HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI
Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
Satu lawak jenaka yang diedar-edar di kalangan orang Palestin berbunyi lebih kurang seperti ini. Arafat mati syahid dan sampai di syurga, Di sana, dia dan sekumpulan syahid yang beria-ia untuk menuntut perawan dan arak, berkumpul di luar pintu syurga. Malaikat-malaikat menghalang mereka daripada masuk.
Apabila kumpulan yang sudah putus-asa ternampak Arafat, mereka menghela nafas lega. "Presiden kita ada di sini dan dia boleh masuk campur bagi pihak kita," kata semua yang ada menyedapkan hati masing-masing.
Arafat hairan lalu bertanya,"Kenapa kamu semua tidak berada di dalam? "Nama-nama kami tidak tersenarai," lapor orang-orangnya. "Mereka tidak mempunyai sebarang apa yang dikenali sebagai "rakyat Palestin."
"Siapa?" tanya malaikat yang mentadbir.
"Rakyat Palestin," jawab Arafat dengan marah.
Malaikat-kerani itu pun memeriksa semua senarai calon-calon lain dan terpaksa menjawab kekesalan. Arafat membuat permintaan untuk menghadap Tuhan. Malaikat tadi masuk ke dalam memaklumkan Tuhan bahawa ada seseorang di pintu dan menjerit bahawa dia dan orang-orangnya adalah pahlawan syahid dan ingin menuntut hak-hak mereka di firdaus. "Tapi," tunjuk malaikat tadi, "mereka tidak tersenarai."
"Anda pasti?" tanya Tuhan.
"Aku tidak tahu beberapa kali aku sudah periksa," jawab malaikat birokrat.
Tuhan berfikir panjang, dan kemudian membuat keputusan. "Kenapa kamu tidak meminta Malaikat Jibril membina khemah sementara kita jumpa penyelesaian yang baik untuk mereka."
Masukkan ketawa gemuruh. Di syurga, seperti juga di dunia orang Palestin adalah pelarian saka.
Lawak jenaka ini berbicara secara langsung tentang perasaan orang Palestin yang semakin tenggelam dengan keadaan tiada orang yang mahukan mereka, termasuklah 'negara Arab' yang selalu dimegah-megahkan. Kalian mungkin boleh memanggil mereka ini (pelarian Palestin) sebagai orang-orang Yahudi dunia Arab.
PERGERAKAN UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISRAEL, SEBUAH PERGERAKAN yang dikenali sebagai Zionisme, berputik di Eropah pada akhir 1800-an. Golongan Zionis menyedari bahawa anti-Semitisme tidak akan hilang begitu sahaja, dan berkemungkinan menjadi lebih teruk. Kaum Yahudi, mereka memberi amaran, memerlukan sebuah negara. Dan Yahudi tidak mahu negara baru mereka terletak di Antartika, mahupun di Uganda, tetapi di Semenanjung Pasir dan Tanah di Timur Tengah di mana mereka dapat menjejaki asal-usul terawal, paling mendalam, dan paling konsisten – tanah yang kemudian dikenali sebagai Palestin oleh bangsa Arab.
Terdapat banyak kontroversi mengenai samada Yahudi boleh mendakwa kewujudan perkaitan sejarah dengan Palestin, dan oleh yang demikian berhak memanggilnya sebagai tanah air. Aku berpendapat mereka berhak. Pertama, menurut kajian DNA yang dijalankan oleh pengkaji antarabangsa yang diterbit di dalam Proceedings of the National Academy of Sciences, Yahudi dan Arab berkongsi sekurang-kurangnya seorang moyang yang mempunyai asal-usul Timur-Tengah yang sama," seperti yang ditemui oleh kajian ini.
Tradisi Islam bersetuju. Ia menceritakan Ismail, yang mengasas bangsa Arab, dan Ishak, yang mengasas bangsa Yahudi, adalah dua bersaudara-tiri berayahandakan Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ismail, manakala Nabi Musa dan Nabi Isa datang dari sebelah Nabi Ishak. Semuanya mempunyai pertalian darah kepada Nabi Ibrahim. Dan jika ini tidak cukup untuk menyakinkan anda, maka dengarlah apa yang terkandung dalam Quran. "...Kami berfirman kepada Bani Israel: 'Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila masa berbangkit datang, nescaya Kami akan kumpulkan kamu dalam keadaan bercampur baur.'" Aku tidak gemar untuk bersikap selektif tetapi jika aku tidak membentang ayat ini, aku pun bersikap selektif juga.
Akhirnya, mari kita kembali ke pergerakan Zionis. Apabila Yahudi Eropah tiba di Palestin, mereka menemui kelompok-kelompok kecil golongan yang seagama yang sudahpun menduduki Tebing Barat. Sejak bila Yahudi sampai sana? Penduduk-pendududk baru di Tebing Barat sering menyebabkan kebingungan, seharusnya kerana mereka membina kediaman haram. Tetapi di tengah-tengah ini terletaknya tanah air mereka. Berkeras mengatakan Yahudi sebagai perampas asing Palestin adalah sama jahilnya apabila kita mengatakan bangsa Arab tidak mempunyai tempat di Israel.
Bagaimanakah rakyat Palestin menjadi pelarian, di dalam dunia Arab? Menilai gangguan peperangan-konflik yang dimulakan negara-negara Arab yang enggan menerima kewujudan Israel di tengah-tengah rantau mereka. Hanya sehari selepas kelahiran negara Yahudi ini pada tahun 1948, lima bala tentera Arab mencerobohi Israel dan masalah pelarian Palestin menjadi serius. Di sesetengah bandar para komander Israel mengusir penduduk Arab, berdasarkan strategi kontroversial yang dipanggil Rancangan Dalet. Kesusahan yang menimpa orang Palestin tidak dinafikan oleh Israel. Ramai lagi rakyat Palestin memilih untuk pergi, mengharap penuh untuk kembali setelah Yahudi diusir ke dalam laut.
Dan pelarian-pelarian ini tidak menerima arahan daripada pihak Israel, tetapi daripada pihak Arab. Menurut Khaled al-Azmi, Perdana Menteri Syria semasa berlangsungnya peperangan ini. Dalam memoir tahun 1973nya, al-Azmi menulis tentang "seruan daripada kerajaan Arab supaya penduduk Palestin meninggalakan Palestin untuk pergi ke negara-negara Arab yang berjiranan, setelah menahan keganasan di kalangan mereka...Semenjak 1948 kami meminta kepulangan para pelarain ke rumah-rumah mereka. Tetapi kami jugalah yang mendorong pemergian mereka." Dengan penuh kekesalan al-Azmi menulis lagi, "penghijrahan kolektif ini membantu orang Yahudi memepkukuh kedududkan mereka tanpa sebarang usaha menentang mereka." Ini semua keterlaluan kononnya Israel memainkan peranan penuh dalam krisis pelarian Palestin.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut menyumbang kepada krisis ini. Hari ini ia menganggarkan 3.5 juta rakyat Palestin sebagai pelarian walaupun takrif takrif yang digunakan untuk pelarian Palestin ini tidak digunakan untuk mana-mana kumpulan pelarian lain. Definisi ini tidak hanya termasuk pelarian asal yang berjumlah 700, 000 orang, tetapi anak-anak mereka dan cucu-cucu mereka. Sepertiga daripada mereka tinggal di khemah bandar yang dikelilingi oleh bangunan tinggi dataran terbuka, villa Palestin peribadi.
Menyedihkan dan sia-sia sekali. Lagipun, beratus ribu Yahudi dari segenap pelosok bumi Arab diusir keluar pada tahun 1950-an, namun mereka tidak kekal sebagai pelarian. Israel menyerap dan mengintegrasi kebanyakan daripada mereka. Sehubungan itu, Israel juga telah memberi kewarganegaraan kepada 98, 000 orang Palestin di bawah usaha penyatuan-semula keluarga. Apa yang telah dibuat oleh negara-negara Arab untuk rakyat Palestin? menurut Khaled al-Azmi, "kita telah menyebabkan mereka ketandusan dan menganggur, walaupun setiap seorang daripada mereka pernah berkerja dan layak di dalam satu-satu kemahiran di mana dia dapat menyara kehidupannya."
Sejarah terkini pun tidak memberansangkan. Selepas Perang Teluk Parsi 1991, Kuwait mengusir 300, 000 orang Palestin daripada sempadannya sebagai balasan sokongan Yasser Arafat kepada Saddam Hussein yang mencerobohnya. Kebanyakan yang diusir tidak mengenali Palestin atau mana-mana negara lain selain Kuwait," perhati Kannan Makiya, penulis buku mengenai kerjasama sempadan di dunia Arab. Selain mengusir orang-orang yang tidak bersalah, katanya, "kumpulan-kumpulan vigilante* separa-rasmi" di Kuwait akan menahan orang-orang Palestin secara rambang. "Sekiranya mereka tidak hilang, ia adalah kerana mereka tembak di khalayak ramai, diseksa dan dibunuh."
Ini adalah satu lagi barometer hipokrisi Arab. Untuk bertahun-tahun lamanya, Kuwait menderma kurang daripada Israel kepada agensi PBB yang menjaga pelarian Palestin. Arab Saudi tidak pernah berbelanja lebih daripada Israel sehinggalah penemuan hasil minyaknya. Dan hari ini? Walaupun kaya dengan rizab dan tanah, pihak Saudi tidak menganugerahkan kewarganegaraan kepada rakyat Palestin. Mereka menyiarkan telethon untuk memungut berjuta-juta bagi membiayai pengebom-pengebom berani-mati. Mereka juga mengelola ziarah ke Makkah untuk ahli-ahli keluarga pengebom-pengebom ini. Segala perbelanjaan ditanggung.
Di negara-negara jiran seperti Lubnan, Syria, dan Iraq; kerajaan-kerajaan bertindak seolah-olah menyelesaikan masalah Palestin berkemungkinan mengganggu ko-esistens rapuh antara golongan Syiah dan golongon Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Menurut Saddam Husein di Iraq, "ko-eksistens" bermakna puak minoriti Sunni memerintah Syiah yang membentuk majoriti. Kenapa perlu mengambil risiko untuk menghebohkan fakta ini dengan menganugerahkan kewarganegaraan kepada rakyat asing, tidak kira bertapa pekatnya darah Arab mereka ini? Seperti rakan-rakan sejawatnya di Rumah Saud, Saddam menunjukkan belas kasihannya dengan menjaga kebajikan kebanyakan keluarga-keluarga pengebom ini: (Bapa Saudara Agung,* panggilan yang digemarinya, mempercepatkan bayaran sebelum peperangan di Iraq.) Lubnan lagi tidak acuh. Undang-undangnya sebenarnya menghalang kebanyakan pelarian Palestin daripada bekerja sepenuh masa, membeli tanah atau menjadi profesional. Mereka hidup dengan melakukan kerja-kerja kecil-kecilan. Sememangnya, satu-satunya negara Arab Islam yang memberi kewarganegaraan kepada pelarian Palestin ialah Jordan, dan ini adalah disebabkan kebanyakan orang Jordan sama etnik dengan orang Palestin.
Kita boleh menyalahkan para "imperialis" Israel tentang kesusahan yang menimpa rakyat Palestin. Sebenarnya, umat Islamlah mempunyai imperialis di kalangan mereka sendiri yang perlu didakwa. Mungkin tidak sama, anda boleh kata. Mungkin lebih, kata aku. Melihat bagaimana drama Timur Tengah bermula ialah satu pengajaran di dalam cara-cara umat Islam menindas sesama sendiri selama beberapa dekad lamanya. Apa yang akan aku bentangkan di sini bukannya sejarah komprehensif, tetapi contoh beberapa fakta yang lesap dalam polarisasi masa kini.
Pada awal kurun ke-dua puluh, dengan mudah kita percaya, golongan Zionis masuk dan mengusir orang Palestin dengan kekerasan. Seperti yang sudah aku katakan, ramai orang Arab terseksa. Tetapi arahan-arahan untuk mengosongkan rumah kediaman mereka tidak datang daripada Yahudi. Kerajaaan Uthmaniyyah Turki yang mentadbir Palestin pada masa itu. Tanpa mengambil kira kepentingan petani penyewa Arab, pihak Uthmaniyyah menyerah tanah kepada para penduduk awal Zionis secara sukarela. Pada tahun 1911, 150 orang Arab berprofail tinggi menelegraf Parlimen Turki untuk membantah penjualan tanah berterusan. Kawat ini langsung tidak dihiraukan.
Semasa Perang Dunia Pertama, orang-orang Arab membantu Britain membantah Britain melawan kerajaan Uthmaniyyah dengan syarat kesemua Palestin kemabali ke tangan Arab selepas itu. Sir Henry McMahon, pesuruhjaya Tinggi Britain bagi Mesir dan Sudan, seperti menyetujuinya di dalam satu surat peribadi pada tahun 1915. Namun, di dalam Deklarasi Balfour 1917 Britain memutuskan pakatannya dengan orang Arab. London dengan terbuka, menjanjikan sebahagian daripada Palestin kepada kaum Yahudi yang semakin kerap ditindas di Eropah. Jadi, Tanah Yang Dijanjikan menjadi Tanah Yang Dijanjikan sebanyak dua kali. Semenjak itu, umat Islam terus mengecam bahawa penjajah-penjajah barat berlaku khianat.
Sekali lagi, kita gagal melihat kesalahan diri pada tahun 1915. Tahun itu menandakan perbuatan "genosid"* yang dilakukan orang kerajaan Islam Uthmaniyyah ke atas orang-orang Kristian Armenia. Duta-duta Allah mengusir orang-orang Kristian melalui deportasi, kebuluran, dan mandian darah. Kenapa aku jarang mendengar kita menyeru orang Turki untuk membetulkan kesalahan ini? Kita sepatutnya marah, terutamanya orang Armenia tidak ingin harta-benda mereka dan hanya mahukan permohonan maaf daripada Turki. Adakah umat Islam terlalu taksub dengan khianat yang dilakukan terhadap diri kita sehinggakan kita lupa bagaimana kita mengkhianati orang lain?
Kita umat Islam adalah satu-satunya golongan yang rugi daripada kuasa penjajah, orang Yahudi juga mengalamai pengkhianatan. Tahun itu ialah 1921. Daripada tanah yang Britain peruntukan sebagai negara Yahudi hampir empat perlima jatuh ke tangan orang Arab yang kemudiannya membentuk Jordan. Hanya dua tahun kemudian, memberi lebih banyak kawasan Yahudi dan kali ini kepada Syria. Tetapi, seperti sekarang, konsesi yang dipaksa ke atas orang Yahudi tidak membawa sebarang makna kepada para Muslim yang menipu diri.
Kalian pernah mendengar nama Haj Amin el-Hussein? Kalian seharusnya mengenali nama ini. Dia ialah Mufti Baitulmaqdis pada tahun 1921 dan Presiden Majlis tertinggi Islam pada tahaun 1922. Walaupun Haj Amin dipilih dengan cara yang sah ke majlis ini, pilihanraya tidak berjalan selama lima tahun dia menjadi Presiden. Dalam niatnya untuk membanteras orang Yahudi daripada bumi Palestin, Mufti ini mendedahkan moralnya yang rendah dengan membenarkan pembunuhan bersiri ke atas orang-orang Arab sendiri. Orang-orang yang menentangya, dilihat sebagai menentang kehendak ilahi. Sementara itu, gejala Nazi semakin menjadi-jadi. di Eropah yang menyebabkan peningkatan penghijrahan orang-orang Yahudi dan keganasan Haj Amin. "Seseorang Arab yang disyaki tidak setia dengan perjuangan kebangsaan adalah umpama mengundang sekumpulan penembak," perhati Laporan Suruhanjaya Peel mengenai kekacauan awam yang terjadi di Palestin semasa itu. Laporan itu menambah "beberapa orang Arab telah meminta pertolongan yang diperlukan daripada kerajaan British." Menyalahkan Yahudi bagi "keganasan dalaman" dunia Arab adalah satu pembohongan.
Apa yang berlaku seterusnya ialah bahagian sejarah yang jarang kedengaran hari ini. Pada tahun 1939, dilemahkan oleh kekacauan menggunung di Timur Tengah dan tumpuan sepenuh perhatian untuk menumpaskan Hitler, Britain menawarkan Palestin satu rancangan untuk kenegaraan penuh. Syaratnya: Arab dan Yahudi akan menduduki satu politi, yang dikawal oleh Palestin di di dalam masa sepuluh tahun. Sementara itu, pembelian tanah oleh orang Yahudi dan penghijrahan Yahudi akan dihentikan secara dramatis. Setelah kemerdekaan, rakyat Palestin boleh menentukan dasar-dasar penghijrahan ( imigresen) sendiri. Berdasarkan mana-mana standard yang sedia ada, ini ialah autonomi. Tidak cukup manis kata perwakilan Arab! Mempercayai dengan Mufti Baitulmaqdis, dan tidak dengan Britain, mereka enggan berbicara lebih lanjut dengannya. Perunding-perunding Arab mahukan kebebasan dalam masa separuh daripada tempoh yang dicadangkan itu. Jika tidak, London boleh lupakan sahaja tentang perkara ini.
Tetapi rakyat biasalah yang menerima padah paling teruk akibat daripada keputusan ini. Di dalam menolak tawaran Britain, orang-orang Mufti tidak pernah pun berunding dengan golongan petani dan saudagar Palestin. Orang ramai, nampaknya tidak setuju dengan agenda elitis ini. Menurut laporan sebuah suratkhabar British pada 1938, kebanyakan orang kampung "tidak mempunyai simpati dengan pemberontak Arab yang cuba menghentikan kebanjiran pendatang Yahudi dan mendesak sebuah kerajaan Arab untuk Palestin. Mereka mahu dibiarkan bersendirian untuk bercucuk-tanam dan menuai, beranak-pinak dan mempunyai tempat untuk membesarkan keluarga mereka." Miskin politik akibat perbuatan pemimpin mereka. orang Palestin juga hilang hak-hak ekonomi. Lapan bekas komando Palestin menerbitkan satu manifesto yang mendakwa Mufti Baitulmaqdis menyalahguna wang yang tidak terkira banyaknya yang diterima daripada kuasa-kuasa asing. Terdapat berjuta-juta pound, tetapi bolehkah Haj Amin setidak-tidaknya menunjukkan sebuah masjid, sekolah atau hospital yang dia dirikan dalam tempoh ini? Ada tidak dia membina tempat berteduh atau rumah sakit asylum atau kebajikan atau tangki untuk membolehkan golongan miskin minum?"
Mari kita berterus terang tentang apa lagi yang berlaku dalam tahun-tahun Nazi itu: Konspirasi orang Islam di dalam " Holocaust." Haj Amin, dia akui yang berlatih kemahiran membunuhnya ke atas orang Arab, mahukan Britain untuk tidak membenarkan perahu-perahu yang sarat dengan pelarian Yahudi daripada memesuki Palestin. Ada yang mati lemas di Laut Mediterranean; asa yang dihantar balik ke kamar gas beracun dan kematorium di Eropah. Mufti ini terus menekan, menghalang kanak-kanak Yahudi Croat – ramai di anatara mereka menjadi yatim piatu daripada tiba ke Tanah Suci ini. Dia berkira dengan mengurangkan pertumbuhan penduduk Yahudi, tidak cukup untuk menghuni sebuah Palestin Arab sejurus berakhirnya peperangan. Untuk ini, mufti ini mahu dikenali, dipercayai dan dikenang jasa dalam linkungan juara. Bertaruh dan berdoa agar Hitler memenangi peperangan ini, Haj Amin memebuat lawatan peribadi mengunjungi Fuhrer ini. Rambut perang kemas-emasan dan mata birunya menjadi barometer kredibiliti, menyakinkan Hitler dalam kata-katanya sendiri, Haj Amin "mungkin daripada keturunan Romawi yang paling unggul." Mufti ini menjadi tetamu kehormat Hitler di Berlin, mempengerusi pembukaan Institut Islam Sentral pada Disember 1942.
Dia juga melawat negara-negara Balkan untuk mengerah sukarelawan Muslim bersempena Peperangan Negara-negara Paksi. Ada orang Bosnia Muslim yang tidak sahaja tidak mengendahkan tarikannya, tetapi menyembunyikan orang-orangYahudi di rumah kediaman mereka secara giatnya. (Apabila Israel memberi penghormatan kepada satu keluarga Bosnia pada tahun 1960 di dalam satu upacara di Baitulmaqdis, keluarga ini memutuskan untuk terus kekal di Israel dan menjadi warga Israel.) Umat Islam di India, Asia Tengah dan ya, Palestin berkorban nyawa untuk berkhidmat untuk tentera Perikatan. Tetapi sebelum kita melaungkan " Holocaust" berlaku di Eropah Kristian tatapilah cermin dengan lebih teliti. Ramai orang Muslim menyangkut masa depan mereka kepada Hitler. Pada 1943, Haj Amin berucap kepada para imam SS Bosnia memberi keyakinan kepada mereka yang beragama Islam bahawa Nazi berkongsi komitmen kepada tata sosial, struktur keluarga, kerja keras, dan perjuangan berterusan – terutamanya terhadap Amerika, Inggeris dan Yahudi. Dari ibu kota Reich, Haj Amin menyiarkan propaganda Nazi ke Dunia Arab. "Bunuhlah Yahudi di mana sahaja anda jumpa mereka," serunya melalui mikrofon Radio Berlin pada March 1944."Ini menyenangkan Tuhan, sejarah, dan agama. Ini memelihara kehormatan anda. Tuhan bersama-sama anda." Surat-surat daripada para pendengar Arab datang mencurah-curah kepada para diplomat Jerman di Baghdad dan Beirut menunjukkan keberkesanan seruan mufti ini.
Walaupun dia tewas pertaruhannya di dalam Hitler, mufti ini bebas daripada sebarang tuduhan sebagai penjenayah perang. Selepas ditahan di Perancis setelah berakhirnya perang, dia menyeludup dirinya daripada tahanan Perikatan dan kemudiannya pergi ke Mesir. Liga Arab yang baru-baru ditubuhkan mengalu-alukan kedatangan Haj Amin. Barangkali layanan permaidani merah memberi legitimasi kepada pendekatan autokratis mufti ini terhadap rakyat Palestin? Kita wajar memikirkannya. Seorang jurutera yang digelar Arafat (nama sebenarnya el-Husseini, yang menunjukkan pertalian darhnya dengan Haj Amin) akan mempelajari kemahiran kepimpinan tidak lama kemudian. Di mana dia belajar untuk menolak perdamaian dengan Yahudi, melancarkan keganasan ke atas orang-orangnya sendiri dan membazir dana yang dikhaskan untuk pembangunan rakyat Palestin?
Kita perlu memerhati secara jujur satu lagi barisan pasca-" Holocaust": kenapa Israel akhirnya lahir tetapi Palestin lahir mati*? Pada 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencadangkan Palestin dibahagikan, mengvisikan 45 peratus tanah yang diperintah-Arab, 55 peratus untuk negara Yahudi, dan Baitulmaqdis yang dikongsi bersama di bawah pengawawsan antarabangsa. Umat Islam kebiasaannya berpendapat Yahudi beroleh lebih banyak tanah, yang rata-ratanya terdiri daripada Gurun Negev, dipotong dari kawasan-kawasan Palestin yang paling tidak subur. Selain itu, negara Palestin yang dicadangkan akan mempunyai penduduk yang bermajoriti Arab, tidak pula demikian halnya dengan negara Yahudi yang hanya mempunyai penduduk yang bermajoriti tipis. Walaupun sukar, orang Yahudi bersedia untuk hidup bersama-sama "orang lain." Mereka menerima rancangan PBB dan. enam bulan kemudian, mengisytihar kemerdekaan.
Tidak pula demikian halnya dengan orang Arab. Mereka berperang dengan Israel dan hilang lebih banyak kawasan. Agaknya lebih teruk buat orang Palestin Arab yang membiarkan rejim-rejim Arab menyodok wilayah-wilayah pasca-peperangan hanya memperkuat defisit demokrasi pra-peperangan. Dengarlah pendapat sarjana ulung Bernard Lewis dalam bukunya yang berjudul The Middle East: 2000 years of History from the Rise of Christianity to the Present Day. "Antara 1949 dan 1967," perhati dia, "Liga Arab, terutamanya negara-negara Arab yang menduduki sesetengah bahagian Palestin, mendakwa untuk bercakap bagi pihak orang Palestin dan tidak menggalakkan –adakalanya menghalang sebarang penyertaan aktif Palestin di dalam proses politikal." Sekali lagi, siapa yang mengkhianati siapa?
Tidak, aku belum lupa tentang Perang Dingin. Dari lewat 1940-an hingga 1960-an, separuh ahli startegi kuasa besar mengtransformasikan Timur Tengah kepada Wayang Kulit. Pada pendapat aku, contoh yang paling buruk tidak berasal daripada Amerika Syarikat tetapi dari Kesatuan Soviet Joseph Stalin memindahkan senjata-senjata dari Czechoslovakia ke Israel dan membantu orang Yahudi menahan serangan pertama Arab ke atas mereka. Tetapi tidak lama selepasa kemenangan Israel pada 1948, Stalin berpaling tadah terhadap Israel, yang akan menjadi sekutu Amerika, dan memebekalkan senjata kepada pihak Arab. Gamal Abdul Nasser dari Mesir adalah klien pilihannya.
Sepanjang dua dekad yang berikutan, kaum Arab ingat mereka telah menemui waris Saladin, komander tentera yang berjaya mengalahkan bala Tentera Salib Kristian di Tanah Suci. Dengan cekap tetapi buat sementara sahaja, Nasser mengikut jejak kedua-dua warisan ini. Jeneral-yang menjadi warisan ini. Presiden Mesir ini menyemarakkan kesedaran kolektif di kalangan orang Arab mana-mana shaja dengan menentang ketua penyorak Israel yanng utama, Amerika Syarikat.
Anti-Amerikanisme tidak sama dengan anti-kolonialisme. Nasser telah membuktikannya, Di bawah pemerintahannya, Mesir tertelan lebihan dos candu ideologikal Kesatuan Soviet, mempertaruhkan kebangkitan ekonomi dan renaissance* kebudayaan di dalam sosialisme. Sebagai contoh, Nasser menasionalisasikan kebanggaan Kaherah, Universiti al-Azhar, Harvard pendidikan agama dan perundangan di dunia Islam Sunni (Ahli Sunnah wa Jamaah). Cubaan untuk memepercepat sekularisme ini akhirnya tidak berhasil. "Dengan mengaitkan institusi Azhar yang sudahpun direformasikan terus kepada kerajaan, rejim Nasser menjadi semakin tidak kredibel," tulis Gilles Kepel dalam Jihad: The Trail of Politicalisation. "Satu vakum telah diwujudkan untuk diisi oleh sesiapa yang bersedia untuk menyoal negara dan megkritik kerajaan atas nama Islam."
Vakum tersebut hampir-hampir diisi. Dengan peluru senjata dan kemegahan, bangsa Arab menjadi semakin asyik dengan impian membalas penduduk Zionis. Sebagai ganti, satu generasi baru bertemu dengan lebih banyak penghinaan. Israel mengalahkan Mesir dan sekutu serantaunya pada Perang 1967. Keaiban ini diterjemahkan kepada kehilangan Baitulmaqdis yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, membongkar satu identiti dan berakhirnya sosialisme sekular sebagai satu sistem kepercayaan yang menyatukan.
Semenjak 1920-an, para fundamentalis agama melangkah masuk dengan pelekat- pelekat bumper* memaparkan cogan-cogan kata yang meyakinkan bahawa "Islam adalah penyelesaiannya." Mereka tidak mengalami kekurangan pengikut atau dalam masa beberapa tahun, wang. Letusan kekeayaan minyak yang dinikmati orang negara-negara Islam seperti Arab Saudi, sebuah negara negara yang mengelola Islam puritan dan punitif, memberi dana kepada orang Islam yang paling radikal. "Harapan agung mereka," kata seorang liberal Mesir dengan sedih Gaber Asfour, "agar Islam kembali ke Islam yang tegas untuk menjamin kekuatan untuk kemenangan mutlak ke atas Zionisme dan Israel."
Kita kembali pada titik permulaan perbualan kita, Palestin. Sementara Islam tegas memeproleh lebih momentum, Yasser Arafat menyesuaikan istilah keagamaan dan visual untuk matlamat politiknya. Pada pertengahan 1970-an, dia menyebut perkataan "syahid" tanpa sebarang konotasi Quran. Dua puluh lima tahun kemudian, pemuda Palestin tidak sahaja mengorbankan diri dan orang awam atas nama Tuhan, mereka juga mengusik dan menyakat sesama sendiri mengenai nasib kulai para syahid di firdaus. Dalam sesetengah lawak jenaka perawan bermata hitam tidak berjantina, atau arak di firdaus tidak mengandungi alkohol," kata seorang profesor Arab Israel – Muhammad Abu Samra. Lawak-lawak jenaka ini menunjukkan satu jenis ketidak-yakinan terhadap janji-janji dalam agama Islam tentang kehidupan di akhirat," Di tangan orang yang menggunakan spiritualiti sebagai perang, Islam tidak mempunyai penyelesaian sama sekali. Buku-buku teks Palestin, siaran-siaran dan protes melumuri semangat Islam. Dan malah, memetik rumusan Abu Samra tentang sentimen jalanan Palestin, semuanya kelihatan akan terjerumus ke dalam perangkapa kegagalan dan rasuah." Bayangan perbualan aku dengan wanita Amerika Muslim di Kubah as-Shakrah.
Dua bulan selepas perbualan itu, seorang bekas menteri dalam kabinet Arafat membahayakan keselamatan dirinya demi integriti dia. Nabil Amr menulis satu rayuan di dalam sebuah suratkhabar rasmi Pihak Berkuasa Palestin (satu bukti keberanian editornya untuk menyiarkannya). Kita selesa, Saudara Presiden di dalam alasan mereka," beritahu Amr kepada Arafat. Ia tidak ubah seperti "manifesto terbuka" yang ditulis oleh bekas gerila kepada Mufti Baitulmaqdis lebih daripada lima puluh tahun dahulu, Amr menuduh pengerusi Palestin membazir bantuan dunia termasuk tawaran sahih untuk kewujudan bersama dengan Israel. Dari perspektif orang dalam, dia mendedahkan "set-minda kesukuan" ahli-ahli politik Palestin lelaki-lelaki yang memakai jubah ritual demokrasi tetapi sebenarnya egois-egois yang telanjang di bawahnya sebagai penutup, Amr menulis "Kita telah melakukan kesilapan serius terhadap orang-orang kita, Pihak Berkuasa kita, dan impian kenegaraan sendiri. Untuk membetulkan kesilapan ini, kita mesti terlebih dahulu mengaku kesilapan kita dan bertindak cepat. Orang kita adalah mulia dan terhormat dan layak mendapat komitmen untuk berfikir untuk diri mereka sendiri demi kebaikan sendiri. Kita tidak boleh membenarkan nasib orang kita ditentukan oleh kebarangkalian , di bawah tata baru dunia, mungkin menyambut satu lagi perjuangan berterusan tanpa pembuka pintu harapan."
Nabil Amr terselamat daripada peluru yang ditembak ke arah rumahnya oleh samseng Palestin. Sejak kenyataan dia, beberapa lagi orang Palestin memaparkan pendapat yang serupa secara umum. Mereka mengakui Israel bukan punca penderitaan Palestin. Jadi mengapa kita di Barat semakin melihat Israel sebagai ular berbisa?
PARA AKTIVIS PALESTIN MEMPERTINGKAT HUJAH-HUJAH KEGANASAN EMOSIONAL MEREKA. Tengoklah kecenderungan untuk membandingkan Israel dengan Afrika Selatan era apartheid.
Sebelum aku melawat Ramallah, aku mencari maklumat tentang Promises, sebuah dokumentasi yang dicalonkan untuk Oscar yang memprofailkan kanak-kanak Arab dan yahudi yang mendiami Baitulmaqdis. Walaupun penuh degan retorik antagonistik, sesetengah kanak-kanak ini mengubah nada selepas berjumpa dengan satu sama lain. Seorang ahli partisan Palestin tidak dapat mengikut perasaan kasih yang terjalin atau fakta yang dua daripada tiga pembuat filemnya ialah Yahudi Amerika "[P]ropaganda Zionis Generasi Kedua" tulisnya di arabia.com. "Jika ada dokumentasi yang dihasilkan di Afrika Selatan untuk mengukur intensiti perasaan antara orang kulit hitam dan kulit putih semasa pemerintahan apartheid tidak ramai yang akan menganggap perkataan-perkataan marah yang keluar dari orang kulit hitam terhadap kaum kulit putih sebagai tanda rasisme kulit hitam." Seperti yang sedia maklum di Ramallah, aku akan mendengar tentang Afrika Selatan lagi.
Sekembalinya ke Toronto, aku mendapat tahu sebuah kumpulan solidariti Palestin menaja seorang ahli akademik Afrika Selatan untuk menyebar pendapat kononnya Israel ialah sebuah negara apartheid di kampus-kampus Amerika Utara. Bercakap di University of Toronto di di Reichmann Faulks Lecture Hall, ahli akademik ini menggariskan persamaan dengan apartheid di Israel seperti larangan Israel terhadap perkahwinan campur." Pasangan yang berbeza agama, kahwin atau tidak, boleh tinggal bersama-sama di Israel. Upacara perkahwinan, satu upacara keagamaan yang tidak boleh dilakukan. Dia tidak menyebut, seperti yang aku dapat tahu kemudian, seorang ahli parlimen Yahudi telah membentangkan rang undang-undang baru-baru ini untuk memperkenalkan perkahwinan sekular, dan para perangka undang-undang Islam telah bersatu dengan Yahudi Ortodoks dan ultra-Ortodoks untuk menggagalkan rang undang-undang tersebut.
Di dalam sebuah negara yang mengamalkan apartheid, mungkinkah ahli perundangan Islam mempunyai kuasa veto dalam apa pun hal? Dengan hanya dua puluh peratus daripada penduduk, adakah bangsa Arab layak untuk pilihanraya jika mereka benar-benar di bawah apartheid? Mungkinkah kerajaan apartheid memperuntukkan hak mengundi kepada perempuan dan orang Islam di pilihanraya tempatan, yang dilalkukan Israel untuk kali pertama dalam sejarah Arab Palestin? Mungkinkah kebanyakan warga Arab Israel keluar beramai-ramai dalam pilihanraya kebangsaan, seperti yang dilakukan seperti sedia kala? Mungkinkah pihak mahkamah bebas dari campur tangan politik? Pada pilihanraya Israel 2003, dua parti Arab dibatalkan kerana tidak menyokong mereka terhadap negara Yahudi. Mahkamah Tinggi Israel yang mengamalkan kebebasan menarik balik kedua-dua pembatalan tersebut.
Mungkinkah sebuah negara apartheid menganugerahkan hadiah kesusasteraan tertinggi kepada seorang Arab? Israel memberi penghormatan kepada Saudara Emile Habibi pada tahun 1986, sebelum sebarang intifada yang memungkinkan perkara ini dilihat sebagai gerak geri tindak-tanduk licik bermotifkan politik. Mungkinkah sebuah apartheid menggalakkan kanak-kanak berbahasa Ibrani belajar bahasa Arab? Mungkinkah tanda-tanda jalan di seluruh tanahairnya ialah dwi-bahasa? (Kanada yang berbangga dengan status dwibahasanya pun tidak begitu.) Mungkinkah sebuah negara apartheid menjadi tempat kepada universiti-universiti di mana Arab dan Yahudi bercampur gaul tanpa dipaksa, atau blok-blok apartmen di mana mereka hidup secara berjiranan? Mungkinkah sebuah negara apartheid memberi hak-hak dan perlindungan undang-undang kepada orang Palestin yang tinggal di luar Israel tapi bekerja di dalam sempadannya? Mungkinkah pertubuhan-pertubuhan hak-hak kemanusiaan beroperasi secara terbuka di sebuah negara apartheid? Mereka beroperasi di Israel: Untuk itu, pegawai-pegawai tenetar pun mengecam dasar-dasar kerajaan. Pada Oktober 2003, Ketua Pasukan Pertahanan Israel memberitahu pihak akhbar yang penutupan jalan di Tebing Barat dan Gaza menyebabkan kemarahan Palestin. Dua minggu kemudian, empat bekas ketua keselamatan Shin Bet mengecam pendudukan dan menyeru Ariel Sharon mengundurkan tentera-tenteranya. Mungkinkah sebuah negara apartheid menerima begitu banyak tentangan daripada mereka yang diamanahkan untuk mempertahankan negaranya?
Paling penting sekali, mungkinkah media memperdebat perkara-perkara tunjang dan asa negara? Mungkinkah sebuah suratkhabar Ibrani di sebuah negara apartheid menyiarkan rencana yang ditulis oleh seorang Arab Israel tentang mengapa "usaha Zionisme ialah satu kegagalan total"? Mungkinkah ia menyiarkan rencana tersebut pada hari ulangtahun kemerdekaan Israel sendiri? Mungkinkah sebuah negara apartheid menyemai keadaan yang paling bebas untuk sebuah akhbar Arab di Timur Tengah, akhbar yang begitu bebas yang boleh menyalahgunakan kebebasannya dan terus beroperasi? Sehingga hari ini, akhbar harian Baitulmaqdis Timur al-Quds belum menarik balik surat anti-Israel yang kononnya ditulis oleh Nelson Mandela tetapi sebenarnya terbukti ditulis oleh seorang Arab yang bermastautin di Belanda.
Malah mendiang Edward Said, éminence grise* nasionalisme Palestin menyatakan dengan terang-terangan bahawa "Israel bukan Afrika Selatan..." Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan satu penerbit Israel menterjemah karya Said yang amat berpengaruh, Orientalism, ke dalam bahasa Ibrani? Aku menambah posisi ini dengan soalan yang ditanya oleh Said tentang bangsa Arab: : "Kenapa kita tidak lebih bersungguh-sungguh dalam memperjuang kebebasan berfikir di dalam masyarakat kita, satu kebebasan, tidak perlu diberitahu orang, yang amat jarang sekali?"
Aku tidak bersetuju. Sesetengah orang perlu diberitahu yang kebebasan Arab tidak boleh dibandingkan dengan Israel. Orang yang perlu diberi peringatan orang yang meletakkan analogi Afrika Selatan lebih satu langkah ke hadapan menyamakan Israel dengan Jerman Nazi. Bagi mereka, Zionis melakukan jenayah benci di bawah mimpi ngeri totalitarian yang mereka gelar "Zio-Nazisme" (seperti Neo-Nazisme).
Musuh-musuh ketat Zio-Nazisme muncul di pentas anatarabangsa pada Ogos 2001. Di Forum-forum menjelang persidangan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Rasisme di Afrika Selatan, Kesatuan Peguam-peguam Arab mengedar kartun-kartun yang menggambarkan tentera Israel yang bertaring seperti pontianak dengan bendera-bendera Nazi di atas topi-topi keledar mereka. Salah seorang anggota tentera berdiri sentri di hadapan pintu pejabat Palestin. Papan-papan tersebut memebentuk satu swastika. Satu lagi risalah menindihkan swastika ke atas Bintang Daud*. Poster yang paling jahat diedarkan di Durban menunjukkan Hitler berspekulasi: "Apa kata aku menang?" Di bawah tajuk "Perkara-perkara baik," poster ini menunjukkan Fuhrer ini berkata, " Tidak akan ada Israel. Tidak ada pertumpahan darah Palestin. Yang lain-lain, anda tekalah sendiri."
Bagaimana seorang boleh mendakwa menentang Nazisme sedangkan bersekongkol dengan Hitler? Sila buat tekaan: Aku muak dengan bertapa banyak inspirasi dari Hitler yang diambil oleh ahli-ahli taktik ini. Tidak hairanlah yang kartun ini diedarkan di Durban, tentera Israel mempunyai taring-taring yang berleleh. Terlalu banyak para intelek, waratawan, dan ahli politik Arab Islam yang memberitahu audiens mereka yang Yahudi adalah Nazi kerana mereka menghisap darah kanak-kanak bukan Yahudi di dalam upacara-upacara keagamaan. Dikenali sebagai fitnah-darah*, fiksyen ini menjadi pilihan terhadap Yahudi di dalam penerbitan Nazi
Der Stürmer. Dengan cara ini, sesetengah penentang Israel melompat untuk berada sekatil dengan Hitler. Mereka meniru Nazi untuk menentang apa yang mereka panggil Nazisme. Aku tidak mengerti.
Dan perkara yang tidak masuk akal ini juga dilakukan oleh pegawai atasan diplomatik. Seorang menteri pertahanan Syria sedang menerbit buku-buku dan menghasilkan sebuah filem yang menonjolkan Yahudi sebagai penghisap darah. Bukan penghisap darah secara kiasan, tetapi penghisap darah dalam erti kata yang sebenar. namun, jauh daripada terpaksa menerangkan pendiriannya di persidangan PBB terhadap rasisme, Syria adalah satu –satu ahli Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia PBB dari 2001 hingga 2003. Ia adalah tambahan kepada peranannya sebagai ahli bergilir Majlis Keselamatan PBB. Sudah sedia untuk coup de grace? Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang dikritik dalam dokumen-dokumen yang dibentang pada persidangan rasmi PBB terhadap rasisme. Kenapa wujud ketidak-padanan moral yang begitu nyata?
Kesimpulannya, aku percaya ia terpulang kepada cara anda mendefinisikan dan mentakrifkan Zionisme. Kepada pendokongnya, Zionisme adalah kepulangan satu bangsa yang tertindas dan semakin berkurangan dari segi demografik. Tetapi kepada penentangnya, Zionisme ialah rasisme, – satu ideologi dieramkan Yahudi Eropah kaya yang berpegang kepada andaian "bangsa terpilih" Tuhan berhak mencuri harta dan menduduki melalui perundangan Kepulangan yang bersifat diskriminatori. Undang-undang ini diaplikasikan kepada mereka yang mempunyai keturunan Yahudi. Seperti juga Reich ketiga yang melaung-laungkan ketulenan bangsa Aryan, Israel diwujudkan untuk meraikan keistimewaan bangsa Yahudi.
Mari kita kenalpasti apa ialah apa di sini. David Matan, peguam hak asasi manusia antarabangsa berpendapat bahawa ia sungguh pelik mengaitkan Zionisme dengan rasisme. "Bangsa Yahudi terdiri daripada pelbagai warna kulit," dia mengingatkan kita. "Ada Yahudi hitam. Kaum Falasha diterbangkan dari Habsyah ke Israel di bawah Undang-undang Kepulangan. Apa yang menghairankan aku apabila memikirkan jika aktivis pro-Palestin ingin lebih tepat lagi, kartun-kartun akan mengibliskan askar-askar Israel yang berkulit sawo-matang, Dan yang berkulit hitam pula? Kenapa semua orang jahat ialah orang putih, pada setiap masa? Soalan aku disusuli oleh soalan yang lebih besar yang diajukan oleh Matan: Boleh tidak Undang-undang Kepulangan*, yang merangkumi setiap ras, secara sah dicap sebagai bersifat perkauman? Satu hujah yang baik. Tetapi aku juga sedar di Israel seorang askar Yahudi Habsyi berusia lapan belas tahun boleh meminta kad pengenalan seorang Arab yang berumur enam-puluh tahun. Arab dan keluarganya pula yang telah menuai di Tanah Suci selama beberapa generasi dan terpaksa akur dengan seorang pemuda yang baru berada di Israel selama lapan bulan. Aku nampak kenapa orang Arab rasa terhina. Ini juga betul. Di mana harus kita berdiri?
Apabila membicarakan soal kewarganegaraan, Israel memang berdiskriminasi. Sama caranya dengan tindakan afirmatif sesuatu dasar mendiskriminasi Israel memberi kelebihan kepada minoriti tertentu yang telah mengalami ketidakadilan historikal. Dalam erti kata ini, tindakan negara Yahudi ini sebagai satu politi, adalah tindakan afirmatif. Golongan liberal seharusnya menyukainya.
Bolehkah tindakan afirmatif Israel disamakan dengan Nazisme? Jangan ambil kira aku. Sebagai seorang Muslim, aku pun boleh menjadi warga Israel tanpa memeluk agama Yahudi. Ia boleh dilakukan di bawah proses naturalisasi dan bukannya Undang-undang Kepulangan, tetapi ia tidak mustahil. Lagipun Israel adalah beberapa negara yang memberi perlindungan dan kewarganegaraan kenapa orang-orang perahu Vietnam* yang mencari suaka politik pada akhir 1970-an. Aku tidak perlu memikirkan bagaimana Syria boleh dibandingkan dari segi ini. Sebagai bukti muktamad tentang kredensial rapuh Israel sebagai tempat penyimpanan kebencian Hitler: Ia satu-satunya negara di Timur Tengah di mana orang Arab Kristian berhijrah dengan sukarela. Mereka amat berjaya, mempunyai kadar kemasukan universiti lebih tinggi berbanding warga Arab Muslim Israel dan menikmati kesihatan yang lebih baik daripada orang Yahudi sendiri.
Tanah yang dijanjikan-dua-kali ini sungguh rumit dan komplikated. Yahudi Israel mempunyai pergolakan anatara sesama sendiri, selain daripada kekacauan harian dengan orang Arab. Tidak payah kita putuskan siapa benar siapa salah. Soalan yang lebih baik: Siapa sanggup untuk mendengar apa yang tidak suka didengarinya? Negara Yahudi menguruskan ketegangan secara terbuka. Israel, aku dapati membawa lebih banyak belas kasihan dalam 'penjajahan' berbanding musuh-musuhnya yang membawa "pembebasan".
SEKIRANYA IMPERIALISME ISRAEL BUKAN GABUS BOTOL YANG MENGANDUNGI JIN DEMOKRATIK kita, mungkin anda mahu memberitahu aku Amerika Syarikatlah jin itu. Lupakanlah orang-orang Islam yang kabur fikiran, ramai orang Islam yang inginkan perubahan memanggil Amerika "masalah itu". Ia satu kesimpulan yang mudah dicapai, dengan kuasa A.S. yang dipandang dari beberapa arah. Di bawah cemuhan dan laungan tentangan ini tersembunyi kekaguman umat Islam terhadap Amerika.
Mari aku membawa anda kembali ke Israel buat seketika. Berjalam-jalan melalui pasar di kuarter Islam di Baitulmaqdis, aku ternampak sesuatu yang luarbiasa. Di atas kepala aku, di dalam warna-warna hitan dan jingga Halloween dua papan tanda mengiklankan Holy Rock Cafe. Ternyata, logo Holy Rock ini diilhamkan daripada reputasi Hard Rock Cafe yang begitu masyhur sekali. Ia bukanlah francais atauan tiruan, tempat makan yang tidak dihiasi ini mengambil ilham dari Amerika. Sesuatu memberitahu aku bahawa Amerika tidak memaksa restoran ini untuk melakukannya.
Thomas Friedman, kolumnis hal-ehwal negeri untuk New York Times, mempunyai pengalaman yang serupa di Doha, Qatar. Berjalan-jalan untuk mencari tempat makan di Qatar yang autentik dia "tiba-tiba terserempak satu sudut dan satu tompok dakwat besar di ufuk: Taco Bell." Lebih menghairankan lagi tekan dia, " ia penuh sesak."
Nampak tidak ke mana hala tuju aku? Apabila orang Islam mengecam imperialisme Amerika, Tuhan tahu yang kita berbicara tentang imperialime kebudayaannya. Hakikatnya, diberi pilihan untuk memeluk dan memadan budaya popular barat, kebanyakan orang Islam memeluknya dengan ghairah. Mereka yang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Amerika Utara dan Eropah. Seorang kolumnis tanpa berlapik tentang perkara ini menyatakan di dalam sebuah mingguan Pakistan, DAWN:"Dengarlah kata seorang intelek, mullah, atau ahli politik Islam dan anda akan mendengar aduan-aduan dan kritikan terhadap dosa-dosa Barat memadamkan sesuatu dari memberi komisyen. Tanyalah di mana dia mahu menghantar anak-anaknya ke universiti dan jika dia jujur, dia akan menyenaraikan nama-nama universiti tersohor Amerika. Dan jika dia mempunyai pengaruh, dia akan menggerakkan syurga dan bumi untuk mendapatkan bantuan misi Amerika untuk mendapatkan tempat untuk anaknya di kolej atau visa pelajar. Sememangnya, dia akan bertipu-helah untuk mendapat bantuan kewangan untuk anak-anaknya dengan mengisytiharkan insolvensi. Pergi jahanam Amerika tetapi tidak sehingga anak-anaknya habis pengajian.
Ada juga pengalaman di luar jangkauan pendidikan. Jauh lebih banyak keluarga-keluarga Islam yang bercuti di Barat daripada Dunia Islam. TV Al-Jazeera memeainkan iklan-iklan minyak wangi Amerika dan membeli rancangan-rancangan dari arkib Amerika. Di stesen lawan Al-Jazeera, Middle East Broadcasting Centre, Who Wants to be a Millionaire memecah rekod rating. Pada zaman pra-Internet, wartawan-wartawan rantau ini berebut-rebut membaca suratkhabar barat untuk mendapat pengetahuan tentang laporan bebas. Mereka inginkan pekerjaan yang mendedahkan mereka kepada standard profesional. Lebih nyata lagi tin-tin minuman Pepsi berselerak di jalan menuju Gua Hirah, di mana Nabi Muhammad menerima wahyu Tuhan.
Nora Kervorkian, seorang sahabat yang membuat dokumentari Veils Uncovered merakam ini di pita videonya: Di sebuah pasar di Damsyik, wanita dalam pakaian hitam membeli pakaian dalam yang menunjukkan kegatalan Amerika. Sepasang seluar dalam elektrik memaparkan Tweety Bird yang berkerdipan menyanyi. Sepasang lagi memapar Bugs Bunny melafazkan " Kiss Me" kepada kita. Pasangan ketiga memainkan irama " We Wish You a Merry Christmas," tidak termasuk bateri. "Semua orang membeli," ujar saudagar yang menjaja barangan ini: Siapa mahu menjadi jutawan? Dia sudah tentu salah seorang daripadanya.
Begitulah pemujaan orang Islam untuk kebudayaan Barat sehinggakan ia menjana khabar angin tentang konspirasi Yahudi. Baru-baru ini, para Mullah dari segenap pelosok Timur Tengah mengecam Pokemon (permainan video kanak-kanak) sebagai perkataan Jepun yang diterjemahkan sebagai "Aku Yahudi." Seorang ulama Saudi menyalahkan "kegilaan Pokemon ini kepada komplot Yahudi" yang bertujuan untuk membuat anak-anak kita mengabaikan agama dan nilai serta melalikan mereka darpada perkara-perkara yang lebih mustahak seperti cita-cita saintifik." Ikon-ikon keganasan ini – dan aku tidak merujuk kepada mullah – diberi tamparan fatwa.
Sudah tiba masanya untuk mengeluarkan sesuatu yang lebih mendalam. Hakikat begitu ramai Muslim yang mahukan pengaruh Amerika adalah kunci kepada kenapa mereka begitu marah dengan Washington. Ia bukanlah kecemburuan berbanding dengan persabahatan yang tidak berbalas. Dalam banyak barangan yang dipasarkan Amerika di dalam masyarakat Muslim, barangan yang paling utama ialah – kebebasan – masih kurang dipromosikan; sesetengah orang Amerika menggaru kepala melihat perkara ini, tertanya-tanya kenapa mereka tidak diberi pengiktirafan membebas Kuwait dan melindungi Arab Saudi dari ancaman Saddam Hussein pada 1991. Ini kerana kebanyakan Arab percaya A.S. melindungi keluarga diRaja dan bukannya rakyat biasa – "satu perbezaan yang besar," tulis Fareed Zakaria, editor Newsweek International. Walaupun di negara-negara Teluk yang kaya seseorang akan merasa kekecewaan dan kemarahan penduduk yang memepunyai kekayaan tetapi tiada suara di dalam sangkar bersepuh.
Dan adakalanya tidak begitu bersepuh, "Ia tidak menyenangkan aku melihat, dunia hidup di dalam kebebasan, sesuatu yang tidak kami miliki," keluh seorang surirumah yang terkurung di dalam Veils Uncovered. "Kenapa kehidupan kami begitu berbeza dengan mereka?" Dia membuka jubahnya dengan gementar tetapi memberanikan diri untuk kamera. "Adalah mustahak untuk dunia melihat bagaimana kami menjalani kehidupan kami di sini."
Negaranya, Syria, berurusniaga dengan Amerika Syarikat – urusan busuk yang dilakukan oleh negara-negara Islam lain. Washington memberi kontrak kepada mereka untuk menyeksa tawanan politik yang disyaki menjadi pengganas. Dengan cara ini, Amerika boleh mendakwa rekodnya bersih dalam hak asasi manusia. Masalahnya ialah, aktivis hak asasi manusia pun diseksa oleh Syria dan sekutunya. Tiada apa yang perlu dihairankan di sini. Kepada rejim-rejim autoritarian yang Amerika jadikan sekutu, pejuang hak-hak asasi manusia adalah musuh. Kenapa Amerika tidak mempertahan suara-suara sunyi ini, yang sering membahayakan nyawa sendiri untuk memperkenalkan ideal-ideal demokratik yang dianggap penting oleh Washington? Orang Islam yang inginkan perubahan terpaksa bertanya, adakah Amerika bersama-sama kami – atau dengan para autokrat?
Presiden George W. Bush menjawab persoalan ini pada Jun 2002. "Di dalam bantuan pembangunan kami, di dalam usaha-usaha diplomatik kami, di dalam siaran anatarabangsa kami, dan di dalam bantuan pendidikan kami, Amerika Syarikat sentiasa mempromosi kesederhanaan dan hak asasi manusia," maklum dia kepada kelas graduan West Point Military Academy. Bulan berikutnya keikhlasannya berdepan dengan ujian daripada salah satu klien terbesar Washington, Mesir.
PADA JULAI 2002, SAAD EDDIN IBRAHIM MEMASUKI SEL PENJARA UNTUK kali kedua setelah beberapa lama. Hukuman tujuh tahun penjara dengan kemungkinan untuk kerja berat "bagaikan sijil mati" untuk kebebasan sivil di Mesir, ulas penerbit Cairo Times. Apa sebenarnya menyebabkan profesor sosiologi yang berusia enam puluh lima tahun dihukum penjara masih belum jelas. Dia ialah sahabat lama Presiden Mesir Hosni Mubarak, pernah menyelia tesis sarjana Puan Mubarak dan menulis ucapan-ucapan untuknya. Ibrahim ialah pengacara rancangan televisyen mingguan yang berkisar tentang pembangunan sosial, dan melakukan kajian penting ke atas motif-motif para militan Islam, dan mewakili Mesir di persidangan-persidangan anatarabangsa tentang hak asasi manusia. tetapi kesemua itu berlaku sebelum 30 Jun 2001. Malam dia ditahan buat kali pertama. Sepanjang dua puluh empat bulan seterusnya dalam tahanan, perbicaraan dan kerja-kerja di dalam penjara, ia menjadi jelas kepadanya "mereka yang marah kepada aku memutuskan untuk bertindak menghapuskan Saad Eddin Ibrahim dari kehidupan awam di Mesir."
Kemarahan lawan-lawannya mungkin sudah bermula mebuak-buak semenjak pertengahan 1990-an. sebagai kepala Pusat Ibn Khaldun Untuk Pengajian Pembangunan di Kaherah, Ibrahim merasakan tanggungjawab untuk bekerja padan dengan semangat dan nama yang disandang oleh pusatnya. Antara intelek penting Islam dalam zaman keemasan Islam, Ibn Khaldun mengubah sejarah dan sosiologi menjadi disiplin-disiplin ilmu yang dihormati. Di atas bahu perintis ini, Ibrahim memecah tanah – setidak-tidaknya di dunia Arab Islam – pada 1994. Dia menganjurkan persidangan hak-hak minoriti. Pada masa itu, Mesir mempunyai undang-undang yang memerlukan Kristian Qibti untuk mendapat kebenaran Presiden sebelum membaik pulih gereja-gereja mereka. Mematahkan ilusi rasmi Mesir yang kononnya orang Islam hidup dalam harmonis dengan orang Kristian, Ibrahim merasakan kaum Qibti* satu golongan minoriti yang menderitai penindasan kerajaan. Batal satu. Setahun kemudian, dia dan pejuang demokrasi lain memerhati pilihanraya parlimen Mesir. Mereka mendedahkan satu aras tingkat fraud yang tidak pernah terfikir, diberi imej negara ini sebagai oasis kesedaran Arab. Penemuan-penemuan Ibrahim membayangkan hala tuju Mesir yang hanyut terhoyong-hayang dan semakin tenggelam: despotisme korup di tempat gagalnya demokrasi.
Aku tidak mahu bersikap naif tentang demokrasi. Aku tahu Mesir mesti bertindak tegas selepas fanatik-fanatik Islam membunuh Presiden Anwar Sadat pada tahun 1981. Itulah masanya Mesir memperkenalkan Undang-undang Darurat di mana beribu-ribu Islamis sudah dipenjara selama dua dekad sekarang. Dan ramai adalah ancaman yang nyata: satu petang Jumaat pada 1994, novelis pemenang Hadiah Nobel, Naguib Mahfouz, masuk ke dalam keretanya. Pemuda-pemuda liar yang fanatik agama mengambil kesempatan melihat tingkap kereta yang terbuka ini dan menikam pisau dapur ke arah leher Mahfouz. Lelaki yang berusia lapan-puluh dua tahun ini bernasib baik kerana terselamat dengan sebelah tangan yang cacat. Laporan-laporan terkemuka yang disiarkan melaporkan pembunuh-pembunuh Mahfouz menjejaknya kerana dia pernah menulis sebuah buku tiga dekad adahulu. watak-watak dalam bukunya mengingatkan sesetengah pembaca terhadap watak-watak historikal Islam. Penyerang-penyerang mengubah alegori menjadi realiti dan menghukum Mahfouz kerana interpretasi mereka terhadap karya dia. Maafkan aku, tetapi sekiranya inilah sebab untuk mencacatkan dan munglin membunuh, patutlah pasukan-pasukan keselamatan membanteras samseng-samseng. Laksanakanlah Undang-undang Darurat.
Apa yang ditonjolkan Ibrahim ialah cara Undang-undang Darurat ini disalah-gunakan untuk tujuan-tujuan yang korup. Kerajaan Mesir tunduk kepada alim-ulama agar umat Islam konservatif boleh ditenteramkan. Keputusannya, kerajaan membanteras pemoden-pemoden agama bersama-sama militan.
Ada satu lagi kes luarbiasa melibatkan seorang profesor Cairo University, Nasr Hamed Abu-Zeid. Dia menulis sebuah buku yang membawa hujah bahawa makna dan pengertian kitab berupaya menjadi "lebih bersifat berperikemanusiaan" walaupun ayat-ayatnya tetap sama. Dia menyerahkan buku ini kepada jawatankuasa akademik yang mengkaji permohonan naik pangkatnya, Profesor ini langsung tidak menyangka dia akan menghadapi tuduhan "murtad". Para peguam Muslim mengheretnya ke mahkamah, meminta orang kafir ini menceraikan isterinya. Pada 1995, para Islamis menang. Menteri Kehakiman Mesir membuat keputusan, dan sehingga hari ini belum berbuat demikian. Pasangan diburu ini kini tinggal di Belanda, di mana Abu-Zeid sedang menyaman semula Menteri Kehakiman Mesir.
Daripada kesemua ini, Saad Ibrahim menegaskan satu hubungan yang penting: "Masyarakat yang mengehadkan ruang untuk rakyatnya menyertai dan menyuiarakan rasa tidak puas hatinya akan mengundang kemarahan dan tindak balas yang bahaya." Dalam kata lain, Islamis menarik lebih ramai pengikut yang dahagakan darah apabila perwakialan politik yang tidak adil tidak lagi wujud. Dunia tidak wujud, tunjuk Ibrahim. Sementara membanteras orang-orang Islam liberal memberi logamaya kepada orang Islam konservatif yang mereka diberi perhatian, ia hanyalah satu logamaya, kerana cara-cara perwakilan yang sah, umpamanya perunding, mengecut manjadi feifdom para sahabat kerajaan. Lima tahun selepas Ibrahim membunyikan semboyan amaran tentang pengecutan demokrasi, Washington Quarterly mencetak pemerhatian ini mengenai Mesir: Di dalam sebuah negara yang mengkehendaki separuh daripada ahli parlimen mesti terdiri daripada orang biasa dan buruh, konfigurasi masa kini memperlihatkan kecondongan ke arah kumpulan elit yang kecil." Ini pada 2000.
Tahun 2000 adalah tahun yang aneh untuk Ibrahim dan demokrasi Mesir. Dia baru kembali dari Washington, di mana kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menyambut komitmennya terhadap kebebasan, apabila keganasan meletus antara orang Islam dan Kristian Qibti di Mesir Atas. Lebih kurang dua dozen orang maut, ramai lagi tercedera, dan beratus kedai dan kediaman dijarah. Daripada lima puluh lima pertembungan sektarian sepanjang tiga puluh tahun, Ibrahim menyifatkan pertembungan yang berlaku baru-baru ini sebagai yang "paling buruk dan terbesar." Jadi dia berusaha mendapatkan lima ratus orang berpengaruh untuk menandatangani proklamasi, disertai dengan cadangan-cadangan dasar untuk menamatkan "corak perbalahan sektarian yang muncul." Menurut Ibrahim, kerajaan Mubarak melihat kelakuan ini sebagai "keingkaran yang nyata. Membesar-besarkan keseriusan masalah sektarian dianggap sebagai mencemar imej Mesir yang sempurna dan bersifat toleransi satu jenayah yang boleh dihukum – kami dapati kemudian – di bawah Undang-undang dari 1920-an yang tidak pernah dilaksanakan untuk mendakwa seorang warga Mesir sebelum ini."
Ibrahim tidak akan ditahan untuk beberapa bulan lagi. Sementara itu, dia dan rakan-rakan sejawatanya di Pusat Ibn Khaldun sibuk melatih pelajar untuk merakam pencabulan-pencabulan hak asasi manusia dan memerhati pilihanraya. Bersedia untuk pilihanraya kebangsaan, profesor ini bergabung tenaga dengan seorang lagi watak pemberontak, penulis drama Ali Salam, untuk menghasilkan video mengapa warga Mesir perlu keluar mengundi. (Jika ada orang yang boleh membuatkan pendidikan sivik sesuatu yang menghiburkan, sudah tentunya Salam yang berjiwa rakyat mampu melakukannya. Salah sebuah bukunya,
A Drive to Israel, mengabadikan kemanusian negara Yahudi itu dan menyebabkan Salam disingkir daripada Kesatuan Penulis-penulis Arab. Di kalangan penduduk Mesir, jualan
buku A Drive to Israel adalah amat laris sekali). Di samping itu, Ibrahim memberi temuramah dan menyatakan Mesir akan dioksidakan menjadi satu lagi dinasti keluarga Arab. Tolak Tiga, Empat dan Lima.
Satu malam Jun, 2000, pegawai-pegawai mengelilingi Ibrahim dan dua puluh tujuh yang lain dari Pusat Ibn Khaldun termasuk Liga Pengundi Wanita Mesir. Tahanan empat puluh lima hari akhirnya menjadi perbicaraan tujuh bulan di Mahkamah Keselamatan Negeri, satu tribunal ala-tentera yang beroperasi di luar-peraturan-peraturan lazim. Pendakwa-pendakwa daripada pihak kerajaan cuba mencari kes. Pada mulanya, mereka menuduh Ibrahim menyalah guna wang yang diterimanya dari Kesatuan Eropah untuk
Video Keluar Mengundinya. Tetapi Kesatuan Eropah mengisytiharkan Ibrahim bersih. Kemudian para pendakwa berhujah bahawa dia tidak sepatutnya menerima dana asing – satu andaian yang boleh "ditertawakan" kata seorang wartawan Arab, apabila memandangkan kerajaan Mesir bergantung kepada bantuan asing. Tanpa mengira, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas kesemua 28 defendan. Ibrahim dijatuhkan tujuh tahun penjara.
Sepuluh bulan di dalam penjara, di mana dia mengalami beberapa siri serangan strok kecil, Ibrahim mendapat khabar bahawa perbicaraan semula akan diadakan. Agaknya keadilan dapat ditegakkan juga akhirnya. Anda hakimi sendiri.
Semasa berlangsung perbicaraan kedua pada musim panas 2002 ahli-ahli parlimen Mesir memperkenalkan satu undang-undang yang mengehadkan kerja-kerja kumpulan-kumpulan bukan kerajaan. Kembali ke mahkamah, tuduhan-tuduhan terhadap Ibrahim dan ko-defendannya nampaknya berputar pada satu tuduhan – yakni mereka terutamanya Ibrahim sebagai ketua kumpulan telah "mencemar" reputasi Mesir di luar negeri. Perbicaraan berakhir pada Jualai 2002, dengan hukuman penjara untuk lima daripada dua puluh lapan defendan tadi. Sekali lagi, Ibrahim dihukum tujuh tahun penjara. Alasan rasmi yang diberi: kenyataan-kenyataan dia yang sudah berusia satu dekad lamanya bahawa kerajaan menindas umat Kristian Mesir.
Jika harga inisiatif adalah berdasarkan agama. Presiden Bush sepatutnya memprotes secara terbuka dan memberi tekanan kepada Mubarak. Golongan penganut agama minoriti di Mesir, memerlukan juara yang tidak kenal erti penat lelah seperti Ibrahim. Tetapi lebih daripada itu, Ibrahim menggambarkan ujian yang sempurna buat kenyataan-kenyataan dasar-dasar luar negeri Bush: kesederhanaan dan hak asasi manusia.
Harus diingat, kesihatannya yang diganggu dengan masalah sakit jantung – sudah tentu menjadi lebih teruk di penjara. lagipun, Ibrahim mempunyai isteri warga Amerika dan dia sendiri juga telahpun dinaturalisasikan menjadi warga Amerika Syarikat, bukankah melindungi, warganegara daripada bahaya tugas presiden amerika? Akhir sekali, di bawah perjanjian damai dengan Israel, Mesir menikmati faedah bantuan kewangan sebanyak dua bilion dolar dalam bantuan A.S. setiap tahun. Jumlah ini ialah sepuluh peratus daripada bajet bantuan asin keseluruhan Amerika. Berdasarkan ini sahaja, satu penerbitan paling konservatif Washington menyeru Bush untuk menguatkuasakan "kuasa Amerika yang begitu besar ke atas Mesir" dan menjamin pengampunan untuk Ibrahim. Dia sepatutnya boleh buat lebih banyak daripada itu.
Inilah yang dilakukan oleh Bush. Pada Ogos 2002, dia menggantung bantuan sebanyak 130 juta dolar kepada Mesir. Dia juga memutuskan , untuk memasukkan surat tentangan penyabit-salahan Ibrahim. Ia tidaklah mudah. Di Mesir, para birokrat dan intelek tidak menerima campurtangan Bush dengan baik. Namun begitu, ratusan orang Arab mencontohi Bush dan menghantar surat-surat mereka sendiri untuk menyatakan sokongan mereka terhadapa Ibrahim. Beberapa bulan kemudian, kerajaan mesir mengumumkan Ibrahim layak dibicara semula dan membebaskannya sehingga tarikh perbicaraan tersebut. Pada bulan Mac 2003 perbicaraan ini membersihkan nama Ibrahim. Secara langsung atau tidak, Bush berjaya dengan bersandar di atas Mubarak, dan kita harus berterima kasih kepada presiden A,S. ini dengan mengguna-pakai aksiom kegemarannya: Apabila anda mempunyai kapital politik, gunakan atau ia akan hilang lebur begitu sahaja.
Kenapa pula Bush tidak menggesa pengampunan Ibrahim, sekaligus memberi notis kepada sekutunya – dan seluruh dunia Islam – bahawa demokrasi dunia Islam – bukanlah satu jenayah? Satu perkataan menurut para pengkritik: Iraq. Aawan-awan peperangan semakin banyak berhimpun ke arah Iraq. Amerika terpaksa mendapat sokongan Mesir. Mungkin secara tidak adil, ramai orang Islam tidak yakin Bush akan melancar serangan tentera untuk demokrasi di Iraq tetapi menumpukan otot diplomatiknya untuk demokrasi di Mesir. Selaim itu, Saudara Presiden, kami telah menikmati ucapan tuan kepada para graduan West Point 2002.
BERBALIK KEPADA HUJAH AKU: AMERIKA TIDAK DIBENCI oleh umat Islam tetapi mereka sebaliknya menyayanginya- begitu sayang sehingga terasa ia amat diperlukan. Lebih banyak bukti muncul apada musim bunga 2003.
Apabila tugu Saddam tumbang, keterujaan mentah terasa di segenap pelosok di Baghdad. Dalam hari-hari terkemudian, aku pergi ke sebuah jamuan kemenangan di Toronto yang dianjurkan oleh rata-rata pemuda-pemudi Islam sekular. Mereka memberitahu aku mereka hairan tidak lebih ramai orang Islam yang mengguna kebijaksanaan serangan pre-emtif terhadap Saddam. Pelik, kata mereka, sebab tindakan pre-emtiflah strategi yang digunakan oleh nabi Muhammad terhadap mereka yang disyaki menentang Islam. "Jika peperangan pre-emtif baik untuk umat Islam dahulu kala," ujar seorang hadirin jamuan, "kenapa ia tidak baik buat Amerika sekarang?"
"Kerana standard kelakuan telah mengalami evolusi semenjak kurun ketujuh, " ujar aku memainkan peranan sebagai penyanggah.
"Beritahu perkara ini kepada negara-negara Islam yang masih melayani kaum wanitanya dengan buruk."
"Dan membuatkan hidup ini umpama neraka bagi penganut agama minoriti," tambah aku. Orang lain mencelah. Kami meluahkan perasaan jelek bahawa aktivis "anti-perang" Islam membunuh orang atas nama Allah. Sementara kami bertukar-tukar pendapat, kami semakin nampak orang-orang Islamlah yang patut membuat pilihan untuk: mengakui serangan-serangan pre-emtif Nabi Muhammad terhadap bangsa Yahudi adalah salah dari segi moral, di mana orang-orang Islam akan mempunyai kredibiliti menghentam doktrin Bush, atau menerima apa yang dilakukan nabi itu sebagai satu keperluan dan didasarkan atas pedoman ilahi, dalam mana perkara sama boleh diperkatakan tentang Bush, seorang Kristian lahir-semula* yang bermunajat dengan Tuhan. Umat Islam tidak boleh terkecuali. Itu namanya 'double-standard'. Bukankah hanya orang Amerika sahaja yang mengamalkannya?
Kontijen anti-Amerika dan para pemulau akan sentiasa ada. Muslim atau tidak, yang inginkan Washington keluar. Walau bagaimanapun, ramai belia Muslim yang telah aku temui dalam jamuan ini mahu Washington untuk " masuk" – dan bertindak – demi hak-hak asasi manusi.
JIKA MEREKA BOLEH BERKATA DEMIKIAN TANPA DIPULAUKAN, MEREKA AKAN MENYERU Amerika untuk menggunakan hakikat realiti-realiti berikut:
• Di Tunisia dan Algeria, perempuan Muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Muslim. Lelaki Islam pula, boleh berbuat demikian. Di kebanyakan negara Islam rogol di dalam perkahwinan, kalau diakui pun, tidak dianggap sebagai satu jenayah.
• Baru-baru ini, Arab Saudi menahan seorang lelaki berusia sembilan-puluh empat tahun, menjadikannya tahanan politik tertua yang diketahui dunia, walaupun dia- dibebaskan dua minggu kemudian. Sheikh Mohamed Ali al-Amir, seorang ulama Syiah terkenal di Madinah, menyemarakkan api kemarahan pihak berkuasa Saudi apabila dia menyambut beberapa pelawat Syiah di kebun dusunnya. mereka datang untuk bersembahayang. Seperti kaum Qibti di mesir, orang Islam Syiah di Arab Saudi ditindas secara sah.
• majoriti pelarian dunia hari ini adalah dari negara-negara Islam. Tidak hairanlah memandangkan kebanyakan peperangan saudara di dunia ini berlaku di kalangan orang Islam. Kata wartawan Iran, Amir Taheri, "Negara-negara Arab telah terlibat dalam tidak kurang daripada lima belas peperangan rahsia terbuka antara sesama sendiri semenjak 1930-an..." Dalam sepuluh tahun yang lampau, Islamis dan musuh sosialis mereka telah mengorbankan satu ratus ribu nyawa di Algeria. Pada Februari 1982, pasukan tentera Baath Hafez Assad Syria menyerang sebuah bandar yang melindungi para ektremis Muslim. Tenteranya memusnahkan dua puluh lima ribu orang. Dan dari 1975 ke 1990, perang saudara Lubnan mengorbankan 150, 000 nyawa, kebanyakannya rakyat Palestin. Angka ini sepuluh kali ganda kematian yang disebabkan oleh Israel di dalam pertempuran selama beberapa tahun lamanya.
Jika ada di antara ini malu untuk kita akui, wahai saudara se-Islamku, lupakan sahaja. Kerana kita tahu yang kita boleh menyalahkan Amerika semata-mata. Barah ini bermula dengan kita. Di dalam satu ruangan pendapat yang menyayat hati tentang "derita sengsara" orang Islam yang diterbitkan sejurus selepas 11 September di dalam The Nation, sebuah akhbar harian Pakistan, ahli bisnes Izzat Majid berbicara tentang "kesedaran yang kian meningkat" di kalangan umat Islam yang kita telah gagal sebagai sebuah masyarakat sivil dengan kengganan berhadapan dengan kebobrokan sejarah, sosial, dan politik di dalam diri kita..." Seperti fakta ini, negara dia yang berpenduduk 140 juta, hanya satu juta taksiran cukai yang difailkan setiap tahun. Dengan mengabaikan tanggungjawab untuk mengembalikan sedikit kebaikan, tidakkah orang-orang yang mengelak cukai menyebabkan Pakistan hampir muflis, mengebulur program-program awam seperti pendidikan, dan menggalakkan tutorial-tutorial keganasan yang melanda madrasah-madrasah?
Adakah kebanyakan kita sedar apa yang diharapkan untuk negara Islam multikultural ini? Aku akan menjawabnya. Tahun yang dimaksudkan ialah 1947. Di dalam ucaptamanya sebagai Gabenor-Jeneral Pakistan merdeka, Muhammad Ali Jinnah meluahkan harapan tinggi bagi penduduknya. "Kalian telah bebas," katanya. "Kalian bebas ke kuil-kuil, anda bebas ke masjid-masjid anda, atau mana-mana tempat ibadat di negara Pakistan ini. Kalian boleh menganggotai sebarang agama dan mana-mana kasta atau kepercayaan yang tidak ada kena-mengena dengan urusan negara. Kita bermula dengan prinsip asas yang kita semua wargenegara satu negara... Anda dapati dengan peredaran masa, Hindu akan berhenti menjadi Hindu dan yang Muslim akan berhenti menjadi Muslim, bukan dalam erti kata keagamaan...tetapi di dalam erti kata politik sebagai warganegara satu negara. Jinnah mempunyai isteri bukan Islam yang dia puja. Adik perempuannya, Fatima, selalu muncul dengannya di dalam kempen mewujudkan Pakistan. Visibiliti adik perempuannya membuka semula imaginasi orang Islam terhadap potensi perempuan sebagai rakan kongsi dan bukan sebagai pembantu rumah semata-mata. Aku bukannya penyokong kepada permintaan orang –orang Islam untuk sebuah negara berasingan daripada India, tetapi setidak-tidaknya apabila ia datang dengan premis, dan janji kebebasan individu.
Tidakkah kalian berpendapat ia sesuatu yang mengaibkan menyaksikan keruntuhannya di bawah kebanjiran Islamisme? Pada 1977, satu rampasan kuasa tentera yang disokong A.S. melantik Jeneral Zia-ul-Haq yang menggemari permainan golf, tennis, dan ketertiban mutlak. Memeperkuatkan pengaruhnya lagi, orang kuat ini dikelilingi oleh mullah-mullah yang suka mengampu dan memberi gelaran "Amirul Mukminin" kepadanya, satu istilah yang dikhaskan kepada waris-waris nabi Muhammad. Untuk menambah rempah lagi mendapatkan sokongan di kalangan ketua-ketua kampung, Zia mencampurkan tafsiran Islam yang punitif dengan adat resam kesukuan. Melalui cara ini, merejam dengan batu menjadi hukuman sahih bagi zina, dan empat orang saksi diperlukan untuk membuktikan kejadian rogol sebelum mana-mana pihak boleh didakwa. Tapi macam mana pula dengan kejadian rogol yang tidak ada saksi lelaki yang mencukupi? Maka ia semestinya kes zina, yang dilakukan oleh wanita itu dan harus direjam dengan batu.
Pada tahun 1979, lebih kurang pada masa berlangsungnya undang-undang ini, Abdus Salam dari Pakistan berkongsi hadiah Nobel dalam bidang fizik dengan dua orang rakyat Amerika, Anda mungkin ingat yang negaranya akan meraikannya. sebaliknya, perusuh-perusuh cuba menghalang dia daripada memasuki Pakistan semula. Satu akta parlimen menarik belik kewarganegaraannya. Jenayah Salam? Dia ialah seorang Ahmadi – satu kumpulan minoriti di dalam Islam. Itu sahaja, Itulah yang membuatkannya seorang saintis Islam yang dikenali antarabangsa sebagai orang yang tidak diingini (persona non grata) di tanah airnya sendiri.
Aku mendapat tahu butiran lain tentang Abdus Salam daripada seorang pemandu teksi Toronto bernama Ahmed. Mempercayai aku sebagai "Muslim dari TV itu" dia mengeluh "bagaimana orang-orang kita berbunuhan sesama sendiri, "taksub kepada "kesukuan" berbanding dengan cinta kasih, Cinta kasih! Aku tidak pernah mendengar seorang lelaki Muslim menggunakan perkataan ini. Lelaki ini sudah pasti berbeza, jadi aku selidik lebih lanjut. Rupa-rupanya pemandu teksi ini ialah seorang Ahmadi. Aku tanya dia tentang Abdus Salam setelah mendapat tahu nama ini. Di cermin belakangnya, aku ternampak bulu kening Ahmad terangkat. "Saudara Abdus cuba menderma wang hadiah (Nobel)nya kepada kerajaan," beritahu aku. Dia mahu makmal-makmal Sains dibina untuk generasi muda Pakistan. Tetapi Zia menolak tawarannya." Ahmed memberitahu sebab kedua Abdus Salam ialah wiranya. Sebagai anak seorang petani, Salam merempuh banyak halangan dan kesusahan yang tidak terkira banyakknya. Maka dia begitu tekun belajar dan dalam ketiadaan minyak untuk lampu-lampu minyak tanah di sekolah, dia belajar di bawah lampu-lampu jalanan. Benar atu tidak, kisah ini mampu menjana satu mitos nasional untuk memberi ilham dan inspirasi beberapa generasi orang Pakistan biasa menuju kegemilangan. Sebaliknya, kerajaan mengenepikan Abdus Salam – banyak lagi kapital intelektual hilang di dalam usaha mengejar Islam sempit yang keterlaluan ini.
Prasangka-prasangka Zia terus membara selepas kematiannya pada 1988. Semenjak itu, Islamisme semakin berkembang dan giat berkembang akibat daripada suasana geopolitik yang kotor. Pada 1989, ribuan Mujahidin, atau pejuang suci yang mematahkan pencerobohan Afghanistan oleh Kesatuan Soviet. Apabila tentera Arab Islam kembali ke Teluk Parsi, tentera Amerika tiba di Arab Saudi untuk melindunginya daripada kemungkinan serangan Iraq. Pada 1990, seperti yang masih anda ingat, Saddam Hussein menceroboh dan menduduki Kuwait. Pihak Saudi bimbang dia akan bertindak serupa ke atas mereka. Oleh kerana enggan mempertaruh nasib mereka, mereka meminta bantuan Amerika untuk mempertahankan tanah – dan minyak mereka. Kehadiran Amerika di Arab Saudi dijadikan alasan kepada mujahidin bersara ini untuk melancarkan jihad di dalam kerajaan Arab Saudi. Tetapi wang tebusan di-Raja telah dibayar untuk mengelak perkara ini daripada terjadi. Wang minyak disalurkan badan-badan kebajikan Islam dan menggalakkan pertumbuhan madrasah secara besar-besaran. Madrasah-madrasah yang merentas rantau. Pakistan menerima sebahagian besar dana ini, dan madrasah –madrasahnya mengeluarkan alumni Taliban elit. Apakah yang dilakuakan oleh golongan Muslim kelas pertengahan di Pakistan? Kebanyakan mereka membenarkan diri mereka mengikut aliran fundamentalisme zalim.
Satu suara yang menentang ialah suara diplomat dan sarjana Pakistan Akbar Ahmed. Pada 1997, dia memulakan penggambaran biografi-epik Jinnah. Menurut Ahmed, "pegawai-pegawai penting" dan "rakyat yang prihatin" di Pakistan memberi amaran kepadanya supaya tidak menunjukkan Islam toleran Jinnah. Akhbar dan parti-parti politik menuduh "Salman Rushdie yang menulis skrip. Tambahan lagi, mereka menganggap projeknya sebagai "sebahagian daripada konspirasi Hindu atau Zionis." Ahmed membikin filem tersebut dan memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Tetapi, seperti, sperti Abdus Salam, dia tidak diraikan di tanah air sendiri,
Semenjak 11 September pemimpin Pakistan Pervez Musharaf memperkasa tulang belakangnya dan menyatakan apa yang sudah jelas: umat Islam hari ini adalah yang termiskin, paling buta huruf, termundur, paling tidak sihat, paling tidak sedar dan paling tidak mempunyai apa-apa, dan paling lemah di kalangan umat manusia." Kata-kata yang cukup tepat dan persis ini daripada seorang lelaki yang memungkiri janji untuk membendung undang-undang blasphemy* dan mengawal madrasah-madrasah. Apa yang Musharaf tidak berani kata ialah sekolah-sekolah yang dikendalikan-mullah menghasilkan tongong secara berterusan. Akbar Ahmed boleh beritahu anda. Semasa lawatan balik kampung ke Pakistan baru-baru ini, dia berjumpa guru-guru madrasah tentang keperluan untuk belajar Sigmund Freud dan Max Weber. "Aku diberi renungan kosong, aku menyedari bertapa beratnya masalah tersebut apabila aku mendapat jawapan negatif terhadap cadangan aku bahawa sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Khaldun (ahli sejarah) atau Maulana Rumi penyair Mistik harus diajar." Bukan Barat yang menyebabkan umat Islam berada dalam kegelapan tentang potensi kita untuk mengecapi kecemerlangan kreatif. Yang bersalah adalah umat Islam sendiri.
Dalam erti kata yang sama, kebanyakan warga Amerika perlu belajar yang mereka mempunyai minat untuk berada di sana" bagi orang-orang Islam yang berminda-demokrasi sebelum tercetusnya krisi seterusnya, Pertimbangkan bagaimana perhatian Amerika boleh menyelamatkan jutaan orang yang tidak bersalah daripada kemarahan Taliban, belum lagi mengambil kira Al-Qaeda. Kita semua mendengar peranan Presiden Ronald Reagan dalam pemberian senjata kepada Mujahidin sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menentang komunisme. Tetapi dia memberi lebih daripada itu. Kerajaan A.S. menyumbang dana untuk buku-buku teks yang penuh dengan kegahan terbitan University of Nebraska. Sementara anak-anak Amerika membuat hisab tolakan buah epal daripada buah buah oren, murid-murid Afghan belajar Matematik – dan doktrin-doktrin – dari mukasurat ke muka surat yang dipenuhi dengan gambar-gambar bayonet. Sesetengah murid masih berbuat demikian: Buku-buku teks ini beransur-ansur hilang daripada digunakan di sekolah-sekolah Afghan.
Kita tidak perlu menjadi seorang jeneral berbintang empat untuk memahami pengajaran yang tersirat. Apabila pihak Soviet mengundur dari Afgahanistan pada 1989, Amerika Syarikat cabut lari dari misi yang dianggap sudah selesai. Biasa menjadi wira, mujahidin melancarkan rampasan kuasa di Afghanistan di dalam tahun-tahun berikutnya. Walau demikian, orang-orang berpengaruh Amerika tidak acuh. Pada 1998. sebuah penerbitan Paris menemubual Zbigniew Brzenzinski, yang pernah menjadi penasihat keselamatan negara kepada Presiden Jimmy Carter. memandang keadaan sekarang di mana "Fundamentalisme Islam ialah satu gejala dunia," soal Le Nouvel Observateur, patutkah dasar luar A.S. memberi lebih perhatian? Brzenzinski, yang berhutang budi kepada pentadbiran Reagan mahupun Clinton menjawab tanpa berfikir panjang dengan tidak menyenangkan sekali:"Apa yang lebih penting buat Sejarah Dunia? Segelintir orang Islam yang membuat kacau atau pembebasan Eropah Tengah dan tamatnya Perang Dingin?"
Lebih baik jika dia mengimbas kembali apa yang terhidu oleh Presiden Dwight Eisenhower di akhir 1950-an, Semasa perbincangan staf, Eisenhower perhatikan ada kempen membenci kita bukan oleh kerajaan-kerajaan tetapi rakyat jelata Dunia Arab. Majlis Keselamatan Negaranya membuat analisis situasi tersebut dan membuat kesimpulan: Orang-orang Arab biasa merasakan dengan menyokong rejim-rejim yang menindas dan mengawal aliran minyak, A.S. menghalang demokrasi. Pemerhatian sudah berada di radar selama empat puluh tahun semasa Taliban mengambil alih tampuk pentadbiran Afghanistan dan menyediakan tempat-tempat berselindung kepada pengganas-pengganas al-Qaeda. Empat puluh tahun kemudian, ia masih tidak dihiraukan.
Aku berharap benarlah yang aku dapat mengatakan myopia Washington sama insaf dengan bekas-bekas rejim Afghanistan dan Iraq. Aku tidak dapat. Izinkan aku gambarkan sebuah perbualan yang aku tontoni baru-baru ini antara pengacara rencangan " talk show"* Phil Donahue dan Charles Dolan, naib pengerusi Suruhanjaya Penasihat Amerika Syarikat untuk Diplomasi Awam – satu badan yang cuba untuk mematahkan gambaran-gambaran negatif Amerika di seluruh dunia.
DOLAN: "Aku berpendapat pentadbiran Bush telah melakukan beberapa perkara baik semenjak ia mengambil alih pentadbiran dari segi diplomasi awam. Masih ada orang yang mempertikaikan mereka, tetapi mereka sedang berusaha."
DONAHUE: "Mengabaikan Kyoto [protokol alam sekitar], enggan terlibat dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, mengecam Bangsa-bangsa Bersatu. Nampaknya kita mahu bertindak bersendirian, kita tidak mahu bantuan orang lain."
DOLAN: "Phil, jika kamu mahu aku bercakap tentang dasar-dasar mereka, kita kena adakan lima lagi siaran."
DONAHUE: "Tetapi kita sedang berbicara tentang kenapa kita harus dilihat sebegini! Nampaknya kita enggan bermain dengan sesiapa pun, mana-mana pertubuhan antarabangsa. Kita kelihatan angkuh dalam postur ini."
[diam]
DOLAN: "Tetapi aku bercakap tentang cara kita berkomunikasi dengan dunia – apa yang dibicarakan sebentar tadi. Bagaimana kina bertindakbalas terhadap imej-imej palsu A.S. di luar negeri? Aku fikir itu yang sedang kita perbicarakan."
Adakah Dolan bodoh? Aku akui yang dia tidak boleh mengecam bosnya atau dasar-dasar bosnya di depan kamera, tapi itu bukan tumpuan kita. Dolan enggan mendekati doalan-soalan yang membicarakan samada ia sememangnya imej-imej palsu Amerika. Dia cuma mahu berbicara tentang bagaimana membanteras imej-imej tersebut dengan perkakasan dan taktik komikasi. Sungguh menghairankan! Dolan ialah naib pengerusi senior di sebuah agensi PR. Jom, Amerika, itu bukan intipati diplomasi awam. Usaha ikhlas untuk melakukan perkara betul, dan bukannya untuk kelihatan betul semata-mata, harus dijadikan keutamaan.
Amerika, dengan menumpaskankan Taliban, anda membuat jutaan Afghan gembira. Semenjak itu, kegagalan anda untuk meletakkan tentera di luar Kabul membuat ketua-ketua perang kesukuan dan mereka yang bersimpati dengan Taliban tersenyum lebar. Sebuah perlembagaan perlu memperkenalkan hak-hak wanita dan mahkamah-mahkamah bebas hanya setakat di atas kertas sahaja. Hakikatnya, seorang ketua perang yang disifatkan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika baru-baru ini sebagai "seorang yang menarik, bertimbang rasa dan cermat" telah menghidupkan semula Jabatan Pencegah Maksiat. Jabatan ini melaksanakan segregasi wanita dan lelaki secara tegas, mengecam kebebasan akhbar, mengharamkan wanita yang berani daripada berpersatuan, dan membajak tanah untuk Taliban. Bertimbang rasa? Cermat? Amerika, anda seriuskah? Kalau ya, di manakah anda di luar Kabul? Anda tidak suka sengan idea tentera anda sebagai penjaga kedamaian, kalau ya, mengapa tidak tingkatkan latihan polis tempatan dan memperkukuhkan pasukan-pasukan antarabangsa yang sedia ada? Apa yang telah berlaku kepada naluri keselamatan anda – dan untuk kebebasan?
Dan kepada anda pula, wahai saudara se-Islamku, aku mendengar keluhan rasa tidak puas hatimu. Washington perlu tahu apabila orang Islam liberal dengan geramnya menyatakan,"Kami membenci anada," ia adalah disebabkan Amerika gagal dan bukannya kerana Amerika menzalimi Dunia Islam secara langsung, gagal di dalam kepentingan keselamatannya, untuk mengurangkan kezaliman buat jangka masa yang panjang. "Sedarlah," anda ingin laung dan teriak ke arah Washington. Aku pun berasa demikian. Tetapi aku ingin menjerit, "Dewasalah!" kepada anda yang ketawa. Umat Islam perlu melaungkan hakikat ini: Washington ialah harapan yang tidak menjadi, bukan penjenayah utama. Tindakan Presiden Bush untuk membantu Saad Ibrahim, dan menjamin demokrasi Mesir, menunjukkan kita masih boleh menaruh keyakinan di dalam Amerika. Aku meminta daripada anda apa yang dipinta Ibrahim daripada para pengundi negaranya. Letakkan sikap sinis dan menjadi konstruktif. Mungkin Amerika memerlukan bantuan kita untuk menggilap potensi gemilang mereka sebagai pendokong-pendokong peri-kemanusiaan.
UNTUK KE SANA, UMAT ISLAM HARUS MENJAWAB SATU SOALAN ASAS: Apakah sebenarnya bantuan yang diperlukan untuk berubah? Apakah masalah peribadi sebenarnya yang sudah tersebar menjadi masalah semua? Memandangkan bukan Israel mahupun Amerika punca kesusahan yang menimpa umat Islam di segenap pelosok dunia, mungkinkah puncanya terletak di dalam Islam itu sendiri? Islam mengikat panorama aneka budaya dari Afrika Utara hingga Asia Selatan, dan di setiap kebudayaan ini, rekod ekonomi dan hak asasi manusia ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain. Apakah Islam itu penindas- über* kreativiti, dinamisme, dan demokrasi?
Terlalu mudah untuk menafikannya. Fikirlah begini. Pakistan, sebuah negara yang nyata bermajoritikan Islam, lahir pada 1947, setahun sebelum kelahiran negara Israel yang bermajoriti Yahudi. Jika betul visi Jinnah, Pakistan sepetutnya semoden, semajmuk, dan pada masa yang sama sama spritual seperti Israel. Ia bercanggah dengan visinya: lebih feudal berbanding moden, lebih sektarian berbanding majmuk, lebih gila berbanding spiritual. Izinkan aku membuat perbandingan lagi. Pada 2002, pasukan tenis beregu yang terdiri daripada seorang rakyat Pakistan dan seorang rakyat Israel menjadi intisari berita. Mereka dipaparkan di berita bukan hanya kerana mewakili prospek kerjasama antara umat Islam dan umat Yahudi, tetapi kerana reaksi-reaksi dari negara masing-masing. Persatuan Tenis Israel memberi restu kepada pemainnya. Persatuan Tenis Pakistan mengugut untuk mengharamkannya. Walaupun Israel mempunyai pandangan yang melangkaui batasan politik walaupun diserang jiran-jiran Islamnya, kenapa Pakistan tidak melakukan perkara yang sama? Sudah tentu dikotori ini mempunyai kaitan dengan kenapa etika negara masing-masing digerakkan oleh nilai-nilai agama negara masing-masing. Dan sudah tentu hakikat yang demokrasi hidup di Israel mengatakan sesuatu tentang amalan agama Yahudi di peringkat rakyat biasa yang masih belum wujud di dalam Islam aliran utama.
Tidak ada satu pun daripada kesemua ini bermakna Islamlah punca masalahnya. Lagi pun, kebanyakan umat Islam dunia. Umat Islam di luar Timur Tengah hidup di dalam demokrasi elektoral. Pada masa yang sama, kerajaan mereka menawarkan sedikit kebebasan dan sedikit akauntabiliti. Mungkin potensi Islam untuk sebuah demokrasi yang bermakna bersinar melalui hakikat yang Quran tidak mensyaratkan jenis kerajaan yang spesifik, Dengan andaian Quran ialah karya Ilahi, samada keseluruhannya atau sebahagiannya, mungkinkah kebisuan ini disengajakan? Tidakkah ia seolah-olah menganjur kita, sebagai individu yang dianugerahi kehendak bebas, patut menyertai pemerintahan kita? Ianya boleh diterima akal bahawa umat Islam ialah satu komuniti yang bersatu dalam iman terhadap Tuhan. Semua kata kita begitu. Kita yakin bahawa kita seperti itu. Kita harus yakin.
Bayangkan kita tidak. Bayangkan kita tidak disatukan dalam iman terhadap Tuhan tetapi sebaliknya melalui penyerahan kepada sejenis kebudayaan. Mungkinkah ini Islam namanya, Islam pasif, adalah termasuk sejenis kepercayaan cara-cara padang-padang pasir berbanding hikmah Ilahi, dan orang Islam diajar untuk meniru dinamik kekuasaan satu suku Arab, di mana para Sheikh memerintah dan orang lain akur dengan perintah mereka? Dengarlah dengan teliti apa yang diperkatakan Raja Fahd, Arab Saudi. "Sistem demokratik yang menjadi kelaziman di dunia tidaklah sesuai untuk rantaunya,"kata baginda. "Sistem pilihanraya tidak mempunyai tempat di dalam kepercayaan Islam" kerana Islam memandang pemimpinnya sebagai "pengembala" yang bertanggungjawab untuk "kawanan kambing biri-biri." Raja ini tidak sahaja menyamakan umat Islam dengan kambing biri-biri, malah baginda cuba mencadangkan apa yang tidak baik untuk gurun Arab "rantaunya" – juga tidak baik buat Islam – " kepercayaan". Anda mungkin membantah, seiringan dengan aku bahawa baginda silap membuat andaian sedemikian. Nyata sekali umat Islam tidak membantah secara en masse*. Kita harus, bukan kerana raja Saudi digelar Penjaga Dua Tempat Suci – masjid-masjid nabawi di Makkah dan Madinah. Siapa yang memilihnya sebagai pemimpin Islam? Bukan kita. Siapa yang mentertawakannya? Kita. Tetapi kita terpaksa membayar dengan harga tinggi jika kita enggan memikirkan tentangnya.
Apakah penjajahan oleh Arabia padang pasirlah punca masalah kita memerlukan bantuan untuk reformasi.
NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)
BAB 5: Siapa Mengkhianati Siapa? (Chapter 5 Notes)
1"'Kenapa kamu tidak meminta malaikat Jibril membina khemah sementara kita jumpa penyelesaian yang baik untuk mereka.'" Sumber: Lawak jenaka sumbangan Muhammed Abu Samra, "Matyrdom in Modern Palestinian Society" (Ucapan yang diberi di Toronto), 6 Oktober, 2002.
2"... Yahudi dan Arab berkongsi sekurang-kurangnya seorang moyang yang mempunyai asal-usul Timur-Tengah yang sama," seperti yang ditemui oleh kajian ini." Sumber: "Jewish and Middle Eastern non-Jewish populations share a common pool of Y-chromosome biallelic haplotypes,"
Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, Volum 97, Keluaran 12, 6 Jun, 2000, ms. 10 versi online. Muat turun laporan ini di www.pnas.org.
3"...Kami berfirman kepada Bani Israel: 'Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila masa berbangkit datang, nescaya Kami akan kumpulkan kamu dalam keadaan bercampur baur.'" Sumber: Quran 17:104.
Nota: Lihat juga Quran 5: 20-21, yang menyatakan, " Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan menjadikan kamu sebagai orang-orang merdeka, dan memberikan kepada kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain. Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah dijanjikan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi." Di sini, Allah menyeru umat Yahudi untuk memasuki Tanah Suci tanpa mengira siapa yang sudah sedia tinggal di sana. "Jenayah" mereka ialah mereka tidak menuruti seruan ini, maka gagal berserah kepada perintah Tuhan.
4"'Semenjak 1948 kami meminta kepulangan para pelarain ke rumah-rumah mereka. Tetapi kami jugalah yang mendorong pemergian mereka.'" Sumber: Khaled Al-Azm, The Memoirs of Khaled al-Azm, Vol. 1 (Beirut: Al Dar Al Muttahida Lil-Nashir, 1973) ms. 386.
Nota: Memperakui peperangan sebagai punca masalah pelarian tidak bermakna anda tidak dapat menyeimbangi atau bersimpati terhadap perjuangan Palestin. Untuk bukti, lihat Benny Morris, The Birth of the Palestinian Refugee Problem, 1947-49 (New York: Cambridge University Press, 1989).
* Perkataan vigilante dikekalkan tanpa terjemahan (code mixing). Ia merujuk kepada amalan menegakkan undang-undang tanpa bantuan pihak berkuasa (kebiasaannya merujuk kepada usaha-usaha pengembalian keadilan dan hak-hak orang-orang tertindas). Ia mempunyai konotasi kegiatan yang dilakukan secara tersembunyi. Contoh-contoh vigilante yang boleh difikirkan oleh penterjemah ialah ialah 'Zorro' dan 'Robin Hood' yang terdapat dalam cerita dongeng rakyat.
5"'Sekiranya mereka tidak ‘hilang’, ia adalah kerana mereka tembak di khalayak ramai, diseksa dan dibunuh.'" Sumber: Kanan Makiya, "Can Tolerance be Born of Cruelty in the Arab World?" New Perspectives Quarterly, Musim Dingin 2002, ms. 3 versi online. Bacalah di www.digitalnpq.org.
*
Great Uncle.
6"Mereka hidup dengan melakukan kerja-kerja kecil-kecilan." Sumber: Paul Adams, "Tourists, investors shun Beirut despite facelift," Globe and Mail, March 27, 2002.
7" Kawat ini langsung tidak dihiraukan." Sumber: Arieh L. Avneri, The Claim of Dispossession: Jewish land Settlement and the Arabs 1878-1948 (New Brunswick, New Jersey: Transaction Books, 1984), ms.114.
Secara spesifik, Avneri menulis, "Pada 31 Mac, 1911, 150 orang penting Arab dari Baitulmaqdis, dikepalai Ragheb Nashashibi, mengahantar satu kawat ke parlimen Turki memprotes penjualan tanah kepada yahudi. Termasuklah para pemimpin Arab yang sederhana, seperti datuk bandar Baitulmaqdis, Hussein el-Husseini, yang berpendapat bahawa kaum Arab boleh mempelajari banyak perkara daripada kaum Yahudi, menyuarakan bantahan terhadap penjualan-penjualan tanah tersebut: 'Meskipun kesemua ini, kita mesti berwas-was terhadap golongan Zionis kerana, jika keadaan ini berterusan, kesemua tanah kita akan jatuh ke tangan mereka. Orang-orang kita miskin dan papa kedana, dan seorang lelaki miskin akan bersedia untuk berpisah dengan tanahanya untuk menyelamatkan jasad dan rohnya. Oleh kerana ini Kerajaan mesti meluluskan satu undang-undang menghalang penjualan tanah kepada Yahudi, mengambil kira segala keadaan dalam negara.'"
* Diterjemah daripada perkataan '
genocide' yang bermaksud penghapusan bangsa, pembunuhan kaum. Perkataan 'genosid' digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992: 603.
8" Tahun itu menandakan perbuatan "genosid"* yang dilakukan orang kerajaan Islam Uthmaniyyah ke atas orang-orang Kristian Armenia." Nota: Walaupun Turki menafikan kejadian genosid terhadap bangsa Armenia, tetapi reporter Barat yang paling pro-Muslim yang terlintas dalam fikiran aku, Robert Fisk, tidak menafikan kejadian ini. Lihat The Independent, 5 Ogos, 2000.
Cukup ironisnya, Israel tidak memperakukan genosid Armenia dalam buku-bnuku teks pengajian sosialnya, kerana bimbang menimbulkan kemarahan sekutu serantau paling kuatnya, Turki. Aku tidak teragak-agak mengecam dasar Israel ini. Ia salah dari segi moral mahupun sejarah.
9"...'beberapa orang Arab telah meminta pertolongan yang diperlukan daripada kerajaan British." Sumber: Palestine Royal Commission Report, Cmd 5479 (London, Julai 1937), ms. 135.
10"Pada tahun 1939,... Britain menawarkan Palestin satu rancangan untuk kenegaraan penuh." Sumber dan nota: Sandra Mackey, Passion & Politics: The Turbulent World of the Arabs (New York: Plume, 1994), pp.121-22. Buku ini bagus, walaupun kenyataannya terhadap kebudayaan Arab terlalu simpatetis tidak hanya sejarahnya.
11"Mereka mahu dibiarkan bersendirian untuk bercucuk-tanam dan menuai, beranak-pinak dan mempunyai tempat untuk membesarkan keluarga mereka." Sumber dan nota: Laporan 10 Disember, 1938 dalam News Chronicle, dipetik oleh Maurice Pearlman, Mufti of Jerusalem: The Story of Haj Amin el Husseini (London: V. Gollancz, 1947), ms. 20.
Sentimen ini mempunyai persamaan yang mengerikan dengan apa yang dipetik daripada seorang petani Palestin tentang pengganas-pengganas Arab:"Mereka mendakwa diri mereka adalah wira. Mereka hanya membawa kemusnahan dan membuat kami tidak berumah. Mereka menggunakan kebun dan ladang kami, rumah-rumah kami dan anak-anak kami untuk bersembunyi." Lihat Paul Adams, "Protests a rare sign of support by Palestinians for a ceasefire," Globe and Mail, 21 Mei, 2003.
12"'Ada tidak dia membina tempat berteduh atau rumah sakit asylum atau kebajikan atau tangki untuk membolehkan golongan miskin minum?'" Sumber: Dipetik oleh maurice Pearlman, Mufti of Jerusalem, ms. 29.
13" ...Haj Amin "mungkin daripada keturunan Romawi yang paling unggul.'" Sumber dan nota: Hitler dipetik oleh Robert Wistrich, Hitler's Apocalypse: Jews and the Nazi Legacy (London: Weidenfeld & Nicolson, 1985). ms. 164. Aku secara khusus mengesyorkan bab-bab, Sawastika, Crescent and Star of David" dan "Militant Islam and Arab nationalism."
14" Apabila Israel memberi penghormatan kepada satu keluarga Bosnia pada tahun 1960 di dalam satu upacara di Baitulmaqdis, keluarga ini memutuskan untuk terus kekal di Israel dan menjadi warga Israel." Sumber: Sir Martin Gilbert (ucapan di Toronto), 30 Januari, 2003.
15"'Ini memelihara kehormatan anda. Tuhan bersama-sama anda.'" Sumber: Haj Amin dipetik oleh Maurice Pearlman, Mufti of Jerusalem, ms. 51.
* Stillborn.
16"... Selain itu, negara Palestin yang dicadangkan akan mempunyai penduduk yang bermajoriti Arab, tidak pula demikian halnya dengan negara Yahudi yang hanya mempunyai penduduk yang bermajoriti tipis." Sumber dan nota: Fakta ini tidak datang dari sumber Zionis, tetapi sumber anti-Zionis – secara spesifik, Walid Khalidi, "Revisiting the UNGA Partition Resolution," Journal of Palestine Studies, Keluaran 105, Musim Gugur 1997, ms. 11.
Khalidi menulis,"Dari segi populasi, negara Palestin yang dicadangkan akan mempunyai 818, 000 orang Palestin" dan "kurang daripada 10, 000 Yahudi." Tetapi "negara Yahudi akan memp[unyai 499, 000 Yahudi dan lebih kurang 438, 000 Palestin..."
17"...'Liga Arab, – adakalanya menghalang – sebarang penyertaan aktif Palestin di dalam proses politikal.'" Sumber: Bernard Lewis, The Middle East: 2000 Years of History from the Rise of Christianity to the Present Day (Wiedenfeld & Nicolson, 1995). ms. 365.
* Perkataan renaissance dikekalkan tanpa terjemahan (code-mixing) kerana ia digunakan dalam Bahasa Melayu kontemporari. Ia merujuk kepada zaman kebangkitan semula di Eropah. Hampir kesemua bidang ilmu mengalami kebangkitan dan perkembangan yang pesat pada zaman sejurus selepas Zaman Pertengahan. Zaman ini dikenali secara popular sebagai Zaman
Renaissance.
18"'Satu vakum telah diwujudkan untuk diisi oleh sesiapa yang bersedia untuk menyoal negara dan megkritik kerajaan atas nama Islam.'" Sumber: Gilles Kepel, Jihad: The Trail of Political Islam (Cambridge: Harvard University Press, 2002) ms. 53.
* Bumper stickers.
19"'Harapan agung mereka," kata seorang liberal Mesir dengan sedih Gaber Asfour, "agar Islam kembali ke Islam yang tegas untuk menjamin kekuatan untuk kemenangan mutlak ke atas Zionisme dan Israel.'" Sumber: Gaber Asfour, "Osama bin Laden: Financier of Intolerant 'Desert Islam," New Perspectives Quarterly, Winter 2002. Muat turun di www.digitalnpq.org
20"...semuanya kelihatan akan terjerumus ke dalam perangkapa kegagalan dan rasuah." Sumber: Muhammed Abu Samra, "Matyrdom in Modern Palestinian Society" (ucapan yang diberi di Toronto) 6 Oktober, 2002.
21"'Kita selesa, Saudara Presiden di dalam alasan mereka,"...mungkin menyambut satu lagi perjuangan berterusan tanpa pembuka pintu harapan.'" Sumber dan nota: Al-Hayat Al-Jadida, 2 September, 2002. Diterjemah oleh Independent Media Review Analysis dan disemak dengan terjemahan-terjemahan lain.
Menarik melihat Nabil Amr, seorang bekas editor suratkhabar, ialah menteri informasi dalam kabinet Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas.
22"'Propaganda Zionis Generasi Kedua... tidak ramai yang akan menganggap perkataan-perkataan marah yang keluar dari orang kulit hitam terhadap kaum kulit putih sebagai tanda rasisme kulit hitam.'" Sumber dan nota: Yousef Al-Yousef, "Propaganda Israel yang dicalonkan untuk Oscar," www.arabia.com. 21 March, 2002.
Lagipun, Yousef Al-Yousef disifatkan dalam reviu ini sebagai "Pengerusi American Muslims for Global Peace and Justice – kumpulan pejuang hak asasi manusia Muslim yang berpengkalan di Washington D.C."
23"'Sekembalinya di Toronto, aku mendapat tahu sebuah kumpulan solidariti Palestin menaja seorang ahli akademik Afrika Selatan untuk menyebar pendapat kononnya Israel ialah sebuah negara apartheid di kampus-kampus Amerika Utara.'" Nota: Ahli akademik tersebut ialah Na'eem Jeenah, jurucakap untuk Palestine Solidarity Committee of South Africa. Pada 30 September, 2002, dia memberi sebauah ucapan yang bertajuk "South Africa and Israel – The Practice of Apartheid."
24"... seorang ahli parlimen Yahudi telah membentangkan rang undang-undang baru-baru ini untuk memperkenalkan perkahwinan sekular..." Nota: Ahli parlimen tersebut ialah Amnon Rubinstein.
25"Mungkinkah sebuah suratkhabar Ibrani di sebuah negara apartheid menyiarkan rencana yang ditulis oleh seorang Arab Israel tentang 'mengapa "usaha Zionisme ialah satu kegagalan total'?" Sumber: Anton Shamas, seorang penulis Arab-Israel, dipetik oleh Yosef Lapid, "Kepada sahabatku yang terang-terangan cemburu," Jerusalem Post, 13 Jun, 1995. Shamas menulis dalam suratkhabar Ibrani, Ha'ir, sebuah akhbar tempatan Tel Aviv.
26"... surat anti-Israel yang kononnya ditulis oleh Nelson Mandela tetapi sebenarnya terbukti ditulis oleh seorang Arab yang bermastautin di Belanda." Nota: Pembantu penyelidik aku telah berhubung terus dengan penulis surat tersebut, Arjan El Fassed, yang mengesahkan Al Quds "tidak pernah menarik balik." Baca kisah penuhnya.
* éminence grise ialah seseorang yang mempunyai pengaruh dalam bidang tertentu tanpa memegang sebarang jawatan yang nyata.
27"Israel bukan Afrika Selatan..." Sumber: Edward Said, "Israel-Palestine: athird way," Le Monde Diplomatique (terjemahan Inggeris), September 1998, ms. 6.
28"'Kenapa kita tidak lebih bersungguh-sungguh dalam memperjuang kebebasan berfikir di dalam masyarakat kita, satu kebebasan, tidak perlu orang memeberitahu, yang amat jarang sekali?'" Sumber: Edward Said, Ibid., ms. 7.
29" Di Forum-forum menjelang persidangan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Rasisme di Afrika Selatan, Kesatuan Peguam-peguam Arab mengedar kartun-kartun..."[Lihatlah antara contoh-contoh gambar.] Aku memperoleh kepastian daripada beberapa rakan-rakan bukan-Yahudi yang telah pergi menghadiri persidangan ini, dan ada di antara mereka dapat mengingat kembali bahawa mereka ternampak kartun-kartun ini.
* Star of David.
30"Terlalu banyak para intelek, waratawan, dan ahli politik Arab Islam yang memberitahu audiens mereka yang Yahudi adalah Nazi kerana mereka menghisap darah kanak-kanak bukan Yahudi." Sumber: Untuk contoh-contoh yang didokumentasi penuh, lawatilah www.memri.org dan baca Robert Wistrich, Muslim Anti-Semitism: A Clear and Present Danger (American Jewish Committee, 2002). Dalam setiap sumber ini. kesemua contoh mempunyai sandaran dan tidak hanya ditegaskan.
* Blood libel.
31"Seorang menteri pertahanan Syria sedang menerbit buku-buku dan menghasilkan sebuah filem yang menonjolkan Yahudi sebagai penghisap darah." Nota: Menteri pertahanan tersebut ialah Mustafa Tlass.
32" Kepada pendokongnya, Zionisme adalah kepulangan satu bangsa yang tertindas dan semakin berkurangan dari segi demografik." Nota: Ada yang mendakwa Martin Luther King Jr. menyokong Zionisme. Tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini. "Letter to an Anti-Zionist Friend" yang kononnya dikarang oleh King nampaknya ialah satu fabrikasi. Ia selalu dipetik sebagai sebahagian daripada This I Believe, satu koleksi karangan penulisan King. Tetapi petikan-petikan sitasi itu tidak pernah disertai nombor mukasurat, dan ianya kerana Letter to an Anti-Zionist Friend" langsung tidak pernah wujud.
33"Tetapi kepada penentangnya, Zionisme ialah rasisme." Nota: Menurut Middle East Media Research Institute, Ahmad Dabour, Setiausaha Agung Kementerian Informasi Palestin, menulis pada 14 November, edisi 2002 Al Hayat Al-Jadida bahawa "jika kita tidak melihat Zionisme sebagaimana seadanya – sebuah pergerakan Eropah yang nasionalistik dan bersifat perkauman (rasis) yang muncul di pinggiran kolonialisme dan imperialisme lama, kita akan menjadi mangsa yang mudah..."
34" Ada Yahudi hitam. Kaum Falasha diterbangkan dari Habsyah ke Israel di bawah Undang-undang Kepulangan." Sumber dan nota: David Matas, "Israel and the Palestinians: Myths and Realities" (Institute for International Affairs of B'Nai Brith Canada, 2001), ms. 5.
Matas menyampaikan satu kenyataan yang menarik: "Undang-undang Asas (Basic Law) negara Jerman membenarkan sesiapa menjadi warganegaranya sekiranya dia ialah seorang keturunan seseorang yang berwarganegara Jerman dan dinafikan kewarganegaraan atas sebab-sebab politik, ras atau keagamaan antara 30 Januari, 1933 dan 8 Mei, 1945. Dia tidak diperlukan menjadi keturunan generasi pertama. Undang-undang Jerman ini dikenali secara tidak rasmi sebagai Undang-undang Kepulangan (Law of Return), dan tidak ada resolusi Bangsa-bangsa Bersatu yang pernah menyifatkannya sebagai rasis," (ms. 6)
* Law of Return
* Lebih dikenali sebagai Boat People.
35"'Mereka amat berjaya, mempunyai kadar kemasukan universiti lebih tinggi berbanding warga Arab Islam Israel dan menikmati kesihatan yang lebih baik daripada orang Yahudi sendiri." Sumber: Amnon Rubinstein, A minority within a minority," Ha'aretz, 7 Oktober, 2002. Rubinstein memetik Dr. Alex Lowenthal, ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Israel, sebagai berkata: "Golongan Arab Kristian mempunyai petunjuk-petunjuk kesihatan terbaik di Israel. Lebih baik daripada bangsa Yahudi."
36"Nyata sekali, logo Holy Rock ini diilhamkan daripada reputasi Hard Rock Cafe yang begitu masyhur sekali." [Lihat gambar foto.].
Bangsa nampaknya gemar menggunakan logo-logo Amerika, termasuklah Toys 'R' Us dan Blockbuster Video. [Lihat peniruan dari Ramallah ini.]
37"'... ia penuh sesak!'" Sumber: Thomas Friedman, The Lexus and the Olive Tree (New York: Farra, Straus Giroux, 1999), ms. 278.
38"'Dengarlah kata seorang intelek, mullah, atau ahli politik...Sememangnya, dia akan bertipu-helah untuk mendapat bantuan kewangan untuk anak-anaknya dengan mengisytiharkan insolvensi.'" Sumber: Irfan Husain, "When will we ever learn?" DAWN, 21 Disember, 2002.
39Lebih nyata lagi tin-tin minuman Pepsi berselerak di jalan menuju Gua Hirah, di mana nabi Muhammad menerima wahyu Tuhan. Sumber: Farid Esack, On Being a Muslim: Finding a Religious Path in the World Today (Oxford: Oneworld Publications, 1999), p. 15.
40"Sepasang seluar dalam elektrik memeaparkan Tweety Bird yang berkerdipan menyanyi..." [Saksikanlah klip ini]
41" Baru-baru ini, para Mullah dari segenap pelosok Timur Tengah mengecam Pokemon (permainan video kanak-kanak) sebagai perkataan Jepun yang diterjemahkan sebagai "Aku Yahudi." Sumber: Hala Boncompagni, "Japanese pocket monster 'Pokemon' game fans passions in Jordan," Agence France Presse wire service, April 5, 2001.
Boncompagni melaporkan "selepas fatwa-fatwa yang dikeluarkan di Arab Saudi dan Qatar untuk mengharamkan Pokemon, kemarahan memuncak di Amman di mana permainan tersebut telah menyebabkan ketegangan di dalam sebuah komuniti Kristian sementari sesetengah rakyat Jordan melihatnya sebagai angkara Israel.
Bapa Emmanuel Estephan Banna dari komuniti Kristian Ortodoks Suryani merasai sengatannya beberapa hari sebelum itu apabila satu mesej tidak bernama sampai di mesin faksimilinya.
Mesej-mesej tersebut mengatakan perkataan Pokemon dan nama watak-watak yang terdapat dalam permainan ini adalah perkataan-perkataan Yahudi yang berasal dari bahasa Suryani purba dan menghina Islam,' maklum pendeta Kristian ini kepada AFP. Mereka mengatakan Pokemon bermaksud 'Aku Yahudi' dan Pikachu (watak utama permainan ini) ialah satu deskripsi Allah (Tuhan) yang amat bobrok dan menyinggung perasaan.'"
42Seorang ulama Saudi menyalahkan "kegilaan Pokemon ini kepada komplot Yahudi" yang bertujuan untuk membuat anak-anak kita mengabaikan agama dan nilai serta melalikan mereka darpada perkara-perkara yang lebih mustahak seperti cita-cita saintifik." Nota: Ulama yang sama , Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Sheikh, mendakwa kebanyakan kad-kad permainan Pokemon "'memaparkan bintang-bintang berbucu-enam, satu lambang Zionisme antarabangsa dan negara Israel' dan 'salib-salib aneka rupa.'"
43 "'... Walaupun di negara-negara Teluk yang kaya seseorang akan merasa kekecewaan dan kemarahan pendududk yang memepunyai kekayaan tetapi tiada suara di dalam sangkar bersepuh.'"Sumber: Fareed Zakaria, The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad (New York: W.W. Norton, 2003), ms. 135-36.
44"... Amerika Syarikat sentiasa mempromosi kesederhanaan dan hak asasi manusia," Sumber: Presiden George W. Bush (ucapan di United States Military Academy, West Point, New York), 1 June, 2002. Muat turun di www.whitehouse.gov.
45"Hukuman tujuh tahun penjara dengan kemungkinan untuk kerja berat "bagaikan sijil mati" untuk kebebasan sivil di Mesir..." Sumber: Hisham Kassem dalam wawancara dengan "All Things Considered," National Public Radio, 29 Julai, 2002.
46"...ia menjadi jelas kepadanya "mereka yang marah kepada aku memutuskan untuk bertindak menghapuskan Saad Eddin Ibrahim dari kehidupan awam di Mesir.'" Sumber: Saad Ibrahim (ucapan kepada Freedom House, Washington, DC), 21 Oktober, 2002.
* Qibti kadangkala dirujuk sebagai kaum Kristian Koptik yang lazimya terdapat di negara Mesir. Golongan ini adalah penganut Kristian yang mempunyai sejarah yang lama di Mesir dan sejarah mereka bermula sebelum kedatangan Islam ke Mesir lagi. Hari ini golongan ini terbahagi kepada Koptik Katolik yang memperakui kepimpinan Paus di Rom dan Koptik Ortodoks yang mempunyai Paus (Pope) tersendiri yang berpusat di Iskandariyyah (Alexandria) dan menurut tradisinya mengesan salasilahnya kepada St. Mark atau Keramat (Santa) Markus. Dari segi syahadat kepercayaannya, ia amat mirip dengan Gereja Ortodoks Timur Syria (Suryani) dan Gereja Ortodoks Malankara (Malayalam) India yang digelar sebagai St. Thomas Christians yang terdapt di negeri Kerala, barat daya India. Pada hari ini, kaum Qibti bertutur dalam bahasa Arab loghat Mesir. Pemerhatian ini berdasarkan pengalaman penterjemah.
47"Pasangan yang diburu ini tinggal di Belanda, di mana Abu-Zeid menyaman semula Menteri Kehakiman Mesir." Nota: Untuk overviu yang baik mengenai kes Abu Zeid, lihat Mary Anne Weaver, "Revolution by Stealth," New Yorker, 8 Jun, 1998.
48"'Masyarakat yang mengehadkan ruang untuk rakyatnya menyertai dan menyuarakan rasa tidak puas hatinya akan mengundang kemarahan dan tindak balas yang bahaya.'" Sumber: Saad Ibrahim (ucapan kepada Freedom House, Washington, DC), 21 Oktober, 2002.
49"'Di dalam sebuah negara yang mengkehendaki separuh daripada ahli parlimen mesti terdiri daripada orang biasa dan buruh, konfigurasi masa kini memperlihatkan kecondongan ke arah kumpulan elit yang kecil.'" Sumber: Jon B. Alterman, Egypt: Stable but for How Long?'" The Washington Quarterly, Volum 23, Nombor 4, Musim Gugur 2000, ms. 115.
50'"...satu jenayah yang boleh dihukum – kami dapati kemudian – di bawah Undang-undang dari 1920-an yang tidak pernah dilaksanakan untuk mendakwa seorang warga Mesir sebelum ini." Sumber: Saad Ibrahim (ucapan kepada Freedom House, Washington, DC), 21 Oktober, 2002. Dua petikan yang terdahulu juga berasal dari sumber ini.
51"... satu andaian yang boleh "ditertawakan" kata seorang wartawan Arab, apabila memandangkan kerajaan Mesir bergantung kepada bantuan asing." Sumber: Rami Khouri, "Don't stifle a rare Arab voice of moderation," Globe and Mail, 5 Julai, 2000.
52"... satu penerbitan paling konservatif Washington menyeru Bush untuk menguatkuasakan "kuasa Amerika yang begitu besar ke atas Mesir" dan menjamin pengampunan untuk Ibrahim." Sumber: Claudia Winkler, Egypt's Sakharov," Weekly Standard, 31 Julai, 2002, ms. 1 versi online. Muat turun di www.weeklystandard.com.
53"Namun begitu, ratusan orang Arab mencontohi Bush dan menghantar surat-surat mereka sendiri untuk menyatakan sokongan mereka terhadapa Ibrahim." Nota. Untuk memuat turun ssurat ini, lawati www.memri.org, klik pada "Reform in the Arab Muslim World," dan pergi ke "October 15, 2002: Liberal Arab Intellectuals Call on President Mubarak to Free Dr. Sa'ad Al-Deen Ibrahim."
* Born-again Christian.
54"... perempuan Muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Muslim."Sumber: Aku telah menerima banyak pengakuan daripada wanita Islam mengenai perkara ini. Untuk sebab-sebab yang nyata, mereka tidak ingin dikenali.
55"'Negara-negara Arab telah terlibat dalam tidak kurang daripada lima belas peperangan rahsia terbuka antara sesama sendiri semenjak 1930-an..." Sumber: Amir Taheri, "The Arab Role," National Review Online, 20 Disember, 2002.
56"'... kita telah gagal sebagai sebuah masyarakat sivil dengan kengganan berhadapan dengan kebobrokan sejarah, sosial, dan politik di dalam diri kita...'" Sumber: Izzat Majeed dipetik oleh Tom Friedman, "Breaking the Circle," New York Times, 16 November, 2001. Friedman mengambil ungkapan ini daripada apa yang dia panggil akhbar harian Pakistan yang popular, The Nation."
57"'"Anda telah bebas," kata dia. "Anda bebas... Hindu akan berhenti menjadi Hindu dan yang Muslim akan berhenti menjadi Muslim...tetapi di dalam erti kata politik sebagai warganegara satu negara.'" Sumber: Muhammad Ali Jinnah (dalam ucap tamanya sebagai Gabenor-Jeneral Pakistan), 11 Ogos, 1947.
58Mempercayai aku sebagai "orang Islam dari TV itu" dia mengeluh "bagaimana orang-orang kita berbunuhan sesama sendiri...Tetapi Zia menolak tawarannya." Sumber: Ahmed, perbualan di Toronto, 13 September, 2002.
59"...'pegawai-pegawai penting" dan "rakyat yang prihatin" ..."sebahagian daripada konspirasi Hindu atau Zionis." Sumber: Akbar Ahmed dan Lawrence Rosen, "Islam and Freedom of Thought," www.islamfortoday.com (diarkibkan), ms. 2.
60"'...umat Islam hari ini adalah yang termiskin, paling buta huruf, termundur, paling tidak sihat, paling tidak sedar dan paling tidak mempunyai apa-apa, dan paling lemah di kalangan umat manusia.'" Sumber: Pervez Musharraf dipetik oleh www.bbc.co.uk, 16 Februari, 2002.
* Blasphemy boleh diertikan sebagai kata-kata kufur. Aku tidak membuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu keranan ingin mengekalkan spirit perkataan asal.
61"...apabila aku mendapat jawapan negatif terhadap cadangan aku bahawa sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Khaldun (ahli sejarah) atau Maulana Rumi penyair Mistik harus diajar," Sumber: Akbar Ahmed, "Reforming the Madrassah," www.beliefnet.com (archived), p. 1.
62"Apa yang lebih penting buat Sejarah Dunia? Segelintir orang Islam yang membuat kacau atau pembebasan Eropah Tengah dan tamatnya Perang Dingin?" Sumber: Zbigniew Brzezinski, Le Nouvel Observateur, 15-21 Januari, 1998, ms. 76.
63" Eisenhower perhatikan ada kempen membenci kita bukan oleh kerajaan-kerajaan tetapi rakyat jelata Dunia Arab." Sumber: Presiden Eisenhower dipetik oleh Noam Chomsky, "Drain the swamp and there will be no more mosquitoes," The Guardian, 9 September, 2002, ms. 1 versi online.
* talk show adalah rancangan televisyen seperti
Oprah yang membicarakan tentang aneka topik seharian dan semasa. Tidak diterjemah dan satu lagi contoh code mixing.
64"' Aku fikir itu yang sedang kita perbicarakan.'" Sumber: "Donahue," MSNBC, 2 Ogos, 2002.
* über bermakna ‘super’ atau ‘maha’. Berasal daripada Bahasa Jerman.
65"'Sistem pilihanraya tidak mempunyai tempat di dalam kepercayaan Islam" kerana Islam memandang pemimpinnya sebagai "pengembala" yang bertanggungjawab untuk "kawanan kambing biri-biri.'" Sumber: Raja Fahd seperti yang dipetik oleh John Esposito, 'A Response to 'The Place of Tolerance in Islam'," Boston Review, Februari/Mac 2002, ms. 2 versi online.
* en masse merujuk kepada satu keadaan di dalam sebuah kumpulan atau kesemuanya sekali. Dikekalkan tanpa terjemahan kerana penterjemah berpendapat ia lebih berkesan untuk menyampaikan maksud penulis/ pengarang buku. (code-mixing).
- Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
- Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)
- Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
- Surat
- Bab 1 - Bagaimana Aku Menjadi Seorang Refusenik Muslim
- Bab 2 - Tujuh Puluh Perawan
- Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?
- Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
- Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
- Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi
- Bab 7 - Operasi Ijtihad
- Bab 8 - Menyanjung Kejujuran
- Bab 9 - Mujurlah ada Barat
- Pembacaan Yang Disyorkan
- Penghargaan
- Kata Hujungan
- Kata-kata Penghargaan Daripada Penterjemah
Documentary

Irshad's PBS Documentary: Faith Without Fear follows my journey around the world to reconcile Islam and freedom.
Learn More and View Clips...
Buy Now in the USA
Buy Now in Canada
Get Involved

Irshad is pioneering efforts throughout the world to promote Muslim reform and moral courage. To join her mission, first get informed about all that she's doing.
Click here for concrete actions you can take to support Irshad's work.
Get Updates
Want to sign up for Irshad's confidential mailing list?
Click here to go to the subscribe page.
![]()
Click here to see photos of Irshad's latest
events and read her newsletters.
Around the Web
Join conversations about Muslim reform and moral courage around the web.
Click the links below to get involved:




