photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)

  • ABRAHAM diterjemah secara konsisten sebagai 'Ibrahim'.
  • ABRAHAMIC diterjemah sebagai 'Ibrahimiyyah'.
  • AUTOMATON/S diterjemah sebagai 'automaton' tanpa sebarang perubahan ejaan.
  • BIBLE diterjemahkan sebagai 'Alkitab' dan merujuk kepada kumpulan kitab-kitab Yahudi dan Kristian yang terdiri daripada dua bahagian utama: Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament).
  • BULAN GREGORIAN (TAHUN MASIHI), NAMA-NAMA - adalah berdasarkan ejaan Bahasa Melayu Malaysia. 
  • CHRISTIANITY, 'Christians', dan 'Christian' diterjemah sebagai 'Kristian' dan merangkumi pengertian sistem agama atau penganut-penganut 'Masihi', 'Nasrani', 'Katolik', 'Protestan' dan 'Kristian Ortodoks'.
  • CODE-MIXING ataupun penggunaan istilah dan frasa Inggeris tanpa terjemahan berlaku apabila difikirkan sesuai oleh penterjemah. Sebagai contoh perkataan-perkataan 'online', ‘walkie-talkie’ dan lain-lain seumpamanya dikekalkan tanpa terjemahan. Terdapat banyak contoh ‘code-mixing’ dalam terjemahan ini. Kebanyakkannya berlaku untuk memelihara maksud dan konteks penulis/ pengarang buku.
  • COPTIC diterjemahkan sebagai 'Qibti' merujuk kepada kaum Kristian Koptik yang terdapat di negara Mesir. Penjelasan lanjut terdapat di bahagian-bahagian yang relevan (rujuk nota-nota kaki yang berkenaan).
  • CRUSADERS diterjemahkan sebagai Tentera Salib.
  • DAVID apabila merujuk kepada nabi Islam, Yahudi dan Kristian diterjemahkan sebagai 'Daud'.
  • GABRIEL diterjemah sebagai 'Jibril'.
  • INJIL, Istilah - yang digunakan oleh penterjemah merujuk kepada 'Gospel' dan tidak merujuk kepada 'Bible' (Alkitab).
  • ISAAC diterjemah sebagai 'Ishak'.
  • ISHMAEL diterjemah sebagai 'Ismail'.
  • JERUSALEM apabila merujuk kepada tempat dan bukannya tajuk buku atau mana-mana perkara yang merujuk kepada sebarang penerbitan atau publikasi (seperti nama tempat penerbitan) diterjemahkan sebagai 'Baitulmaqdis'.
  • JESUS diterjemahkan sebagai Nabi Isa, Isa al-Masih, Isa bin Maryam,Yesus atau Yesus Kristus mengikut konteks. Rata-ratanya ia diterjemah sebagai Nabi Isa atau Isa.
  • KHINZIR, PENTERJEMAH MENGGUNAKAN PERKATAAN - untuk merujuk kepada haiwan yang juga dikenali sebagai 'babi' di Malaysia dan Indonesia. Ini adalah kerana 'khinzir' semakin kerap digunakan di Malaysia dan perkataan  'babi' adakalanya dikelirukan dengan pengikut-pengikut gerakan 'Bab' di negara Parsi (Iran) yang dirujuk sebagai 'Bab'i'.
  • NEGARA DAN TEMPAT-TEMPAT GEOGRAFIKAL TERTENTU, NAMA-NAMA - diterjemahkan berdasarkan ejaan kontemporari Melayu.
  • NOTA-NOTA KAKI (Footnotes) yang bernombor yang terdapat di dalam kesemua bab (1 -9) dan (Surat – The Letter) diambil dan diterjemah dari source notes (nota-nota sumber) pengarang/ penulis buku yang terdapat di laman web beliau; www.irshadmanji.com.
  • NOTA-NOTA PENTERJEMAH (Translator's Notes) lanjutan yang merujuk khusus kepada bab-bab buku boleh ditemui di dalam sub-menu berkenaan ditanda dengan tanda asterisk '*' dan muncul bersama nota-nota sumber bernombor (source notes).
  • NOTA-NOTA SUMBER bernombor (Source Notes) boleh ditemui di dalam sub-menu berkenaan. Disusun dan diatur mengikut urutan bab. Klil sahaja pada sub-menu yang berkenaan.
  • OTTOMAN diterjemah sebagai 'Uthmaniyyah'.
  • PALESTINIAN AUTHORITY diterjemahkan sebagai 'Pihak Berkuasa Palestin' dan sama ertinya dengan 'Otoritas Palestina' sepertimana yang berlaku dalam Bahasa Indonesia.
  • REFUSENIK dikekalkan untuk memelihara maksud yang disampaikan penulis/ pengarang buku. Rujuk nota kaki yang berkenaan.
  • SEKSUALITI, Istilah-istilah - seperti gay, lesbian, dan lain-lain yang berkaitan mengekalkan ejaan Inggeris kerana istilah-istilah ini difikirkan cukup dikenali oleh pembaca Melayu kontemporari. Ia boleh dilihat sebagi satu contoh 'code-mixing' (percampuran bahasa) yang kerap berlaku pada peringkat bahasa formal dan pengucapan harian.
  • TEMPAT dan organisasi (termasuk institusi) dengan beberapa pengecualian NAMA-NAMA– dikekalkan dalam Bahasa Inggeris melainkan nama-nama tempat tertentu di mana ejaan Bahasa Melayu sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan.
  • TEMPLE MOUNT diterjemah sebagai ‘Haram al-Sharif’. Penterjemah juga menyedari bahawa ‘Temple Mount’ adakalanya diterjemah di dalam penerbitan berbahasa Melayu lain sebagai Bukit Kuil (ini ialah contoh penterjemahan lansung/ direct translation dan perkataan ‘kuil’ mempunyai konotasi Hindu-Buddha dan penterjemah merasakan terjemahan ini tidak sesuai dengan konteks; ia juga diterjemahkan sebagai Bukit Haikal di penerbitan lain. Tetapi untuk audiens Melayu, penterjemah merasakan ‘Haram al-Sharif’ adalah terjemahan paling sesuai.
  • UNITED NATIONS ORGANIZATION diterjemahkan sebagai 'Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu' atau PBB dan adakalanya dirujuk sebagai Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
  • WESTERN WALL diterjemahkan sebagai 'Tembok Barat': ianya sama dengan 'Wailing Wall' atau 'Tembok Ratapan'.