HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI
Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
"SUSAH TIDAK untuk pergi ke Wilayah-wilayah itu?" tanya aku kepada Paul, salah seorang kakitangan pertubuhan yang meganjur lawatan Israel aku. Sudah pasti, aku merujuk kepada Wilayah-wilayah Yang Diduduki – Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
"Ooh," bisiknya, "Susah."
Ia merupakan detik paling genting di dalam konflik Israel-Palestin. Proses damai baru sahaja gagal dan intifada baru dilancarkan. Pengeboman berani mati oleh rakyat Palestin menjadi-jadi dan Israel membalas dendam pendudukan semula – penembatan-penempatan haram Yahudi, serangan helikopter, perhentian pemeriksaan, perintah berkurung, dan pemusnahan kompaun Yasser Arafat di Ramallah. Israel tidak memerlukan beban tambahan untuk menjaga keselamatan warga-warga asing, tetapi pada masa yang sama ia tidak mahu dilihat sebagai menghalang wartawan daripada mendokumentasikan cerita di pihak yang satu lagi. Tanpa disuruh-suruh, Paul memasukkan lawatan-lawatan menemui para artis dan intelektual Arab di dalam jadual perjalanan aku. Kesemua mereka, aku mendapat tahu kemudian, tidak teragak-agak mengkritik dasar-dasar Israel. Aku masih perlu ke wilayah-wilayah Palestin. Empat wartawan lain yang bersama-sama aku pun bersependapat.
"Mari kita tengok apa yang boleh kita lakukan," kata Paul.
Semasa aku tiba di lapangan terbang Toronto untuk penerbangan ke Tel Aviv, kami belum memperolehi kata ya. Namun pada masa yang sama, tidak juga diberi kata tidak.
Pegawai dari El-AL, syarikat penerbangan kebangsaan Israel, merisik semua yang ada. Aku melangkah untuk menegur beliau. "Lahir mana?" tanya beliau.
"Uganda," jawab aku sambil menunjukkan kad warganegara dengan gambar seorang pelarian kecil yang comel.
"Uganda? Aku dari India, tahu tidak."
"Seorang Yahudi Asia Selatan?" jawab aku riang. Aku meminta penjelasan daripadanya. Dia menceritakan sejarah keluarganya sebelum kembali serius. Dia tanya, aku belajar di sekolah mana? Samada aku lulus daripada kesemuanya? Pernah tidak aku terlibat dalam "perancangan" untuk saudara mara, seperti menyampaikan bungkusan atau menyeludup pakcik yang tersenaraihitam dari sebuah negara ke negara yang lain? Selepas sesi pertanyaan itu, beliau terus berkata: "Aku cam saudari, saudari dari TV ya. Rancangan yang cukup hebat."
QueerTelevision yang dimaksudkannya. Jadi aku mengalih pandangannya kepada pasangan aku Michelle, yang berdiri beberapa meter dari aku, yang kelihatan runsing melihat kerancakan perbualan kami. Pegawai itu senyum ke arah pasangan aku dan mengucapkan selamat jalan kepada aku.
Michelle mengambil gambar aku berhadapan papan tanda King David Lounge (aku merasakan ada yang tidak kena tetapi menarik tentang nama ini*). Kami mengucapkan selamat-tinggal yang bercampur-baur senyuman dan kerunsingan. Senyuman-senyuman tersebut umpama membisikkan, "Inilah saatnya! Kerunsingan pula berbisik, "Mungkinkah ini...rupanya?" Michelle kebiasaannya bukan seorang yang mudah ruingsing dan risau: Tidak sampai dua puluh-empat jam kemudian, seorang pendatang Mesir menyerang kiosk tiket El-Al di Los Angeles dan menembak mati dua orang. Penerbangan Toronto ke Tel Aviv bermula di L.A. Seandainya aku menangguh satu hari lagi untuk menaiki kapal terbang, sudah pasti aku tidak akan dapat ke Israel dalam masa terdekat – sudah tentu Michelle tidak akan membenarkan aku pergi, dan aku pula tidak akan menyalahkahnnya.
Merenung kembali pengalaman pertemuan dengan seorang Yahudi Asia Selatan, aku mendapat satu lagi petunjuk tentang bertapa kompleksnya Israel. Video keselamatan penerbangan, walaupun disiarkan dalam bahasa Ibrani, mempunyai sarikata bahasa Arab. Bahasa Arab ialah satu bahasa rasmi di Israel. Siapa sangka?
Aku mendarat tanpa sebarang insiden. Lawatan enam-hari terbahagi kepada dua blok utama. Lawatan hari-hari pertama bertumpu di pusat perdagangan Israel, Tel Aviv, dan pusingan kedua di ibu kota rohaniahnya, Baitulmaqdis. Kami juga berhenti di beberapa bandar kecil yang didiami oleh rakyat Arab Israel, dan di sepanjang perjalanan, aku terus berharap, mengambil masa di wilayah-wilayah Palestin. Aku menyedari ia melibatkan banyak aktiviti yang
frenetik*. Tetapi pada hari penuh pertama aku di Tel Aviv, aku menyedari yang rakyat Israel hidup dalam
frenetisisme.*
Ia boleh dilihat dari kelenturan* budayanya. Semasa makan tengah hari, seorang wartawan Israel memberitahu aku tentang pembikinan
My Fair Lady dalam bahasa Ibrani di mana seorang wanita Arab memainkan watak wanita utamanya. "Pada tahun-tahun 1980-an, terdapat usaha untuk menubuhkan Teater Nasional Palestin," tambahnya. "Kesemua persembahan di dalam bahasa Arab dan penganjur mengundang pengkritik teater Israel secara aktif untuk datang. Malah, teater tersebut berjaya menarik minat di kalangan Yahudi liberal, tetapi kurang berjaya dengan orang Palestin." Teater tersebut hancur berkecai, apabila pengasas-pengasasnya, pasangan suami-isteri, bercerai. Namun demikian, gerakan intifadalah yang menghentikan pertukaran antara Arab dan Yahudi di Muzium Seni Tel Aviv sama sekali, yang akan kami kunjung sebentar lagi.
Serba sedikit latar belakang terlebih dahulu. Muzium ini muncul pada 1930-an, sebelum kemerdekaan Israel pada suatu ketika di mana unta-unta di jalanan adalah pemandangan biasa. Didorong dengan kepercayaan bahawa bandar tersebut perlu menjadi sebuah kota, dan setiap kota raya mesti mengembleng tenaga bersama-sama para senimannya, datuk bandar Tel Aviv menulis kepada pengumpul-pengumpul seni seluruh dunia untuk pinjaman kewangan. Yahudi Jerman, yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu, menghantar harta karun mereka kepadanya. Melalui cara ini, arca ukiran dan lukisan-lukisan terselamat daripada dirampas dan kemusnahan. Cerita ini semakin menarik. Seni yang dikongsi di kalangan orang Yahudi dinikmati bersama-sama oleh Yahudi dan Arab. Kebanyakan masa pada tahun-tahun 1990-an, pengarah galeri di Baitulmaqdis Timur Palestin mempamerkan barangan dari koleksi seni Tel Aviv, dan meminjamkan muzium tersebut hasil-hasil buatan komuniti Arab. Pada kemuncak proses damai, seorang artis Mesir membuat pameran di Tel Aviv. Muzium ini mengatur supaya beberapa bahagian pameran seninya untuk dipamerkan di wilayah-wilayah Palestin.
Tidak lagi begitu, "Kami ingin terus berkerja dengannya," kata kurator Muzium Tel Aviv tentang kurator sejawatnya di Baitulmaqdis Timur. Sejak Intifada, beliau telah berusaha untuk berhubung, tanpa sebarang kejayaan. "Mungkin beliau terlalu takut akan [Pihak Berkuasa Palestin*] untuk mempunyai hubungan dengan kami." Mungkin? Kenapa beliau beranggapan demikian? Aku cuba merisik, tapi tidak berjaya. Tetapi aku akan kembali kepada kenyataannya.
Semasa aku meninggalkan bangunan tersebut, aku ternampak sesuatu yang amat kontras dari segi visual. Bangunan rendah Muzium Tel Aviv terletak bertentangan sebuah bangunan tinggi yang kelihatan seperti pangkalan angkasa Israeli Defense Forces. Jukstaposisi dayacipta dan hierarki agaknya satu kebetulan sahaja, tapi contoh-contoh seperti ini berleluasa di seluruh Israel– di sinilah wujudnya parti politik Hasidik dan satu-satunya perarakan gay pride di Timur Tengah. Beliau mengajukan soalan ini: Perlukah Israel kekal sebagai "negara Yahudi" atau sekular sepenuhnya di mana peranan agama adalah terhad? Peranan apa yang harus dimainkan oleh Holocaust, bukan sahaja di dalam sejarah rasmi Israel tapi identiti masa kini sebagai tempat perlindungan? Amat baik, fikir aku, di mana seorang warga Israel boleh mengajukan pertanyaan perkara-perkara ini secara terbuka kepada dirinya, lebih-lebih lagi kepada seorang yang tidak dikenalinya seperti aku.
Sepanjang masa aku di Israel, media Israel memperbahas persoalan-persoalan seumpama ini dengan rancak sekali. Tidak pernah aku terfikir bahawa seseorang itu boleh menyerang agama di negara Yahudi. Bertapa salahnya aku. Aku terbaca mengenai seorang ahli sekular Knesset (dewan perundangan Israel) yang menyatakan negara ini tidak memerlukan lebih ramai Yahudi warak daripada bilangan yang sedia ada di Amerika. Satu suratkhabar mengipas komen-komen beliau sehingga berlakunya kekecohan kecil. Beliau kemudiannya mendakwa yang beliau maksudkan golongan pendatang Yahudi "ultra-warak". Walau apa pun. Undang-undang Israel menjamin kebebasan bersuara, dan ia seolah-olah menyampaikan sesuatu yang penting kepada kita.
Aku benar-benar seronok menikmati membaca ruangan-ruangan editorialnya di mana pilihan subjek-subjeknya menunjukkan kebebasan akhbar. Ambil Ha'aretz sebagai contoh, New York Times Israel. Ia mengkritik cadangan kerajaan untuk memberi tanah-tanah kerajaan kepada bandar-bandar yang terdiri daripada kaum Yahudi sahaja. Tahukah bagaimana Ha'aretz menyifatkan rang undang-undang ini? "Rasis" Betul-betul di tajuk beritanya, " A racist bill." Tidak berlapik, tidak berkias-kias, dan tidak ada sebarang kekesalan. Rang undang-undang ini akhirnya tidak berjaya mendapat sokongan akibat kritikan hebat.
Aku harus memberitahu kalian satu lagi kontroversi yang dilaporkan di dalam akhbar semasa lawatan aku. Ia berkisar mengenai keadilan cara rangkaian berita asing membuat liputan konflik Palestin-Israel. Menteri komunikasi Israel mengancam untuk menarik CNN daripada ke udara dan menggantikannya dengan Fox. Ha'aretz membalas: Sekiranya kalian berbuat demikian, maka kalian tidak lebih baik daripada Arafat, di mana beliau pernah dengan marahnya meletakkan telefon terhadap Christiane Amanpour. Di dalam rancak mempertahankan prinsip daripada ancaman propaganda, suratkhabar itu menegaskan, "Warga Israel berhak untuk tahu bahawa CNN dan BBC bukan cerminan pandangan rasmi Israel..."
Masih keliru, aku mengalih mukasurat – hanya untuk menyaksikan lebih banyak kritikan-diri. "Sudahkah sejarah Yahudi memberi perhatian yang memadai kepada pemimpin-pemimpin wanitanya?" tanya seorang penulis. "Mungkin belum..." Beliau meneruskan untuk mengisahkan seorang banker Yahudi yang bernama Dona Gracia Nasi, yang menyelamatkan ribuan nyawa dari Inkuisisi Sepanyol* menggunakan kemahiran kewangannya di dalam menangani masalah politik. Beberapa hari selepas munculnya rencana ini, Israel meraikan seorang wanita mithali. Buat kali pertama, pihak tentera melantik seorang wanita sebagai ketua jurucakapnya. Aku teringat aku memikirkan walaupun dengan segala penggalian etikanya (atau oleh kerana ini), ini ialah satu masyarakat yang mara ke hadapan walaupun ia juga terpaksa bersaing dengan literalisme agama.
Memasuki Baitulmaqdis sempena bahagian kedua lawatan aku, aku terlihat satu pemandangan dari tingkap jendela kereta. Berpakaian seragam penuh, seorang wanita muda berkawad di hadapan satu dozen anggota tentera lelaki. Ke arah mana beliau memimpin bala tenteranya? Aku menoleh ke arah pemandu pelancong aku. Beliau berkata mereka bergerak menuju Kota Lama – bahagian-bahagian kota terletaknya tempat-tempat ibadat di Baitulmaqdis – "di mana mereka akan menghabiskan tiga hari untuk mempelajari agama-agama yang terdapat di sini."
"Maksud kamu, literasi agama ialah sebahagian daripada tugas ketenteraan?" Ya. Pihak tentera meluangkan masa, setiap beberapa bulan, untuk anggota tentera yang distesenkan di Baitulmaqdis untuk belajar tradisi-tradisi di luar pengalaman harian mereka." Secara peribadi, aku juga menyedari bertapa berharganya program ini pada petang berikutnya
AKU DIJADUALKAN MELAWAT KUBAH AS-SHAKRAH. TEMPAT SUCI ISLAM ketiga suci boleh dikenali melalui kubah keemasannya, di mana pancaran cahayanya menggalakkan sang suria untuk terbit dan tenggelam setiap hari. Tradisi Islam menyatakan di sinilah terletaknya sebuah batu khas – batu yang dipanjat Nabi Muhammad semasa "Israk dan Miraj." Di batu tersebut, Muhammad terjumpa tangga yang berpusing-pusing yang mengangkat baginda ke syurga, di mana baginda bercampur gaul. bersembayang berjemaah, dan menerima hikmah para anbiya terdahulu. Kisah ini membuatkan aku jatuh cinta semula dengan Islam, mendefinisikan potensi kepercayaan agamaku untuk pluralisme.
Kubah As-Shakrah berdiri di atas platform Haram al-Sharif (atau Bukit Haikal), dan seperti yang didakwa oleh tradisi Yahudi dan para ahli arkeologi di sini juga terletaknya haikal utama kerajaan purba Nabi Daud. Ia juga tempat berlakunya rusuhan intifada mutakhir pada September 2000. Beberapa hari sebelum rusuhan, Ariel Sharon menziarahi Haram al-Sharif . Ekoran kegagalan proses damai yang menyaksikan Israel menyarankan agar Baitulmaqdis dibahagi, niat Sharon ialah untuk menunjukkan bahawa Haram al-Sharif masih terbuka kepada penganut-penganut agama Yahudi. Siapakah yang dia cuba main-mainkan? Sebagai seorang penganut Yahudi konservatif, Sharon berpendapat bahawa kunjungan tersebut dapat memperkuat kempen tidak rasminya untuk menjadi Perdana Menteri. Satu pantomim politik yang sinikal. Berbicara tentang politik sinikal, ketua keselamatan Arafat memberi pra-keizinan kepada kunjungan Sharon. Seorang menteri kabinet Pihak Berkuasa Palestin mendedahkan Arafat telahpun merancang intifada berbulan-bulan lamanya. Beliau memerlukan satu provokasi, dan kunjungan Sharon ke Haram al-Sharif dilihat sebagai satu provokasi oleh rakyat Palestin. Intifada bermula dan pintu-pintu gerbang besi kedua-dua masjid Kubah As-Shakrah dan Masjid al-Aqsa, ditutup rapat kepada orang ramai kecuali penganut Islam tempatan. Sejak itu, bahagian Baitumaqdis lama – yang dulunya pernah menjadi tarikan kepada Yahudi, Kristian, dan orang-orang yang tidak tergolong dalam mana-mana agama terancang – dikosongkan daripada tenaga ekumenikalnya.
Aku muncul di pintu-pintu gerbang in di dalam pakaian legap yang mencecah pergelangan kaki aku, diiringi dengan kardigan berlengan panjang yang dibutang. Aku tidak rela untuk mententeramkan rambut aku yang tajam. Meskipun, ia dijinakkan oleh hijab yang membaluti kepala aku. Kementerian Luar Israel telahpun memaklumkan penjaga kawasan ini, sebuah jawatankuasa agama yang dikenali sebagai Waqaf, bahawa aku akan datang. Pesannya: Jangan terlalukan menyusahkannya, dia salah seorang daripada kamu.
Mungkin tak sebegitu.
Seorang ahli Waqaf yang bertubuh sasa memerhati aku dari kepala hingga ke hujung kaki. Dia menafikan pernah menerima sebarang arahan daripada kementerian. Pemandu aku menyakinkannya arahan tersebut telahpun disampaikan. Lelaki Waqaf berkumat-kamit bercakap di walkie-talkie*nya, dan beberapa minit kemudian seorang lelaki lain mara ke arah aku. Aku tidak menyedarinya pada ketika itu tetapi kelewatan itu tersebut tidak ada kena mengena dengan notis rasmi atau ketiadaannya. Nama aku, Irshad, adalah nama uniseks, dan jauh lebih biasa kedapatan di kalangan lelaki daripada perempuan. Apabila Kementerian Luar Israel memaklumkan pihak Waqaf mengenai aku, aku mengagak kumpulan lelaki tadi sebenarnya ingatkan aku ini lelaki.
Oleh kerana aku tidak mempunyai pengiring lelaki Muslim. Jadi apa yang patut aku buat? Kekalutan tadi berakhir apabila seorang pegawai polis Baitulmaqdis bersetuju untuk mengiringi aku di dalam kawasan pintu-pintu gerbang tersebut. Tetapi sebelum aku boleh melangkah ke tanah kudus ini, satu lagi langkah perlu dikuatkuasakan.Seorang ahli Waqaf datang berlari-lari membawa sehelai kutang di tangannya dan menyuruh aku memakainya. Belum lagi rasa terjengkel. Aku mula menyarungkan kutang tersebut.
Cis – Pakatan Umar menyerang lagi! Memakai kekutang di atas pakaian adalah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh golongan kafir zimmi. Aku, sebagai seorang Perempuan Muslim Barat, lebih mirip kaum zimmi pada pendapat Waqaf. Agaknya mereka mengesyaki aku ini Yahudi yang sedang menyamar. Tetapi rasanya aku ini lebih rendah martabatnya pada pandangan mereka.
Aku menahan lidah aku, mengetatkan hijab aku untuk perjalanan yang berlekak-lekuk di hadapan, menarik nafas dalam, dan menggoyangkan tubuh aku dari satu sisi ke sisi yang lain dengan harapan kutang tadi melepasi pinggang aku. Melalui pengiring aku, aku memberitahu
Saudara Fasis Fesyen* bahawa kutang tersebut tidak muat di atas pakaian aku.
Orang Waqaf akhirnya membenarkan kutang itu dipakai di bawah pakaian aku. Kanak-kanak lelaki Muslim yang manis merenung aku sambil aku mengenakannya. Syukurlah aku memakai pakaian lain di bawah pakaian aku pagi ini-
seluar basikal.
Melupakan keaiban tadi, pengiring aku dan aku melalui pintu-pintu gerbang tersebut. Kami bergerak perlahan-lahan kerana kutang itu menentukan gerak langkah aku. Sementara pegawai polis itu menemani aku di sekitar platform terbuka Haram al-Sharif, dia memberitahu aku sejarah tidak-rasmi Islam. Dia pernah menjadi seorang anggota tentera dan masih banyak memperingati apa yang dipelajarinya dalam pendidikan mandatorinya mengenai Kota Lama. Untuk soalan-soalan khusus, aku perlu mengemukakannya kepada pihak Waqaf. Bagaimana nak kata "Lupakan sahaja" dalam bahasa Arab? Pihak waqaf langsung tidak membenarkan aku mengambil gambar untuk orang-orang kampungku, jangankan perbualan. Sungguh pelik kerana ia memerlukan seorang Yahudi untuk mengalu-alukan kedatangan aku di sini. Atau, memandang kepada teologi dan sejarah berzaman yang dikongsi sama dengan Haram al-Sharif, ia sesuai agaknya.
Polis pengiring aku membawa aku ke pintu-pintu gerbang Masjid al-Aqsa. Semasa aku menyarung capal, dan membetulkan hijab bersedia untuk masuk, seorang lelaki bergerak ke arah aku dari dinding yang disandarinya dan menyekat pergerakan aku. Pengiring dan diri aku cuba menyakinnya bahawa kami telah pun diberi kebenaran untuk masuk, agaknya dia tidak memahami kami atau tidak percayakan kami. Kami memanggil pihak Waqaf. Mungkin ia disebabkan oleh Buddha di dalam diri ini agaknya, tetapi aku tidak menaruh sebarang harapan dalam mereka, dan oleh yang demikian aku tidak berasa kecewa. Pihak Waqaf tidak mengesahkan kepada lelaki tua itu yang mereka sudah pun membuka pintu-pintu gerbang masjid itu kepada aku. Kami terhenti sejenak dan kelihatan seperti umat Islam yang sedang meragam.
Kemudian si atuk tua, merenung terus ke arah aku, dan melafazkankan baris pertama ayat pertama daripada Quran. “ Bismillah al-Rahman al-Rahim,” seolah-olah ada sesuatu tentang nada suaranya. Aku tertanya-tanya samada dia sedang menguji samada aku mampu menyambung dengan ayat seterusnya? Aku membalas dengan penuh semangat. “ Alhamdulillah rabb al Alamin.”
“ Al-Rahman al Rahim,” sahutnya. Pengajian madrasah yang bertahun-tahun lamanya akhirnya menyediakan aku untuk saat ini, peraduan membaca ayat suci dengan seorang lelaki tua di Haram-al-Sharif di Baitulmaqdis. “ Maliki yaum al-din,” aku melantun balik. Selepas beberapa pusingan, aku berjaya membuktikan kesahihan keislaman aku kepada si atuk tua tadi dan agaknya dia kena menjawab kepada Allah kerana menghalang hak seorang Muslim daripada beribadat.
Dengan beratnya, dia membenarkan aku masuk tetapi dia mengenakan satu syarat. Aku mesti berhenti mengambil gambar mereka yang berada dalam masjid kerana mengambil gambar mana-mana makhluk yang ada roh boleh membawa kepada dosa syirik. Tunggu dulu. Bukankah orang Muslim juga, pada Zaman keemasan Islam , yang merintis kaedah imagasi optik? Bukankah ciptaan-ciptaan mereka mempengaruhi bidang fotografi kurun kesembilan-belas? Aku melupakan perkara itu buat sementara, kewarasan aku menyeru aku mengetap bibir dan menyerahkan kamera kepada pengiring aku.
Dunia di dalam Masjid al-Aqsa amat berbeza dengan alam atuk yang beku. Ruang suci ini terbuka kepada kedua-dua jantina. Tidak ada dinding pemisah yang memisahkan lelaki dan perempuan. Namun, aku hanya ternampak seorang perempuan sahaja yang duduk di atas permaidani yang indah buatannya, dan dia menjarakkan dirinya daripada segelintir jemaah lelaki yang ada. Tetapi setidak-tidaknya, dia bersama-sama mereka. Sesetengah lelaki tersebut kelihatan tenang, ada yang duduk membongkok di laluan pintu atau baring di antas lantai, layu akibat panas tengahari. Antara sebab-sebab aku sedang diperhati semasa berjalan melalui mereka.
Pembetulan: aku tidak rasa yang aku diperhatikan oleh pihak berkuasa yang dilantik sendiri. Aku cuma diawasi. Di sudut jauh, sekumpulan kanak-kanak lelaki ketawa melihat perempuan ini membelai-belai tiang-tiang yang begitu indah ini dan meneleng-nelengkan kepalanya ke beberapa arah. Guru kanak-kanak lelaki tersebut mendiamkan mereka. Aku bergerak ke arah guru tersebut dengan berhati-hati, tidak pasti samada aku sedang mengundang masalah. Dia ketawa dan menegur aku dalam Bahasa Arab, bertukar kepada Bahasa Inggeris apabila dia menyedari itulah bahasa yang diucap aku. "Kamu dari mana?"
"Toronto."
"Kamukah orangnya itu. Ya, kami memang menjangka kedatangan saudari." Jadi memang benarlah Kementerian Luar Israel ada memaklumkan pihak Waqaf! Menyebabkan " tip-off"* kepada agenda politik di dalam taktik-taktik yang memperlahankan yang dialami aku di pintu-pintu gerbang tadi.
"Baik, aku gembira aku belum memeranjatkan sesiapa." Aku mengambil kesempatan kemesraan yang terjalin di antara kami. "Bolehkah aku mengambil gambar saudara bersama-sama murid-murid, tuan? Ia amat bermakna kepada aku.
"Silakan," jawabnya.
Aha! Rupa-rupanya tidak semua yang bersependapat dengan si atuk tua kononnya mengambil gambar makhluk-makhluk Tuhan itu sama dengan memujanya. Sekiranya seorang pengajar Quran khususnya, dapat mengelak daripada kecenderungan menyempitkan tafsiran yang terkandung dalam Quran, agaknya kepelbagaian tafsiran itu wujud walaupun di tengah-tengah pusat aktivisme Palestin ini. Cabarannya ialah untuk mengutarakannya tanpa sebarang kebimbangan berlakunya sebarang bentuk serang-balas.
Buat masa ini, aku perlu mengambil gambar kelas. Masih berkutang, aku jalan terkedek-kedek keluar dari masjid itu, berhati-hati menarik perhatian pengiring aku, mendapatkan semula kamera aku, dan melakukan perkara 'kotor' itu. Semasa aku berterima kasih kepada guru dan anak-anak muridnya tadi, sesuatu menarik perhatian aku. Salah seorang pelajar Quran tersebut memakai kemeja-T yang bertulisan bahasa Ibrani. Kalau di tempat lain, aku tidak akan pandang dua kali. Tetapi di tengah-tengah pusat intifada, rasanya perlu aku pandang sekali lagi untuk kepastian.
Stesen aku seterusnya ialah Kubah as-Shakrah*, di mana aku mendapat mendapati kebanyakan perempuan dan kanak-kanak sedang menghabiskan sembahayang. Aku juga mendapati yang ruang dalamnya tidak seindah Masjid al-Aqsa. Agaknya kemalapan keseluruhannya berpunca daripada sang suria yang memancarkan atau batuan di tengah-tengah masjid dengan perbandingan yang lain-lain tampak gelap. Aku mendekati tarikan utama, Dibentangi dengan reling kayu yang tinggi, permukaan batu susut sekiranya kita rendah. Jadi aku mencari tarikan lain dan rupa-rupanya ia ialah sikap berterus-terang seorang wanita di dalam masjid ini.
Dia ialah seorang pengetua sekolah yang tinggal di New Jersey dan dilahirkan di Baitulmaqdis dan selalu pulang melawat kakaknya. Semasa perbualan kami, pengetua ini diberitahu yang aku ini dari sebuah siaran televisyen dan aku ingin kembali untuk membuat pengambaran bersiri. "Tolonglah," serunya. "Ambillah orang-orang (pelarian) khemah untuk membantu kamu. Sekiranya mereka tidak tahu menahu tentang kamera video dan mikrofon, ajarlah mereka.
Aku menjawab bahawa produksi tevisyen adalah umpama politik Israel-Palestin. Satu proses yang amat rumit untuk sesuatu yang mudah. Dia tidak faham lawak jenaka yang cuba aku sampaikan, bingung dengan krisis yang sedang melanda. "Orang-orang khemah pelarian benar-benar dalam kesulitan. Tidak ada pekerjaan. Sudah lama tidak ada pekerjaan."
"Tetapi apa jadinya dengan bantuan asing yang diterima Pihak Berkuasa Palestin dari Barat?," balas aku. Aku tidak mengungkitkan tentang kewangan tambahan dari Agensi Bangsa-bangsa Bersatu yang dikhaskan untuk tiga generasi pelarian Palestin." "Kita sedang berbicara mengenai berjuta-juta dolar yang boleh digunakan makmal-makmal dan hospital-hospital serta sekolah-sekolah dan zon-zon keusahawanan perniagaan. Kenapa masih ada khemah pelarian? Ke mana perginya bantuan itu?"
"Aku tidak tahu tentang semua itu, tetapi sebahagian daripadanya ......". Dia menggerakkan tangannya seolah-olah meletakkan wang ke dalam saku.
"Rasuah"
"Tengok sana" ujarnya, mengalih perhatian terhadap tiang masjid rosak. "Umat Islam tidak mempunyai wang untuk menjaga tempat indah ini."
"Tunggu dulu," jawab aku menyabab dengan pedas. "Adakah ia kerana kita tidak mempunyai wang, atau kita tidak mempunyai kepimpinan yang menggunakan wang untuk tujuan-tujuan yang baik?"
"Tuhan sahaja yang tahu." Sebenarnya jawapan itu datang bersama-sama nafas seterusnya. "Ada orang kata,"Jangan risau selagi masjid itu tampak kuat dan teguh dari luar." mereka hanya mengambil berat akan simbolismenya, bukannya sesama manusia."
Petang itu berlalu dengan pantas dan aku mempunyai satu lagi perhentian sebelum makan malam. Aku cepat-cepat mengambil gambar – perempuan, tiang, kanak-kanak, batu dan beredar, merasa terhimpit dengan ketidak-adilan dalaman seperti rasa terhimpit oleh kutang yang aku pakai itu. Pengiring aku menghantar aku ke pintu gerbang. Kali ini, aku bersembumyi di belakang sebuah bangunan kecil dan rendah untuk membebaskan diri daripada pakaian yang amat menyeksakan itu. Aku akan menyerah kembalinya dengan gembira kepada pihak Waqaf. Tetapi aku tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk memandang liar ke arah aku buat kali kedua.
TIADA SESIAPA YANG MENGANGGU AKU DI TEMBOK BARAT. AKU MENYEDARI bagaimana perempuan Yahudi memperjuang peperangan kecil mereka sendiri untuk bersembahyang di sini bersama-sama dengan lelaki. Ada wanita yang pernah diludah, diserang secara fizikal, dan ada yang dihumban ke penjara . Kes-kes* masih berterusan. Ekoran pengalaman Waqaf yang masih segar dalam ingatan, aku bersyukur tidak ada orang yang menganngu aku di Tembok ini. Atau menyuruh aku menyarung kutang yang boleh diumpamakan sebagai pita pelekat kain linen. Atau beradu surah-dan-ayat dengan aku. Perasaan ditenggelami amat mengerikan.
Tembok Barat ialah permukaan batu yang mengandungi rekahan yang mengandungi cebisan-cebisan kertas yang mengandung doa-doa umat Yahudi dari seluruh dunia, Mereka mengerumuni muka Tembok kerana menurut kepercayaan Yahudi, ia adalah satu-satunya peninggalan komuniti Haikal Sulaiman*, putera Raja Ibrani yang pernah berdiri di tapak Kubah as-Shakrah di Haram-al-Sharif. Daud, mendirikan sebuah haikal sebagai pusat penyembahan bani Israel. Orang Babylon memusnahkan Haikal Pertama, dan umat Yahudi mendirikan Haikal kedua sekitar 515 Sebelum Masihi. Pada 70 tahun Masihi, orang-orang Romawi merampas Baitulmaqdis, meratakan Haikal Kedua, dan membuang orang Yahudi daripada kerajaan mereka. Untuk berkurun lamanya orang Kristian membiarkan Haram al-Sharif merosot sebagai satu peringatan kejatuhan Yahudi. Tetapi seperti yang kalian ketahui, umat Islam akhirnya menguasai kota suci ini. Mereka memperbaik-pulih Haram al-Sharif dengan meletakkan tanda-tanda Islam ke atasnya. Pertama ialah Masjid al-Aqsa, kemudian Kubah as-Shakrah. Walaupun orang Islam membuka semula Baitulmaqdis kepada orang Yahudi, Haikal kedua masih berada dalam kebinasaan. Orang Islam tidak pernah mengembalikannya kepada keadaan awal. Dan bagi umat Yahudi Ortodoks, begitulah hendaknya cara yang terbaik: Pembinaan semila haikal ialah tugas al-Masih*, yang ditungu-tunggu mereka. sehingga itu, Tembok Baratlah menjadi nukleus komuniti Yahudi – satu peringatan yang tidak ada kaitan dengan masa silam, masa hadapan, kekuasaan dan zuhud.
Aku sampai ke sana dengan agak cepat kerana tembok ini bersambung dengan kuarter Muslim Baitulmaqdis. Pada mulanya, aku kagum dengan saling kepergantungan Islam-Yahudi yang wujud pada rekabentuk struktur Haram al-Sharif. Kemudian, aku terbaca rencana suratkhabar bagaimana saling kerpergantungan ini memberi masalah kepada orang-orang Yahudi yang mesti meminta pihak Waqaf untuk membaik-pulih kebocoran di Tembok Barat. Demi keamanan, anada boleh lihat, Israel telah memberi kuasa yang agak besar untuk menjaga Haram-al-Sharif. Kita tidak berbicara tentang kemerdekaan di sini, tetapi kawalan pentadbiran. Kawalan Muslim menjangkau Tembok ini dan merangkumi kesemua di belakang tembok ini, seperti tiang rosak di Kubah as-Shakrah. Kalian boleh menyalahkan pendudukan Israel tentang luka dan kecederaan lain, tetapi nyata sekali ini bukan begitu halnya.
Aku meminjam sebatang pensel dan menulis satu permintaan kepada Tuhan, kemudian bersesak-sesak mengharungi orang ramai untuk menghampiri Tembok. Semasa aku meluang masa untuk mencari rekahan untuk menyelit doa aku, aku sedar yang aku menghalang orang Yahudi di belakang aku. Namun aku tidak merasa yang aku ini seorang penghalang. Aku selesa seperti berada di rumah sendiri – lebih daripada hari-hari yang lain. Aku tahu siapa ahli keluarga aku.
Katakanlah yang aku ini terlalu mentah. Tetapi aku faham banyak ini sahaja: Apabila aku kata ahli keluarga, gambaran yang ada dalam fikiran aku bukanlah Nabi Muhammad atau Ibrahim, ia ialah seorang kanak-kanak yang bertatih-tatih berlari ke arah aku – pada siang hari tadi. Semasa dalam perjalanan ke Kubah as-Shakrah, pengiring aku membawa aku ke Kuarter Yahudi di Kota Lama. Kami melangkah ke tempat berkumpul yang diperbuat daripada batu yang menggemakan suara-suara jeritan kanak-kanak. Mereka memanjat dan melompat. Kata pengiring aku, tempat permainan ini ialah tempat ibu-ibu Yahudi Ortodoks berasa selamat untuk membawa anak-anak mereka terutamanya selepas
yeshiva*. Beberapa saat kemudian, seorang kanak-kanak lelaki yang memakai kippa*, berambut kerinting yang bergayut dari pelipisnya dan benang-benag ikatan selendang sembahyangnya yang keluar dari seluar hitam yang mengalih sudut dan terkena ke arah aku. Dia memandu skuter peraknya yang licin berkita-kilat – ilustrasi masyarakat yang sedang bergerak, digerakkan oleh paradoks-paradoksnya.
Walaupun para literalis Yahudi tidak perlu melindungi diri mereka daripada arus kemodenan, berapa banyak peluangkah untuk memilih dan menggabungkan tenaga keghairahan yang dinikmati oleh orang Israel aliran utama?
Apabila aku menanya mengenai ini kepada seorang warga Israel, dia berkongsi satu cerita peribadi dengan aku. Membesar di Britain, jauh daripada warisan Yahudinya, Isabel memberi dirinya setiap pengalaman sebagai seorang remaja yang sampai di Israel. Begitulah caranya dia dipilih di Tembok Barat oleh seorang Yahudi Ortodoks yang menawarkannya pengajian percuma di sebuah yeshiva. Macam menyerahkan kepada orang-orang yang berhati, tapi Isabel menyarung sepucuk pistol. Dia pergi. Suasananya hebat," dia beritahu aku di sebuah restoran Itali di Baitulmaqdis. "Orang baik hati dan ikhlas dan mereka menggalakkan aku untuk terus mengaju soalan. "Teruskan bertanya ," mereka terus memberi galakan. Akhirnya, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan aku, jadi mereka menghantar aku kepada seorang rabbi. Selepas lebih kurang dua minggu, aku memutuskan aku sudah cukup dengan yeshiva dan tinggalkannya untuk perkar-perkara yang lain. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Tidak ada apa-apa yang bobrok tentangnya." Hari ini, sebagai seorang koresponden senior untuk majalah The Jerusalem Report, Isabel semakin dikenali sebagai seorang bintang kewartawanan yang semakin naik.
Aku sedar tidak semua yeshiva adalah seperti yang dikisahkan oleh Isabel. Jim Lederman, koreponden luar negeri yang paling lama berkhidmat di Israel, menambah satu lagi perspekstif penting. Beliau menulis bahawa, "rabbi-rabbi ultra-Ortodoks mengharamkan penggunaan Internet kerana khuatir apa yang dipelajari oleh pengikut- pengikut mereka. Dan baru-baru ini, mereka bersetuju menubuhkan apa yang mereka panggil sebagai sebuah universiti. Tetapi mereka secara terang-terangan mengharamkan pembelajaran sejarah, sastera, ilmu sains yang melibatkan teori evolusioner seperti biologi dan astrofizik dan falsafah." Aku akan mendalami dari perspektifnya. Tekanan untuk akur terserlah di semua tempat. Ia sebahagian daripada sifat manusia pada hemat aku. Apa yang Israel cuba lakukan secara berbeza, apa yang ia lakukan sebagai sebuah masyarakatlah yang aku hormati. Masyarakat Israel menyampaikan kebenaran kepada rakyatnya untuk bertanya dan mengumpul pengalaman. Di sini, seorang feminis boleh menyaman kerajaan untuk akses setara ke Tembok Barat. Di sini, seorang perempuan remaja boleh meninggalkan yeshiva tanpa sebarang stigma. Di sini juga, seorang lelaki Hasidik* boleh mengezipkan lencana yang melambangkan ' cool' konsumer. Di sini, orang boleh menyaksikan potensi untuk menjadi banyak perkara pada masa serentak, sekaligus memperlihatkan kekayaan Tuhan.
LAWATAN KE WILAYAH-WILAYAH PALESTIN DISAHKAN! Baiklah, satu wilayah – Tebing Barat. Semasa sarapan pagi, kami diberi taklimat oleh seorang diplomat yang berkerja secara langsung dengan orang-orang Palestin. Dia mempercayai mereka. "Inilah orang-orangnya, jika dibiarkan kepada mereka sendiri, boleh mentadbir dengan sendiri" katanya. Namun "dibiarkan kepada mereka sendiri" bermakna lebih daripada penamatan pendudukan ketenteraan Israel. Dia cuba memberi pembayang bahawa ia juga bermakna mengganti kepimpinan Palestin dengan sebuah kerajaan yang mengambil berat keperluan konstituensinya, tidak kira ia sehaluan atau tidak dengan citarasa perjuangan nasionalis. "Orang-orang Palestin banyak belajar daripada orang-orang Israel," kata diplomat tersebut apabila kami kembali ke kenderaan kalis peluru. Pengiring aku memberitahu aku "apa yang kami perlukan di sini ialah perlaksanaan undang-undang, seperti yang ada di Israel." Pendapat umum seiiring dengann kata-katanya. Menurut pengundi Palestin, Khalil Shikaki,"Apabila orang Palestin ditanya demokrasi apa yang paling mereka kagum dam mahu contohi, sehingga hari ini mereka menjawab demokrasi Israel."
Diplomat kami nampaknya sudah merasakan dirinya sudah terlalu banyak berceloteh. Dengan pembawaan yang menggelabahl, dan sikap yang berselindung akibat latihannya, dia terus berdiam-diri semasa perjalanan, setengah jam kami ke Ramallah. Bukan disebabkan tiada apa yang boleh dibincangkan. Di luar pusat pemeriksaan pertama kami, kami berhenti di lampu isyarat. Di bahu jalan berdirinya sebuah papan iklan besar yang dipenuhi dengan gambar-gambar bayi. Satu baris skrip bahasa Arab memaparkan sebuah slogan. Aku tanya diplomat yang mengiringi kami secara peribadi pada pagi ini, dan akhirnya menjenjang lehernya untuk "melihat dengan lebih dekat," tetapi apabila sampai ketikanya dia berbuat demikian lampu isyarat pun sudah bertukar warna dan kami terus beredar. Ini bukan satu-satunya keganjilan hari ini.
Kami telah datang ke Ramallah pada hari tentera Israel mengangkat perintah berkurung supaya pelajar sekolah menengah dapat mengambil peperiksaan, Jalan-jalan penuh sesak dengan pembeli-belah, mengejar masa untuk memenuhi catuan mingguan mereka. Sebuah kereta kuda diletak di antara sebuah Jaguar lama dan Audi baru. "Dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah," nyata papan-papan tanda yang terletak pada pembangunan-pembangunan bangunan yang menyerupai pondok-pondok yang uzur. Kelihatan dimakan usia dan dalam beberapa kes, dilitupi dengan papan-papan lapis. Kami berhenti di tepi jalanan yang berlumpur di akhir destinasi kami, suatu misi diplomatik. Dari luar, ia langsung tidak dapat dikenali, sementara dari dalam, ia mempunyai getaran yang tidak bermaya.
Namun aku tidak dapat menahan daripada merasa perasaan berkobar-kobar aku. Antara aktivis Palestin yang akan kamu temui ialah Raja Shehadeh, seorang penulis, peguam, dan pengasas pertubuhan hak asasi manusia non-partisan Al-Haq ("hak-hak rakyat"). Aku meminta kehadirannya kerana, setidak-tidaknya dalam penulisannya, beliau tidak hanya sekadar satu jari menuding yang dioperasi-bateri untuk menyalahkan "orang lain." Dalam penulisannya, Shehadeh memaparkan nuansa. Aku berharap dapat berbicara dengannya mengenai buku terbarunya, Stangers in the House: Coming of Age in Occupied Palestine. Buku ini mengandungi potret ayahandanya, Aziz, rakyat Palestin terkemuka pertama untuk menerima kewujudan Israel dan menyarankan penyelesaian yang berdasarkan dwi negara. menurut Shehadeh, konco-konco Arafat bertindak-balas kepada Aziz dengan menggelarnya "penyubahat yang keji" di ruang udara radio Arab. "Kalian harus menanggung akibat perbuatan khianat kalian," dekri satu suara yang parau. "Kami akan menghapuskan kalian. Mendiamkan kalian selama-lamanya. Jadikan kalian contoh tauladan kepada yang lain-lain." Kesatuan peguam-peguam Palestin menyingkirkan Aziz. Beberapa tahun kemudian, beliau dibunuh secara misteri. Aku ingatkan bahawa tersebutnya nama beliau di dalam buku sebegini lantang berani menandakan kesediaan Shehadeh untuk bercakap tentang benteng-benteng halangan peribumi ke arah perdamaian dan keamanan.
Dia tidak berada dalam bangunan apabila kami sampai tetapi dua aktivis lain berada di situ. Yang pertama, Dr Ali Jirbawi, seorang ahli sains politik, memberi kuliah panjang, dan menunjuk kami pertimbangan was-was yang benar-benar dirasai. "jangan tipu diri. Tiada sesuatu yang bergelar pendudukan yang baik. Pendudukan bermakna ada yang hilang kawalan terhadap diri sendiri. Awak nampak pusat-pusat pemeriksaan yang awak lalui yang kami kami tidak boleh bergerak." Pusat-pusat pemeriksaan memang umpama seburuj sangkar bagi rakyat Palestin.
(Dari perspektif itu, benteng keselamatan hanyalah satu lagi pencekik. Sesetengah seksyen membelah perkampungan Arab kepada dua, memaksa para pedagang menggunakan kanak-kanak kurus dan lentik sebagai penghantar barangan dan utusan, Kanak-kanaklah yang dapat melepasi ruang-ruangyang terdapat pada batu-batu konkrit benteng. Tidak mungkin ia baik untuk ekonomi atau maruah Palestin.)
Hentikan pengeboman berani mati, kata seorang wartawan dan kebebasan bergerak akan diberi balik. Dr Jirbawi menolak yang rakyat Palestin mempunyai banyak kebebasan bergerak. Sebelum letupan-letupan tersebut menjadi epidemik. Beliau mengeluarkan pas hijau dari saku dadanya. "Aku bawa benda ini ke mana sahaja aku pergi. Di bandar lain, mereka bawa yang berlainan warna. Plet-plet kereta kami diwarnakan dengan warna-warna berbeza. Ini ialah apartheid." Itulah sebabnya, sampuk seorang yang lain, Arafat keluar pada musim panas 2000 daripada peluang terbaik untuk negara bebas – satu rancangan yang dibroker oleh Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton untuk memberi orang-orang Palestin kebanyakan permintaan mereka? Dr Jirbawi mengecam tawaran tersebut sebagai satu helah untuk mewujudkan semula sebuah Bantustan atau jajahan separa-merdeka, yang jelas pada zaman Apartheid Afrika Selatan. Kalaulah benar perkara ini, kita harus tanya, kenapa Arafat tidak mencadangkan tawaran lain? Kenapa dia hanya menolak proses dan mengeluarkan orang-orang daripada kemungkinan untuk perbincangan seterusnya?
Di dalam perbualan yang disulami ketegangan, Raja Shehadeh berjalan perlahan-lahan ke biliknya. Beliau tidak menonjol diri. Abdul Malik Al-Jaber, aktivis di sebelah Dr Jirbawi, bersuara untuk memastikan tema apartheid tidak hilang daripada perbualan kami. "Isteri aku mempunyai Kad Pengenalan Baitulmaqdis dan apabila dia melahirkan anak perempuan kami di Israel..."Dia menerangkan birokrasi yang perlu ditempuhinya semasa memohon insurans kesihatan anaknya yang baru lahir, moral ceritanya keadaan apartheid menimpa Arab seluruh Israel, tidak terhad kepada Tebing Barat Semenanjung Gaza. "Kami penduduk Baitulmaqdis membayar cukai-cukai," katanya , "tetapi ada sahaja cara untuk menafikan hak-haknya berdasarkan kaum."
Benar kata dia. demokrasi tidak menghalang sebuah negara daripada meletakkan kaum minoritinya dalam keadaan yang tidak menguntungkan.Tengoklah, contohnya bertapa ramai perekrut tentera daripada pengakapa kolej yang melawat sekolah-sekolah tinggi Amerika Syarikat yang mempunyai ramai murid Hispanik. Israel, juga, tidak terkecuali daripada rasisme yang berterusan seperti yang tersiar dulu oleh Ha-aretz. Namun, selepas ke hulur dan ke hilir selama tiga bulan, Al Jaber dan isteri akhirnya dapat insurans kesihatan untuk anak perempuan mereka. Ia tidak menghairankan, tidak sekiranya kalian menuduh kerajaan mengamalakan apartheid.
Tetapi ada lebih banyak soalan yang perlu aku tanya. Dua daripada tiga orang Palestin sudahpun memberi pendapat; adakah yang ketiga pun berpendapat sama? Atau kita akan mendengar sesuatu tentang dikotomi yang nyata seperti 'kita-lawan-mereka', Yahudi-lawan-Arab', memparodikan kedua-dua kaum ini. Mata-mata memandang ke arah Shehadeh, mata yang tersipu-sipu, dia membawa keluar bukunya.
"Mukasurat satu tujuh puluh tiga," umum Shehadeh. Dia mula membaca ideologi dan jentolak punca penderitaan bumi ini. Yang pertama memberi inspirasi dan keduanya membolehkan sesuatu dicapai dalam sehari apa pada kebiasaannya memerlukan beberapa bulan." Shehadeh menggunakan beberapa minit yang berikut untuk membaca satu petikan mengenai teknologi dan agenda-agenda yang dimiliki Israel untuk menyah-milik rakyat Palestin. Setelah membacanya bukunya dua kali dan mengingat petikan perenggan-perenggan utama, aku memerhati dalam situasi ini, Shehadeh berkeringat sebelum beliau berhenti di satu bahagian yang penting. Ia adalah satu bahagian di mana arwahnya ayahandanya menyatakan bahawa penyelesaiaan yang boleh dicapai oleh Palestin hendaklah melalui proses tawar-menawar dan bukannya melalui pengeboman yang berterusan. Memetik terus daripanya, "hanya inisiatif politik yang mampu membuahkan hasil." Dan tidak lama kemudian. Sebelum tiada tanah yang tinggal untuk diperjuangkan, satu inisiatif politik, dan lama selepas itu, peluang yang muncul di hadapan Arafat tetapi tidak diambilnya.
Aku terkejut melihat di mana Shehadeh berhenti. Namun, aku mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai bagaimana petikan ini berakhir untuk memahami seorang intelek yang begitu geliga sepertinya akan mampu diri di hadapan dua kompatriot. Di Palestin, tulisnya di bahagian lain dalam buku itu, "masyarakat bersubahat untuk memusnah, tidak mendorong dan mengecewakan dengan kecemburuan terhadap mereka yang berjaya. Ia ialah sebuah masyarakat yang menggalakkkan seseorang untuk tunduk akur sahaja kepada tekanan masyarakat. Kebanyakan daripada tenaga seseorang digunakan untuk mengesan persepsi umum terhadap tindakbalas seseorang itu, kerana survival berkait rapat dengan kebolehan untuk menjalin hubungan baik berkekalan dengan masyarakat. Aku teringat kata-kata kurator Tel Aviv: Mungkin demi keselamatan diri rakan sejawat Palestinnya tidak membalas panggilan-panggilannya. Sebarang penolakan untuk menjadi mangsa kolektif terpaksa dibayar dengan harga tinggi, seperti yang terjadi kepada ayahanda Shehadeh. Beliau seorang yang bertenaga, bersemangat awami yang tidak dibenarkan untuk berjaya. Beliau menjadi sasaran. Aku ingin menyoal anaknya jika benar demikian juga beliau melihat dirinya. Tetapi soalan itu terasa zalim. Memadai untuk kita tahu pada waktu begini apabila orang-orang Ramallah boleh bergerak bebas, Raja Shehadeh tidak berani keluar daripada ruang depan* kebenaran-separuh.
Pertemuan kami tamat tiba-tiba, apabila orang-orang Palestin tadi teringat masa terluang untuk mereka melakukan urusan harian mereka terhad sebelum perintah berkurung berkuatkusa sekali lagi. Kami keluar dari bilik itu kelaparan dan terkejut sedikit melihat penganjur menyediakan roti sandwich ham-dan-keju sebagai makan tengah hari. Ham* dan keju! Untuk sekumpulan wartawan yang terdiri daripada seorang Muslim dan beberapa orang Yahudi. Dihidang di sarang diplomasi. Duh.
Semasa sedang berbincang dalam kumpulan apa lagi yang harus dilakukan untuk makan tengahari, aku menarik diri untuk membelek-belek bahan-bahan bacaan yang terletak di atas rak majalah. Rak tersebut mempamerkan kajian, laporan, dan jurnal akademik dari pertengahan 1990-an. Aku menyelitkan beberapa bahan bacaan ke dalam beg aku kerana aku boleh berlajar tentang konteks daripadanya, dan, oh, ya, aku memang suka menyibuk pun. Sikap yang suka menyibuk inilah yang menerangkan kenapa aku suka mebelek-belek buku di kedai-kedai buku lapangan-lapangan terbang antarabangsa. Ia merupakan petunjuk kepada idea-idea yang diwarwarkan oleh sesebuah masyarakat.
Malam tersebut, sebelum penerbangan balik ke Toronto, aku memasuki Lapangan Terbang Ben-Gurion memikirkan Ramallah dan dengan niat untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan kekalutan Palestin-Israel. Aku hanya ternampak dua: satu agak neutral, dan satu lagi amat bersimpati terhadap kaum Arab. Israel membenarkan kesahihannya dipertikai oleh sejarah-sejarah yang dipamerkan di lapangan terbang antarabangsanya. Dan namun, aku masih tidak dapat menggugurkan tuduhan apartheid yang dilontar oleh para aktivis Palestin di Tebing Barat. Hari silih berganti, mereka menyakinkan aku apa yang aku nampak sekilas pandang: Pemuda-pemudi Israel dan senapang-senapang yang dipasang di dada-dada mereka. Berbatu-batu jalan berdebu antara pusat pemeriksaan, askar-askar kasar yang tidak melafaz sepatah perkataan arab, walaupun mereka tahu berbehasa Arab. Kad-kad pengenalan, dawai-dawai tajam, kereta berperisai, penempatan yahudi yang berselerak yang kelihatan seperti suburbia dan memerlukan beberapa tahun untuk dimusnahkan, melengahakan keadilan buat rakyat palestin. Aku terpaksa mencari perkaitan etika. Tetapi aku akan mengerti sebentar lagi.
Di dalam penerbangan, aku membuka sebuah penerbitan yang aku ambil dari Ramallah, satu naskhah Journal of Palestine Studies. Ia bertarikh 1997 tahun apabila proses damai masih disinari harapan. Rencana pertama menunjukkan mereka yang mengasas Israel berbuat demikian dengan memberi penekanan terhadap demokrasi. Pengarang memetik Chaim Weizmann, seorang pemimpin Zionis, yang mengaku bahawa, "Kita tidak dapat menyandarkan kes kita di atas persetujuan orang Arab. Selagi persetujuan mereka dicari, sudah tentu mereka akan menolaknya." Lebih banyak aku membaca rencana ini, lebih aku fahami kepahitan yang dialami oleh pengarang ini.
Di dalam penerbitan yang sama, aku terbaca "pengakuan" seorang lelaki yang pulang ke Gaza selepas beberapa tahun merantau. Pada 1997, kemungkinan Palestin mencapaimerdeka, dan dia pulang untuk mengatur dan merancang kehidupan sesudah merdeka tampak semakin hampir. Apa yang ditemuinya, ialah sebuah masyarakat yang sudah tidak mempunyai kejujuran, mengambil setiap kesempatan untuk meluahkan rungutan dan sungutan basi. "Di sana ada dinding-dinding yang baru dibasuh..dinding-dinding yang selang beberapa hari kemudian dilekat dengan obituari-obituari yang dikarang oleh semua pertubuhan yang dikenali secara samar-samar mendakwanya sebagai pahlawan syahid dan mengingat untuk membela kepada pembunuh-pembunuhnya. kebenaran dari dinding-dinding putih dikorbankan kerana mangsa tersebut bukanlah ahli mana-mana pertubuhan tersebut. Kedahagaan untuk mati syahid semakin menjadi-jadi, sesuatu yang menjadi ketaksuban dominan."
Jadi, walau pada masa yang memperlihatkan optimisme relatif, keinginan untuk mati telah menawan orang Islam Palestin. Kenapa? Pengaku kita memerhati, "Ia bukan hanya kekerasan pendudukan" tetapi, juga ketiadaaan introspeksi diri. Ini menyebabkan "runtuhnya nilai-nilai yang menjadi sandaran kepada kontrak sosial. Mengelak seseorang daripada kritikan di atas bukan lagi hanya keyakinan-diri tetapi menandakan kecenderungan untuk mengurung diri, menutupi diri daripada seluruh dunia. Harganya amat tinggi."
Aku nekad untuk belajar tentang bagaimana umat Islam yang sudah tidak percaya amaran Quran "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." Akhbar Israel menyakinkan aku bahawa tiada apa yang memalukan di dalam menyiarkan kekalutan komunal. Waqaf ini menunjukkan aku terdapat banyak lagi perkara yang mengaibkan yang masih terus tersekat – oleh kutang atau lain-lain perkara. Pergi berambuslah orang-orang yang menyekat sahaja. Apa lagi yang kita umat Islam belum beritahu diri kita supaya kita dapat terus meluncur di atas simpati dan hidup dalam mentaliti mangsa*?
NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)
BAB 4: Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang (Chapter 4 Notes)
* diterjemah daripada ungkapan ‘ deliciously kitschy’ dalam teks asal – ‘kitschy’ membawa pengertian sesuatu bahan seni, objek atau rekabentuk yang mempunyai citarasa yang rendah tetapi dihargai secara ironis.
1[Tengok gambar foto]
* frenetik (kata sifat atau adjektif) diterjemah daripada kata 'frenetic' yang bermaksud kegila-gilaan. Perkataan 'frenzy' dalam bahasa Inggeris mempunyai kaitan rapat dengan kata sifat ini. Aku memilih untuk menerjemahkannya sebagai 'frenetik' kerana penutur bahasa Melayu biasa dengan penggunaan bahasa Inggeris. Ia seolah-olah 'code-mixing' tetapi ditransliterasikan supaya lebih serasi dengan sistem sebutan Melayu. Aku mengelak daripada menggunakan perkataan 'kegila-gilaan' kerana dikhuatiri ia tidak dapat menyampaikan maksud penulis.
* frenetisisme (kata nama) diterjemah daripada perkataan 'freneticism'. Sebab-sebab ia diterjemahkan sedemikian rupa adalah sama seperti di atas untuk perkataan 'frenetik'.
* diterjemah daripada perkataan fluidity.
2"Pada tahun-tahun 1980-an, ada usaha untuk menubuhkan Teater Nasional Palestin,"tambah beliau. "Kesemua persembahan di dalam bahasa Arab dan penganjur mengundang pengkritik teater Israel secara aktif untuk datang. Malah, teater tersebut berjaya menarik minat di kalangan Yahudi liberal, tetapi kurang berjaya dengan orang Palestin." Sumber: Perbualan dengan Michael Handelsalz, editor di suratkhabar Ha'aretz, Tel Aviv, 5 Julai, 2002.
* Palestinian Authority.
3"Kami ingin terus berkerja dengannya," kata kurator Muzium Tel Aviv tentang kurator sejawatnya di Baitulmaqdis Timur. Sejak Intifada, beliau telah berusaha untuk berhubung, tanpa sebarang kejayaan. "Mungkin beliau terlalu takut akan [Pihak Berkuasa Palestin] untuk mempunyai hubungan dengan kami." Sumber: Perbualan dengan Nehama Guralnij, kurator muziun seni Tel Aviv, Tel Aviv, 5 Julai, 2002.
4Dia kemudiannya mendakwa apa yang maksudkan golongan pendatang Yahudi "ultra-warak". Sumber: Tovah Lazaroff, Alisa Rose dan Melissa Radler, kenyataan Lapid menentang gologan imigran A.S. yang warak mencetus kemarahan," Jerusalem Post, 9 Julai, 2002. Ahli parlimen tersebut ialah Yosef "Tommy" Lapid, pemimpin sekular Change Party. Lapid kemudiannya menjadi Menteri Keadilan dalam kerajaan gabungan Ariel Sharon.
5"Tahu bagaimana Ha'aretz menyifatkan rang undang-undang ini? 'Rasis'" Sumber: "A racist bill," editorial Ha'aretz, 9 Julai, 2002.
6"Warga Israel berhak untuk tahu bahawa CNN dan BBC bukan cerminan pandangan rasmi Israel..." Sumber: "Be quiet, bye-bye," editorial Ha'aretz, 24 Jun, 2002.
7"Sudahkah sejarah Yahudi sudah memberi perhataian yang memadai kepada pemimpin-pemimpin wanitanya?" Sumber: Andree Aelion Brooks, "Renaissance woman," Ha'aretz, 24 Jun, 2002.
* Spanish Inquisition.
8"Buat kali pertama, pihak tentera melantik seorang perempuan sebagai ketua jurucakapnya." Nota: Lihat, sebagai contoh, Arieh O'Sullivan, "IDF 'Spokesman' is a woman," jerusalem Post, 9 Julai, 2002.
9"Berpakaian seragam penuh, seorang perempuan muda berkawad di hadapan satu dozen anggota tentera lelaki." [Lihat gambar]
10" Dia berkata yang mereka bergerak menuju Kota Lama – bahagian-bahagian kota terletaknya tempat-tempat ibadat di Baitulmaqdis – "di mana mereka akan menghabiskan tiga hari untuk mempelajari agama-agama yang diwakili di sini." Sumber: Perbualan dengan Ron Edelheit, Baitulmaqdis, 6 Julai, 2002.
11"Aku dijadualkan melawat Kubah As-Shakrah." Nota: Lawatan aku berlangsung pada 7 Julai 2002.
Kelazimnya, ia dikenali sebagai Temple Mount di dalam Bahasa Inggeris. Adakalanya ia dikenali sebagai Bukit Kuil. Tetapi pada pendapat penterjemah, Bukit Kuil tidak beberapa sesuai kerana istilah 'kuil' berasal dari istilah 'koyyil' dalam Bahasa Tamil dan mempunyai konotasi Hindu-Buddha dan tidak beberapa sesuai dalam konteks kita membicarakan tentang agama-agama Samawi.
12"Ketua keselamatan Arafat memberi pra-keizinan kepada kunjungan Sharon. Seorang meneteri kabinet Pihak Berkuasa Palestin mendedahkan Arafat telahpun merancang intifada selama berbulan-bulan lamanya." Sumber dan nota: Khaled Abu Toameh, "How the war began," Jerusalem Post, 19 September, 2002.
Rencana ini berfaedah untuk dibaca, tetapi izinkan aku utarakan sebahagian daripadanya. Toameh menulis, "Imad Faluji, menteri komunikasi Pihak Berkuasa Palestin, mengaku pada 11 Oktober, 2001, yang keganasan tersebut dirancang pada Julai, jauh sebelum kemaraan 'provokasi' Sharon. Dia berkata: 'Barangsiapa yang berpendapat behawa intifada tercetus akibat daripada tentangan lawatan Sharon ke Masjidil Aqsa, maka mereka itu silap, walaupun sekiranya lawatan inilah yang mencetuskan kemarahan rakyat Palestin. Intifada ini telah dirancang dari awalnya, semenjak kembalinya Presiden Arafat dari perundingan Camp David di mana dia mmenerbalikkan meja rundingan terhadap Presiden Clinton. [Arafat] masih berkeras dan mencabar [Clinton]. Dia menolak syarat-syarat Amerika dan dia melakukannya di lubuk hati sanubari AS."
Toameh, seorang wartawan Arab, memberitahu aku yang beliau dikritik kerana mendedahkan pekung rakyat Palestin, tetapi "fakta-fakta [s]aya tidak pernah dipertikai. Sekali pun tidak." Perbualan di Baitulmaqdis, 1 Julai, 2003.
* 'alat komunikasi yang menggunakan frekuensi radio' Ungkapan 'walkie-talkie' adalah istilah yang biasa kedengaran di kalangan penutur Bahasa Melayu kontemporari. Satu contoh 'code-mixing'.
* Diterjemah daripada 'Brother Fashion Fascist' dari teks asal.
13" Orang Waqaf akhirnya membenarkan kutang itu dipakai di bawah pakaian aku." [Lihat gambar foto]
* ‘ tip-off’ bermaksud menyampaikan maklumat secara rahsia. Frasa ini dikekalkan tanpa terjemahan untuk memelihara konteks dan maksud penulis. Lagipun frasa atau rangkai kata ini sudah biasa kedengaran di kalangan penutur Melayu kontemporari. Satu contoh ‘code-mixing’.
14" Buat masa ini, aku perlu mengambil gambar kelas." [Lihat gambar foto].
* Dikenali sebagai Dome of Rock dalam media berbahasa Inggeris.
15"Aku tidak mengungkitkan tentang kewangan tambahan dari Agensi Bangsa-bangsa Bersatu yang dikhaskan untuk tiga generasi Palestian pelarian." Nota: Agensi yang aku rujuk ialah United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East, yang lebih dikenali sebagai UNWRA.
16"Aku cepat-cepat mengambil gambar – perempuan, tiang, kanak-kanak, batu dan beredar," [Lihat gambar-gambar foto]
* Dalam bahasa Indonesia, 'kes-kes' akan ditulis sebagai 'kasus-kasus'. Kedua-duanya berasal dari bahasa Inggeris 'cases'.
* Sulaiman merujuk kepada ejaan dan sebutan yang lebih mirip dengan bahasa Arab. Penganut Kristian Indonesia lazimnya merujuk Solomon sebagai Slomo (pada pendapat penterjemah mirip dengan sebutan bahasa Ibrani) seperti yang terdapat dalam terjemahan Bible bahasa Indonesia/Melayu yang dipanggil Alkitab. Aku memilih 'Sulaiman' untuk audiens Muslim supaya mereka tahu Sulaiman yang disebut dalam Quran and 'Solomon' bukanlah dua personaliti berbeza sepertimana para anbiya biblikal Yahudi-Kristian. Daripada pengalaman peribadi penterjemah, sesetengah penganut Islam di Malaysia yang mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa Inggeris cenderung untuk berpendapat 'Jesus' dalam agama Kristian tidak merujuk kepada Isa bin Maryam atau Isa al-Masih yang disebut dalam Quran.
* al-Masih merujuh kepada al-Masih atau Mashiakh (menurut bahasa Ibrani) yang masih ditunggu-tunggu kedatangannya dalam kepercayaan Yahudi dan dalam konteks ini tidak merujuk kepada ‘Jesus Christ’ atau ‘Yesus Kristus’ atau ‘Isa’ seperti yang terdapat dalam kepercayaan Kristian.
17" Kemudian, aku terbaca rencana suratkhabar bagaimana saling kerpergantungan ini memberi masalah kepada orang-orang Yahudi yang mesti meminta pihak Waqaf untuk membaik-pulih kebocoran di Tembok Barat." Sumber: Etgar Lefkovits, "Wakf to investigate Western Wall leak," Jerusalem Post, 8 Julai, 2002.
* Yeshiva ialah madrasah Yahudi.
* Kippa mirip dengan 'Kopiah' yang dipakai oleh lelaki Muslim Asia Tenggara. Cuma Kippa lebih kecil berbanding dengan kopiah.
18"Beberapa saat kemudian, seorang kanak-kanak lelaki yang memakai kippa*, berambut kerinting yang bergayut dari pelipisnya dan benang-benag ikatan selendang sembahayangnya yang keluar dari seluar hitam yang mengalih sudut dan terkena ke arah aku." [Lihat gambar foto]
19" Suasananya hebat," dia beritahu aku di sebuah restoran Itali di Baitulmaqdis. "Orang baik hati dan ikhlas dan mereka menggalakkan aku untuk terus mengaju soalan. "Teruskan bertanya ," mereka terus memberi galakan. Akhirnya, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan aku, jadi mereka mengahantar aku kepada seorang rabbi. Selepas lebih kurang dua minggu, aku memutuskan aku sudah cukup dengan yeshiva dan tinggalkannya untuk perkar-perkara yang lain. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Tidak ada apa-apa yang bobrok tentangnya." Sumber: Isabel Kershner, perbualan di Baitulmaqdis, 8 Julai, 2002.
20""rabbi-rabbi ultra-Ortodoks mengharamkan penggunaan Internet kerana khuatir apa yang dipelajari oleh pengikut- pengikut mereka. Dan baru-baru ini, mereka bersetuju menubuhkan apa yang mereka panggil sebagai sebuah universiti. Tetapi mereka secara terang-terangan mengharamkan pembelajaran sejarah, sastera, ilmu sains yang melibatkan teori evolusioner seperti biologi dan astrofizik dan falsafah." Sumber: Temubual dengan Jim Lederman, Baitulmaqdis, 9 Julai, 2002.
* Hasidik diterjemah daripada Hasidic. Berkenaan dengan ahli sebuah kumpulan Yahudi.
21"Inilah orang-orangnya, jika dibiarkan kepada mereka sendiri, boleh mentadbir dengan sendiri" katanya. Namun "dibiarkan kepada mereka sendiri" bermakna lebih daripada penamatan pendudukan ketenteraan Israel. Dia cuba memberi pembayang bahawa ia juga bermakna mengganti kepimpinan Palestin dengan sebuah kerajaan yang mengambil berat keperluan konstituensinya, tidak kira ia sehaluan atau tidak dengan citarasa perjuangan nasionalis. "Orang-orang Palestin banyak belajar daripada orang-orang Israel," kata diplomat tersebut apabila kami kembali ke kenderaan kalis peluru. Pengiring aku memberitahu aku "apa yang kami perlukan di sini ialah perlaksanaan undang-undang, seperti yang ada di Israel." Sumber: Aku tidak boleh menamakan diplomat ini, kerana perbualannya dengan kami dianggap "sulit." Perbualan ini berlangsung pada 8 Julai, 2002.
22"Kalian harus menanggung akibat perbuatan khianat kalian," dekri satu suara yang parau. "Kami akan menghapuskan kalian. Mendiamkan kalian selama-lamanya. Jadikan kalian contoh tauladan kepada yang lain-lain." Sumber: Raja Shehadeh memetik radio Arab dalam Strangers in the House: Coming of Age in Occupied Palestine (South Royalton, Vermont: Steerforth Press, 2002), ms.68.
23"Aku bawa ini ke mana sahaja aku pergi. Di bandar lain, mereka bawa yang berlainan warna. Plet-plet kereta kami diwarnakan dengan warna-warna berbeza.Ini ialah apartheid." Sumber: Perbualan dengan Dr. Ali Jirbawi, Ramallah, 8 Julai, 2002.
24"Isteri aku mempunyai Kad Pengenalan Baitulmaqdis dan apabila dia melahirkan anak perempuan kami di Israel...tetapi ada sahaja cara untuk menafikan hak-haknya berdasarkan kaum." Sumber: Perbualan dengan Abdul-Malik Al-Jaber, Ramallah, 8 Julai, 2002.
25"Mukasurat satu tujuh puluh tiga," umum Shehadeh. Dia mula membaca ideologi dan jentolak punca penderitaan bumi ini. Yang pertama memberi inspirasi dan keduanya membolehkan sesuatu dicapai dalam sehari apa pada kebiasaannya memerlukan beberapa bulan." Sumber: Raja Shehadeh membaca dari Strangers in the House, ms. 173.
26"hanya inisiatif politik yang akan membuahkan hasil." Dan tidak lama kemudian. Sebelum tiada tanah yang tinggal untuk diperjuangkan," Sumber: Aziz Shehadeh dipetik dalam Strangers in the House, ms. 175.
27" Di Palestin, ...., "masyarakat bersubahat untuk memusnah, tidak mendorong dan mengecewakan dengan kecemburuan terhadap mereka yang berjaya. Ia ialah sebuah masyarakat yang menggalakkkan seseorang untuk tunduk akur sahaja kepada tekanan masyarakat. Sumber: Raja Shehadeh, Ibid., p.141.
28" Beliau seorang yang bertenaga, bersemangat awami yang tidak dibenarkan untuk berjaya. Beliau menjadi sasaran." Sumber: Raja Shehadeh, Ibid., ms. 176.
* Diterjemah daripada perkataan 'hallway' dalam teks asal.
* Ham ialah hasil atau produk daging khinzir dan selalu dihidang bersama keju.
29" Ham dan keju! Untuk sekumpulan wartawan yang terdiri daripada seorang Islam dan beberapa orang Yahudi. Dilindung di serang diplomasi. Duh" Nota: Apabila aku memberitahu Michelle tentang kisah ini, dia melontar "Duh" kembali kepada aku. "Jika awak seorang yang non-konformis," usiknya, "kenapa awak tidak makan daging khinzir itu?" Aku kurang pasti yang aku mempunyai jawapan yang baik.
30"....'Kita tidak dapat menyandarkan kes kita di atas persetujuan orang Arab. Selagi persetujuan mereka dicari, sudah tentu mereka akan menolaknya.'" Sumber: Chaim Weizmann dipetik oleh Walid Khalidi, "Revisiting the UNGA Partition Resolution," Journal of Palestine Studies, Keluaran 105, Musim Gugur 1997, ms. 15.
31"' Di sana ada dinding-dinding yang baru dibasuh..dinding-dinding yang selang beberapa hari kemudian dilekat dengan obituari-obituari yang dikarang oleh semua pertubuhan yang dikenali smar-samar mendakwanya sebagai pahlawan syahid dan mengingat untuk membela kepada pembunuh-pembunuhnya. kebenaran dari dinding-dinding putih dikorbankan kerana mangsa tersebut bukanlah ahli mana-mana pertubuhan tersebut. Dahaga untuk syahid semakin menjadi-jadi, sesuatu yang menjadi ketaksuban dominan.'" Sumber: Hassan Khader, "Confessions of a Palestinian Returnee," Ibid., ms. 89-90.
32"'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.'" Sumber: Quran, 13:11.
* Diterjemah daripada perkataan ' victimhood' yang tedapat dalam teks asal.
- Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
- Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)
- Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
- Surat
- Bab 1 - Bagaimana Aku Menjadi Seorang Refusenik Muslim
- Bab 2 - Tujuh Puluh Perawan
- Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?
- Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
- Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
- Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi
- Bab 7 - Operasi Ijtihad
- Bab 8 - Menyanjung Kejujuran
- Bab 9 - Mujurlah ada Barat
- Pembacaan Yang Disyorkan
- Penghargaan
- Kata Hujungan
- Kata-kata Penghargaan Daripada Penterjemah
Documentary

Irshad's PBS Documentary: Faith Without Fear follows my journey around the world to reconcile Islam and freedom.
Learn More and View Clips...
Buy Now in the USA
Buy Now in Canada
Get Involved

Irshad is pioneering efforts throughout the world to promote Muslim reform and moral courage. To join her mission, first get informed about all that she's doing.
Click here for concrete actions you can take to support Irshad's work.
Get Updates
Want to sign up for Irshad's confidential mailing list?
Click here to go to the subscribe page.
![]()
Click here to see photos of Irshad's latest
events and read her newsletters.
Around the Web
Join conversations about Muslim reform and moral courage around the web.
Click the links below to get involved:




