HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI
Surat
""Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibubapa dan kaum kerabatmu..."(Quran, 4:135)
Aku perlu jujur dengan kalian sekalian. Keimananku dalam Islam semakin tipis. Aku rungsing memikirkan apa yang akan dilakukan seterusnya oleh duta-duta Allah yang dilantik sendiri.
Aku sungguh malu melihat fatwa yang dilontar oleh para cerdik pandai kita. Kalian merasai apa yang aku rasa? Aku mendapat dapat tahu daripada seorang rakan Arab Saudi bahawa pegawai penguatkuasa jabatan agama menahan perempuan-perempuan yang memakai pakaian-pakaian berwarna merah pada Hari Valentine,(1) dan aku berfikir sejenak, sejak bila Tuhan Yang Maha Pengasih melarang kegembiraan atau keseronokan? Aku pernah terbaca tentang mangsa-mangsa rogol yang direjam batu kerana " zina", dan aku sering bertanya pada diri sendiri kenapa segolongan besar daripada kita boleh berdiam diri?
Apabila kaum bukan Muslim meminta kita untuk mengulas perkara ini, aku seolah-olah mendengar daripada kalian bahawa kita tidak boleh mendedahkan keburukan Muslim yang lain. Namun apabila orang salah faham tentang kita, kita gagal melihat bahawa puncanya terletak di kalangan kita yang enggan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengubah fikiran.Tambahan pula, apabila aku memperkata tentang kegagalan kita, aku dituduh sebagai pengkhianat. Apa yang telah aku khianati? Kejelasan moral? Kesopanan? Ketamadunan?
Ya, aku akui bahawa mulutku lancang. Kalian mungkin perlu membiasakan diri. Dalam surat ini, aku akan mengajukan soalan-soalan yang tidak boleh dibiarkan terselindung lagi. Kenapa kita harus terperangkap di antara konflik Palestin dan Israel? Apakah punca anti-Semitisme di dalam Islam? Siapa sebenarnya penjajah umat Islam? Amerika atau Arab Saudi? Kenapa kita mengsia-siakan bakat-bakat golongan wanita yang juga merupakan makhluk ilahi? Entah macam mana pula kita begitu yakin bahawa golongan homoseksual patut disisihkan atau dihukum maut – sedangkan Quran menyatakan segala yang dicipta Tuhan itu "indah"? Memang benar, Quran ada menyebut lebih daripada itu, tetapi apa alasan kita di dalam membaca Quran secara harfiah apabila terdapat juga percanggahan, kekaburan dan kesamaran di dalam ayat-ayatnya?
Kalian sedang diserang sakit jantung? Datanglah cepat. Kerana sekiranya kita tidak menentang Imperialis dalam Islam, mereka akan menguasai kita. Dan jalan mereka membawa kita menuju jalan mati yang dicorakkan dengan ucapan-ucapan yang menyakitkan hati, lebih banyak keganasan, lebih banyak kemiskinan, lebih banyak penyisihan sosial. Inikah keadilan yang kita cari selama ini bagi dunia sementara yang Allah pinjamkan kepada kita? Jika tidak, kenapa segelintir sahaja di antara kita yang berani bersuara di khalayak umum?
Aku mendengar daripada kalian bahawa umat Islam menjadi sasaran keganasan. Di Perancis, umat Islam di sana berjaya mendakwa seorang penulis di mahkamah kerana beliau memanggil agama Islam agama yang paling bodoh.(2) Dia dituduh menghasut. Ternyata di sini, kita menegakkan hak-hak kita sebagai individu – sesuatu yang mustahil diperolehi di kebanyakan negara Islam. Mari kita tanya, apakah lelaki Perancis ini bersalah apabila beliau menulis agar Islam perlu dewasa? Renungilah seruan Quran untuk membenci kaum Yahudi. Tidakkah orang-orang Islam yang menggunakan Quran sebagai perisai anti-Semitisme turut boleh didakwa di mahkamah? Atau ia akan dilihat sebagai satu lagi tindakan ganas terhadap umat Islam? Siapa yang menentukan kita di pihaak yang benar dan orang lain pula mengamalkan rasisme?
Luahan simpati diri dan kecenderungan untuk berdiam diri yang amat jelas ini, kita sebenaranya bersuhabat terhadapa diri kita sendiri. Kita berada dalam krisis, sambil mengheret satu dunia bersama-sama kita. Jika ada saat dan ketikanya untuk perubahan, saatnya sekarang. Demi cinta Allah, apa yang harus kita buat?
Kalian mungkin tertanya-tanya siapa diri aku untuk bercakap dalam nada seumpama ini. Aku ialah Refusenik* Muslim. Ini tidak bermakna aku menolak daripada terus menjadi seorang Muslim. Aku cuma tidak mahu menganggotai seangkatan bala automaton* atas nama Allah. Aku mengambil ungkapan ini dari refusenik asal – Yahudi-Soviet yang memperjuang kebebasan peribadi dan kebebasan beragama. Tuan-tuan komunis mereka menghalang mereka daripada berhijrah ke Israel. Ramai di antara refusenik ini dihukum melakukan kerja berat dan adakalanya terpaksa berkorban nyawa. Akan tetapi iltizam yang ada pada diri mereka akhirnya berjaya mengakhiri sistem totalitarian ini. Mereka tidak akur dengan mekanisme kawalan minda.
Aku juga memberi tabik hormat kepada para refusenik generasi baru. Mereka ialah golongan tentera Israel yang membantah pendudukan ketenteraan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Mengambil contoh semangat pertentangan yang ditonjolkan oleh golongan refusenik ini, kita harus membantah penjajahan minda yang membelenggu umat Islam. Masalah Islam berpunca daripada literalisme yang berleluasa.
Kalian mungkin ingin meyakinkan aku bahawa Islam yang kita bincang di sini bukanlah Islam yang "sebenarnya". Moga-moga kalian betul. Inilah sebab aku menulis surat terbuka ini – kerana aku yakin kita berkemampuan untuk lebih berperikemanusiaan berbanding dengan pendirian keras yang sering ditonjolkan oleh golongan alim-ulama kita. Namun itu, demi kejujuran, aku terpaksa mencabar 'Islam' yang kalian pertahankan itu. Tanyalah diri kalian sama ada ianya ialah Islam sejati atau satu bentuk idealisme sahaja? Sebagai satu idealisme, ia tidak menampakkan sebarang cacat cela. Komunisme itu bersifat egalitarian sebagai satu idealisme. Kapitalisme itu adil sebagai satu idealisme. Perlembagaan Amerika Syarikat menjamin kebebasan dan keadilan untuk semua sebagai matlamat idealnya. Kita tahu bahawa hakikat sebenar adalah jauh berbeza daripada Islam yang ideal itu. Sebahgai umat yang mempunyai hati nurani, marilah kita berdepan dengan realiti-realiti Islam.
Aku percaya bahawa Nabi Muhammad pun mengakui terdapatnya perbezaan nyata di antara yang hakiki dan ideal. Apabila baginda ditanya tentang takrifan agama, baginda dilaporkan menjawab bahawa agama ialah cara kita berinteraksi dengan orang. Satu takrifan yang mudah difahami dan tidak pula terlalu mudah. Namun demikian berdasarkan takrifan ini, kelakuan kita sebagai orang Islam dalam kehidupan seharianlah yang ditakrifkan sebagai Islam. Sifat berpuas hati itu ialah Islam. Pada masa yang sama, ia juga bermakna kita mempunyai kudrat untuk memulihkan reputasi Islam terutama sekali yang berkenaan dengan isu-isu hak asasi manusia, wanita dan kaum-kaum minoriti. Untuk berbuat demikian, kita harus keluar daripada kepompong penafian kita. Apabila kita bertegas bahawa Islam hari ini tidak ada masalah, kita hanya menyembunyikan masalah sebenar dan berselindung di belakang tabir idealisme dan lantas mengelak tanggungjawab kita terhadap insan-insan lain termasuk yang se-Islam dengan kita.
Di dalam menulis surat terbuka ini, aku juga tidak menafikan agama-agama lain bebas daripada masalah. Jauh sekali! Bezanya ialah sudah ada banyak buku mengenai masalah-masalah yang dihadapi agama Kristian. Buku-buku mengenai masalah-masalah yang dihadapi agama Yahudi pula pun mdah didapati. Kita umat Islam, jauh ketinggalan dalam soal ini.
Tunggu apa lagi?
NOTA SUMBER DAN NOTA PENTERJEMAH
(Source & Translator’s Notes)
Surat (The Letter)
1" Aku mendapat dapat tahu daripada seorang rakan Arab Saudi bahawa pegawai penguatkuasa jabatan agama menhan perempuan-perempuan yang memakai pakaian-pakaian berwarna merah pada Hari Valentine," Sumber: Rakan yang maksudkan sini ialah Ali Al-Ahmed, pengarah eksekutif
Saudi Institute, sebuah badan yang cenderung kepada perubahan.
Ulasan beliau kepada aku disokong oleh keterangan Dr. Amal Al-Qahtani kepada Kongres Amerika Syarikat pada 4 Jun 2002, yang mana beliau mendedahkan pencabulan hak asasi manusia terhadap wanita di Arab Saudi. Kata Dr. Al-Qahtani, "Mereka yang menyambut perayaan Hari Valentine ditahan, para peniaga dilarang menjual mawar merah, perempuan-perempuan yang memakai baju merah diganggu oleh
mutawaeen [pegawai penguasa agama] dan adakalanya ditahan. Pelajar perempuan dibuang sekolah sekiranya mengingkari larangan sambutan Hari Valentine. Dengan kata lain, cinta diisytiharkan sebagai satu dosa di Arab Saudi.
2"Entah macam mana pula kita begitu yakin bahawa golongan homoseksual patut disisihkan atau dihukum maut – sedangkan Quran menyatakan segala yang dicipta Tuhan itu " indah"?." Sumber: Quran, 32:6-7. Lebih lanjut mengenai perkara ini di Bab Satu.
3" Di Perancis, umat Islam di sana berjaya mendakwa seorang penulis di mahkamah kerana beliau memanggil agama Islam agama yang paling bodoh." Sumber: Michel Houellebecq, Lire, September 2001, ms. 4 transkrip online. Muat turun di www.lire.fr.
* Perkataan 'refusenik' dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal. Pengertian perkataan ini boleh ditemui di atas melalui konteks yang disampaikan oleh penulis/ pengarang.
* daripada perkataan 'automaton' yang terdapat dalam teks asal bahasa Inggeris. Boleh disamakan dengan 'robot'.
- Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
- Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)
- Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
- Surat
- Bab 1 - Bagaimana Aku Menjadi Seorang Refusenik Muslim
- Bab 2 - Tujuh Puluh Perawan
- Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?
- Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
- Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
- Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi
- Bab 7 - Operasi Ijtihad
- Bab 8 - Menyanjung Kejujuran
- Bab 9 - Mujurlah ada Barat
- Pembacaan Yang Disyorkan
- Penghargaan
- Kata Hujungan
- Kata-kata Penghargaan Daripada Penterjemah
Documentary

Irshad's PBS Documentary: Faith Without Fear follows my journey around the world to reconcile Islam and freedom.
Learn More and View Clips...
Buy Now in the USA
Buy Now in Canada
Get Involved

Irshad is pioneering efforts throughout the world to promote Muslim reform and moral courage. To join her mission, first get informed about all that she's doing.
Click here for concrete actions you can take to support Irshad's work.
Get Updates
Want to sign up for Irshad's confidential mailing list?
Click here to go to the subscribe page.
![]()
Click here to see photos of Irshad's latest
events and read her newsletters.
Around the Web
Join conversations about Muslim reform and moral courage around the web.
Click the links below to get involved:




