HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI
Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
KATA PENGANTAR OLEH DR. KHALEEL MOHAMMED,
IMAM DAN PROFESOR, SAN DIEGO STATE UNIVERSITY.
Mari kita perhatikan satu fakta yang nyata: Saya sepatutnya membenci Irshad Manji. Sekiranya umat Islam mendengar beliau, umat Islam akan berhenti mendengar orang-orang seperti saya, seorang imam yang telah meluangkan masa bertahun-tahun di sebuat pusat pengajian tinggi Islam.
Beliau mengancam kedudukan saya sebagai seorang lelaki dan memperkatakan hal-hal yang saya harap tidak benar tentang Islam. Mulutnya lancang dan menyampaikan fakta demi fakta untuk menyokong analisis beliau. Beliau tidak gentar akan maut kecuali maut yang berpunca daripada mati-otak. Beliau ialah seorang lesbian, dan latihan madrasah saya telah hampir menanamkan ke dalam DNA saya, keyakinan bahawa Allah melaknati golongan gay dan lesbian. Saya sepatutnya membenci perempuan ini.
Namun, saya menanya diri sendiri dan berfikir, dan saya sampai ke kesimpulan yang menggelisahkan: apa yang diperkatakan Irshad itu benar. Allah memerintah supaya saya menegakkan kebenaran – oleh yang demikian, saya perlu menyebelahinya.
Bagaimanapun, bukan itu sebabnya saya menulis prolog ini. Saya berbuat demikian untuk menebus dosa kerana telah bertindak sebagai seorang hipokrit.
Saya selalu mendapat pujian keberanian saya, saya menentang ekstremis Islam dan terrorisme: Saya tidak boleh memperlekehkan pujian-pujian ini kerana keberanian sejati sememangnya diperlukan dalam hal ini. Oleh yang demikian, tindakan saya mempertahankan Irshad terutama sekali apabila pada saat yang diperlukannya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar.
Baru-baru ini peluang untuk mempertahankan Irshad datang pada saya tetapi gagal saya gunakan. Saya baru balik dari sebuah persidangan dan menyeru agar umat Islam mara dan bergerak ke depan dan tidak lagi terkongkong dengan isu.
Sebahagiannya melakukan perkara yang betul: Mereka berjumpa saya untuk mendapat kepastian. Semasa perbincangan, nama Irshad disebut. Kumpulan tadi mengecam beliau sebagai pembuat kacau-bilau lesbian. Saya terdiam, membisu dan tidak menunjukkan sebarang tindakbalas kerana tidak mahu membuka isu baru masa itu. Saya, sebagai "pemberi sokongan dan pelindung" wanita seperti yang termaktub dalam mandat ilahi dalam bentuk dokumen kurun ketujuh yang relevan untuk setiap zaman langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.
Ketika itulah saya menyedari sudah tiba masanya bagi segala kekarutan ini dihentikan serta-merta. Saya mennya diri saya sama ada saya ini insan Muslim atau bukan. Sama ada mengutamakan kebenaran atau tidak?
Maka saya isytiharkan sekarang, tidak hanya kepada kumpulan berjumpa dengan saya tadi malah kepada semua penganut Islam di mana jua mereka berada: Saya menyokong Irshad Manji. Beliau mahu kita mentaati perintah-perintah yang terkandung di dalam kitab suci kita: Tamatkan sikap kesukuan, celikkan mata kita, dan menentang penindasan, termasuk penindasan-penindasan yang dirasionalisasikan oleh para imam, sheikh, mullah, professor dan sesiapa jua.
Amat jarang sekali, jika ada pun, untuk seorang Muslim meluahkan secara terbuka perkara-perkara yang kita semua ketahui tetapi tidak berani kita sahkan. Irshad dengan terang-terangan mendedahkan isu anti-Semitisme dan kecenderungan umat Islam menuduh kolonisasi Barat sebagai ibu segala masalah yang menimpa Islam, sementara memejam sebelah mata terhadap sejarah imperialisme Islam dan pencabulan hak asasi manusia berterusan di atas nama Allah. Di sepanjang buku beliau, Irshad taat dengan firman ilahi: "Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibubapa dan kaum kerabatmu..."(Quran, 4:135).
Di dalam menurut perintah Allah, Irshad menewaskankan para mullah di dalam permainan mereka sendiri. Salah satu pra-syarat ijtihad yang selalu diberatkan ialah seseorang itu perlu membiasakan diri dengan sarjana dan ilmuwan Islam mutakhir. Dalam aspek ini, Irshad sudah berada jauh di hadapan kebanyakan para alim ulama. Malah buku beliau sesuai digunakan sebagai sebuah primer mengenai pandangan-pandangan sarjana dan ilmuwan Islam moden. Mana lagi boleh kita memperolehi analisis-analisis jitu lagi tepat tentang Saad Eddin Ibrahim, Mahmud Taha, Khaled Abou El Fadl, Nasr Hamed Abu-Zeid, dan lain-lain ilmuwan.
Malah lebih tepat lagi, Irshad mendedahkan dirinya terhadap kritikan dengan memilih satu bentuk ekspresi yang begitu demokratis sekali – yakni bukunya sebagai surat terbuka. Pendekatan ini mencabar ego para elit, kerana beliau mengelak daripada mengehadkan bukunya kepada kami golongan sarjana dan ilmuwan sahaja. Karya beliau tidak dipenuhi dengan istilah-istilah asing menara gading yang sukar difahami. Ia juga bukan sebuah buku syair pujian romantis yang ditujukan kepada Islam dan hanya boleh dihayati dan difahami oleh para penganutnya . Sebaliknya, kejujuran, gaya, dan kejelasan Irshad melancar buku ini ke dalam kelasnya yang tersendiri.
Kalian, sebagai pembaca, mungkin tidak bersetuju dengan kesemua kesimpulan yang dibuat oleh Irshad. Saya pun serupa. Tetapi inilah yang dihasratkan Irshad. Mengharapkan sebaliknya bercanggah dengan matlamatnya untuk memperkenal semula kebebasan berfikir dalam Islam.
-Dr. Khaleel Mohammed
San Diego State University
Dr. Khaleel Mohammed ialah pensyarah agama di San Diego State University dan aahli fakulti utama Pusat Pengajian Islam dan Arab di universiti tersebut. Beliau juga seorang imam yang pernah menuntut ilmu syariah di Muhammad bin Saud University di Riyadh (Sunni) dan di Zeinabiyya, Damsyik (Syiah). Beliau mempunyai Phd dalam perundangan Islam dari McGill University. Maklumat lanjut tentang Dr, Mohammed boleh didapati di
www.forpeoplewhothink.org
.
- Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
- Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)
- Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
- Surat
- Bab 1 - Bagaimana Aku Menjadi Seorang Refusenik Muslim
- Bab 2 - Tujuh Puluh Perawan
- Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?
- Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
- Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
- Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi
- Bab 7 - Operasi Ijtihad
- Bab 8 - Menyanjung Kejujuran
- Bab 9 - Mujurlah ada Barat
- Pembacaan Yang Disyorkan
- Penghargaan
- Kata Hujungan
- Kata-kata Penghargaan Daripada Penterjemah
Documentary

Irshad's PBS Documentary: Faith Without Fear follows my journey around the world to reconcile Islam and freedom.
Learn More and View Clips...
Buy Now in the USA
Buy Now in Canada
Get Involved

Irshad is pioneering efforts throughout the world to promote Muslim reform and moral courage. To join her mission, first get informed about all that she's doing.
Click here for concrete actions you can take to support Irshad's work.
Get Updates
Want to sign up for Irshad's confidential mailing list?
Click here to go to the subscribe page.
![]()
Click here to see photos of Irshad's latest
events and read her newsletters.
Around the Web
Join conversations about Muslim reform and moral courage around the web.
Click the links below to get involved:




