HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI
Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
Pembaca yang dihormati:
Assalamu’alaikum. Untuk terjemahan buku saya dalam Bahasa Melayu, saya telah memilih judul, Harapan Untuk Islam Hari Ini: Seruan Seorang Muslim Untuk Mereformasi Diri Kita (The Hope for Islam Today: A Muslim’s Call to Reform Ourselves).
Judul ini berbeza dengan Edisi-edisi lain setakat ini. Judul asalnya – dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Urdu – ialah The Trouble with Islam (Masalah Dengan Islam). Di sini, saya perlu menyampaikan bahawa umat Islam perlu menangani masalah yang besar sekali, bahawa penafian tidak lagi boleh menjadi pilihan, dan bahawa hanya diri kita yang mampu mengatasi keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan di atas nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Dalam buku asal, saya meluangkan banyak masa menjelaskan bahawa Islam memiliki ‘bahan mentah’ untuk menjadikannya lebih bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Saya tidak pernah menghujahkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan Islam itu sendiri – cuma cara ia diamalkan oleh ramai penganut Islam hari ini. Perkara mustahak ini perlu diperjelaskan. Oleh yang demikian, dalam edisi-edisi berikutnya, saya menyemak semula judul saya kepada Masalah Dengan Islam Hari Ini (The Trouble with Islam Today).
Semenjak itu, saya mula menyaksikan momentum untuk reformasi sebenar di kalangan kita, umat Islam. Saya lebih optimistis daripada sebelum ini. Dan apa yang tertulis dalam buku saya dari permulaan lagi mencerminkan judul positif yang telah saya berikan kepada edisi Melayu ini.
Dengan mencabar diri secara berterusan – dan membetulkan kesilapan saya, termasuk judul terdahulu buku ini – saya berusaha untuk mengamalkan semangat paling murni yang terkandung dalam Quran. Surah 13, Ayat 11 berbunyi “Sesungguhnya Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Saya menantikan suatu hari di mana lebih ramai Muslim akan tampil ke hadapan untuk memikul tanggungjawab peribadi ke atas korupsi yang dialami oleh Islam. Kitalah masalah Islam, tetapi kita juga adalah harapan untuk Islam. Amin.
Irshad Manji
Toronto, Kanada.
- Nota Daripada Penulis Tentang Judul Buku Melayu
- Nota Umum Penterjemah (Mengikut tertib abjad)
- Kata Pengantar oleh Dr. Khaleel Mohammed
- Surat
- Bab 1 - Bagaimana Aku Menjadi Seorang Refusenik Muslim
- Bab 2 - Tujuh Puluh Perawan
- Bab 3 - Sejak Bila Kita Berhenti Berfikir?
- Bab 4 - Pintu-pintu Gerbang dan Kutang-kutang
- Bab 5 - Siapa Mengkhianati Siapa?
- Bab 6 - Bawah Perut Islam Yang Tersembunyi
- Bab 7 - Operasi Ijtihad
- Bab 8 - Menyanjung Kejujuran
- Bab 9 - Mujurlah ada Barat
- Pembacaan Yang Disyorkan
- Penghargaan
- Kata Hujungan
- Kata-kata Penghargaan Daripada Penterjemah
Documentary

Irshad's PBS Documentary: Faith Without Fear follows my journey around the world to reconcile Islam and freedom.
Learn More and View Clips...
Buy Now in the USA
Buy Now in Canada
Get Involved

Irshad is pioneering efforts throughout the world to promote Muslim reform and moral courage. To join her mission, first get informed about all that she's doing.
Click here for concrete actions you can take to support Irshad's work.
Get Updates
Want to sign up for Irshad's confidential mailing list?
Click here to go to the subscribe page.
![]()
Click here to see photos of Irshad's latest
events and read her newsletters.
Around the Web
Join conversations about Muslim reform and moral courage around the web.
Click the links below to get involved:




