini pun – terminal. Sudah tiba masanya untuk mengambil sedikit pengajaran daripada Kemal Ataturk, arkitek Turki moden. Pada 1925 dia mengisytiharkan, "Aku enggan mempercayai pada hari ini, disinari dengan ilmu sains, pengetahuan, dan tamadun di dalam segala aspek, masih ada...orang yang begitu primitif sehinggakan mencari kesejahteraan material dan moral daripada bimbingan seorang atau sheikh yang lain."  Ataturk membuktikan dirinya sebagai seorang yang berwawasan dengan mengugurkan sebarang kaitan dengan saat penubuhan Islam. Dia tidak memainkan permainan  kesucian kerana ia hanya mampu menghasilkan seorang pemenang sahaja: lelaki berjanggut yang mengehadkan kepada apa yang sudah dikatakan, dilihat, dan diuji. Untuk mana-mana masyarakat berkembang, Ataturk maklum, ia perlu bersedia menampung ramai pemenang dalam pelbagai bidang.

 Pengabaian saat penubuhannya telah menghasilkan sebuah demokrasi di Turki. Walaupun masih tergugat dengan pihak tentera, dan tidak sempurna dalam banyak erti kata lain, ia masih merupakan demokrasi paling matang di dunia Islam. Dan para individu Muslim yang salih yang mengambil bahagian dalam proses politikalnya juga berpeluang menjadi pemenangnya – pada November 2002, rakyat Turki memilih sebuah parti Islam sebagai kerajaannya. Untuk menambah lagi: Populariti para Islamis Turki tidak bergantung kepada penentangan dasar luar A.S. atau mengecam Israel. Ia bergantung kepada janji mewujudkan pekerjaan dan membanteras rasuah. Para pengundi di Bahrain menyuarakan keutamaan yang sama apabila mereka keluar mengundi sebulan sebelum itu – pilihanraya pertama di Teluk Arab di mana kaum wanita pun turut mengundi. Para pengundi ini mengenalpasti sebuah masa hadapan dan tidak hanya masa silam.

 Diberi peluang untuk bersuara, ramai umat Islam akan berkata yang mereka tidak ingin mereplikasi saat penubuhan. Mereka tidak mahu lebih daripada jalan yang sudah diambil dan mahu lebih daripada jalan ke hadapan. Apabila ibubapa Pakistan yang marah mengejar alim-ulama yang merekrut anak-anak lelaki mereka untuk aktiviti jenayah, kalian nampak kesungguhan mereka untuk melangkah ke hadapan.  Apabila umat Islam Indonesia mengeluarkan sebuah buku yang berjudul Muka Baru Perhubungan Suami Isteri,* yang cuba merekonsilkan Islam dengan hak asasi, kalian tahu jalan ke hadapan mempunyai bebrapa lagi pengembara.    Apabila golongan garis-keras menyerbu keluar daripada parlimen Iran untuk membantah pengaruh reli-reli pelajar untuk reform, kalian tahu bahawa masa hadapan semakin hangat. Apabila Arab News, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris Saudi, menyiarkan sebuah ruangan mengenai bertapa majunya rakyat Israel dari segi ekonomi berbanding dengan bangsa Arab, dan apabila ruangan ini menjerit, "Hadapilah Kenyataan, Wahai Bangsa Arab," kalian tahu gag semakin longgar.  Kesepian kesukuan, seperti delusi, sudah sedia untuk dicairkan, termasuk pada peringkat rasmi. Seperti yang ditulis oleh menteri luar Jordan baru-baru ini di New York Times, "Para pemimpin Arab mesti mengambil pendirian awam muktamad terhadap pengeboman berani-mati" sementara menjadikan " sistem-sistem politikal dan ekonomi lebih demokratis."

 Apabila seorang wartawan Lubnan menulis yang "bola berada di medan Washington" untuk menyokong "pucuk tunas menghijau demokrasi" yang bercambah di Timur Tengah, kalian tahu yang dia mengundang satu deklarasi global saling keperbergantungan.  Apabila para intelek Arab menyertai Department Negara A.S. untuk mengecam rancang TV bersiri yang bersifat anti-Semitik, kalian tahu yang saling keperbergantungan berpeluang untuk berjuang. Semakin besar tekanan diplomatik dari Barat, maka semakin beranilah suara-suara dalaman menuntut perubahan.

 Dan apabila raja Maghribi mengumumkan pengemaskinian perundangan Syariah yang menyingkirkan poligami dan pada masa yang sama memberi wanita hak terhadap perceraian, alimoni, dan penjagaan – reformasi-reformasi yang bersandarkan Quran sendiri – maka kalian tahu agama (iman) boleh mengalahkan adat resam. Paling utama, apabila Amerika Utara mengeram sebuah kumpulan seperti Progressive Muslim Union, yang mana platformnya mengesahkan "status sama dan nilai semua manusia," panggilan-panggilan untuk "penyelidikan kritikal dan penglibatan dinamik" dengan teks –teks pembimbing Islam, dan mengisytiharkan yang "ada pelbagai cara untuk menuju kebenaran," maka kalian tahu kebebasan di Barat boleh memaksa satu generasi Muslim baru untuk menghidupkan semula ijtihad, tradisi pemikiran kreatif Islam yang telah hilang.

 Jalan ke hadapan, nampaknya, kita mesti cuba untuk menangani tiga cabaran secara serentak: pertama, menghidupkan ekonomi-ekonomi Islam dengan melibatkan bakat-bakat wanita; kedua, mencabar kewibawaan padang pasir dengan membentangkan tafsiran Islam yang pelbagai dan beraneka; dan ketiga, berkerja bersama-sama Barat, bukan menentangnya. Dalam setiap ini, kita beransur-ansur melemahkan kesukuan kolot.

 Maka dengan ini aku berhenti menjadi refusenik. Terimalah aku untuk Operasi Ijtihad.

NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)

BAB 6: Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi (Chapter 6 Notes)

1 Penterjemah mengekalkan penggunaan frasa “coming-out” verbatim kerana dipercayai pembaca bahasa Melayu kontemporari akan lebih menghayati konteks penggunaan frasa ini. Ramai di alam Melayu yang sudah biasa dengan karya-karya Gay and Lesbian akan memahami frasa ini tanpa terjemahan.

 "Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku membentangkan topik Tuhan dan golongan gay." [Baca ucapan aku.]

 anti-queer diterjemahkan sebagai 'anti-gay' kerana istilah “ gay” lebih difahami dan diketahui oleh para audiens.

 Perkataan ‘dyke’ kekal tanpa diterjemah  kerana ia ialah satu istilah yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia kontemporari terutamanya di kalangan generasi muda dan urban.

* Singkatan untuk ‘Pakistan’. Gelaran menghina yang diberi kepada penganut Islam dari rantau India-Pakistan yang bermastautin di Barat.

2"'“Kita tidak cukup pandai” adalah ungkapan yang sering diluahkan di seluruh pelosok Dunia Islam di dalam menerangkan mengapa orang Islam tidak mungkin merancang  serangan-serangan 11 September.'" Sumber dan nota: Ini disahkan oleh sahabat aku Tarek Fatah, yang baru-baru ini meluangkan masa di Pakistan dan sering mendengar kenyataan-kenyataan seumpaman ini.

Demikian juga, Tariq Ali menulis dalam The Clash of Fundamentalism, Aku telah berjumpa dengan ramai orang kita di merata pelosok dunia semenjak 11 September. Satu soalan sering diulang: Adakah kalian berpendapat bahawa kita umat Islam cukup pandai untuk melakukannya?' Aku selalu menjawab 'Ya.' Kemudian kemudian aku tanya pula mereka siapa yang bertanggungjawab, dan jawapan mereka rata-ratanya, Israel.'" (ms. 305)

3" Melainkan, seperti telah aku katakan, umat Islam hari ini bukanlah sebuah komuniti antarabangsa tetapi lebih mirip sebuah suku Arab." Nota: Untuk bacaan lanjutan mengenai tema ini, rujuk Anwar Shaikh, Islam: The Arab National Movement (Cardiff: Principality Publishers, 1995) dan W.R. Clement, Reforming the Prophet: The Quest for the Islamic Reformation (Toronto: Insomniac Press, 2002)

4"' Tetapi Kebudayaan-kebudayaan tempatan sekarang sudah tidak diambil kira di tempat-tempat  sperti Indonesia dan Malaysia kerana ianya dilihat sebagai tidak culup Islamiyyah (dalam erti kata lain Arab).'" Sumber: Fareed Zakaria, The Future of Freedom" Illiberal Democracy at Home and Abroad (New York: W.W. Norton, 2003) ms. 145.

Pemerhatian Zakaria bahawa pengaruh-pengaruh Arab semakin banyak mendefinisikan Islam Indonesia diperkukuhkan oleh Tracy Dahlby, "Indonesia: Living Dangerously," National geographic, Mac 2001. Dahlby menulis, Wardah Hafidz, seorang pejuang golongan miskin perbandaran utama utama, memberitahu aku bilangan pekerja pejabat wanita yang mengenakan jilbab, atau tudung kepala Islam semakin meningkat" –sebenarnya, jilbab ialah tudung kepala Arab, yang dijual kepada rakyat Indonesia ( dan beberapa orang wartawan) sebagai satu tanda keimanan dalam Islam. Lihat juga Simon Winchester, Krakatoa: The Day the World Exploded – August 27, 1888 (New York: HarperCollins, 2003). Winchester menunjukkan Indonesia "diIslamkam oleh bangsa Arab, dan ia masih memandang ke arah Arabia dan bangsa Arab untuk pedoman spiritual" (ms. 326). Untuk contoh menarik bagaimana Arabia dapat menimbulkan semangat fundamentalis para ahli Sufi yang tenang, lihat ms. 330-332.

5"Mungkin genggaman kesukuan padang pasir yang menyebabkan pengebom berani mati Palestin bergantung kepada bantuan yang dicurahkan oleh kuasa-kuasa Arab." Nota: Dalam temubual 2 Julai 2003 aku dengan Dr. Eyad Serraj, seorang psikoanalis Palestin dan pengasas Gaza Community Mental Health Program. Dia menunjukkan tribalisme sebagai satu masalah utama dalam kebudayaan Palestin." Ini ialah struktur kesukuan di mana keingkaran dilihat sebagai khianat. Kita belum membangunkan sebuah negara berkerakyatan, di dalam semua negara Arab, di mana semua adalah sama di hadapan undang-undang. Ini sangat serius." Sumber: temubual dengan Dr. Eyad Serraj, 2 Julai, 2003.

Untuk melihat klip video Dr. Serraj, klik sini.

6"Islam Padang Pasir,... menentang “kehidupan pluralistik, yang disulami dengan hiruk-pikuk kemeriahan tawar menawar el-haraa¬¬¬ – lorong-lorong pasar di Bandar-bandar. Ia bersifat fanatik.'" Sumber: Gaber Asfour, "Osama bin Laden: Financier of Intolerant Desert Islam," New Perspectives Quarterly, Winter 2002, ms. 1 versi online. Muat turun di www.digitalnpq.org.

7"Maknanya kaum perempuan, yang mana seperti yang dikatakan oleh Asfour dianggap sebagai “punca godaan dan kejahatan.'” Nota: Sesetengah pengulas menunjukkan Ali, waris Nabi Muhammad keempat, menyeru lelalki Islam untuk 'berwaspada terhadap kejahatan wanita, Berwaspadalah walau terhadap mereka (yang dikatakan) baik. Jangan menuruti mereka walau di dalam perkara-perkara baik supaya mereka tidak mendekatkan kalian kepada kejahatan." Konnya, kata-kata ini keluar daripada khutbahnya ekoran Perang Unta – satu peperangan yang dipimpin, amat paradoksikal sekali, oleh isteri Nabi, Aisyah.

8"'Tuhan seolah-olah menjajah minda umat Islam.'" Sumber: Temubual dengan Taslima Nasrin, Toronto, 28 Oktober, 2002. [Baca transkrip lengkap.]

* Perjanjian Baru juga dikenali sebagai New Testament dalam bahasa Inggeris. Perjanjian Baru mengandungi kumpulan kitab-kitab, risalah-risalah dan segala tulisan Kristian - tambahan kepada kumpulan kitab-kitab dan tulisan kaum Yahudi yang terkandung dalam Perjanjian Lama (Old Testament) yang adakalanya dipanggil Kitab Yahudi (Jewish Bible) TANAKH (akronim yang terhasil daripada Torah [(Taurat), Neviim (Nabi-nabi), Ketubim (Tulisan)]. Injil-injil ataupun panggilan Inggerisnya 'Gospels' adalah antara kitab-kitab yang terdapat di dalam Perjanjian Baru (New Testament), sebagai contoh Injil Yuhana (Gospel of John). Bible ataupun Alkitab merujuk kepada kitab yang mengandungi kumpulan lengkap tulisan-tulisan yang membentuk kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

9" Quran menegaskan 'Dan milik Allah timur dan Barat. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.'" Sumber dan nota: Al-Quran, 2:115.

10"Tahukah kalian di mana perempuan Iran mendapat reka bentuk chador pasca-revolusi mereka – yang tidak membenarkan sehelai rambut pun daripada terdedah? Daripada seorang mullah yang memimpin orang Syiah di Lubnan." Nota: Mullah tersebut ialah Mussa Sadr. Lihat Amir Taheri, "The Freedom to go Topless," Wall Street Journal, 6 Disember, 2002.

11"Baru-baru ini aku terlintas sebuah buku saudara-mara di Toronto. Ia merujuk kepada zaman pra-Islamiyyah sebagai Zaman Kejahilan." Sumber: Ja'far Subhani, The Message (City unknown: Islamic Seminary, 1984), p.41.
Satu "ciri menarik dalam buku ini," pengarangnya bercakap besar, ialah ia bebas daripada segala kesesatan dan kisah-kisah dongeng yang mempunyai kepentingan." (ms. xviii). Salah satu bab dalam buku ini bertajuk, "Dangerous Designs of the Jews," yang mendedahkan satu "program Islam" untuk menyebar mitos dan kisah-kisah " yang direka oleh bangsa Yahudi..." (ms. 179) begitulah nampaknya di dalam usaha kita untuk menakluki Zaman Kejahilan.

12"... tiada ruang di dalam hati atau minda para penganut agama ini untuk zaman sebelum-Islam mereka," Sumber: V.S. Naipaul, "Our Universal Civilization," The Writer and the World: Essays (New York dan Toronto: Knopf, 2002), ms. 508.

13"..."sekiranya tanpa mereka, sudah tentu mustahil bagi kita, di sebalik keazaman kita, sepenjang hayat kita, untuk menyusun prinsip-prinsip kebenaran ini..." Sumber: Al-Kindi sepertimana dipetik oleh David C. Lindberg, Theories of Vision from Al-Kindi to Kepler (Chicago: University of Chicago Press, 1976), ms. 18.
 
14"...'menjadi hitam untuk banyak hari kerana dakwat dan darah.'" Sumber: Mohammed Ayub Khan, reviu What Went Wrong?. www.islamonline.net, 16 Jun, 2002.
* Foundamentalisme ialah terjemahan daripada perkataan ' foundamentalism' yang digunakan oleh penulis buku. Ianya terbit daripada ' fundamentalism' dan pengertiannya mempunyai sedikit sebanyak perkaitan dengan perkataan ini. Dibaca mengikut konteks, pengertian perkataan ini akan menjadi semakin jelas.

* bebas sini merujuk kepada 'independent' dan bukannya free.

15"'Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan." Sumber: Dipetik oleh Murad Wilfried Hoffman, Islam: The Alternative (Reading, UK: Garnet, 1993), ms. 32.

16"... seorang puteri Parsi mencetuskan kesedaran feminis sementara (atau setidak-tidaknya kesedaran nasionalis) yang mengubah perlembagaan negaranya." Nota: Puteri tersebut ialah Taj es-Saltana. Menerima pendidikan di istana dalam bahasa Perancis dan kesusasteraan Parsi," tulis Bernard Lewis, "baginda kemudian menyedari perbezaan status wanita Barat dan wanita di Parsi. Dalam tulisan-tulisan baginda, yang terdiri daripada memoir-memoir dan beberapa buah puisi, baginda mengutuk ikatan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakan-rakan seperjuangan wanitanya." Lihat What Went Wrong? Western Impact and Middle Eastern Response (Oxford, New York: Oxford University Press, 2002), ms. 95.

17"... para Sufi mempunyai cinta kasih yang mendalam terhadap Nabi Isa, dan para Faylasuf, yang diilhamkan melalui pengajian dalam Plato dan Aristotle, mencari satu bentuk keimanan yang lebih bersifat universal." Sumber: Karen Armstrong, A question of faith" (reviu The Cross and the Crescent karangan Richard Fletcher), The Guardian, 1 Mac, 2003, ms. 3 versi online.

18 Dengan cadangan-cadangan sedemikian, bangsa Turki telah menjadi kafir" dan"adalah dihalalkan untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai hamba abdi." Sumber: Sheikh Jamal, "ketua Ulama Makkah," seperti yang dipetik oleh Bernad Lewis, What Went Wrong?, ms. 92.

19"... Tuhan Mahakuasa peliharalah kami..." Sumber: Arif Efendi, Ketua Mufti Istanbul, sepertimana dipetik oleh Bernard Lewis, Ibid., ms. 93.

* foundamentalis – istilah yang digunakan penulis untuk merujuk kepada mereka yang taksub dengan saat penubuhan Islam (atau zaman awal Islam yang dikatakan suci). Perkataan ini terilham daripada perkataan ' fundamentalis'. Sepertimana istilah foundamentalisme yang ternyata di atas, pengertian perkataan ini akan menjadi semakin jelas sekiranya dibaca mengikut konteks.

* Dikenali sebagai Muslim Brotherhood dalam bahasa Inggeris dan nama 'Ikhwanul Muslimin' adalah nama yang lazim digunakan di oleh penutur Melayu di Malaysia untuk merujuk pertubuhan yang berasal dari Mesir ini.

* Thanksgiving is translated verbatim as there is no indigenous term that can capture the spirit of this word.

* Dikekalkan penggunaan ‘ anti-establishment’ untuk memelihara maksud dan  konteks yang cuba disampaikan penulis. Ia merujuk kepada kecenderungan untuk berbeza daripada kelaziman.

* World Trade Center diterjemah secara verbatim kerana ia adalah nama khas.

20"... satu pungutan suara umum menunjukkan 82 peratus penduduk bandar Pakistan menganggapnya sebagai seorang pejuang kebebasan." Sumber dan nota: Richard Behar, "Pakistan: A Kidnapped Nation," Fortune, 29 April, 2002, ms. 3 versi online.
Dalam dalam bulan Jun 2003, Pew Research Center for the People and the Press mengeluarkan keputusan-keputusan survei 44-negara. Ia mendapati "majoriti kukuh di Otoritas Palestin, Indonesia dan Jordan – dan hampir separuh di Maghribi – menyatakan mereka mempunyai setidak-tidaknya sedikit keyakinan terhadap Osama bin Laden 'untuk melakukan perkara-perkara yang betul berkanaan urusan-urusan dunia.' Sebanyak 71% rakyat Palestin menyatakan keyakinan mereka terhadap bin Laden dalam hal ini" – lantas mengalahkan Yasir Arafat! Muat turun survei ini, "Views of a Changing World 2003," di http://people-press.org.

* " marriage of convenience" dikekalkan verbatim kerana ia istilah yang sering digunakan oleh penutur Melayu kontemporari. Ini adalah contoh 'code-mixing' yang berlaku dalam bahasa Melayu kolokuil.

21"'...Wahhabi mengambil secara paksa separuh daripada apa yang dihasilkan oleh ladang dan haiwan peliharaan golongan Ismailiyah...'" Sumber: Dr, Ali Alyami, keterangan kepada Kongres A.S, 4 Jun, 2002, ms. 2 nota-nota ucapan.

22" Ini semua "diharuskan" sekiranya kalian mempercayai golongan Syiah itu sebenarnya ialah Yahudi." Nota: Dan Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mempercayai golongan Syiah ialah Yahudi. Baru-baru ini, mullah ini – orang sama yang memneri amaran terhadap "ketawa terbahak-bahak" – mengeluarkan satu fatwa terhadap golongan Syiah. Setidak-tidaknya dia mengamalkan visi Islam yang ada keceriaan.

23"'Mereka "mempunyai status perundangan sebuah kereta,'" Sumber: Ali Al-Ahmed, keterangan kepada Kongres A.S., 4 Jun, 2002, ms. 1 nota-nota ucapan.

24"'Ada orang bukan-Islam sana menghadapi hukuman maut kerana berani mengucapkan ucapan standard Islam - assalamuaalaikum, atau ' salam sejahtera kepada kalian.'" Sumber: Nicholas Kristof, "Watch What You Say," New York Times, 21 Jun, 2002.

25"'... Kita mesti menjauhkan diri daripada mereka dan mendirikan benteng di antara kita dan mereka.'" Sumber: Dr. Abdulla Al-Tarekee, A Muslim's Relations with Non-Muslims, Enmity or Friendship, ms. 28. Buku ini dicetak oleh Institute for Islamic and Arabic Sciences in America yang berpangkalan di Fairfax, Virginia. Untuk maklumat lanjutan, rujuk dokumen, " Saudis Spread Hate Speech in U.S." yang diterbitkan oleh Saudi Insitute and the Foundation for the Defense of Democracies, 9 September, 2002.

26"'"Mereka telah disosialisasikan untuk menerima  bahawa pihak berkuasa agama tahu segala-galanya.'" Sumber: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, ms. 34.

27"'Aku tidak nampak sebarang percanggahan di dalam hal ini.'" Sumber: Zainah Anwar dipetik oleh Anthony Spaeth, "Trouble in Purdah," Time International, 8 April, 1996, ms. 2 versi online.

28"Tiada yang terkorban." Sumber: Pejuang hak asasi manusia Kanada Ken Wiwa menulis "dalam satu rencana di suratkhabar pada 7 September, Ms. Daniel mengecam gereja-gereja Kristian kerana 'menutup sebelah mata' terhadap kerosakan moral dan sosial di dalam negara. 'Sekiranya Kristus datang semula," tulisnya, "apa yang akan Dia kata kepada mereka yang mengaku Kristian?" Lihat "Jihad versus Miss World," Globe and Mail, 30 November, 2002, ms. 2 versi online.

29"'... orang yang begitu primitif sehinggakan mencari kesejahteraan material dan moral daripada bimbingan seorang atau sheikh yang lain.'" Sumber: Kemal Ataturk dipetik oleh David Remnick, "The Experiment: Will Turkey be the model for Islamic Democracy?" New Yorker, 18 November, 2002, ms. 51.

30". Para pengundi ini mengenalpasti sebuah masa hadapan dan tidak hanya masa silam." Sumber (antara lain): Patrick Graham, "Troubled Turkey goes to polls," National Post, 2 November, 2002 dan Tom Friedman, There Is Hope," New York Times, 27 Oktober, 2002.

31"... kalian nampak kesungguhan mereka untuk melangkah ke hadapan." Sumber: Khalid Duran, "Muslim world at a crossroads," Washington Times, 4 Januari 2002.

* Kurang kepastian judulnya dalam bahasa Indonesia, tetapi ini adalah terjemahan penterjemah daripada bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam teks asal The New Face of Husband-Wife Relations.

32"...cuba merekonsilkan Islam dengan hak asasi, kalian tahu jalan ke hadapan mempunyai beberapa lagi pengembara." Sumber: Bacalah reviu buku ini oleh Karim Raslan, "Indonesia's moderate Islamists," Foreign Policy, Julai-Ogos 2002, Keluaran 131, ms. 77-79.
33"... , dan apabila ruangan ini menjerit, "Hadapilah Kenyataan, Wahai Bangsa Arab," kalian tahu gag semakin longgar." Sumber: Muhammad Omar Al-Amoudi, "Face the facts, Arabs," Arab News, 29 Mei, 2002.

34"... sementara menjadikan " sistem-sistem politikal dan ekonomi lebih demokratis.'" Sumber: Marwan Muasher, "A Path to Arab Democracy," New York Times, April 26, 2003.

35"... kalian tahu yang dia mengundang satu deklarasi global saling keperbergantungan." Sumber: Saad Mehio, "A specter is haunting the Middle East: democracy," The (Beirut) Daily Star Online, 1 Oktober, 2002.