photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?

MENJELANG BULAN NOVEMBER 2001, kita telahpun mempunyai lebih kurang dua bulan untuk menyerap imej-imej yang diulang-tayang. Profail-profail mereka yang terkorban di World Trade Center dimain tanpa putus-putus di peti-peti televisyen kita, satu peringatan terhadap sesuatu yang akan terus kekal lama dan sesuatu yang tidak susah untuk dibayangkan. Tetapi kekakuan orang ramai akibat kejutan ini lama-kelamaan semakin berkurang juga, bagaikan lumrah dan nada temubual-temubual mengenai bagaimana-ia-boleh-berlaku menjadi semakin tajam. Satu soalan yang tidak dapat dipadam lagi: Apa kaitan Islam dengan serangan ini?

 Sejurus keluar dari pintunya, organisasi Islam di Amerika Utara mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar yang mendamaikan dan menenteramkan. Nama-nama ketua mereka muncul sebagai nama-nama penulis di halaman ruangan-ruangan pendapat suratkhabar-suratkhabar. Hari demi hari di dalam berita-berita kawat, para pelobi perhubungan ras merayu Amerika dan sekutunya supaya tidak menujukan kekecewaan mereka kepada umat Islam, kerana kebanyakan daripada kita adalah "orang-orang yang baik". Sahabat-handai di Eropah menghantar aku contoh-contoh ungkapan basi seumpamanya yang disiar berterusan di media massa mereka.

 Lidah-lidah rasmi Muslim seolah-olah menjerit, Wahai BBC, kami telah bersetuju untuk ke udara dalam siaran kalian, kami mengaku ada sesuatu yang tidak kena di dalam Islam. Apa lagi yang kalian mahu? Tengoklah, Reuters, kami keluar menghempas para militan. Pergilah, petiklah kenyataan kami! Wahai Fox, kami berdebat sahabat-sahabat konservatifmu, dan tidak mengelak mereka, jadi jangan tuduh bahawa kami terlalu berwaspada.

 Maka aku akan menuduh kita terlalu berwaspada. Di dalam kita mengecam penyakit yang meminggir Islam, umat Islam mengelak daripada berhadapan dengan penyakit yang mencacatkan keseluruhan agama – kekebalan Islam aliran utama.

 Dua bulan selepas 11 September, aku buat apa yang aku tahu buat. Aku menulis satu siri rencana-rencana menyeru supaya kita muhasabah diri sendiri.  Lagipun, orang Islam yang bermastautin di Barat mempunyai keistimewaan untuk menanya soalan-soalan yang keras tanpa takut akan tindak balas pihak pemerintah. Menara kembar yang tidak sepatutnya runtuh hancur berkecai; manakala menara kembar yang harus runtuh terus mendukung Islam yang tampak baik pada zahirnya. Sejenis versi Islam yang tidak diperiksa. Menara satu: satu penipuan. Menara dua: satu keangkuhan.

 Penipuan, yang aku jelaskan ialah, di sebalik mengakui terdapat masalah yang serius dengan amalan agama kita pada hari ini, kita sering membayangkan suatu Islam yang indah khabar dari rupa.  Tekanan rakan sebaya untuk terus kekal dengan mesej – mesej yang menyatakan yang kami bukan semuanya pengganas – membuatkan kita mengelak daripada jihad yang paling penting: kritikan diri. Cukuplah dengan penyerahan kepada tekanan rakan sebaya. Cukuplah juga dengan keluhan bahawa orang-orang Barat masih tidak menghormati hak-asasi manusia kita, tetapi kita tidak berhutang apa-apa dengan nilai-nilai Barat yang memberi kita untuk dihormati. Di dalam salah sebuah rencana aku, aku menunjukkan bahawa selepas 11 September, sebuah kumpulan Islam yang berpangkalan di Toronto menyeru para ahli politik untuk menyuarakan tentangan terhadap ketaksuban terhadap orang Islam. Antara mereka yang berbuat demikian adalah seorang ahli politik gay. Aku menulis kepadanya bahawa aku berharap agar orang-orang Islam pun akan menyuarakan tentangan yang serupa  sekiranya sebuah kelab gay atau kedai buku diletuskan.

 Aku meringkaskan cabaran aku kepada saudara seIslam macam ini: Adakah kita akan kekal keanak-anakan di dalam perihal kerohanian, dirantai dengan jangkaan dan harapan orang untuk terus akur dan menurut sahaja, atau kita akan matang dan dewasa sebagai warganegara yang mempertahan kepelbagaian atau pluralisme tafsiran dan idea-idea untuk membolehkan kita mengamalkan Islam di dunia sebelah ini?

 Aku dibanjiri dengan respons-respons orang ramai. Orang bukan Islam inginkan kejujuran yang lebih. Demikian juga halnya dengan beberapa orang Islam. Namun, kebanyakan orang Islam langsung tidak mahu terlibat dengan ini. Ada yang mengatakan aku ialah pelajar madrasah yang bertrauma dan tidak dapat menyesuaikan diri, mungkin ada juga kebenaran dalam kenyaataan ini. Selagi mereka masih berbicara tentang trauma, kenapa aku tidak sedikit pun mendengar mereka menyebut tentang trauma yang jauh lebih besar yang telah menimpa segelintir Muslim yang soleh pada 11 September? Apa yang dapat diperkatakan mereka tentang peranan agama kita di dalam kemusnahan tersebut? Tidak ada sama sekali. Yang  lain menuduh aku marah kerana aku tidak diterima oleh Islam aliran utama. Sememangnya, aku telah ditolak, dan aku tidak malu dengan perkara ini. Kenapa pula aku harus mempunyai aspirasi untuk menjadi sebahagian anggota aliran utama yang terencat inteleknya?

 Namun, aku tidak berbalah dengan setiap surat. Salah seorang yang telah menulis kepada aku mendiamkan diri aku dan memaksa aku untuk merenung dengan lebih mendalam lagi. Kecewa dengan Islam yang digambarkan dengan " gambaran yang menganggukan" oleh aku, insan Muslim ini mengajar sesuatu yang konstruktif. Tahukah aku tentang ijtihad? tanya dia. Bukan j-i-h-a-d, tetapi i-j-t-i-h-a-d. (Malah dia membantu aku menyebutnya: "ij-tee-had.") Ijtihad, maklumnya kepada aku, adalah tradisi berfikiran bebas dalam Islam, dakwanya lagi – membenarkan setiap insan Muslim, samada wanita atau lelaki, straight atau gay, tua atau muda untuk mengemaskini amalan agama sesuai dengan keadaan semasa atau kontemporari.

 Ij-tee-had. Adakah ia tradisi dalam Islam? Adakah ia mengenai pemikiran bebas? Jahanamlah aku. (Mungkin secara harfiah!)

 Merenung lebih jauh tentang perkara ini, aku teringat aku pernah terlihat perkataan ijtihad di dalam pembacaan-pembacaan pasca-madrasah aku. Tetapi ia muncul tanpa sebarang gembar-gembur, malah ia lebih mirip kepada legaslime hangus berbanding dengan konsep revolusioner. Selain itu, apa yang aku fahami ketika itu  hanya pihak berkuasa agama sahaja boleh mentafsir Quran secara sah. Belajar tentang ijtihad membuatkan aku menyoal: Pihak berkuasa agama ini terdiri daripada siapa? Maksud aku, adakah Quran mengiktiraf badan rabbani rasmi? Tidak. Adakah ketidaktentuan nada Quran menjadikan tafsiran teksnya selektif dan subjektif? Ya. Jadi, mungkinkah hak untuk berfikiran bebas, yakni tradisi berijtihad, sebenarnya terbuka kepada kita semua? Dan dengan mendakwa tanpa bukti kukuh, hak ini dikhaskan kepada diri mereka, maka golonganayatollah-ayatollah patuhi-fatwa-aku sebenarnya orang-orang sesat?

SEPERTI BIASA, AKU MULA MEMBACA, MELAYARI INTERNET, DAN BERCAKAP DENGAN PARA SARJANA. SIAPA yang menjadikan ijtihad satu tradisi? Di mana ia diamalkan dan bagaimana rupa masyarakat yang mengamalkannya? Aku menemui potret gambaran ini: Semangat inkuiri menggerakkan zaman keemasan Islam, antara lebih kurang 750 dan 1250 Tahun Masihi. Di Iraq, pusat empayar Islam, orang-orang Kristian berkerja bersama-sama orang Islam untuk menterjemah dan menghidupkan kembali falsafah Yunani. Di Sepanyol, sempadan barat dunia Islam ketika itu, umat Islam memperkembang sejenis budaya yang digelar oleh seorang sejarahwan Yale satu "budaya toleransi" dengan kaum Yahudi.  Bersama-sama, kesemua komuniti ini merupakan prekursor globalisasi – hubungkaitan teknologi, kewangan dan manusia. Umat Islam berdagang dengan rancak dengan golongan bukan Islam, pelopor satu sistem di mana cek boleh disediakan di Maghribi dan ditunaikan di Syria. Laluan perdagangan ini juga memberi laluan kepada pertukaran idea-idea. Izinkan aku tonjolkan beberapa sumbangan Islam kepada budaya Barat.  Gitar. Sirap Ubat Batuk. Universiti. Ilmu Algebra. Kopi Mocha. Dan ungkapan "Ole!" – yang mempunyai asal-usul di dalam perkataan "Allah!" (Pasal Marakas pula, salahkan orang lain.)

 Inovasi dan semangat ijtihad umpama aur dan tebing. Di sebuah kota yang terletak di selatan Sepanyol, Cordoba, umpamanya, seorang perempuan yang mempunyai daya tarikan seks bernama Wallada menganjur salon-salon kesusasteraan di mana orang ramai mentafsir mimpi, puisi, dan al-Quran.  Mereka memperdebat apa yang dilarang untuk lelaki dan perempuan. Tetapi siapa itu lelaki? Dan apa itu wanita? Mereka juga memperdebat solan-soalan tersebut. Kekayaan dan kepelbagaian tafsiran Quran membuatkan masa itu suatu masa untuk mendiskusi implikasi-implikasi Islam terhadap kaum khunsa*, golongan yang dilahir dengan alat kelamin kedua-dua jantina.

 Sementara itu, di Baghdad, pusat empayar sentiasa rancak dan sibuk. Di sinilah, letaknya takhta khalifah Islam. Samada melalui pilihanraya, pembunuhan, atau kombinasi kedua-duanya, khalifah-khalifah ini adalah waris-waris Nabi Muhammad sebagai ketua pemerintah dan pembimbing rohani umat Islam yang kian berkembang. Di Baghdad, seorang khalifah kurun kesembilan, al-Ma'mun, mendirikan Darul Hikmah – 'institusi pengajian tinggi pertama baik di dunia Islam mahupun di Barat',  demikian menurut Mahmoud Ayoub dari Temple University. Namun Cordoba yang kompetitif tidak begitu mudah ditewaskan sebagai wadah ilmu: ia menjadi kediaman kepada tujuh puluh perpustakaan. Sebuah perpustakaan untuk setiap perawan yang dijanjikan kepada para syahid. Jika dulu ialah perpustakaan, perawan pula pada hari ini – satu perbezaan yang amat nyata sekali tentang apa yang diutamakan, tidakkah kalian setuju?

 Bagaimana kesemua ini dapat memupuk semangat keterbukaan terhadap Yahudi dan Kristian? Jawapannya berlapis-lapis, tetapi mudah, toleransi dijadikan cara yang paling mudah untuk membina dan mengekal empayar Islam. Sebagai permulaan, kebanyakan penakluk Islam menuruti peraturan untuk tidak memaksa  Ahli Kitab – Yahudi dan Kristian untuk memeluk agama Islam. Peraturan inilah memberi kelebihan kepada empayar imperialis Islam daripada empayar imperialis Kristian. Para Tentera Salib Katolik tidak membenarkan Yahudi dan Kristian heretik untuk mengamalkan agama masing-masing. Orang-orang Islam pula membenarkannya dan inilah yang menyebabkan mereka tidak menerima tentangan daripada kaum minoriti di dalam usaha perluasan jajahan takluk mereka. Jadi, umpamanya, kaum Yahudi gembira apabila orang-orang Islam memasuki Baitulmaqdis pada tahun 638 Masihi dan merampas Kota Daud daripada orang-orang Byzantine, yang telah mancalitkan tempat-tempat suci Yahudi dengan uras sampah-sarap. Pihak Islam yang berjaya membersihkannya dan mengundang keluarga-keluarga Yahudi untuk kembali.

 Kemudian, kaum Yahudi mempertingkat kerjasama dengan pihak Islam dan menyertai angkatan tentera Islam. Kerana tertindas di bawah pemerintahan tuan-tuan Katoliknya, Yahudi Sepanyol meminta bantuan orang-orang Islam Maghribi untuk membebaskan mereka dengan menakluk Semenanjung Iberia. Satu perikatan yang luarbiasa terbentuk: Orang-orang Islam menjadikan kaum Yahudi sebagai mata dan perisik terhadap serangan bala tentera Paus. Daripada risikan Yahudi, orang-orang Islam menyerang Sepanyol pada 711 Masihi. (Semasa di dalam perjalanan, komander mereka, Tariq bin Ziyad, melintas sebuah batu besar yang digelar, Gibraltar, pada hari ini berasal daripada bahasa Arab untuk 'Gunung-Gunung Tariq'.  Ia adalah tanda permulaan banyak detik Ole! yang akan dilalui.)

 Apa yang menyukarkan di dalam empayar ini bukan penambahluasannya, tetapi pentadbirannya. Kaum Arab, menurut salah seorang pengkritik budaya, adalah 'wira, bukannya pentadbir.'  Tetapi para wira mempunyai kebijaksanaan yang memadai untuk menyedari peri pentingnya kewujudan satu rancangan masa depan. Jadi para gabenor Muslim melantik dari kalangan rakyat mereka yang paling bijak untuk mengendalikan operasi pentadbiran empayar yang kian pesat berkembang. Mereka memerlukan naib-naib pemerintah yang sensitif terhadap selok-belok komuniti-komuniti yang terpisah  ini. Mereka memerlukan warga global era tersebut. Masuklah kaum Yahudi secara besar-besaran. Dari Sepanyol ke Iraq, Yahudi berkhidmat sebagai pegawai diplomat berpangkat tinggi, pegawai tentera, tabib diRaja, pegawai bank, dan lain-lain.

 Aku tertanya-tanya samada kaum Yahudi membantu menjadikan Baghdad pilihan semulajadi sebagai ibu kota empayar Islam. Di situlah, selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel pada tahun 70 Masihi, diaspora Yahudi mendirikan pusat pengajian Talmud terkenal di seluruh dunia. Apabila orang-orang Islam tiba di Baghdad, kota lama Babylon ini sudahpun mempunyai golongan elit Yahudi yang terpelajar yang boleh diguna oleh khalifah sebagai tabung amanah intelektual. Ini melancarkan proses di mana para rabbi di Baghdad menyalurkan pengajaran mereka secara terbuka kepada kaum Yahudi di serata dunia, yang sembilan puluh peratusnya  tinggal di bawah naungan para pemerintah Islam. (Di dalam kurun kesembilan dan sepuluh, setengah daripada penduduk di sesetengah Sepanyol terdiri daripada orang Yahudi. ) Kerana kemudahan aliran idea-idea pada masa ini, kata seorang sarjana, "Talmud  dan tafsiran Taurat oleh Talmud menjadi rujukan dalam kehidupan Yahudi."

 Kalian seharusnya seronok melihat simbiosis ini: Apabila Islam sedang mencapai zaman kegemilangnya, mempertingkat pengaruh-pengaruh intelektual Yahudi, kaum Yahudi melangkah dengan bangga , mengambil ilham daripada budaya Arab-Muslim. Puisi Ibrani sekular keluar melimpah-limpah dari kalam Shmuel ha-Nagid, rabbi dan pujangga amateur yang berkhidmat sebagai perdana menteri di bawah pemerintahan dua raja Islam. Ambillah masa untuk mencerna kenyataan tadi.

 Tiada satu pun yang telah disebut di sini  mengandaikan ada hubungan harmonis sepenuhnya di dalam tamadun Islam. Ya Tuhan, jauh sekali. Dari kurun kesebelas, ia menyaksikan rejim-rejim politik di Sepanyol menghakis toleransi dengan  kezaliman. Namun demikian pertemuan kebudayaan tidak mati begitu sahaja. Para penganut ketiga-tiga agama Ibrahim ini berlari menyelamatkan diri, menyesuaikan diri semula, dan terus mengahwini antara satu-sama lain, menggabungkan kesemuanya daripada bahasa ke cerita dongeng ke falsafah.

 Aku akan memberitahu kalian satu contoh di mana kerjayanya menunjukkan dinamisme yang aku perkatakan ini: Moses ben Mamon, atau Maimonides, seorang ahli falsafah Yahudi elit, rabbi, tabib, dan ahli etika. Dia menerbit hampir-hampir ekskusif di dalam bahasa Arab. (Perdana Israel pertama, David Ben-Gurion, belajar bahasa Arab semasa waktu rehat makan tengahari supaya dia dapat menikmati karya Maimonides ). Namun, Maimonides bukan seorang pengkhianat spiritual. Selain menjadi orang pertama untuk mengkodifikasi perundangan kitabiyah untuk orang Yahudi biasa ( Mishnah Torah, yang dia karang dalam bahasa Ibrani), tabib yang baik ini juga menghasilkan sebuah karya klasik Yahudi yang berjudul Pedoman Kepada Yang Bingung.* Dia mengakui bahawa pemikiran inovatif yang tidak terkawal boleh menyebabkan kekeliruan moral kepada seseorang itu, maka Maimonides mahu orang-orang Yahudi mengekalkan prinsip-prinsip kitabiyah. Petikan dari Pedoman Kepada Yang Bingung menunjukkan kejujuran intelektual dia: "[A]dalah menjadi sifat semulajadi manusia untuk menyukai apa yang sudah menjadi kebiasaannya dan bagaimananya dibesarkan, dan dia menakuti apa sahaja yang asing baginya. Pluraliti agama dan ketiadaan toleransi bersama adalah hasil daripada orang ramai terus berpegang teguh dengan pendidikan yang mereka terima."

 Apa yang membuat kerjaya dia lebih mengagumkan ialah Maimonides hidup pada zaman yang kacau-bilau dan tidak menentu, apabila orang-orang Islam merampas kuasa di Cordoba, tempat kelahiran dia. Lebih kurang dalam tahun 1150 Masihi, Maimonides dan keluarganya berhijrah ke Afrika Utara, kemudiannya ke apa yang dikenali pada hari ini sebagai – Israel, sebelum menetap di Mesir. Di sana, dia menjadi tabib kepada pegawai atasan bala tentera Saladin,* wira tentera Muslim yang sentiasa mematahkan gelombang serangan Tentera Salib Paus*. Diberi kedudukan yang begitu dekat dengan- pusat ekstrimisme Islam – terutama sekali di Sepanyol kalau tidak di tempat lain – Maimonides boleh memilih untuk mengundur diri ke dalam absolutisme keagamaan dan kebudayaannya. Dia tidak. Di Mesir, dia sibuk di dalam peranan dia sebagai seorang tabib. Dia memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang datang berubat dengan dia, menuntut ilmu bersama-sama komuniti Yahudinya, dan menulis untuk dunia yang lebih luas. Demikianlah naluri kreatif  orang-perseorangan yang membuatkan zaman keemasan bersinar-sinar, walaupun di peringkat senjanya.

 Ada seorang Islam yang setanding dengan Maimonides yang hanya berumur sembilan tahun lebih tua daripadanya – ahli falsafah, tabib, ahli hisab, dan juga berasal dari Cordoba yang bernama Ibn Rushd (lebih dikenali dengan nama Latinnya Averroes). Di Sepanyol, Ibn Rushd memperjuangkan kebebasan untuk menggunakan akal seperti yang diperjuangkan Maimonides di Timur, dia berani untuk tidak bersependapat dengan para teokrat. Berikutan kemunculan Islam yang semakin ganas, Ibn Rushd berhujah bahawa "ahli falsafahlah orang-orang yang paling berkemampuan untuk memahami petikan-petikan Quran yang berupa kiasan kerana latihan logik yang diterima mereka. Tiada stipulasi dari sudut agama yang menetapkan semua petikan tersebut harus ditafsir secara harfiah. " Amin.

 Dan kenapa berhenti di situ? Lebih daripada orang Eropah pada zaman itu, Muslim atau bukan, Ibn Rushd memperkatakan persamaan antara kedua-dua jantina. Pada pandangannya, :kebolehan perempuan tidak dapat diketahui" kerana mereka "dihadkan kepada membuat anak, membesarkan anak dan menyusu sahaja."  Dia memberi amaran kepada penjaga-penjaga tamadun bahawa dengan melayan perempuan seperti "bebanan orang lelaki" adalah "salah satu punca kemiskinan." Dengan keberanian seumpama ini, Ibn Rushd menjadi bebanan kepada kuasa-kuasa Muslim hiper yang ada. Ibn Rushd dibuang negeri ke Marrakech, Maghribi, dan pada malam peralihan ke kurun ketiga-belas, Ibn Rushd meninggal dalam keadaan yang mencurigakan.

SEMAKIN JAUH AKU RENUNGI APA YANG MUNGKIN DILAKUKAN TERHADAP minda geliga Ibn Rushd, aku terus bertanya: Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana sebuah syurga heteredoksi  seperti Sepanyol Islam ini bertukar menjadi pusat ortodoksi? Sejak bila seluruh empayar Islam berhenti berfikir? Apa yang mengakhiri zaman keemasan Islam, dan apa maknanya ini kepada kita pada hari ini?

 Sebagai permulaannya: Nampaknya Sepanyol Islam dibutakan oleh vandal-vandal agama di dalam Islam sendiri. Al-Mutamid, gabenor Islam Sevila, mempunyai keperluan agar kotanya diperkukuhkan menghadapi Alphonso, raja Kristian dari Castile yang semakin mengancamnya. Untuk menjauhkan ancaman Alphonso, al-Mutamid, gabenor Muslim meminta pertolongan segolongan Muslim keras dari Maghribi, golongan al-Murabit*. Memang benar golongan al-Murabit ini berjaya memelihara Cordoba dari serangan Alphonso, tetapi ia juga mengambil-alih dan memperjuangkan kesucian teologikal, sesuatu yang tidak dijangka-jangka oleh al-Mutamid. Golongan al-Murabit ini membenci kebebasan yang ada di Sepanyol Islam ini, yang mereka lihat sebagai kesan akibat pencemaran akidah. Mereka juga membenci orang Yahudi, tidak menyukai perempuan, membenci perdebatan, dan memainkan peranan sebagai mubaligh gila. Percayalah aku, pembuangan negeri Ibn Rushd tidak dapat mengambarkan keseluruhan masalah yang dimulakan mereka. Orang-orang kolot dan kuno pergi lebih jauh lagi. Pernah mendengar tentang al-Ghazali? Dia adalah merupakan pemikir yang berpusat di Baghdad yang menuduh ahli-ahli falsafah Muslim liberal sebagai orang-orang yang "tidak-keruan." Satu pandangan yang boleh diterima golongan al-Murabit, agaknya? Tetapi al-Ghazali juga diisytihar sebagai terlalu liberal oleh golongan al-Murabit ini, yang membakar karya-karya dia. Mereka juga menekan para Sufi, para ahli mistik Islam yang membaca Quran secara metaforikal dan tidak secara harfiah.

 Tahukah kalian apa yang aku pelajari daripada keseluruhan episod ini? Sepanyol Islam tidak runtuh akibat orang Kristian yang tamak haloba. Memang benar orang Kristian memainkan peranan, tetapi orang-orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Sepanyol Islam adalah orang-orang Islam sendiri. Tahu tidak apa kesimpulan aku? Orang-orang Islam telah pun bermula melaksanakan undang-undang ketenteraan dan menyekat kebebasan masing-masing sebelum bermulanya kolonialisme Eropah. Apa yang hendak aku nyatakan di sini ialah, masalah-masalah yang melanda kita tidak bermula dengan Tentera Salib. Masalah kita bermula dengan diri kita. Hingga hari ini, orang Islam menggunakan orang Putih sebagai senjata untuk mengalihkan tumpuan orang ramai – satu pengalih tumpuan daripada fakta yang kita tidak memerlukan Barat yang "menindas" untuk menindas diri kita.

 Aku ingin menghuraikan kenyataan ini dengan lebih lanjut lagi dengan memindah fokus kita ke Baghdad. Ingat lagi khalifah kurun kesembilan, al-Mamun? Dia mendukung satu versi Islam yang menganjurkan pemikiran rasional dan menjauhkan daripada sebarang tanggapan yang Quran berasal dari Tuhan.  Teologi al-Mamun juga menekankan wujudnya kehendak bebas di dalam setiap manusia. Betul. Di dalam penolakan kedua-dua kehendak bebas dan pemikiran rasional, al-Mamun melancarkan siasatan besar-besaran terhadap para pegawai yang tidak bersetuju dengan interpretasi Islamnya. Ada yang disebat, yang lain dipenjara. Salah seorang waris al-Mam'un memerintahkan agar dipenggal kepala salah seorang yang tidak bersetuju dengan pendapat al-Mam'un ini.  Siapa lagi kalau bukan umat Islam sendiri yang bersalah melakukan keganasan-keganasan sebegini? Gereja Rom? Cuba lagi. Kaum Yahudi? Maaf. MTV? Belum lagi.  Cuba teka lagi?

 Selepas tiga dekad "kehendak bebas," yang dipaksa, mula-mula di bawah al-Mam'un dan kemudian di bawah anak saudaranya, seorang lagi khalifah baru menarik balik dasar ini dan menggantikannya dengan doktrin baru. Doktrin baru ini mendekrikan agar setiap mukmin menerima segala perintah Quran " tanpa menanya bagaimana dan kenapa. " Ringkasnya, bukan untuk kita mempersoal kenapa Tuhan boleh memerintahkan hukum tertentu kerana kita langsung tidak memahamiNya – Yang Asal, Yang Tiada Sekutu, Yang Tidak Difahami. Kata-kata yang diwahyukanNya berdiri dengan sendiri. Kita hanya perlu mentaati sahaja. Sudah tentu tidak semua yang taat. Tengoklah Ibn Rushd, dengan yang lain seumpamanya yang mendahului dia. Apabila melihat keadaan kita sekarang, nampaknya ortodoksi jangan-tanya-bagaimana ini amat berjaya sekali. Dan ia berjaya kerana ia mempunyai sokongan politik. Semangat pemikiran bebas terus hidup di tempat-tempat tertentu di seluruh empayar, tapi tradisi rasmi ijtihad telah dimatikan dengan sengaja. Tanyalah bagaimana ini boleh berlaku.

 Untuk  menjawab persolan ini, aku perlu membentangkan latar belakang dan menerangkan umat Islam pada awal zaman pernah bertelingkah siapa harus mewarisi baginda Rasulullah pada tahun 632 Masihi. Ada yang mencadangkan anak menantu dan sepupu mudanya, Ali. Kebanyakan umat Islam pada waktu itu menyokong sahabat Muhammad yang lebih tua, Abu Bakr. Pertelingkahan yang berlumuran darah ini menyebabkan perpecahan pertama dalam Islam: mazhab Syiah ("Penyokong Ali") dan Ahli Sunnah Wa Jamaah (Sunni) (pengikut Sunnah, atau tradisi) lebih kurang 275 tahun, perpecahan ini berterusan. Ia menjadi lebih ketara pada tahun 909 Masihi, apabila segolongan Syiah mengisytiharkan sebuah kerajaan berasingan di dalam empayar Islam yang dipimpin oleh puak Sunni. Pengisytiharan Syiah memberi ilham kepada pemerintah Islam Sepanyol untuk mengisytiharkan dirinyan sebagai "Amirul Mukminin" – ringkasnya, khalifah. Di dalam huru-hara, rejim di Baghdad memperketatkan bala tenteranya.

 Di dalam beberapa generasi, Baghdad menyaksikan penutupan lain – pintu-pintu ijtihad dan maka tradisi pemikiran bebas. Atas nama melindungi umat Islam seluruh dunia daripada perpecahan (dikenali sebagai fitnah yang dianggap satu jenayah), para sarjana yang diiktiraf-Baghdad bersetuju untuk membekukan perdebatan dan perbahasan di dalam Islam. Sarjana-sarjana mempunyai kepentingan diri dan menerima banyak keistimewaan daripada pemerintah dan sudah tentu tidak akan melagukan keterbukaan pada masa tuan-tuan pemerintah menginginkan lirik-lirik yang lebih keras. Jadi, dari perspektif yang bermotifkan politik, segala apa yang perlu diketahui oleh orang Islam sudah diketahui. Ada soalan baru? Empat mazhab feqah Sunni boleh menjawabnya. Mereka tidak pernah menjawab soalan-soalan yang istimewa dan baru seperti soalan kalian? Dan kemudian, mereka akan meniru keputusan-keputusan yang pernah dibuat terdahulu. Penyelesaian baru tidak dibenarkan sama sekali.

 Kita di kurun keduapuluh-satu merasakan kesan daripada strategi seribu-tahun untuk memelihara daripada keruntuhan empayar ini. Tetapi aku ada khabar berita untuk kalian: Empayar Islam sudah tidak wujud lagi. Aku akan kata sekali lagi. Empayar itu sudah tiada lagi. Kita yang ada di sini. Dan pintu-pintu ijtihad – minda kita – terus kekal, untuk hampir keseluruhan masa, tertutup. Kenapa harus jadi begini? Kenapa orang Islam aliran utama terus menyekat kuasa buah minda mereka walhal peraturan tidak-boleh-berfikir itu – bertujuan untuk memelihara perpaduan tanah-tanah Islam dari Iraq  hingga Sepanyol – sesuatu yang boleh dipersoalkan pada hari ini? Gelenglah kepala kalian, wahai sahabat-sahabatku. Satu-satunya yang tercapai melalui strategi imperial ini adalah penindasan orang Islam oleh Islam sendiri: pengongkongan interpretasi.

 Izinkan aku memperjelaskan lagi. Dengan penutupan pintu-pintu ijtihad, hak untuk berfikiran bebas menjadi keistimewaan mufti, pendeta-peguam, di setiap kota atau negeri. "Sehingga hari ini," kata Mahmoud Ayoub, para mufti "megeluarkan pendapat-pendapat perundangan, yang dipanggil fatwa, mengikut mazhab-mazhab fekah masing-masing. Koleksi fatwa-fatwa terkenal dijadikan manual-manual kepada para mufti yang kurang kreaftif dan kurang berkebolehan."  Kurang kreatif? Kurang berkebolehan? Daripada siapa? Kalian atau aku? kenapa kita perlu memerlukan mereka? Daripada menuruti taqlid mereka, tidakkah lebih baik sekiranya menggoncang pintu-pintu ijtihad dan membuka kuncinya?

 Satu lagi contoh bagaimana kita memuja perkara yang tidak diperlukan: Perundang Syariah. Kerana diberitahu Syariah itu meawakili idealisme Islam, kebanyakan umat Islam mengganggapnya sebagai suci."[K]ebanyakan daripada syariah" tulis seorang pendokong perubahan Ziauddin Sardar, "tidak lebih daripada pendapat perundangan ahli-ahli feqah klasik" – dalam kata lain, mereka yang tergolong dalam empat mazhab Sunni. Dirangka semasa zaman empayar, kod-kod perundangan ini terus ditiru sehingga sekarang. "Itulah sebabnya," kata Sardar, "apabila syariah dilaksanakan – di luar konteks waktu ia diformulasikan dan di luar langkah kita – masyarakat-masyarakat Islam seolah-olah kembali ke zaman medieval dahulu kala. Kita nampak perkara ini berlaku di Arab Saudi, Iran, Sudan dan Afghanistan di bawah Taliban."        

 Walau di tempat Syariah tidak beroperasi, taqlid masih berlaku. beberapa tahun dahulu, para pelajar di sebuah universiti Palestin menolak profesor mereka dari tingkap jendela bilik kelas yang berada di tingkat-dua. Kesalahan dia? Mentafsir semula sejarah awal Islam.  Dia terselamat, tetapi aku tidak pasti Palestin dapat dilindungi daripada golongan cerdik pandai yang begitu tidak suka kepada soal-selidik. Terdapat juga satu laman web pro-Chechen yang mengagung-agungkan taqlid dengan lebih canggih lagi.  Ia seolah-olah memperlekehkan kebijaksanaan Maimonides di dalam menyiarkan "Pedoman kepada Yang Bingung dalam Soal Kebenaran untuk Membunuh Tawanan." Bayangkan bertapa leganya aku apabila aku mendapat tahu yang membunuh orang kafir dibenarkan (malah mandatori) – kecuali apabila imam atau naibnya memutuskan sebaliknya. Phew! Setidak-tidaknya, aku tidak perlu memikirkan hal ini.

Setelah mendapat tahu bagaimana taqlid menjadi norma di dalam Islam, aku masih terus bingung tentang sesuatu. Sekiranya kita mahu meniru, kenapa tidak meniru toleransi dan bukannya kezaliman? Tidakkah kita mempunyai contoh yang boleh diikuti seperti yang terdapat semasa zaman keemasan Islam – seperti cara orang Islam berkerja bersama-sama dengan orang Yahudi dan Kristian? Jadi, kenapa kita masih diselubungi dengan perasaan berbisa terhadap orang-orang bukan Muslim?

 Mengaju soalan-soalan ini memperjelaskan banyak lagi daripada apa yang aku harapkan. Kerana berdasarkan apa yanh sudah aku selongkar, aku menyedari toleransi Muslim terhadap Yahudi dan Kristian sebenarnya agak rapuh. Semasa zaman keemasan, toleransi sering menyerupai kebencian gred rendah, bukannya penerimaan.

 Ada seorang sarjana Eropah kelahiran Mesir yang menolak pandangan yang berasaakan khayalan semata-mata tentang cara umat Islam melayani "orang lain" berdasarkan permehatian sejarah. Bat Ye'or adalah nama dia. Sebenarnya, nama samaran dia, digunakan kerana apa yang dihujah dia boleh menyebabkan kemarahan yang menyemarak di kalangan kebanyakan orang Islam. Ye'or menggunakan istilah " dhimmitude"* untuk menerangkan ideologi diskriminasi Islam terhadap Yahudi dan Kristian.  Kenapa " dhimmitude"? Ia berasal daripada al-zimma*, istilah Arab untuk golongan-golongan itu – golongan Ahli-ahli Kitab kita – yang berhak diberi perlindungan di dalam masyarakat-masyarakat Islam.

 Perlindungan? Mari kita selidik premis di sebalik prinsip ini. Kenapa Yahudi dan Kristian memerlukan perlindungan istimewa sekiranya mereka Ahli-ahli Kitab, yang mempunyai hak dan tanggungjawab sama dengan orang Islam? Itulah masalahnya. Masyarakat-masyarakat Islam mempunyai kesulitan untuk melayani Yahudi dan Kristian (apatah lagi orang lain) sebagai orang sama taraf martabat dan darjat.

 Satu ilustrasi: Di bawah pemerintahan Islam, Yahudi dan Kristian seperti yang dicatat sejarah, terpaksa membeli perlindungan untuk diri mereka – pada dasarnya, terpaksa membayar untuk nyawa-nyawa mereka – dengan membayar sejenis cukai. Ia dikenali sebagai jizya, dan Quran membenarkan cukai ini demi kedamaian dan keamanan umum. Rasanya bukan satu amalan yang memberi banyak pertimbangan ke atas martabat dan maruah manusia, ya tidak? Ya, Nabi Muhammad membuktikan bahawa kalian sebenarnya boleh melakukan pendirian bebas di sini. Apabila kedamaian dan keamanan umum tidak terganggu, baginda tidak mengenakan jizya. Namun, wujudnya pilihan untuk mengenakan cukai seumpama ini menunjukkan kepada aku bahawa berlakunya amalan "peras ugut".

 Penyelidikan Bat Ye'or memperluas dakwaan ini. Pertimbangkan syarat-syarat yang dilaporkan dikenakan Muhammad kepada sekumpulan penduduk desa Yahudi setelah bala tenteranya menyapu bersih oasis si Khaybar, utara Madinah. Dia menulis, "Nabi membenarkan orang Yahudi untuk bercucuk tanam di atas tanah mereka, tetapi hanya sebagai penyewa; baginda meminta penyerahan setengah  daripada tuaian mereka dan berhak mengusir mereka pada bila-bila masa sahaja."  Aku tidak cuba untuk mempersoalkan baginda Rasulullah; cuma perlakuan baginda akan menetapkan nada realpolitik dalam Islam terkemudian.

 Demi keadilan, sejarawan-sejarawan lain menunjukkan Muhammad mengagumi jiran-jiran Yahudi baginda. Baginda menyeru umat Islam untuk menyertai puasa yang dilakukan oleh kaum Yahudi pada hari taubat mereka. Baginda menetapkan Jumaat, permulaan Sabbath Yahudi, sebagai masa untuk umat Islam sembahyang berjemaah. Dan baginda memilih Baitulmaqdis , bukannya Makkah, sebagai kiblat solat yang asal. Tindakan-tindakan yang tampak baik kan. Tetapi kita harus berdepan  dengan soalan ini: Adakah tindakan-tindakan ini, dilakukan semata-mata oleh seorang ahli politik yang unggul, dan menumpu berlebihan kepada perkara ini mengaburi pandangan kita akan bahagian bawah Islam yang terselindung?

 Aku mempunyai sebab yang kukuh mengaju soalan ini. Tidak lama selepas kewafatan Nabi, satu dokumen yang agak merunsingkan, kononnya autoritatif muncul. Ia memerintahkan bahawa orang bukan Islam mesti berdiri apabila ada orang Muslim yang ingin duduk, bahawa orang bukan Islam hendaklah membiarkan rumah ibadat mereka rosak tanpa sebarang pembaik-pulihan dan penggantian, bahawa kenyataan saksi seorang Muslim akan membatalkan kenyataan saksi seorang bukan Muslim. Kalian mendapat satu gambaran yang agak murung. Dokumen ini dinamakan " Pakatan Umar." Siapa Umar? Waris Nabi Muhammad yang kedua – seorang yang baik dan bertimbang rasa di dalam hampir kesemua bahan bacaan yang pernah aku baca mengenainya. Ia menjadi misteri kepada aku bagaimana namanya boleh dikaitkan dengan siri-siri diktat-diktat yang sebegitu supremasis ini. Oleh kerana bahagian itu tidak beberapa jelas, soalan yang sering timbul di kepala aku ialah: Kenapa orang Islam memilih intoleransi dan bukannya toleransi melalui Pakatan Umar? Aku membuat " pakatan" dengan diri sendiri untuk terus menanya soalan ini.

 Buat masa sekarang, apa yang boleh beritahu kalian ialah Pakatan Umar mempunyai kesan yang amat penting pada peringkat permulaan Islam – dan seterusnya. Pada permulaan kurun kesembilan, seorang sarjana perundangan terkemuka menggunakan pakatan ini sebagai dasar untuk menasihati gabenor-gabenor Islam tentang cara perhubungan dengan rakyat bukan Islam mereka. Sarjana tersebut menggariskan beberapa garis panduan. Perhatikan berberapa terma yang dikenakan ke atas orang-orang Yahudi dan Kristian:  

  • "Kalian tidak boleh berada di tengah-tengah jalan atau menduduki tempat-tempat duduk di pasar, menghalang orang Muslim..."
  • Kalian harus membezakan diri melalui pelana kuda dan tunggangan..."
  • Kalian harus membezakan apa yang dipakai di kepala dengan penanda..."
  • Kalian harus memakai kutang di atas pakaian, jubah, dan sebagainya, agar kutang –kutang tersebut tidak terselindung..."

 Imperialisme? Peraturan-peraturan ini "diperkukuhkan" oleh pakar pakar perundangan dan hakim Islam sebagai "sistem diskriminatori yang dilindungi Tuhan,"  akui Abdulaziz Sachedina, profesor pengajian agama di University of Viginia. Diskriminatori. Dililindungi Tuhan. Sistem. Sekiranya tiada perkataan dalam rangkaian kata itu mempunyai makna kepada kalian, setidaknya renungilah sejenak perkataan "sistem." Ia membuat kita mempersoal satu budaya konspirasi. Itulah " dhimmitude"*.

 Selama lima-ratus-tahun-lamanya zaman keemasan Islam, Pakatan Umar berdiri kukuh, memberi ruang kepada toleransi yang rapuh seperti yang aku cuba sampaikan tadi. Mari aku perincikan: Ramai Yahudi dan Kristian berada di dalam keadaan yang serba salah. Mereka boleh menolak dengan hormat tawaran daripada gabenor Islam yang meminta mereka untuk menjawat jawatan-jawatan awam, yang berkemungkinan menyebabkan gabenor tersinggung, tetapi sekiranya menerima undangan untuk berkhidmat, mereka menanggung risiko dituduh tidak mematuhi Pakatan Umar, dan terpaksa membayar dengan keluarga dan komuniti mereka.

 Aku beri contoh Shmuel ha-Nagid dan anak lelakinya. Shmuel, jika kalian ingat, ialah perdana menteri kepada dua raja Islam di Sepanyol. Walaupun seorang yang  berbakat dan amat kreatif dan mempunyai daya cipta yang tinggi – pujangga, komander tentera, ahli teologi – dia mengayun-ayunkan pengaruhnya secara diam-diam. Reuven Firestone dari Hebrew Union College terlintas kisah ini:
"Apabila Shmuel meninggal pada tahun 1055, anak lelakinya Yosef dilantik untuk mengganti dia. Walaupan amat berbakat, sepertinya bapanya, Yosef angkuh dan tidak disukai. Kekurangan sifat zimmi yang ada padanya menyebabkan kejatuhannya dan akhirnya dia dibunuh pada 1066 dan komuniti Yahudi di Grenada dibunuh beramai-ramai.  Secara teknikalnya, kedua-dua Yosef dan bapanya telah melanggari pakatan dengan menerima jawatan awam yang tinggi dan kekuasaan ke atas umat Islam. Fakta ini tidak dihiraukan apabila Shmuel sentiasa rendah diri dan kerajaan pada masanya gembira. Namun, apabila terdapat ketegangan dan Yosef enggan merendah diri, zimmanya [perlindungannya] ditarik balik. Dia dibunuh dan komunitinya hancur berkecai."

 Namun begitu, Fireston meminta kita untuk tidak lupa akan "kedudukan baik yang relatif dinikmati Yahudi dan penganut agama minoriti lain di bawah Islam."  Ramai sarjana bersependapat dengan dia. Seorang profesor di Dunia Arab Muslim semasa Zaman Pertengahan, kawasan-kawasan Yahudi tidak mengalami sebarang stigmam di mana di Eropah Kristian, pihak gereja beria-ia menghalang percampur-gaulan di antara Kristian dan Yahudi dengan mengehadkan tempat kediaman setiap kaum. "Yahudiyah," atau jalan-jalan khas untuk orang Yahudi, menanam prasangka dan ketakutan di dalam imaginasi orang ramai" di kalangan orang Kristian.  Hujah sarjana ini: janganlah mengutuk Islam hanya kerana berlakunya beberapa pembunuhan di sana-sini. Sebagai gantinya, bandinglah ia dengan Kristian zaman pertengahan, yang berusaha untuk menghapuskan agama Yahudi sama sekali.

 Aku boleh menerima cubaannya untuk mencari keseimbangan. Tetapi demi keseimbangan yang lebih jitu lagi, janganlah kita memperkecilkan cara-cara Pakatan Umar dilaksanakan. Di Afrika Utara, Yahudi dan Kristian memakai lencana di bahu-bahu mereka yang mempunyai gambar-gambar khinzir dan monyet. Mereka diwajibkan meletak simbol-simbol ini di puntu rumah kediaman mereka juga. Di Baghdad, pusat kegemilangan Islam, orang-orang zimmi memakai pakaian yang memaparkan simbol-simbol yang berwarna kuning. Aku harap kalian sudah semakin faham. Aku mula memahami bagaimana Islam menjadi agama yang bersifat insular. Sekiranya kalian menggabungkan larangan untuk berfikir dan kod-diskriminasi yang sudah begitu lama diamalkan, apa yang akan kalian dapat? Kalian akan mendapat taqlid dan kalian akan mendapat intoleransi. Kalian akan mendapat taqlid intoleransi.

 "Hentikan di situ!" kata sesetengah daripada kalian. "Berapa banyak kalikah perlu aku beritahu yang aku tidak berminat merendah-rendahkan Yahudi dan Kristian? Aku tidak mahu mereka ke bermundar-mandir  di bandar aku dengan bintang-bintang kuning, OK? Jangan tuduh semua orang Muslim melakukan 'taqlid intoleransi'. Tolonglah." Tetapi taqlid intolenransi tidak hanya terhad kepada bintang-bintang kuning sahaja. Tidak ada Muslim yang aku tahu bebas sepenuhnya daripada sistem yang mendokongnya.

Oleh kerana aku memanggil ini satu introspeksi, aku akan gunakan diri aku sebagai contoh. Aku membesar menggeruni anjing-anjing kerana Islam mengajar anjing-anjing adalah makhluk-makhluk najis. Sekiranya kalian memerlukannya sebagai anjing-anjing jaga, pegang hidung kalian. Ia tidak boleh dibelai, ataupun dianggap sebagai haiwan kesayangan. Dan anjing-anjing hitam pula? Ia bersifat iblis, mudah dan senang. Usia aku telahpun melangkaui dua puluh-an sebelum dapat menyentuh seekor anjing tanpa ketakutan daripada digigit kerana meingkari Tuhan.

 Ini banyak hubung kaitnya dengan taqlid intoleransi. Di dalam kumpulan hadith – riwayat-riwayat sabda dan perlakuan Nabi Muhammad – hampir kesemua yang menyebut tentang anjing hitam muncul dengan rujukan-rujukan yang menghina terhadap perempuan dan Yahudi. Jauh daripada objektif, riwayat-riwayat hadith ini mengutuk anjing-anjing hitam dengan makhluk-makhluk "lain" yang terkutuk.  Sekiranya kita tidak mempertikai hadith-hadith, dan sekiranya kita membuka mata kepada corak-corak prasangka, maka kita terus mendokong satu sistem yang menganggap jutaan makhluk Tuhan sebagai makhluk hina dan pelik.

 Ia tampak gila, bukan? Namun keadaan ini adalah satu hakikat. Mari kita dengar pengalaman profesor perundangan Islam UCLA , Khaled Abou El Fadl. Dia tahu seorang mualaf Islam yang disuruh oleh seorang mullah untuk meninggalkan anjing kesayangannya. Mualaf ini menyedari tidak kira di mana jua dia tinggalkan anjing kesayangannya, ia akan kembali muncul di pintu rumahnya. Mualaf ini bertanya mullahnya apa yang perlu dilakukan dengan anjing yang enggan ditinggalkan.

 Kebulurkannya, ujar mullah tadi.
Apabila El Fadl mendengar kisah yang tidak berhati perut ini, jiwa dia bergolak dengan bantahan.  Sarjana perundangan Islam kelahiran Kuwait yang dillatih di Mesir ini merujuk kembali teks-teks asli dan interpretasi awal untuk memastikan samada pendirian mullah itu betul. Dan apa yang dia temui ialah, kedudukan hina anjing, perempuan dan Yahudi,  bukannya disebabkan oleh Nabi Muhammad, yang nampaknya meletakkan anjing di tempat yang agak tinggi sehinggakan baginda tidak kisah untuk bersembahyang semasa walaupun terdapat ada anjing di sekeliling baginda, tetapi oleh para intelek terkemudian. Seperti juga konstruk perundangan Syariah, penghinaan anjing, Yahudi dan perempuan) adalah satu pilihan semata-mata. Tuhan tidak memilihnya; sekumpulan manusia yang gila kuasa yang memilihnya, Kebanyakan kita menerima sebahagian daripada sistem mereka, tetapi kita kita perlu menelannya sama sekali. El Fadl dan isteri dia, Grace, telah menjadikan tiga anjing jalanan sebagai haiwan peliharaan kesayangan – salah satunya berwarna hitam. Di samping itu, Grace sering mengetuai sembahyang berjemaah keluarganya. Di dalam mengamalkan ijtihad, mereka memutuskan untuk mengutamakan cinta kasih Pencipta daripada undang-undang manusia.

TENGOKLAH, KITA TIDAK PERLU MENJADI PARA INTELEK YANG MEMENANGI-HADIAH DAN ANUGERAH untuk menunjukkan semangat ijtihad. Kita perlu mengajukan soalan-soalan tentang Islam secara terbuka. Dan setiap di antara kita mempunyai soalan-soalan yang tersembunyi di dalam hati nurani sanubari kita.

 Dari semasa ke semasa, kita bertindak mengikut persoalan kita. Dipenuhi dengan perasaan takut. Terlalu takut. Seratus tahun dahulu di Mesir, berlangsungnya perbincangan awam mengenai Marxisme, ateisme, dan teori evolusi. Menurut seorang penyelidik, lebih kurang lima-puluh akhbar harian dan dua ratus akhbar mingguan diedar secara bebas, memetik pendapat dan kata-kata sekularis yang kontroversial seperti Voltaire.  Terdapat juga seruan untuk reformasi agama.
Dimangkin pada lewat kurun kesembilan belas dengan pemulihan hubungan politik dengan Eropah, renaissance intelektual ini terhakis di bawah retorik antikolonialis dan tekanan politik untuk perpaduan Arab, yang menyaran penolakan segala-gala nya yang Barat. Menjelang tahun-tahun 1920-an, kebanyakan soalan-soalan yang pernah dikemukan sebelum ini umpama bisikan yang semakin tenggelam. Sekitar masa ini, seorang Mesir mengasaskan Ikhwanul Muslimin, Al-Qaeda zaman itu. Upacara-upacara kemasukan ke sel-sel keganasan pertubuhan ini melibatkan dua prop: Quran dan sepucuk revolver. Tiada soalan yang ditanya.

 Satu contoh masa kini taqlid intoleransi ini ialah sikap anti-Semitisme yang memuncak di Mesir. Susah untuk menjangka apa yang harus dilihat di dalam ruanga sebegitu singkat, jadi izinkan aku mengilustrasi supaya membuat kalian ketawa. Pada akhir 1990-an, Israel telah bersuka-rela  untuk berkongsi teknologi pertaniannya dengan Mesir, sejajar dengan ajaran Alkitab untuk menggantikan pedang dengan bajak sawah. Ah, kedamaian dan keamanan akhirnya. Cuma sayang sekali akhbar-akhbar Mesir menerbitkan kisah-kisah tentang biji-benih toksik dan tetimun karsinogenik yang diberi kepada petani yang tidak mengesyaki apa-apa. Khabar angin  ini bertambah rancak ekoran daripada kempen  Mesir yang menuduh orang-orang Israel menjual dua produk yang tidak baik: gula getah yang menyebabkan luakan nafsu yang tidak terkawal di kalangan perempuan, dan buah yang telah dimodifikasi secara genetik yang melemahkan sperma-sperma suami mereka.  Semua ini dari sebuah negara Arab yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel sejak 1979!

 Jordan adalah merupakan sebuah lagi negara Aarab yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel. Namun, beberapa suratkhabar Jordan, termasuklah dua akhbar kerajaan, menyalahkan peristiwa 11 September kepada "orang-orang Yahudi." Bacalah satu lagi rencana yang dicetak oleh sebuah lagi akhbar Jordan, diterjemah oleh Institut Penyelidikan Media Timur Tengah*: "Yahudi Eropah berpendapat penghijrahan ke Amerika Syarikat untuk mengawal secara mutlak kewangan [Amerika], bank-banknya, bursa saham, media, dan keputusan politik di kedua-dua rumah Kongres, sememangnya begitu. Kaum Yahudi menyelinap masuk tentera Amerika, terutamanya Angkatan Tentera Udaranya, dan mereka menyediakan juruterbang-juruterbang untuk menerbangkan pesawat, kerana mereka mengetahui bahawa agama tidak disebut di dalam kad pengenalan mereka yang menganggotai tentera Amerika. Maka, pesawat-pesawat terbang [dikuasai] oleh bangsa Yahudi, seperti juga akhbar, radio, televisyen, dan wang di dalam bank-bank dan bursa saham.  Maka mereka membuat keputusan politik. Kenapa Bush tidak hirau akan fakta-fakta ini, dan mengumumkan bahawa satu siasatan akan dibuat untuk membongkar dalang peristiwa-peristiwa ini? Mereka ialah Yahudi, Bush!"

 Tahukah kalian apa yang lebih menyeramkan aku ialah kenyataan-kenyataan konspirasi yang tidak berasas ini keluar dari sebuah negara Arab Islam yang "sederhana"? Ia adalah satu fakta yang sikap-sikap seperti yang diutarakan tadilah yang mengekori orang-orang Islam yang menuju ke barat. Aku mempunyai bukti kukuh lain dan ia berupa sepucuk surat mengenai rencana-rencana pasca-11 September. "Aku menganggap diri aku sebagai seorang Muslim liberal," berbunyi permulaan surat itu, kemudian menarik perhatian aku ke "memusnahkan apa yang telah aku lakukan, apa yang telah dilakukan orang Islam lain, untuk menegakkan mesej Islam betul dan benar." Apa yang dimaksudkan dia dengan mesej yang "betul dan benar" itu? Dia gagal menyebut, kerana terlalu taksub di dalam mendedahkan  golongan Zionis menggerakkan media massa dan rencana-rencana ssaya "terbit di dalam pertubuhan Yahudi." Si liberal meyakinkan aku bahawa"Aku bukannya memberitahu kalian untuk melakukan penapisan-diri. Namun sekiranya pandangan-pandangan seorang Islam digunakan seperti halnya dengan aku oleh orang bukan Islam dan Zionis, kalian harus fikir semula."

 Encik Betul dan Benar berjaya membuktikan sesuatu. Orang-orang Zionis memang berminat dengan penerbitan baru yang mengandungi seruan-seruan perubahanku. Sebagai seorang wartawan yang mempunyai reputasi menolak pintu dengan  kuat, aku diundang melawat Israel pada Musim Panas 2002. Memikirkan tawaran tersebut, aku mula menyedari satu perbezaan penting. Umat Islam melayan kaum perempuan seburuk kita melayani Yahudi. Namun kita tidak menyalahkan perempuan apabila membicarakan tentang kebobrokan geopolitikal dan pembekuan intelektual kita. Mungkinkah pemerhatian jelas terhadap Israel menyimpan kunci khas ke arah reformasi Islam agaknya?

 Aku menerima tawaran melawat Israel dengan dua syarat: Aku harus dibenarkan mengaju sebarang pertanyaan dan soalan mengikut kemahuan aku, aku harus terlibat di dalam menentukan itinerari perjalanan. Inilah syarat-syarat yang aku nyatakan kepada pertubuhan-perubuhan Arab dan Islam apabila berdepan denga misi yang seumpamanya. Pertubuhan-pertubuhan Arab tidak menjawab. Namun penganjur Zionis  menjawab, meyakinkan aku boleh, seharusnya, dan akan menjadi rakan kongsi di dalam perjalanan ini. Jadi, aku tanya diri sendiri sekali lagi, haruskah aku pergi?

 Aku teringat Encik Khaki, dan penonton QueerTelevision yang menyalahkan "khinzir-khinzir" dan "anjing-anjing" Yahudi terjadinya homoseksualiti di kalangan umat Islam. Aku teringat kepada feminis yang menyebut "apa yang berlaku terhadap umat Islam di Palestin" sebagai satu alasan untuk mendiamkan diri tentang Taliban, Dan aku marah kepada Muslim "liberal" tadi yang memberi amaran kepada aku untuk memikirkan semula seruan untuk perubahan dan reformasi kerana perubuhan-pertubuhan Yahudi sedang memerhati.

 Dengan drama persengketaan Arab/Yahudi yang sering dimainkan di depan kita, aku memutuskan aku perlu untuk melihat sendiri sekiranya Israel layak menerima kecaman kemarahan umat Islam yang begitu kuat sekali. Aku berbicara tentang kemarahan yang diekploitasi kita untuk mengaburi kecacatan yang ada pada diri kita – termasuk di Barat, di mana kita mandi di dalam kebebasan untuk meneliti tindak-tanduk kita sepertimana dengan tindak-tanduk orang lain. Sekiranya kita menarik balik intoleransi di dalam minda Muslim, kita harus bertanya: Samada Israel itu benar-benar rasaksa seperti yang digembar-gemburkan kita? Orang-orang Zionislah yang menempah tiket kapal terbang aku.

NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJERMAH
(Source & Translator’s Notes)

BAB 3: Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir? (Chapter 3 Notes)

1 "Sahabat-handai di Eropah menghantar aku contoh-contoh ungkapan basi seumpamanya yang disiar berterusan di media massa mereka." Nota: Sekiranya kalian enggan menyakini sahabat-handai aku, yakinilah Yasmin Alibhai-Brown, seorang kolumnis yang biasa menulis di dalam suratkhabar The Independent di Britain. Dia menulis, " Sepanjang musim, program-program tentang umat Islam di Britain berhati-hati mengelak cerita-cerita yang bahaya kerana selepas 11 September mereka merasakan bahawa adalah mustahak untuk memberi satu gambaran positif kepada orang ramai tentang kepelbagaian umat Islam di Britain. Semasa Minggu Kesedaran Islam, saluran televisyen dan pihak akhbar juga melakukan perkara yang sama." Lihat "Muslims are wrong to blame the British Media," The Independent, 26 Ogos, 2002.

2" Aku menulis satu siri rencana-rencana menyeru supaya kita muhasabah diri sendiri." Klik sini untuk contoh.

3 "Kenapa pula aku haru mempunyai aspirasi untuk menjadi sebahagian anggota aliran utama yang terencat inteleknya?" Nota: Bagi mereka ialah kata-kata kesat, aku tahu. Tetapi aku tetap dengan pendirian aku menggambarkan umat Islam aliran utama sebagai "terencat intelek" dan "tidak mempunyai keupayaan moral." Lihat petikan sebuah kisah keluaran 10 Februari, 2003, suratkhabar pelajar University of Toronto, The Varsity. Ia mengisahkan seorang Islam dan seorang Yahudi yang menyertai acara "Evening of Engagement." Kedua-duanya teragak-agak tetapi tidak menyangka sama- sekali keberkesanannya. Si Islam, menurut lapran suratkhabar ini, "tahu pelajar-pelajar Islam lain yang memilih untuk tidak menghadirkan diri." Suratkhabar ini memetik dia sebagai berkata,"Orang risau tentang stigma yang dikaitkan dengan nama atau kumpulan masing-masing sekiranya mereka menyertai acara seumpamanya berserta kumpulan-kumpulan lain yang diterima oleh komuniti aliran utama." Kenapa dialog dengan Yahudi semata-mata tidak boleh diterima kepada Islam aliran utama, melainkan aliran utama itu berada di dalam keadaan yang menyedihkan baik dari segi intelek mahupun moral – atau kedua-duanya sekali.
 
* Istilah straight merujuk kepada golongan heteroseksual.

4" Di Sepanyol, sempadan barat dunia Islam ketika itu, umat Islam memperkembang sejenis budaya yang digelar oleh seorang sejarahwan Yale satu "budaya toleransi" dengan kaum Yahudi." Sumber: Maria Rosa Menocal, The Ornament of the World: How Muslims, Jews, and Christians Created a Culture of Tolerance in Medieval Spain (Boston: Little, Brown, 2002).

5" Izinkan aku tonjolkan beberapa sumbangan Islam kepada budaya Barat." Sumber (antara lain): George Raphael, "A is for Arabs," www.salon.com. 8 Januari, 2002. Ole!" dapat dijejak kepada "Allah" oleh Murad Wilfried Hoffman, Religion on the Rise: Islam in the Third Millenium (Beltsville, Maryland: Amana, 2001), ms.3.

6"Di sebuah kota yang terletak di selatan Sepanyol, Cordoba, umpamanya, seorang perempuan yang mempunyai daya tarikan seks bernama Wallada menganjur salon-salon kesusasteraan di mana orang ramai mentafsir mimpi, puisi, dan al-Quran." Sumber dan nota: Nama penuhnya ialah Wallada bint-al-Mustakfi. Lihat Tariq Ali, The clash of Fundamentalisms: Crusades, Jihads and Modernity (London, New York: Verso, 2002), ms. 56.

* diterjemah daripada perkataan 'hemaphrodites' dalam teks asal.

7" 'Di Baghdad, seorang khalifah kurun kesembilan, al-Ma'mun, mendirikan Darul Hikmah – 'instutusi pengajian tinggi pertama baik di dunia Islam mahupun di Barat'" Sumber: Mahmoud Ayoub, "The Islamic Tradition," Willard G. Oxtoby, ed., World Religions: Western Traditions (Don Mills, Ontario: Oxford University Press, 2002) ms. 395.

8" Semasa di dalam perjalanan, komander mereka, Tariq bin Ziyad, melintas sebuah batu besar yang digelar, Gibraltar, pada hari ini berasal daripada bahasa Arab untuk 'Gunung-Gunung Tariq'" Sumber (antara lain): Tariq Ali, The Clash of Fundamentalisms, ms. 34.

9" Kaum Arab, menurut salah seorang pengkritik budaya, adalah 'wira, bukannya pentadbir.'" Sumber: George Raphael, "A is for Arabs," www.salon.com, 8 Januari, 2002.
10" Di dalam kurun kesembilan dan sepuluh, setengah daripada penduduk di sesetengah Sepanyol terdiri daripada orang Yahudi." Sumber Khalid Duran, Children of Abraham: An Introduction to Islam for Jews (Hoboken, New Jersey:Ktav Publishing House/ American Jewish Committee, 2001), ms 100.

11" Perdana Israel pertama, David Ben-Gurion, belajar bahasa Arab semasa waktu rehat makan tengahari supaya dia dapat menikmati karya Maimonides." Sumber: Khalid Duran, Ibid., ms. 105.

* The Guide For the Perplexed.

12" Pluraliti agama dan ketiadaan toleransi bersama adalah hasil daripada orang ramai terus berpegang teguh dengan pendidikan yang mereka terima." Sumber: Khalid Duran memetik Maimonides, Ibid., ms. 103.

* ataupun Sallehuddin. Ada sesetengah sumber yang pernah dibaca oleh pentejermah mengatakan dia adalah berketurunan Kurdish (Kurd).

* 'Paus' di sini merujuk kepada kepala Gereja Roman Katolik yang berpusat di Vatikan (Vatican City) berhampiran dengan kota Rom di Itali. Gelarannya dalam bahasa Inggeris ialah 'Pope'. 'Paus' adalah ejaan Melayu.

13" Tiada stipulasi dari sudut agama yang menetapkan semua petikan tersebut harus ditafsir secara harfiah." Sumber: Sentimen-sentimen ini muncul berulang kali dan lebih daripada satu sumber oleh Ibn Rushd. Lihat, sebagai contoh, Decisive Treatise on Connnection between Law and Wisdom, terjemahan dan nota-nota oleh Charles E. Butterworth (Provo, Utah: Brigham Young University Press, 2001). Lihat juga Ibn Rushd, The Incoherence of the Incoherence, terjemahan dan nota-nota oleh Simon van den Bergh (London: M. Luzac, 1954).

14"Pada pandangannya, "kebolehan perempuan tidak dapat diketahui" kerana mereka "dihadkan kepada membuat anak, membesarkan anak dan menyusu sahaja." Sumber: Ibn Rushd seperti yang dipetik oleh Tariq Ali, The Clash of Fundamentalisms, ms. 66.

* al-Murabit merujuk kepada Almoravids.

15" Salah seorang waris al-Mam'un memerintahkan agar dipenggal kepala salah seorang yang tidak bersetuju dengan pendapat al-Mam'un ini." Nota dan sumber: Waris yang dirujuk sini ialah anak saudaranya, al-Wathik. Menurut Ibn Warraq, "al-Wathik mencuba untuk memenggal kepala seorang ahli teologi yang enggan akur kepada doktrin rasmi. Khalifah itu tidak berjaya dan kemudiannya memerlukan bantuan profesional untuk menyelesaikan tugas ini," Lihat Ibn Warraq, Why I Am Not a Muslim (Amherst, New York: Prometheus Books, 1995), ms. 248.

16" Doktrin baru ini mendekrikan agar setiap mukmin menerima segala perintah Quran "tanpa menanya bagaimana dan kenapa. " Sumber: Mahmoud Ayoub, The Islamic Tradition," The World Religions: Western Traditions, ms. 398.

17"... Koleksi fatwa-fatwa terkenal dijadikan manual-manual kepada para mufti yang kurang kreaftif dan kurang berkebolehan.""Sumber: Mahmoud Ayoub, Ibid., p.392.

18"... Kita nampak perkara ini berlaku di Arab Saudi, Iran, Sudan dan Afghanistan di bawah Taliban." Sumber: Ziauddan Sardar, "Islam: Resistance and Reform," New Internationalist, Mei 2002. Dimuat turun dari www.newint.org.

19" Kesalahan dia? Mentafsir semula sejarah awal Islam." Sumber dan nota: Alexander Stille, Radical New Views of Islam and the Origins of the Koran," New York Times, 2 Mac, 2002. Dua orang wartawan dan seorang pejuang haka asasi manusia di Tebing Barat mengesahkan kejadian insiden ini.

Profesor tersebut ialah Suliman Bashear. Lihatlah reviu bukunya, Arabs and Others in Early Islam, dalam International Journal of Middle East Studies, Jilid XXXII, No. 2, Mei 2000, ms. 277-79.

20" Terdapat juga satu laman web pro-Chechen yang mengagubg-agungkan taqlid secara lebih canggih lagi." Sumber: www.qoqaz.com. Pada semakan terakhir, lamannya mentiarkan video yang menunjukkan orang ramai dan tempat diletupkan.

* ‘ dhimmitude’ digunakan oleh Bat Ye’or untuk menyifatkan diskriminasi yang dialami oleh golongan zimmi di bawah pemerintahan Islam. Penterjemah mengekalkan ejaan Inggeris untuk memelihara konteks dan maksud yang cuba diketengahkan oleh penulis.

21" Ye'or menggunakan istilah "dhimmitude" untuk menerangkan ideologi diskriminasi Islam terhadap Yahudi dan Kristian." Sumber: Bat Ye'or, Islam and Dhimmitude: Where Civilizations Collide (Madison, New Jersey: Farleigh Dickinson University Press, 2002).
*keadaan zimmi.

22""...Nabi membenarkan orang Yahudi untuk bercucuk tanam di atas tanah mereka, tetapi hanya sebagai penyewa; baginda meminta penyerahan setengah daripada tuaian mereka dan berhak mengusir mereka pada bila-bila masa sahaja."" Sumber: Bat Ye'or, Ibid., ms.37.

23" Perhatikan berberapa terma yang dikenakan ke atas orang-orang Yahudi dan Kristian..." Sumber: Kenyataan-kenyataan adalah dari Abdulaziz Sachedina, The Islamic Roots of Democratic Pluralism (Oxford, New York: Oxford University Press, 2001), ms.67.

24" Peraturan-peraturan ini "diperkukuhkan" oleh pakar pakar perundangan dan hakim Islam sebagai "sistem diskriminatori yang dilindungi Tuhan..." Sumber dan nota: Abdul Aziz Sachedina, Ibid., ms. 65.

Sachedina bukan satu-satunya sarjana Islam yang menerima pendapat Ye'or bahawa ideologi zimmi telahpun wujud dalam Islam. Dalam Children of Abraham, Khalid Duran menulis, "Pada mulanya penaklukan oleh pihak Islam membawa kesenangan kepada ramai yang tertindas di rantau Mediterranean dan selanjutnya. Pada kurun-kurun yang berikutan, kerajaan-kerajaan Islam meniru perlakuan pemerintah lampau yang zalim. Apabila kuasa politik mereka semakain merosot, segelintir pemerintah Islam memberi layanan yang semakin buruk  kepada golongan minoriti" (ms. 106). Tetapi perhatikan penggunaan perkataan 'segelintir' oleh dia. Duran tidak menerima dhimmitude sebagai norma dalam Islam, dan berkata pada rata-rata populasi zimmi diterima dengan baik..." (ms. 109). Aku tidak begitu pasti pula.

* dhimmitude terbit daripada perkataan 'dhimmi' (atau 'zimmi'). Perkataan ini tidak diterjemahkan dan penggunaannya dikekalkan. Satu contoh 'code-mixing' untuk memelihara maksud dan konteks.

25"Apabila Shmuel meninggal pada tahun 1055, anak lelakinya Yosef dilantik untuk mengganti dia. Walaupan amat berbakat, sepertinya bapanya, Yosef angkuh dan tidak disukai. Kekurangan sifat zimmi yang ada padanya menyebabkan kejatuhannya dan akhirnya dia dibunuh pada 1066 dan komuniti Yahudi di Grenada menderita." Sumber: Reuven Firestone, Childrean of Abraham: An Introduction to Judaism for Muslims (Hoboken, New Jersey: Ktav Publishing House/ American Jewish Committee, 2001), ms. 56.

26"... Firestone meminta kita untuk tidak lupa akan "kedudukan baik yang relatif dinikmati Yahudi dan penganut agama minoriti lain di bawah Islam." Sumber: Reuven Firestone, Ibid, ms.57.

27"Yahudiyah," atau jalan-jalan khas untuk orang Yahudi, menanam prasangka dan ketakutan di dalam imaginasi orang ramai" di kalangan orang Kristian." Sumber dan nota: Mark Cohen, Under Crescent and Cross: The Jews in the Middle Ages (Princeton: Princeton University Press, 1994), ms. 126.
Pada permulaan buku ini, Cohen menulis "trend di kalangan Arab dan penulis-penulis Arab" ialah "penerimaan bulat-bulat aksiom ketoleransian Islam...dan kepada mitos utopia antara agama. Versi hubungan Islam-bukan-Islam dalam sejarah ini digunakan secara tidak langsung untuk menjustifikasikan dan memberi alasan untuk satu lagi trend" antisemitisme Eropah yang virulen di dalam pakaian Arab." (ms. 8)

28"Dan apa yang dia temui ialah, kedudukan hina anjing, perempuan dan Yahudi..." Nota: El Fadl membuat kenyataan ini di dalam beberapa wawancara media. Kunjungilah laman web yang mengarkibkan karyanya: www.scholarofthehouse.org.

29" Menurut seorang penyelidik, lebih kurang lima-puluh akhbar harian dan dua ratus akhbar mingguan diedar secara bebas, memetik pendapat dan kata-kata sekularis yang kontroversial seperti Voltaire." Sumber: "News from Egypt: Tried and Found Guilty of Deriding Islam," dipaparkan di www.secularislam.org. Di dalam paparan ini, Middle East Media Research Institute (MEMRI) memetik satu laporan wartawan Mesir Fatemah Farag dalam Al Ahram Weekly, Ogos 3-9, 2000. Farag melaporkan "Anwar Mughith, seorang penyelidik pemikiran moden Mesir, menerangkan bagaiman pada 1889, terdapat 50 akhbar harian, meningkat kepada 84 pada 1909, dan 200 akhbar mingguan, kebanyakan daripadanya membincangkan idea-idea golongan pemikir, " termasuklah mereka yang mempunyai sikap "kritikal secara terbuka terhadap agama."

30"... Cuma sayang sekali akhbar-akhbar Mesir menerbitkan kisah-kisah tentang biji-benih toksik dan tetimun karsinogenik yang diberi kepada petani yang tidak mengesyaki apa-apa. Khabar angin  ini bertambah rancak ekoran daripada kempen  Mesir yang menuduh orang-orang Israel menjual dua produk yang tidak baik: gula getah yang menyebabkan luakan nafsu yang tidak terkawal di kalangan perempuan, dan buah yang telah dimodifikasi secara genetik yang melemahkan sperma-sperma suami mereka." Sumber dan nota: Bernard Lewis, "Muslim Anti-Semitism," The Middle East Forum, Jun 1998, ms. 3 versi online. Muat turun di www.meforum.org.

Nota: Mitos-mitos sebegitu juga diterima secara meluas di Palestin. Wartawan Arab Khaled Abou Toameh melaporkan dalam bulan-bulan menuju intifada mutakhir, Israel dituduh mengedar dadah di kalangan pemuda dan pemudi Palestin untuk merosakkan mereka. Begitu dengan tanggapan bahawa orang Israel terlibat dengan gula-gula getah yang menimbulkan rasa syahwat yang terdapat di kedai-kedai Palestin. Kononnya matlamat mereka: menjadikan perempuan-perempuan palestin sebagai pelacur-pelacur. Dalam suasana ketegangan yang meningkat, pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Palestin menuduh Israel menyebarkan 'tali-tali pinggang radioaktif yang menyebabkan barah kanser." Lihat Khaled Abou Toumeh, "How the war began," Jerusalem Post, September 19, 2002.
* MEMRI.

31""Yahudi Eropah berpendapat penghijrahan ke Amerika Syarikat  untuk mengawal secara mutlak kewangan [Amerika], bank-banknya, bursa saham, media, dan keputusan politik di kedua-dua rumah Kongres, sememangnya begitu. Kaum Yahudi menyelinap masuk tentera Amerika, terutamanya Angkatan Tentera Udaranya, dan mereka menyediakan juruterbang-juruterbang untuk mkeenerbangkan pesawat, kerana mereka mengetahui bahawa agama tidak disebut di dalam kad pengenalan mereka yang menganggotai tentera Amerika. Maka, pesawat-pesawat terbang [dikuasai] oleh orang Yahudi, seperti juga akhbar, radio, televisuen, dan wang di dalam bank-bank dan bursa saham.  Maka mereka membuat keputusan politik. Kenapa Bush tidak hirau akan fakta-fakta ini, dan mengumumkan bahawa satu siasatan akan dibuat untuk membongkar dalang peristiwa-peristiwa ini? Mereka ialah Yahudi, Bush!" Sumber: suratkhabar Al-Sabil, seperti yang dipetik oleh MEMRI dalam A New Anti-Semitic Myth in Middle East Studies: The September 11 Attacks Were Perpetrated by the Jews, Washington, D.C., 2002, p.31. MEMRI menyediakan versi-versi asli Bahasa Arab untuk kesemua sumbernya. Muat turun laporan ini di www.memri.org.


32""Aku menganggap diri aku sebagai seorang Muslim liberal," mula penulis surat itu, kemudian menarik perhatian aku ke "memusnahkann apa yang telah aku lakukan, apa yang telah dilakuka
n orang Islam lain, untuk menegakkan mesej Islam betul dan benar." Apa yang dimaksudkan dia dengan mesej yang "betul dan benar" itu? Dia gagal menyebut, kerana terlalu taksub di dalam mendedahkan  golongan Zionis menggerakkan media massa dan rencana-rencana ssaya "terbit di dalam pertubuhan Yahudi." Si liberal meyakinkan aku bahawa"Aku bukannya memberitahu kalian untuk melakukan penapisan-diri. Namun sekiranya pandangan-pandangan seorang Islam digunakan seperti halnya dengan aku oleh orang bukan Islam dan Zionis, kalian harus fikir semula." Sumber: Emel bertarikh 19 Mei, 2002.

33" Orang-orang Zionislah yang menempah tiket kapal terbang aku." Nota: Dalam bulan-bulan berikutan dengan lawatan aku ke Israel, aku menghubungi orang-orang Arab, Palestin, dan persatuan-persatuan Islam untuk menghantar aku dalam misi kewartawanan ke Timur Tengah agar aku dapat menghargai perkara-perkara tertentu dari sudut perspektif bukan-Zionis. Tidak seorang pun yang membalas permintaan aku.