photo

Book

book cover

The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. Published in more than 30 countries and languages.

Learn More

Buy the US paperback
Amazon | Barnes & Noble

Audio Book

Audio Book

The Trouble With Islam Today, narrated in English by Irshad Manji, with music by Deeyah and Gary Justice.

Buy Now

Free Translations

For where the book is banned, censored, or difficult to access:

button
button
button_lang button button

Reformist Quran

2.jpeg

A progressive, 21st-century translation -- in English. The U.S. publisher bailed on it after the Prophet Muhammad cartoon riots. But fear didn't stop the translators.

Read and interpret for yourself.

HARAPAN UNTUK ISLAM HARI INI

Kata Hujungan


Pengakuan-pengakuan dan Refleksi-refleksi Seorang Muslim Refusenik

Apabila saya selesai menulis buku ini, saya tidak dapat mengagak keseluruhan jangkaan saya. Saya tahu yang umat Islam akan mempertikai fakta-fakta saya secara keras, itulah sebabnya saya menyandarkan setiap kenyataan saya dengan sumber-sumber nota yang terperinci di laman web saya. Untuk Edisi Melayu ini, nota-nota sumbernya adalah sebahagian daripada apa yang telah anda muat turun. Pendek kata, penyelidikan yang teliti telah dilakukan untuk menghasilkan buku ini dan penyelidikan ini boleh dirujuk oleh mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.

 Namun, respons-respons keras yang ditonjolkan oleh para penganut Islam memperkukuhkan lagi apa yang cuba saya sampaikan yakni kita perlu mereformasi diri. Benar, bilangan Muslim yang berdebat dengan saya secara waras dan substantif semakin meningkat. Tetapi, bilangan mereka masih jauh kecil berbanding dengan mereka yang ingin mendiamkan saya terus. Saya selalu menerima ancaman-ancaman melalui laman Web saya. Ada di kalangan mereka yang ingin menjadi pembunuh saya menekan kemulian mati syahid, mahu melontar saya ke "api neraka" sebagai ganti tujuh-puluh dua perawan. Yang lain pula nak tahu pesawat mana yang akan saya naik seterusnya supaya mereka dapat merampasnya. Macam mana pun, saya tidak mempunyai keinginan untuk berkongsi jadual perjalanan saya.

 Terdapat juga ancaman-ancaman yang aneh. Contohnya e-mel daripada Basit, yang memulakan amarannya kepada saya dengan soalan ini: "Hanya semata-mata kamu fikir yang kamu mempunyai minda, kamu harus menggunakannya?" Baiklah, apabila kamu menyoal macam itu, Basit... Dia sambung, "Hentikanlah dan memohon maaf di atas cara-cara kamu yang kufur itu selagi masih ada peluang. Orang-orang seperti kamu tidak patut wujud. Patutlah ada neraka. Nikmatilah kehidupan dunia yang pendek ini, hanya Tuhan sahaja tahu apa yang berlaku kepada kamu, Irshad Manji."

 Terdapat juga beberapa ancaman berat. Di Lapangan Terbang Trudeau, Montreal, seorang lelaki Muslim mendekati rakan seperjalanan saya dan berkata,"Kamu lebih bertuah daripada kawan kamu." Apabila kawan saya terpinga-pinga memandangnya, dia membentuk rupa selaras senapang dan memetik picu. Seperti seorang warga Kanada yang baik, dia memintanya menjelaskan niatnya. Menunjuk ke arah saya, dia berkata, "Dia akan tahu apa yang dimaksudkan kemudian hari."

 Namun, saya tidak pernah hidup dalam ketakutan. Sekali pun tidak. Saya masih ingat pesanan Salman Rushdie semasa saya mula menulis buku ini. Saya teringat yang saya bertanya kepada beliau kenapa beliau menggalakkan seorang Muslim muda untuk menulis sesuatu yang mungkin mengundang kekacauan seperti yang pernah dialaminya. Tanpa teragak-agak lagi, beliau membalas, "Kerana sebuah buku lebih utama daripada satu nyawa." Saya ketawa, ingatkan beliau akan memberi jawapan serius sebentar lagi.

 "Izinkan saya memperjelaskannya," kata Rushdie. "Apabila seorang penulis mengeluarkan buah fikiran, ia boleh dipertikai secara keras, bersunguh-sunguh, atau secara ganas. Tetapi yang tidak dapat ditarik balik. Itulah pemberian abadi yang diberi oleh seorang penulis kepada dunia ini." Kata-kata sebagai pedoman hidup.

 Dan, untuk segala ancaman pula, ada berita baik: saya mendapat lebih banyak sokongan, kasih, dan sayang daripada saudara-saudara seIslam daripada yang difikirkan mungkin. Dua kumpulan terutamanya, wanita Islam dan pemuda-pemudi Muslim, telah membanjiri laman-web saya dengan surat-surat kelegaan dan kesyukuran. "Penceritaan yang jujur ini hanya membuat saya mula untuk meluahkan perasaan saya," tulis seorang perempuan bernama Salimah kepada saya. "Sudah bertahun-tahun lamanya saya bertanya soalan-soalan tentang wanita dalam Islam dan Quran, tetapi menerima jawapan yang berbunyi 'Oh-Salimah-satu-hari-nanti-kamu-akan-faham'. Terima kasih atas kebenaran kamu, masa yang terluang menyelidik sejarah, dan cinta kasihmu terhadap kemanusiaan." Dia mengakhiri e-melnya dengan "xo."

 Lelaki-lelaki Muslim yang mempunyai kata-kata positif pula selalunya dapat memahaminya dalam konteks hubungan mereka dengan wanita-wanita dalam kehidupan mereka.Saya selalu mendengar ungkapan, " Sebagai seorang anak lelaki" atau "sebagai abang/ adik..." kata-kata yang paling menyentuh perasaan datang daripada Anwer:" Saya nampak sesetengah e-mel yang dihantar ke laman web kamu mengandungi racun berbisa...Teruskan perjuangan. Matlamatnya benar dan adil. Kamu ialah contoh hebat kepada tiga anak perempuanku." Dengar tidak, oh ibu?

 Surat yang paling menarik agaknya datang daripada seorang wanita Islam di Kansas. Untuk sekian lamanya beliau ialah seorang literalis, mentaati "hukum perintah yang kononnya diredhai Tuhan untuk hidup secara auto-pilot." (1) Tetapi 9/11 dan beberapa tragedi peribadi membuatnya berhenti daripada menjalani hidup sebagai robot keagamaan. Beliau tidak lagi "membasahkan lagu dalam hatiku" atau "menafikan temperamen artistik."

 Namun keputusannya untuk membebaskan mindanya menyebabkan kesunyian. Seperti yang diterangkan beliau, " Saya lebih kecewa dengan selera untuk berdialog yang tidak puas-puas dalam dunia di mana kedua-dua jantina dipisahkan, di mana saya tidak boleh mempertikai keutamaan yang diberi kepada kaum lelaki, manakala pilihan saya untuk menjadi seorang ibu dan isteri dilihat sebagai satu pengharapan dan bukan satu pengorbanan yang besar. Irshad, saya lebih daripada sekadar mabuk, maafkan bahasa Perancis saya."

 Walaubagaimanpun, dia meneruskan: "Saya telah membuat satu komitmen, sesuatu yang boleh dijadikan mantera untuk misi perubahan. Saya telah mengambil keputusan untuk mengaitkan diri dengan idea-idea dan ideal-ideal, tidak kira samada ianya disampaikan oleh mereka yang memakai serban atau yarmulke ataupun hijab. Kesetiaan-kesetiaan adalah untuk idea-idea dan ideal-ideal dan tidak sekali untuk manusia, dogma atau budaya.

 Bukan nak kata kebebasan itu lali daripada korupsi. Sebuah masyarakat bebas akan dapat memupuk minda-minda dan roh-roh yang terulung sementara membenarkan kewujudan golongan yang paling tidak berakhlak. Tetapi menggunakannya sebagai hujah untuk menentang kebebasan memilih hanyalah akan menggalakkan kewujudan berterusan denominator manusia terendah. Akhlak rendah adalah lebih baik daripada hipokrisi akibat daripada kehilangan kebebasan memilih yang dikurniakan Tuhan.

 Bagi saya, tragedi pemikiran-reformasi ini ialah kebisuan yang masih menyelubungi. Kebanyakan umat Islam menulis memberi sokongan kepada saya, atau membisikkan "terima kasih" apabila selesainya acara-acara awam saya, memberitahu saya secara sulit bahawa mereka tidak boleh bersuara kerana takut terhadap "penyeksaan." Bukannya penyisihan. Bukannya peminggiran. Penyeksaan – yang mereka maksudkan sebagai balasan fizikal terhadap diri mereka dan ahli keluarga mereka oleh saudara-saudara seIslam.

 Walaupun kedengaran seperti kaunter-intuitif, itulah sebabnya saya tidak membawa bodyguard (2) saya ke mana sahaja saya pergi. Saya pernah melakukannya. Dan para pakar keselamatan mengingatkan saya untuk memastikan saya diawasi oleh bodyguard sepanjang masa memandangkan buku ini terdapat dalam bahasa-bahasa Arab dan Urdu (satu bahasa utama di Pakistan dan India). Hakikatnya ialah, jika saya ingin mempunyai legitimasi untuk memberitahu umat Islam yang kita boleh melawan establishment dan hidup macam biasa, saya tidak boleh mempunyai seorang lelaki yang bertubuh sasa mengawasi saya sepanjang waktu. Saya mesti memberi contoh tauladan yang baik. Setakat ini, belum lagi jadi apa-apa.

 Keselamatan relatif dalam memperdebat tentang Islam yang ada pada saya di Barat – dari Britain ke Belgium. dari Australia ke Kanada, dari Belanda hingga ke Amerika Syarikat- meyakinkan saya bahawa umat Islam di Barat mempunyai peluang baik untuk menghidupkan semula ijtihad, tradisi pemikiran bebas Islam. Kenapa di Barat? Di sinilah kita menikmati kebebasan berfikir yang tidak ternilai, meluahkan, mencabar, dan dicabar – tanpa sebarang kebimbangan akan berlakunya tindakan balas yang buruk.

 Saya tidak nafikan bahawa ada penganut Islam yang menjadi sasaran gangguan, pemprofailan, dan diskriminasi oleh kerajaan-kerajaan Barat. Saya menghadapi perkara sama semasa Perang Teluk 1991, apabila saya dikerah keluar daripada sebuah bangunan persekutuan tanpa sebarang sebab yang munasabah. Ini semua langsung tidak meniadakan satu fakta asas: jika umat Islam di Barat berani mengemukakan soalan tentang kitab kitab suci kita, dan kita terus tidak mengambil berat untuk mengecam pencabulan hak asasi manusia dilakukan atas nama kitab suci ini, kita tidah payah hirau dirogol, dipukul, direjam dengan batu, dipenjarakan atau dijatuhkan hukuman maut oleh kerajaan kerana berbuat demikian. Kenapa kita tidak melakukan apa-apa dengan kebebasan yang pada kita?

 Izinkan saya melaporkan apa yang diingini oleh pemuda-pemudi Islam: menyoal diri-sendiri seperti kita menyoal Washington. Sebenarnya, sebahagian besar motivasi untuk menulis buku ini timbul daripada belia Muslim yang menuntut di kampus-kampus Kanada dan Amerika. Walaupun sebelum 9/11, saya berucap di universiti-universiti tentang manfaat kepelbagaian, termasuklah kepelbagaian pendapat. Setelah banyak menyampaikan ucapan seumpama ini, belia Muslimlah  yang keluar dari audiens, berkumpul di sisi pentas, berbual rancak di kalangan mereka, dan mara ke arah saya. "Irshad," saya mendengar mereka berkata, "kami memerlukan suara-suara seperti anda untuk membantu kita membuka sedikit agama kita, jika ia tak terbuka, kami akan meninggalkannya."

 Cabaran kini ialah mengubah kelaparan untuk perubahan bawah-tanah supaya ia menjadi visibel, menjadikannya fenomena atas-tanah. Saya sedang berusaha ke arah itu bersama-sama belia Muslim progresif yang lain. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini usaha-usaha kami dengan melawat laman web kami, www.irshadmanji.com.

 Buat saat ketika ini, saya menikmati kejayaan-kejayaan kecil. Banyak juga:

  • belia Muslim yang meyakinkan saya untuk mengelak penerbit-penerbit Timur-Tengah yang terlalu berwaspada, untuk menerjemahkan buku ini ke dalam bahasa Arab, dan meletakkannya di laman web saya supaya mereka dan sahabat handai mereka dapat membancanya tanpa gangguan dan mengkhuatiri penapisan;
  • seorang remaja dari Jordan, selepas dua hari terjemahan Arab dikeluarkan, menghantar e-mel kepada saya dia sedang memulakan kumpulan diskusi bawah tanah untuk "menyebar idea-idea ini";
  • wanita Arab-Amerika di Chicago yang memandang tajam dengan kebencian ke arah saya semasa saya bercakap, tetapi pada penghujung petang, mengakui secar senyap yang "kita umat Islam perlu banyak bermuhasabah";
  • pasangan Islam di Oxford University yang mengaku mereka di pernah menyangka untuk bersetuju dengan hujah-hujah saya, jauh sekali daripada bertanya bagaimana mereka boleh membantu;
  • Pelajar-pelajar Yahudi dan Muslim di universiti-universti merentasi Amerika Utara yang duduk buat kali pertama untuk merapatkan jurang perbezaan di antara mereka.
  • Keyakinan-keyakinan selesa seorang ateis di Perancis tergoncang (walaupun beliau menambah, "Saya tak boleh beritahu rakan-rakan saya sebab mereka akan merejam batu ke arah saya!");
  • lelaki Australia-Muslim yang bekerja di Canberra Islamic Centre dan memberitahu saya buku saya akan dijual di situ kerana "sudah tiba masanya satu generasi baru Muslim yang dibesarkan di Barat bersuara menentang penindas, yang menindas atas nama Islam dan konformiti";
  • perempuan-perempuan Islam dari Arab Saudi yang memberitahu seorang tua yang marah di sebuah acara di New York bahawa "inilah masanya untuk sebuah buku seumpama ini";
  • dan wanita yang memakai-hijab di Atlanta yang meluahkan kekecewaannya di atas apa yang saya tulis sehinggakan ia memberi ilham kepadanya untuk memulakan kajiannya dan menulis sebuah buku." Jika dia membaca ini, dia patut tahu yang tawaran saya untuk memperkenalkannya kepada penerbit saya masih sah berlaku."

Cerita kegemaran saya, berkait dengan evolusi ibu saya. Dua minggu selepas buku ini diterbitkan, ibu menelefon saya yang beliau baru sahaja ke masjid buat kali pertama selepas buku ini keluar di pasaran. Ibu bersiap-sedia untuk kritikan-kritikan – banyak yang diterimanya. Namun, ibu menambah, ada ahli jemaah yang menghampirinya untuk mengesahkan bahawa "apa yang diperkatakan oleh Irshad perlu disuarakan." Komen-komen mereka meyakinkannya saya bukan seorang Muslimah yang membenci diri dan sedang membalas dendam terhadap Islam. (Saya cuma mengeluh bahawa ibu memerlukan masyarakat untuk meyakinkannya.)

 Dua minggu kemudian, saya menziarahi ibu semasa lawatan buku. Ibu menyelit sekeping kad ke dalam beg pakaian saya, sekeping kad yang jumpa hanyalah apabila saya tiba di rumah. Muka hadapan kad tertulis, "Bravo!" Di dalamnya ibu menulis, antara lain, "Semoga majujaya!"

 Sungguh bermakna buat diri ini hasrat saya beroleh berkat restu daripada Muslimah yang amat warak ini, tanpa kira apa kesudahannya buat diri ini, buat ibu, atau buat agama kita.

      --- IRSHAD MANJI, 
           TORONTO, KANADA

(1) ungkapan ‘auto-pilot’ mungkin berasal daripada bahasa yang digunakan dalam konteks pesawat penerbangan dan pengangkutan udara di mana juruterbang tidak mengawal pergeerakan pesawat secara langsung dengan menekan butang-butang tertentu untuk mengawal pergerakan pesawat. Orang-orang di dalam ‘auto-pilot’ boleh diumpamakan mereka yang mengikut sahaja dan tidak menurut apa yang sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan.

(2) penjaga peribadi.